The Day

Assalamualaikum..
Yahoo..alhamdulillah.. Finally. It almost 4 month waiting kan. Now today is the registration day. Uhh...terbaik wok. Bangun seawal yang mungkin. Sebelum tu iron baju siap-siap. Nak kene pakai lawa-lawa. Tapi toksah lah nak pakai bling-bling sangat kot yer pon. Just wear baju kurung yang berkelapuk dalam almari. Iolls dah lame tak pakai baju kurung pergi keje. Naik moto beb. Jangan cari pasal, kang ternampak betis batang keladi.. Auw...( pehal entry ini berbunyi sungguh gedik???)
Rasanya lambat dalam 10 minit. Tapi hambik lah beratur panjang gila. Rasanya Iolls orang yang ke 500 kot? Kat depan tu ada lagi tangga sebelum nak sampai ke tempat file. UITM Shah Alam sumpah lah besar. Siap ada bus rapid KL masuk, T604. Kalau tak silap ler.hihi. Dia atas bukit. Kalaulah datang jalan kaki, confirm berpeluh dari atas sampai bawah. That sungguh teruja masuk UITM kan.
Ini kaunter ke 2 dari 10 kaunter, check original punya sijil. Banyak tau.Dah pangkat pakcik-pakcik pun belajar lagi tau. Sebenarnya kan ambik gambar ni pun malu-malu. U know kan i kan pemalu sangat.hahahaha.
Dah penat beratur, dapat lak makan free. Bukan nasi bungkus okies. Nasi buffet. Super power punya bajet uolls. Sedap. Tapi serius memang lapar gila time nih. Penat tak yah nak cakap. Kepala lak dah mula buat hal. Ngada-ngada sungguh!
Time to taklimat. Siap menyanyi lagu Negaraku. Dah tu nyanyi lagu Uitm. Bukan 1 tapi 2 tau.Haiyo..Ingat  retiss ke nak nyanyi banyak-banyak. Orang lain yang kat dalam dewan tu pun ramai yang cakap " hah!nyanyi lagi?". Lagunya panjaaaaaang.hahaha..kelakar. Nasib ler iolls suka menyanyi.hihihi.
Tuan pengarah cute. Kecik molek. Kelakar & very humble. I admire you lah tuan pengarah! Dan ada lagi sorang pensyarah. Serius kelakar. Nama Ustaz Zawawi. Iolls yang ngantuk tersengguk-sengguk tu pon leh celik mata. Tapi dia tak ajar student Ijazah. Just diploma jer. PJJ punyer penerangan agak susah nak faham sebab tak dapat tengok yang real punyer. I-class lah, seminar lah, ape lah. Tak paham lah.
Walaupun begitu, saya sangat teruja untuk belajar semula. Cairkan semula lemak-lemak tepu dekat sel-sel kepala.hihihi. Bahasa Inggeris ok? eleh padan lah dengan jurusannya. Hambik lah pecah kepala nak menghafal pas ni.huhuh..
Now, secara rasminya as a student di UITM 2013. Wihuuu. Apa motif tutup nama tu pun tak tahu lah kan. Oleh itu, jutaan terima kasih kepada friend & family yang banyak menyokong hasrat nak sambung study. Also to Kuda Putih as a parents for that day.hahahaha.
Nak Join belajar?boleh ajer kak oii. Adik, kakak, mak cik, pakcik, amoi, tomoi (eh?) pergi laman web UITM. Apply kat situ. In Sha Allah diorang terima. Must follow syarat-syarat yer semua. Till then, chow chin chii. Assalamualaikum :) 
 
Do "LIKE" & "TWEET" if you like it :)

Post a Comment