Singgang Sotong, Oh Mama Tengganu style :)

Assalamualaikum.
Oppa Ganggam Style..But sorry, this time Oh Mama Tengganu Style. Baru rare!!! Rindu giler nak makan sotong singgang. Kalau kat kampung takleh nak main ratah wei sebab family Amanda besar. Limit sorang dua ekor jer.hihi..
 
Haritu balik kampung nak raya nampak kuah jer..uhuk..sedih giler..tapi nak minta mak buat memang takde nak layan la sebab sibuk nak buat tapai.. I kan anak mithali. Boleh la sesekali masuk bakul lambung sendiri.hihi..
 
 
Bahan-bahan:
Sotong - 5 ekor (dipotong)
Air - 2 cawan
Serai - 2 batang(diketuk)
Garam - secukup rasa 
 
Bahan untuk dimayang:
Bawang merah - 4 ulas
Halia - 1 inci
Bawang putih - 4-5 ulas
 
 
 Nampak tak dia mendidih? Tak nampak, buat-buat nampak dah la.hihi
 
Cara - cara nya :
Masukkan air dalam periuk dan semua bahan kecuali sotong. Masukkan sotong bila air dah mendidih dengan rancak-nya. Than masukkan garam secukup rasa. Kuah singgang ni should be macam masam-masam sikit.Then siap. Boleh la makan dengan nasi.
Tadaaa!!!...time to eat sampai licin..
 
Tips : kalau masak makanan laut, jangan masak terlalu lama sebab nanti makanan laut keras and terlampau pengecut. So kurang fresh gitu.hihi
 
 
 Terengganu Di Hatiku Selalu.Then selamat mencuba. :)
 
 
With Love
Amanda Musa

Post a Comment