Assalamualaikum
Di pagi hening nan indah..Begitu rajin membuka mata untuk bersemuka dengan kalian semua..Walawehhh...ayat bukan main lagi kan...Bajet syahdu, tapi sendu ada la..kui kui kui
Cik Amanda sedang berdiet. Percaya tak???*senyum kambing jap.
Betul la Cik Amanda diet.. Tapi seminggu jer.hahahha..
One day pas balik kerja, takde plan pon nak pergi makan kat luar. Sebab kalau pergi makan kat luar, kiraan kalori kemana, diet kemana...huh..menci!
Pergi pusing, turun naik Mid Valley.. Jenuh pikir nak makan kat mane. Pusing 3 4 kali, sampai kaki rasa kematu baru jumpa tempat makan. Itu pon dalam hati " haraplah sedap"...
So singgah kat Nyonya Color. Aturan dalaman dia macam zaman dulu-dulu.. Kerusi Kayu, meja bulat pastu ada part meja makan diperbuat dari batu mozek..Nampak klasik. Walaupun Cik Manda dalam kategori anak titanium??, tapi sesekali makan hidangan kampung memang, terangkat beb..
Kitaorang orang order Mee Rebus, Nasi lemak rendang ayam, Roti Jala dan air barli.
Kerusi cute ada bunga-bunga..Tapi kerusi ni kecik..Masa first duduk, nasib baik aku tak tertonggeng kat belakang..Malu jap Mak Jemah...
Harga Kat sini tak mahal sangat. Still berbaloi dan masuk dek akal.hahha.
Tapi yang paling best yang kitaorang pernah makan kat sini Roti Jala dengan Mee Kari.
Sorry lah kalau buat ayaq liuq korang meleleh...i sengaja.kehkehkeh
Mee kari portion dia huge. Memang kenyang. Kuah dia pekat. Sedap rasa. Cukup santan..Ada ayam dua ketul. Kalau tak kerana dah kenyang, confirm kuah tu nak hirup sampai licin. Harap maklum.tititititi
Roti jala dia.. Sekali korang rasa, korang nak makan lagi. Roti dia lembut. Kuah dia pulak pekat. Ayam dua ketul, empuk pulak tu. Bila masuk mulut, sound effect yang akan keluar "perfect" dan "mmmmmmmmm". Tapi aku punya effect lain sikit. Masuk mulut pastu mata buntang macam ada bunga api kat kepala aku "pom..pom..pom"...Sedap sangat!!!!! 10 bintang aku bagi untuk roti jala Nyonya Color...Kerana roti jala ni lah, kitaorang pergi 2 kali berturut-turut..kah kah kah
Kalau korang nak rasa kesedapan Roti Jala ni, boleh singgah di Nyonya Color di Mid Valley, LG menghala ke The Garden..
Till Then..Selamat Menjamu Selero. Tata bebeh!
2 comments:
Good review, siap ada sound effect lagi..haha..terus rasa nak try., tapi nak gi Mid Valley yg malas, cari parking kdg2 tawaf berkali-kali...hehe..
malu lak kene puji...hhihi..singgah lah kak..sedap..gerenti..hihihi
Post a Comment