Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Singgang Sotong, Oh Mama Tengganu style :)

Assalamualaikum.
Oppa Ganggam Style..But sorry, this time Oh Mama Tengganu Style. Baru rare!!! Rindu giler nak makan sotong singgang. Kalau kat kampung takleh nak main ratah wei sebab family Amanda besar. Limit sorang dua ekor jer.hihi..
 
Haritu balik kampung nak raya nampak kuah jer..uhuk..sedih giler..tapi nak minta mak buat memang takde nak layan la sebab sibuk nak buat tapai.. I kan anak mithali. Boleh la sesekali masuk bakul lambung sendiri.hihi..
 
 
Bahan-bahan:
Sotong - 5 ekor (dipotong)
Air - 2 cawan
Serai - 2 batang(diketuk)
Garam - secukup rasa 
 
Bahan untuk dimayang:
Bawang merah - 4 ulas
Halia - 1 inci
Bawang putih - 4-5 ulas
 
 
 Nampak tak dia mendidih? Tak nampak, buat-buat nampak dah la.hihi
 
Cara - cara nya :
Masukkan air dalam periuk dan semua bahan kecuali sotong. Masukkan sotong bila air dah mendidih dengan rancak-nya. Than masukkan garam secukup rasa. Kuah singgang ni should be macam masam-masam sikit.Then siap. Boleh la makan dengan nasi.
Tadaaa!!!...time to eat sampai licin..
 
Tips : kalau masak makanan laut, jangan masak terlalu lama sebab nanti makanan laut keras and terlampau pengecut. So kurang fresh gitu.hihi
 
 
 Terengganu Di Hatiku Selalu.Then selamat mencuba. :)
 
 
With Love
Amanda Musa


Sayur labu air..My Mom resepi :)

Assalamualaikum..
I'm back!!!. setelah sekian lama menghilang. Alhamdulillah, i sihat cuma busy sikit dengan kerepek seaweed i tu.hihi.. Nak cari duit lebih la katakan.
 
 
Well, i currently dalam process cabaran 40 hari tanpa nasi. Bunyi cam gilor kan?Saje je mencabar diri sendiri. Reason-nya adalah i takleh rasa kenyang selagi tak pekene nasi walaupon baru je bedal roti 5 6 keping. Sekadar nasi+kicap lemak manis pun boleh bertambah 2 3 pinggan.
 
 
Tetiba buat resepi nie sebab my adik lelaki tetiba tanya kat group whatsapp camne nak buat sayur labu air. Kitaorg communicate dengan whatsapp sebab rasa macam always keep in touch walaupon dah berbulan2 tak balik kampung.hihi..So aku terliuq weii bila dia tanya camtu. Then aku pon sibuk la nak buat jugak. Dan cara-caranya seperti dibawah :

 
bahan-bahan:
Labu air - Saiz sederhana
Garam -secukup rasa
Air - agak2 tenggelam labu air

Bahan tumbuk:
bawang merah - 5 ulas
bawang putih - 2 ulas
lada hitam - 1 sudu makan
ikan bilis - 1/2 genggam(rendam dalam air panas)
 
 
cara buat :
Masukkan air & labu air yang dah dipotong dalam periuk. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat dalam periuk. Bila agak2 labu dah embuk, masukkan garam secukup rasa & siap untuk makan dengan nasi + cecah budu+ ikan masin. hihi..
 
Tadaaa!!! Ini baru dikatakan rare...nyamm nyamm
Tips:- masukkan garam bila masakan dah nak masak untuk kekalkan khasiat makanan.

Tapi aku tak makan budu sebab masin.huhuhu..Memandangkan tengah diet nasi, so aku ratah jelah.hihi..

Selamat mencuba.

With Love
Amanda Musa



My favorite Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum
Selamat datang ke Channel Masak me-masak by Amanda Musa..Really long time no see uolls..Nak kata busy, tak jugak.. Tapi Busy jugak ar sebenarnya. Cari sumber pendapatan extra. Kali ni kan, Manda nak share satu resepi yang iolls suka sangat. Cuma kadang malas nak buat..hihi..Resepi ni originally from my mother friend. Since 2007 kot i makan benda ni. Masa i duduk rumah kawan i time practicle.hihi..Almost every day mak dia masak sambal ikan bilis. So kira dan 6 tahun lah resepi ni untuk i..Suka sangat makan, walaupun pedas cam nak tercabut cuping telinga. So cam rugi kan tak share resepi yang awesome ni dengan korang semua.
 
What you need :
sebungkus ikan bilis - digoreng garing
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili padi
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
 
Cara-cara nya :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai lumat ( separuh lumat pon bole).
2. Dengan guna minyak yang goreng ikan bilis tadi ( tambah atau kurangkan ikot keperluan), tumis bahan tumbuk. Dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 3. Bila bahan agak garing, masukkan ikan bilis. Kacau smpai rata dan tutup api.
Dah Siap!!!!
 
Senang yang amat kan??? tapi kalau korang nak hidang untuk ramai orang, korang boleh blander kering. Sebab iolls pon kadang-kadang malas nak menumbuk.. Nanti naik ketul-ketul kat lengan, kang tak lawa lak.hihihi.. Biasanya, i selalu buat mula-mula blander kering. Pastu bila dah separuh hancur, i olls tumbuk lak pakai lesung batu.hihi.. Orang kata, rasa lesung tu buat makanan lagi sedap.. betol eh????
 
Masa mak kawan i buat benda ni, i boleh menambah nasi 2 3 kali.  Buruk perangai kan.hihihi.. Sambal ni korang boleh makan dengan nasi, cekodok, roti atau " sungguh enak di makan begitu saja"..ape ingat roti gardenia je ke leh makan camtu jer?hihihi. So selamat mencuba..
 
Ok berbalik pada extra income tadi tu kan, i olls ada buat hand made or  Home made flower brooch

Sila singgah di
Kalau anda berminat untuk jadi dealer, boleh contact di email thefunnjoy@gmail.com
Have a nice day semua !!...till see you than..


Nasi Goreng Kerabu

Assalamualaikum
Haii semua..Cam lama giler tak main masak-masak..Tapi rasa lagi best kalau kita letak nama main kecah-kecah dapur..Setiap kali masuk dapur jer,  berkecah satu dapur..padahal masak simple jer..Bersepah cam orang buat kenduri kendara mak-yer..Hujung minggu boleh lah nak main masak-masak. Kalau hari kerja, kirim salam jer la...
Hari ni nak share resepi Nasi Goreng Kerabu..Kalau ikutkan malas nak masak. Tapi En. Farhan beria sangat nak makan. Ni pon sebab tengok rancangan dapur bujang.Senang sangat nak buat nyer habaq hang..Very easy.. First time buat, terus jatuh cinta..hihihi.. Resepi ni simple sebab sesuai dengan "dapur Bujang" yang serba kekurangan.hahahha..Janji ada rasa kerabu.:)
Tapi nak citer, potong bahan-bahan depan laptop habaq hang. Sambil tengok cerita Rooftop Prince.hahahah..Bila dah buat depan laptop tu, keje 5 minit jadi 1 jam. Punya lah lambat. Mak mentua lalu belakang pun tak sedar, kusyuk benor dengan cerita Korea.hahaha.. Maklumlah tengok video takde sangkut-sangkut..Guna Unifi, lajuuuuu jer...hahhaa * hidung tinggi sangat ko kan.. Sape-sape lom ada Unifi, register lah sekarang. Tak rugi pun.wahh..promote lak ko kan..
 Siap ada timun dua keping buat hiasan.hahahha..
 
 
Bahan-Bahan:
Segenggam Ikan bilis- dikoreng garing
1bunga Kantan - Dihiris halus
2 batang serai - Dihiris halus
2 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih- dicincang halus
4 tangkai cili padi - hiris halus
2 sudu makan sos tiram
4 tangkai kacang panjang - hiris kecik2
1/3 kubis bulat @ ulam yang korang suka - hiris halus
3 mangkuk nasi
garam secukup rasa
sedikit minyak masak - Untuk menumis
 
Caranya :
Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau..Lepas tu masukkan bunga kantan,serai dan cili sampai naik bau. Lepas naik bau, masukkan kacang panjang dengan kubis @ ulam dan nasi putih. Lepas tu masukkan sos tiram dan garam. Bila dah cukup rasa & bahan semua rata, masukkan ikan bilis. Kacau sekejap dan siap.
 
Senang kan? kalau tak faham jangan segan silu nak tanya.. Kalau Tak tanya nanti sesat ke tanjung rambutan.Kan susah.hihi..Gurau ajerrr..Jangan marah.hihihi
Selamat mencuba resepi orang bujang nie yer..Dah cuba boleh share outcome nya..tata titi tutu
Assalamualaikum :)



Cik Tortilia Daging Gulung

 
Assalamualaikum...
 
Gila tak sedap nama yang aku bagi kat makanan ni. Sebelum ni aku pernah buat. Leh baca kat sini.Kalau nama manusia, boleh jugak rujuk kat list nama-nama indah dalam Islam. Aku dah lama tak buat keje masak-memasak..My brother said, kalau bab-bab makanan 'pelik' serah kat aku. Pelik sangat ke apa yang aku masak?????
 
Eleh...Pelik-pelik pun 3 roll jugak yang ko telan kan..LOL. Aku sendiri pun rindu nak makan tortilia buatan tangan aku ni..Dan request by En. Kuda putih. Sebab senang & sedap.. Moh kita buat sesama Cik Tortilia Daging Gulung.
 

 
 
Bahan-bahan :
 
Tortilia original/apa2 jenis
Burger daging/ayam
Salad ( yang jenis daun lembut)
Thousand Island
 
Cara-cara nya :
 
1) Goreng daging burger. Lepas goreng, potong daging secara memanjang..Tebal mana korang nak potong suka hati k.
2) Panaskan tortilia dalam kuali. Panaskan dalam lingkungan suam-suam..jangan sampai hangit pulok.
3) Then, ambil sekeping tortilia, aturkan salad kat tengah tortilia, susun daging yang dah potong di atas salad.
4) Pastu letak thousand island then gulung. Kat plastik ada bagitau cara nak gulung. ( aku cucuk dengan lidi sebab xnak bagi roll terbuka)
5) Siap dan boleh makan..
 
Senang kan.. takde lah pelik sangat. My anak buah, Maira 6 tahun suka makan. 2 roll dia makan..Banyak kan. Korang yang nak buat kelaian, boleh lah cuba resepi ringkas ni yer.. Selamat mencuba. Chow Chin Chii... Assalamualaikum :)


Resepi Sup Dimsum Simple :)

                                                       Assalamualaikum....

Tengok tajuk jagan ingat aku reti masak .Bukan reti sangat pon..tapi sebab aku buat harituh menjadi, so aku share lah ea..ini pon kes tak jumpa kedai dimsum dalam rancangan JJCM.

 
Peh..mmg xde bakat ambik gambar

Bahan dimsum:
Kulit wantan – boleh beli kat pasaraya ( den beli kat Carrefour)
400g ayam kisar ( A.M guna brand ramly)
1 biji kuning telur
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tangkai daun bawang – dipotong bulat-bulat
½ biji lobak merah – potong/racik halus
½ biji bawang cina ( nak guna sengkuang pon boleh)– potong dadu
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil Lada hitam( nak guna lada sulah pon boleh) -  kisar/tumbuk  
Garam secukup rasa

Sup :
1 liter Air rebusan ayam/ guna stok pati ayam - aku guna kiub pati ayam jer

 

Cara- caranya :

1)      Satukan semua bahan dimsum dalam bekas dan gaul sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.

2)      Ambil sedikit inti dimsum yang dah digaul sebati tadi dan letak kat tengah-tengah kulit wantan. Balutkan.letak air kat bahagian tepi kulit wantan supaya kulit melekat dan isinya tak terkeluar.

3)      Didihkan air rebusan ayam/ stok ayam dan masukkan dimsum yang dah siap dibalut. Tunggu hingga kulit wantan tuh berwarna jernih.

4)      Angkat & Dah boleh makan.

p/s : Guna isi udang lagi best .

kalau guna pati ayam, jangan buat inti dimsum masin sangat.pandai2 balance k..
pastikan kulit wantan tu melekat dengan btul.Sebab kalo dia terbuka, nanti dimsum tuh kembang a.k.a xcantik terbentuk.

Klo korang kreatif, leh buat ropol-ropol kat tepi dimsum tuh..aku buat tak menjadi ( sedih sungguh).

Paham x ape yang aku tulis ni? kalo xpaham leh tanya.. Selamat Mencuba!!!!!