Diet VS Solat : buat 1 dapat 2

 
AWAS!! entry ini panjang dan mungkin beri effect membosankan.

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya teruja nak buat entry nih. Diet kan.Duk dalam bilik diam-diam dan type.hihi..hari tu aku bosan gila duk kat rumah. Housemate semua takde. Balik kampung. So aku cari majalah-majalah yang lama bertapa kat dalam almari TV.

Dan aku terbaca sesuatu yang menarik. Almaklumlah kan...Aku ni badan dah naik a.k.a dah gemuk. Mana tak gemuk kalau hari-hari makan kul 9pm.huhu...

Berbalik pada topik.hihi..Bagaimana Solat boleh mempengaruhi Diet kita? Sujud boleh melancarkan sistem pernafasan a.k.a melegakan sistem pernafasan dan kembalikan organ ke tempat asal. Aku tak tahu pun organ kita ni boleh beralih kedudukan..o_o

Kelebihan sujud banyak sebenarnya macam baiki kedudukan buah pinggang, betulkan pundi peranakan yang jatuh, kurangkan kesakitan bagi yang sakit apendiks dan merehatkan linkungan belakang badan. Yang paling penting otak manusia menerima banyak bekalan darah & oksigen serta mengurangkan kegemukan ketika sujud.

Next ialah rukuk. But yang ni aku ringkaskan je lah yer. Takut kang aku tulis panjang-panjang korang ngantuk pulak.hihi.Rukuk boleh elak risiko penyakit tulang belakang,melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang. Tabiat membongkokkan ibu jari dalam kedudukan sujud dan duduk semasa tahiyat dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak.
 
Subhanallah..Allah tu sungguh besar rahmat Nya. Buat yang wajib dapat pahala dan badan sihat.Ni yang dikatakan buat 1 dapat 2. Pasni kalau kita tak sempat nak pergi gym ke, padang ke, kita solat. Solat pun kira bersenam kan..
 
Terima kasih sebab menbaca entry aku sampai habis. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari ilmu yang disampaikan. Out dulu yer. Assalamualaikum :)


No comments: