Resepi Sup Dimsum Simple :)

                                                       Assalamualaikum....

Tengok tajuk jagan ingat aku reti masak .Bukan reti sangat pon..tapi sebab aku buat harituh menjadi, so aku share lah ea..ini pon kes tak jumpa kedai dimsum dalam rancangan JJCM.

 
Peh..mmg xde bakat ambik gambar

Bahan dimsum:
Kulit wantan – boleh beli kat pasaraya ( den beli kat Carrefour)
400g ayam kisar ( A.M guna brand ramly)
1 biji kuning telur
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tangkai daun bawang – dipotong bulat-bulat
½ biji lobak merah – potong/racik halus
½ biji bawang cina ( nak guna sengkuang pon boleh)– potong dadu
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil Lada hitam( nak guna lada sulah pon boleh) -  kisar/tumbuk  
Garam secukup rasa

Sup :
1 liter Air rebusan ayam/ guna stok pati ayam - aku guna kiub pati ayam jer

 

Cara- caranya :

1)      Satukan semua bahan dimsum dalam bekas dan gaul sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.

2)      Ambil sedikit inti dimsum yang dah digaul sebati tadi dan letak kat tengah-tengah kulit wantan. Balutkan.letak air kat bahagian tepi kulit wantan supaya kulit melekat dan isinya tak terkeluar.

3)      Didihkan air rebusan ayam/ stok ayam dan masukkan dimsum yang dah siap dibalut. Tunggu hingga kulit wantan tuh berwarna jernih.

4)      Angkat & Dah boleh makan.

p/s : Guna isi udang lagi best .

kalau guna pati ayam, jangan buat inti dimsum masin sangat.pandai2 balance k..
pastikan kulit wantan tu melekat dengan btul.Sebab kalo dia terbuka, nanti dimsum tuh kembang a.k.a xcantik terbentuk.

Klo korang kreatif, leh buat ropol-ropol kat tepi dimsum tuh..aku buat tak menjadi ( sedih sungguh).

Paham x ape yang aku tulis ni? kalo xpaham leh tanya.. Selamat Mencuba!!!!!
Post a Comment