Perkara yang wajib bawa ke Korea

Assalamualaikum
Hye uolls..Manda nak share beberapa keperluan yang wajib korang bawak dan wajib ada kalau nak pergi Korea. Tengah ada banyak masa free lah katakan. Passport dengan flight ticket memang confirm wajin. Kali ni kita cite pasal benda lain..Sebenarnya, ada perkara-perkara Manda tak bawa walaupon ia sebenarnya penting kuasa 5. Well, at least i ada point nak cite kat uolls semua..hihihi..
 
1) Power Bank
Sangat penting kuasa 10..Gila-gila punya penting.. Bila korang melancong, mesti akan guna banyak bateri. Nak update twitter lah, FB lah, Ambik gambr guna 360 lah.Camera lagi lah banyak..Snap itu, snap ini. Benda cam tak logik pon snap jugak. Contohnya, batu tepi jalan. So korang akan guna bateri yang super duper banyak. Lagipon kat Korea, aku rasa voltan dia tak tinggi kot. Sebab tu cepat habis. Ataupon sebenarnya memang pakai bateri 3 4 kali ganda dari kat Malaysia??hmm..Dulu aku tak bawak power bank sebab power bank mahal.. Lagi satu aku tak sure penting ke tidak bawak power bank masa tu. So please bring your power bank. Tak kira lah nak pinjam or beli sendiri. Arasso?? :)
 
2) Power soket and charger
Yang ni pon penting. Apa guna bawak power bank, tapi korang tak bawak charger dan power soket.  Sekarang dunia Smart Phone. So bateri cepat out. So power bank digunakan dikala terdesak a.k.a kalau tempat tu takde sumber tenaga..Time tu lah gunanya power bank. Amat lah rugi kalau korang terpaksa guna power bank korang masa kat dalam bilik hotel sebab power bank perlu masa yang lama untuk di-charge sampai penuh..So, bila korang kat hotel @ guest house, sila guna power soket dan charger. Kalau korang ada 3 device, sila bawak 3 charge. Jangan jadi cam aku, ada 2 device tapi bawak 1 charger..*ape yang aku pikir tah . Korea pakai power soket yang besi nya dua batang dan berbentuk bulat. Korang boleh beli dekat mall dan juga airport. Harga kat LCCT dalam RM30 ke atas.
 
3) Makanan Berat dan Jajan/roti
Bukan lah berat maksudnya korang timbang, berat nya 2 kilo.. NO...makanan berat ni macam benda yang biasa makan kat Malaysia.  Contohnya, kari adabi ke, sambal Abg Brahim, pasta ke dan seumpamanya... Jangan lah bawak makanan yang korang jaranggggg sangat makan kat Malaysia. Contoh yang aku bawak hari tu, sup cendawan. Tak beri kepuasan dalam langsung.. Sebab kat sane, korang susah nak cari makanan untuk tummy korang, so lapar gila-gila punya. Sebab tu korang kene bawak makanan berat dari Malaysia.. Jajan/roti bagi aku penting gak. Kadang-kadang bila pergi kedai runcit diorang, korang boleh meleleh air liur tengok jajan diorang tu.. Tapi takleh makan. So, kalau korang bawak jajan dari Malaysia takde lah terliur sangat. Plus boleh makan time pergi jalan-jalan. The only jajan yang aku bawak cuma jejari ikan.huhuhu
 
4) Botol air panas/air masak
Haaa..yang ni nampak cam tak penting.. Bila korang kat sana,benda ni sangat bernilai tahu tak!. Cuaca kat sane agak cool untuk kita, walaupon bagi diorang dalam kategori panas. Adakah mereka tidak bersyukur???bhahahaha... Dan bila korang penat berjalan,korang rasa haus. Tak kan nak beli je memanjang.. Air kat sane mahal habaq kat hang. Aku minum hot choclate dalam cup kecik tu pon dah hampir 5000won X RM2.88 =  RM14.40. huhuhu..So sebelum keluar dari guest house, bawak siap-siap air panas. Tapi aku bawak air kosong je dalam bekas hello kitty pink aku tu..Tapi air dia cam baru 30 minit kuar dari peti air..Sejukk and best je minum.. Botol air panas sangat penting kalau korang pergi time winter. Besar ke kecik? terpulang pada ko.. Kalau korang nak bagi minum untuk 10 orang, bawak lah besar.hihihihi. Beli kat sane ke kat sini??? kalau korang dah ada, bawak ajer..Tapi kalau korang nak beli kat sane pastikan ada chop/nama/tulisan yang menunjukkan korang beli kat Korea. Baru berbaloi-baloi bebeh...
 
Hmmm..Aku rasa sampai sini dulu yer aku bercerita..Sebab aku tak ingat nak bawak ape lagi..Nanti kalau Manda dah ingat, nanti tulis lagi. Kalau korang ada personal pertanyaan, boleh je comment kat bawah ni. Tak pon kalau segan-segan cat women, boleh email thefunnjoy@gmail.com.
Sebelum terlambat, Manda nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. :)


7 comments:

nohas said...

Power bank tu memang penting..masa gi dulu bawa laptop & external hard disk, setiap hari download gambar ke laptop...kalau pergi ke Indonesia, belilah power soket kat sana, lagi murah 6,000 rupiah shj (RM2)..RM30 mahal giler..

Lee's said...

nak pergi korea ke? nak ikut! haha

Mariam Musa said...

Kak, itu yang power soket indonesia yang universal ke?kalau universal, kira murah gila2 lah tu.hihi

Mariam Musa said...

Salam icyme..Ala...da balik da yunk..kalau tak leh pergi sesama.hihihi..Keep in touch dear :)

nohas said...

ya, yg universal, power soket yg besi dua batang, beli masa gi Bandung, bawa gi Korea jg, berbaloi-baloi..

Adyani Iman Al-aydrus said...

effa..!!!jom g korea..yni da bli tiket =)

Manda Musa said...

wahh..yani nak pergi bila nie..cam cemburu jer manda tak dapat pergi tahun nie...huhuhu