Ke arah Kecantikan Semulajadi

AWAS!! Entry ini sangat banyak tulisan. Tak baca pun takpe.:)
 
Assalamualaikum..
 
Korang tengah buat apa hari ni? Ada yang keluar tengok wayang ea? enjoy yerk...Untuk hilangkan ngntuk aku kat opis hujung-hujung minggu ni..aku nak share dengan korang petua-petua menjaga kecantikan gaya artis & gaya semula jadi. Save duit uolls.
 
Kulit licin - korang pergi dapur pergi ambik tepung pulut. Kalau takde, pergi kedai beli. .Campurkan dengan air.Kuantiti tuh korang agak-agak sendiri k. Aku guna lebih kurang satu sudu makan. Pastu tepek kat muka korang sebelum tidur.Esok pagi cuci.
 
Kulit halus dan bersih- kalo korang buat kuih, kadang-kadang tak guna putih telur. So ambik putih telur campur dengan madu.Tepek kat muka selama 30 minit. Pastu cuci.
 
Surah Al-Waqiah - Orang yang bagi petua ini kan, muka dia sejuk je memandang. So meh kita amalkan sesama :
Selepas solat Isyak, ambil segelas air lalu baca surah Al-Fatihah 1x, Ayat Qursi 1x dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7x. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hari untuk jaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kita.
 
 
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
 
 
Banyak cara nak amalkan surah Al-Waqi'ah ni. Tapi aku ambil satu jer. Semakin banyak aku membaca, semakin banyak yang aku tak tahu. So bila aku tahu, aku share lah dengan korang. :)
 
Untuk petua yang diatas tu, bergantung pada kesesuaian individu yer. Apa-apa pun tawakal dan doa yang penting.
 
Info-info ni aku dapat dari hasil pembacaan aku dari majalah Hijabista Edisi Ogos 2012 muka surat 176. Kredit untuk majalah hijabistamagazine.
 
Sekarang aku nak sambung keje. So aku harap korang dapat manfaat dari entry kali ni. Terima kasih kerana membaca. Out dulu yer. Assalamualaikum :)


No comments: