Sayur labu air..My Mom resepi :)

Assalamualaikum..
I'm back!!!. setelah sekian lama menghilang. Alhamdulillah, i sihat cuma busy sikit dengan kerepek seaweed i tu.hihi.. Nak cari duit lebih la katakan.
 
 
Well, i currently dalam process cabaran 40 hari tanpa nasi. Bunyi cam gilor kan?Saje je mencabar diri sendiri. Reason-nya adalah i takleh rasa kenyang selagi tak pekene nasi walaupon baru je bedal roti 5 6 keping. Sekadar nasi+kicap lemak manis pun boleh bertambah 2 3 pinggan.
 
 
Tetiba buat resepi nie sebab my adik lelaki tetiba tanya kat group whatsapp camne nak buat sayur labu air. Kitaorg communicate dengan whatsapp sebab rasa macam always keep in touch walaupon dah berbulan2 tak balik kampung.hihi..So aku terliuq weii bila dia tanya camtu. Then aku pon sibuk la nak buat jugak. Dan cara-caranya seperti dibawah :

 
bahan-bahan:
Labu air - Saiz sederhana
Garam -secukup rasa
Air - agak2 tenggelam labu air

Bahan tumbuk:
bawang merah - 5 ulas
bawang putih - 2 ulas
lada hitam - 1 sudu makan
ikan bilis - 1/2 genggam(rendam dalam air panas)
 
 
cara buat :
Masukkan air & labu air yang dah dipotong dalam periuk. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat dalam periuk. Bila agak2 labu dah embuk, masukkan garam secukup rasa & siap untuk makan dengan nasi + cecah budu+ ikan masin. hihi..
 
Tadaaa!!! Ini baru dikatakan rare...nyamm nyamm
Tips:- masukkan garam bila masakan dah nak masak untuk kekalkan khasiat makanan.

Tapi aku tak makan budu sebab masin.huhuhu..Memandangkan tengah diet nasi, so aku ratah jelah.hihi..

Selamat mencuba.

With Love
Amanda Musa


Post a Comment