Assalamualaikum..
First naik Air Asia pergi Sabah nak tawan Puncak Gunung Kinabalu...Misi Berjaya ok!...Second trip to Korea... Pun naik Air Asia.. Kalau baca dari atas, macam naik MAS pulak gayanya..Sila jangan tertipu...kihkihkih
Jarak antara Misi Puncak Gunung Kinabalu dengan Misi Trip to Korea almost 9 years. Waaaa.....lama gilos.. Kalau ada anak, dah darjah 3 dah agaknya. So sangat jakun bila nak naik flight.. Dulu naik kat KLIA, sekarang naik kat LCCT.. Peh, cam tua benor lak aku ni..
Trip to Korea spring Season ni is my first time lah kan. Dan sangat bersungguh-sungguh kumpul duit. Biasanya orang ambik cuti one day before take off, aku dengan bangga nya masih lagi bekerja.. Bertungkus lumus dengan ISO punya preparation. So sudahnya aku bersengkang mata nak kemas barang. Moral nya, adalah lebih baik anda ambil cuti sehari sebelum berlepas. Untuk mengelakkan kejadian kelam kabut dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas* walaweii, ayat skema beb
Aku Sampai airport dalam kul 9.30 Malam.. Jalan sesak..sowii takde gambar sebab nervous.hihihi
Untuk memudahkan korang, sila print / buat website check in siap-siap. Sebab nanti korang tak payah que panjang-panjang. That Easy kan? Tapi masa aku pergi ni, takde lah ramai sangat orang kat LCCT.
Nampak?bergaya tak orang yang nak g trip to Korea nih?hihi. itu baju kerja.. with cute Hello Kitty guide.hehehe
Kalau korang naik Air Asia, boleh tanya kat kaunter check-in luggage kul bape. Time aku check in luggage dalam kul 10 lebih camtu.
Dah lah mata rabun, pastu mulalah nak kecik kan mata nak tengok papan tanda tulis pe kan. Korang Jangan tersalah pergi kat terminal Domestic pulak eh. Kang sia-sia jer ticket korang beli..LCCT ada terminal Domestic & International yang berbeza. So kene perhati betul-betul.
Dalam nervous tu kan, sempat lagi makan. Nak elak kebuluran kat dalam flight nanti. Rasa kebab nie boleh tahan lah.. Kedai ni depan Marry Brown.
But satu kesilapan bila seorang perempuan nak pergi jalan jauh dengan membawa handbag yang kategori sangat mini!!..
It full... Macam nak melimpah keluar barang-barang semua.Niat aku nak buang dia kat Korea sebab memang dah buruk. Dan memang aku buang kat Korea. Jauh gila dari Malaysia..So moral di sini, sila bawa beg/ handbag besar untuk memuatkan
1) passport
2) dompet
3) flight ticket & boarding pass
4) wet tissue
5) some sugar
6) lip balm
7) camera
8) ubat-ubatan & atau apa sahaja keperluan korang di dalam kapal terbang..
(I am very skema sometime)
Korang perlu pergi check-in luggage awal tau. Sebab luggage nak ready lebih awal dari passanger. So bila dah check-in luggage, dia akan bagi slip cam gambar ni. Dia akan minta passport korang untuk pengesahan. Normally, kalau korang terlebih 1KG, In Sha Allah akan lepas. Kalau lebih dari tu, kene bayar extraaaa.....
Boarding time pukul 0020am. So kene awal lagi dari boarding time ni. Untuk selamat, better 20 minit before boarding pass.
Dalam nervous nak naik flight, because i'm alone kene lah pandai bawa diri. Ikut rules yang ditetapkan.
Dan bila dah tahu naik kat gate mane, so dah boleh pergi kat boarding area.
sorry gambar kelabu :(
yoyo orr jer aku beratur kat sini.. Sampai depan pintu ladies cute baju merah tu koyakkan boarding pass aku dan dia check aku punyer boarding pass code...she said" miss, this is flight for Perth Australia. To Korea not yet".....dalam hati menjerit..What!!!!!!!!... Cuba ko bayangkan, kalau ladies tu tak check? i going to Perth instend of Korea..Ape aku nak buat bila sampai kat Perth??..CRAZYYY moment!!!
After waiting around 1 hour camtuh, time to boarding dalam flight.
Camne kalau saat dan ketika ini, hari hujan???any ideas???
Dan yang paling penting i olls dalam flight ditemani oleh ARTIS..
Nama dia Michelle.Oraka From Philippines.. Dia cute, aku serabai...
Dia dapat contract 2tahun kat Korea. Korang leh tengok dia nyanyi kat SINI....
Masuk flight dan Tidur.......ZzzZZZzz
TO BE CONTINUED
16 comments:
BESTnye kat sne amanda....mmng jiwe kentang awk ni travel sorang2....
berani jugak awak ye pergi sensorang..
hihi..jiwa kentang sebab nama negara tu Korea. Kalau negara lain, serious tak berani.hihii
hihi..berani dan kene buat preparation dari awal beli ticket.hihihi...
aikk..lebih kurang jer masa kita pi ni..hihih
Zila pergi Korea bape haribulan?
Assalamualaikum, Amanda.. :)
mmg giLa kenTang la, awk pergi Korea sorang2.. hahahahhaa! Family x kisah ke, pergi sorang2??
Assalamualaikum, Amanda.. :)
mmg giLa kenTang la, awk pergi Korea sorang2.. hahahahhaa! Family x kisah ke, pergi sorang2??
terima kasih yah tentang infonya sob, salam bloggers..
hihihi..kisah,..
same2..ilmu akan berkembang kalau dikongsi..kan?salam blogger jugak ..:)
best juga serita anda ni... saya akan ke Perth hujung bulan ni sama dengan awk giler kentang jalan sorg2...
waaaa berani giler pi sane sorang2....sye p dgn kawan jan 2015 ni.kte org berdua je ..tu pon da risau..hehe....
Kisah syg..hihi..tapi sebab dah janji nak jaga diri bebaik..so family izinkan..alhamdullh..semua ok..:)
wow..perth...selalu dengar org pergi perth..dan teringin jugak nk pergi..tapi fikir pasal currency, terpaksa cancel..Tapi apa yang paling best kat perth? must be ada story nie kenapa wan nak pergi perth..cer cite-cer cite...hihihi
Hai Yani...jgn risau..jika dah buat researh , study and yakin..insyllh takde masalah...but must always berwaspada where ever you go yer dear... so dah hafal ayat2 korea yang wajib tahu? :)
Post a Comment