Incheon Airport Korea : Procedure Boarding Part 2

How to go to Boarding Area???
Part ni bagi aku mencabar sikit. Sebab Incheon ni luas, siap kene naik train untuk sampai kat Boarding area. Selepas korang dah check-in luggage, korang boleh pergi melilau buat kali terakhir lawatan ke Korea kali ni or terus pergi boarding area. Bergantung pada masa yer! 
 Untuk ke boading area, korang kene lalu security screening satu level dengan tempat korang check-in luggage. Security screening Korea sangat details. Siap kene bukak jacket.Bag pack yang aku bawak untuk masuk cabin pun dia check satu persatu.
1) Security Screening
Kat sini lambat tau.
Amanda suggest, security screening 2 jam awal sekiranya korang travel in group.
Dari luar tak boleh nampak tau, sebab ada pintu kecik . Satu level dengan check-in counter.
Dia selongkar and bawa keluar semua isi bag aku tuh..Pastu nasib baik dia tak sepah-sepahkan, tapi aku jugak nak kene susun dalam bag seperti asal.. Dan Air yang aku bawa dalam bekas " wanna be sweet? play Etude tu" dia TUANG!!..huwaaaaa!. Moralnya jangan bawa air... Kalau korang tak bernasib baik, dengan bekas air skali dia buang..Lagi sedih kalau bekas yang dia buang tu jenama Tupperware..menangis! So, just beli kat boarding area or just isi semula bekas air korang dekat free flow water yang disediakan.ok??? Click Here : Details on Security Screening
If you girls/women muslimah, masa tu pakai jacket/sweater/coat then sebelah dalam korang pakai short sleeve. Masa tu aku cakap "I am Muslim and i wear short sleeve shirt inside" atau perkataan seangkatan dengan nya. So dia tak kan paksa korang buka jacket. Then pegawai perempuan akan check kat badan korang ada ape. Kot-kot ada senjata ke kan. Pegawai lelaki akan check untuk passanger lelaki.Lepas tu barulah korang pergi dekat immigration.
2) Departure Immigration
Kat sini dia akan dia akan check passport, and tak silap snap picture pun ada skali. Just prepare valid passport and boarding pass. Ada sesetengah orang, dia suka bawa semua passport yang dia ada walaupun dah tarikh luput.huhuh..Will call it habit.hihi..Sebab aku pon, mungkin buat macam tu jugak.hahahha..takut silap ambik passport.gerrrrrrr... Click Here: Details on Departure Immigration
3) Take the train ( please refer to your departure gate)
Kebanyakkan blog yang aku baca tentang trip ke Korea, semuanya akan naik train untuk ke boarding area. Tapi korang kene confirm dulu dengan customer service, sama ada korang perlu naik train or tidak. Sebab hari tu aku ada nampak ada jugak yang tak perlu naik train. Mungkin depends pada destination or flight ape yang korang naik. Just double confirm k.
After that, tengok signboard mengikut gates yang ada pada boarding pass. Aku pergi kearah sini sebab gates aku kan no 112.hihi..  
Sila la guna lantai bergerak. Tak perlu nak rajin sangat jalan kaki sebab jauh jugak nak ke train tu. Melainkan korang nak cuci mata and clean-up korang punya poket. Aku direct ke train sebab tak mampu nak tengok barang-barang lawa and harga " murah" sesangat tuh.
Lepas tu, korang akan guna escalator untuk ke bahagian train. Sebelum turun, ada guide yang akan check gates. So make sure, before korang turun pastikan tanya guide tu dulu. Dan masa korang turun pun, ada signboard cam dalam gambar kat atas tu. So In-shaa-Allah tak silap. But, keep in mind sebab aku ada terbaca once korang dah naik train, korang dah tak boleh nak patah balik. So pastikan direction tepat. Reason kenapa tak boleh patah balik, i totally don't know. Maybe because of airport system.kan? 
So sinilah tempatnya nak tunggu train. Aku sanggup terlepas satu train semata-mata nak ambik gambar kat sini.hahahha..Ape de hal, train 5-10 minit sekali. Tiada kesesakan lalu lintas.hahahha..But make sure signboard tu menunjukkan gates korang nak tuju yer. Dalam train jangan berangan nak duduk, sebab takde kerusi. Melainkan korang rasa tak mampu nak berdiri and duduk jelah kat lantai. Tapi, kalau train tu penuh camne pulak korang nak duduk kat lantai???
4) Off from train and search for gates
This is final step untuk sampai kat kat boarding area. Korang kene terun bila semua orang turun sebab train akan berhenti kat satu perhentian jer, pastu dia akan patah balik. Lepas get off dari train, korang akan naik escalator dan boleh ambik troly untuk letak bag-bag korang. If masa ni korang ada banyak masa, korang boleh lenggang-lenggang kangkung/mak jemah sambil window shopping or beli apa-apa yang patut untuk bawa balik Malaysia.
Kalau masa dah suntuk, sila la rush cari gates. Aku jumpa store yang jual jam. Tak silap jam swatch yang Girl Generation jadi duta. Lawa gila serius cam nak beli, tapi tengok harga terus keluar bintang-bintang kat kepala aku...So terus cabut dari kedai tu dan hati terasa cam lara je tak boleh beli jam baru.huhuhu..
So this is gambar bila dah memang berada dia area boarding gate. Kat sini, korang kene cari la gate korang sebab gate dia banyakkkkk..Aku punya gate masa tu serius jauh jugak lar..sebab tu guna lantai bergerak ni.. Kalau tak, penat tau nak menapak. Kat gate 112 ni ada coffee bean. Tapi dah tak selera dah, nak balik jer dalam kepala.* tapi sebenarnya dah takde duit.hahahha
So just tunggu jer lah kat sini sampai masa berlepas. Feeling? Perasaan yang happy sesangat sebab aku dah rindu kat Malaysia. Rindu tomyam, rindu sambal belacan & sambal tempe.nyammm2...
So, korang jelas ke pasal procedure kat Airport Incheon ni? If ada korang rasa keliru, just let me know. If anybody yang dah pernah pergi Korea, ada nak tambah or betulkan info just comment. No problem. hihi..

Random talk adalah seperti dibawah. kihkihkih..
Ada dua story masa aku tunggu abang pilot ni. Masa aku tunggu tu ada group dari Terengganu. Aku borak dengan sorang brader ni. For sure, dia yang ajak borak dulu bukan aku yang ajak. Sebab aku kadang-kadang pemalu and segan sikit.hahahha.. Macam-macam dia tanya. Pastu ada satu soalan aku tak suka" datang sini dengan siapa?". Adoii aku serius tak suka soalan ni bila jumpa orang Malaysia kat Korea. Sebab,  nak tak nak kene la jawab pergi sorang. Tak kan nak tipu pulok..Pastu, satu group tu tahu aku datang melancong sesorang. Adohai..Cam merah muka aku. Tak mahu lah orang fikir aku takde kawan..huhu..
Story no 2, tengah2 lepak* before kejadian soal menyoal oleh group Terengganu tadi. Aku nampak seorang perempuan. Dia pakai something yang macam sama dengan aku. Aku rabun, so aku just ignore. Maybe lain design. Then bila dah masuk dalam flight, aku perasa perempuan tadi kat bahagian depan. Duduk sesorang bahagian seat tengah, sebab aku duduk bahagian seat tingkap. Itu pun lepas beberapa jam berlepas.hahahha.. So confirm!!! 
Tudung dia sama dengan aku.ahahhah..siapa dia ni?hihi...kirim salam kat dia. Kita Sehati sejiwa.hihi..
Itu sahaja cerita tentang Incheon Airport. Till jumpa lagi nanti..tata semua!!
P/S: Type entry sambil layan lagu Sexy Love. Awesome!!!
 



2 comments:

nohas said...

utk international flight, semasa security screening, immigration tak bagi bawa air more than 100ml, sbb tu sapa bawa air dlm botol kena buang...anyway, bila berada di negara orang, the survival instinct tu secara automatic akan 'on', especially bila travel sendiri kan..

Amanda Musa said...

Kak Nohas,
Betul2..kita akan lebih peka ..hihi..anyway, rindu nak pergi lagi...teringin main salji pulak..