Harimau Malaya Vs Burung Garuda

 
Assalamualaikum :)
 
Demam bola uolls. Berjangkit dengan aku sekali. Hari tu tengok Malaysia Vs Laos kat tv je. But still puas hati. But kali ni aku dipinang Ida pergi tengok bola kat stadium.. STADIUM.. erkk..seumur hidup aku, tak pernah tengok bola kat stadium. So 3 kali dipinang, aku setuju jugak arr nak pergi. Sebab ada bus khas untuk ke sana,yang pergi warga company dan ada tempat duduk khas. I mean tak bercampur dengan orang lain. ( ceh gaya nak VIP).hihi..
 
dah dapat tiket..yahoo. Sebenarnya aku follow Team Malaysia. That Why semua wajib pakai baju Pantera ni. Ini pun dah petang. Dan tempat duduk kitaorang berhadapan pintu yang pemain kuar masuk padang tuh
See??..aku teruja sebab first time datang stadium tengok bola. Walaupun nampak macam kecik, tapi jelas. Baru aku tahu diorang ada sesi pemanasan badan di padang before start bertanding.
Aku ada nampak Safee Sali, tapi dia tak nampak aku.hihi. First time tengok Safee Sali kat padang, fill dia lain. Nak banding jumpa dia kat jamuan Buka Puasa tahun lepas.Kalau komen aku tentang perlawanan ni. Bagi aku sangat sengit. Dan jantung berdebar memanjang. Harimau Malaya buat betul-betul terbaik. They trying hard. Walaupun kaki Safee Sali sakit. Dan tentang first perlawanan mungkin spirit diorang belum datang. Kali nie Harimau betul-betul tunjuk taring.
Kita orang yang sangat bersemangat.hihi...Please say hi kalau korang ada dalam gambar nih.Dan Malaysia menang 2-0.Hopefully next game Harimau Malaya give more & more.hihi.. Next game aku pergi tak?hmm..kalau dipujuk rayu si Ida, mungkin lah.hahaahha...Majulah Bola Untuk Negara ..Assalamualaikum :)
 
p/s : Pas tengok bola, aku bajet akan termimpikan bola sepak or pemain-pemain nya.. But eroni nya, aku mimpikan Hanis Zalikha.Siap cakap nak bergambar.terbaikkkk.hihih
Post a Comment