Cik Tortilia Daging Gulung

 
Assalamualaikum...
 
Gila tak sedap nama yang aku bagi kat makanan ni. Sebelum ni aku pernah buat. Leh baca kat sini.Kalau nama manusia, boleh jugak rujuk kat list nama-nama indah dalam Islam. Aku dah lama tak buat keje masak-memasak..My brother said, kalau bab-bab makanan 'pelik' serah kat aku. Pelik sangat ke apa yang aku masak?????
 
Eleh...Pelik-pelik pun 3 roll jugak yang ko telan kan..LOL. Aku sendiri pun rindu nak makan tortilia buatan tangan aku ni..Dan request by En. Kuda putih. Sebab senang & sedap.. Moh kita buat sesama Cik Tortilia Daging Gulung.
 

 
 
Bahan-bahan :
 
Tortilia original/apa2 jenis
Burger daging/ayam
Salad ( yang jenis daun lembut)
Thousand Island
 
Cara-cara nya :
 
1) Goreng daging burger. Lepas goreng, potong daging secara memanjang..Tebal mana korang nak potong suka hati k.
2) Panaskan tortilia dalam kuali. Panaskan dalam lingkungan suam-suam..jangan sampai hangit pulok.
3) Then, ambil sekeping tortilia, aturkan salad kat tengah tortilia, susun daging yang dah potong di atas salad.
4) Pastu letak thousand island then gulung. Kat plastik ada bagitau cara nak gulung. ( aku cucuk dengan lidi sebab xnak bagi roll terbuka)
5) Siap dan boleh makan..
 
Senang kan.. takde lah pelik sangat. My anak buah, Maira 6 tahun suka makan. 2 roll dia makan..Banyak kan. Korang yang nak buat kelaian, boleh lah cuba resepi ringkas ni yer.. Selamat mencuba. Chow Chin Chii... Assalamualaikum :)

Post a Comment