Seoul : Hello Kitty cafe

Assalamualaikum..
Hai semua.. Tuan tanah datang menjenguk.. Dah lama tak jenguk tanah se-ekar ni. Kes duk layan cite Korea " I hear Your Voice". Best habaq hang. Tak leh nak stop selagi tak khatam sampai ending. Best sampai tak nak kerdip mata lah..
Duduk rumah apartment camni lah kan, rumah sebelah atas jatuhkan periuk pon leh dengar. Hmmm lantak hang lah..Jangan roboh sudah.. Ni berkejar nak buat entry sebab lusa nak balik kampung..Raya!!!! tak nak haku duk raya KL..Bukan de sape pon kan. So moh kita ke berita utama...
Aku datang Hello kitty cafe sebab nya orang kata cafe nya cute-miut.. So gigih lah cari. Dua kali kot aku cari cafe ni. Sesat barat bagai.. Sanggup berlapar semata2 nak makan kat Hello Kitty cafe i tell you.
Manda cari cafe ni ber-pandukan peta. Dan benci gila sebab guna peta, tapi tak leh jumpa.. Eeeee..buang tenaga betul..Sampai hujung dunia jalan cari Hello kitty punya pasal..
Amacam??ada HOT kan minah kacukan melayu-korea ni kan? kan?..*sila angguk kepala
Banyak-banyak hari, ini lah hari yang aku rasa sangat stylo.hahaha. Cuaca super baik, cerah but sejuk aircond.
Aku cam nak tercabut kaki jalan cari Cafe Hello Kitty.. but jumpa jugak lepas sedar diri sesat jalan. Aku cari orang-orang yang agak muda, so Manda tanya unnie camni "Hello Kitty Cafe odie-yo".. Tunggang langgang punya bahasa.ahahha.Tapi unnie tu faham ok..Dia pon cakap cam ni "직진하면 오른쪽 볼 수 있습니다" lebih kurang camni lah maksud dia" jalan terus sampai jumpa simpang kecik  sebelah kanan". Tapi dia cakap tu fully korean... dan aku faham tau. Cuba teka camne aku leh faham ape dia cakap walaupon dalam bahasa korea??? sape teka betul dapat hadiah beraya kat kampung...
Dengan Bantuan unnie tu, finally jumpa gak..Syukurrrrrr
Asal aku rasa posing aku persis model jer, mesti ada muka-muka hansem menyelinap masuk interpreme dalam gambar aku..huhuhu...Oppa! anyeonghaseyo.hihihi 
Walaupon aku bukan minat Hello Kitty ..tapi cuuteeeeeee sangat cafe ni...Suka sangat kerusi dia ni...cam nak bawak balik...gerammmm.....
muka toyer Vs Muka konon cute. Benda hitam tu tengah syok posing tetiba bergegau.ahhaha..itu tanda food dah siap.. 
Jom mamam semua. Hanya tourist jer yang benti makan bawak maps bagai..hihi.. tapi waffle dia tak sedap pon.. Macam tak cukup masak. Sedap lagi waffle Nelson.hihi.
So setelah berjaya makan kat sini, suka lah hati..hihi..Bukan sebab kenyang, tapi sebab sampai ke destinasi.hihi
Suka sangat gambar ni...just perfect.hihi.. Ok berbalik pada cerita pasa unnie tadi.. Aku faham bukan iolls reti cakap korea..Tapi unnie tu cakap sambil tangan buat isyarat. So kira aku pandai jugak lah memahami bahasa isyarat walaupon tak bisu..hihi..sape teka dengan betul sila angkat tangan.hihihi...
Till then. TQ sebab sudi baca. Assalamualaikum,
 
TO BE CONTINUED
 
 


3 comments:

Unknown said...

Uih cakap korea tuh... benda itam tu mcm dlm citer rooftop prince lah...

Mariam Musa said...

hai Alya..selamat hari raya.. hihi..benda hitam ni memang famous..dekat Dunkin Donut pon ada guna benda ni..Tapi Dunkin Donut korea lah.hihihi

Amanda Musa said...

alya,
nanti tolong la suggest idea untuk buat mission ape kat korea yer? hihihi