Assalamualaikum,
Sebab aku tak jadi nak pergi On Set Full House tu, so aku just naik bus ke Icos Guest House.
Nak pergi Icos Guest House nak kene naik bus no 6002. Usually kalau korang tempah guest house, dia akan email kat korang cara nak ke sana. Nak ke Icos tu boleh naik subway dan bus. So aku pilih bus sebab senang sikit. Tak payah naik turun tangga dengan bag yang berat gila tu..hihi..The power of pocket.hihihi. Korang leh bayar guna T-money atau di kaunter. Tempat nak naik bus ni sama level dengan arrival gate yup..
Sini korang leh bayar untuk naik limo bus kalau nak guna cash. Korang kene pastikan tempat yang korang nak pergi tu betul dengan no bus. Kang kelain lak..Harga untuk naik bus 10000 Won. Plus minus RM30. So pandai-pandai lah bajet. Waktu tunggu bus, hujan dah benti. Tapi sejuk rasa cam sampai sum-sum gitu..Asap kepul2 still keluar..i like.hihihi..
Dah naik bus, perut lapar lak kan.
Berehat sebentar bersama Kitkat.hihi.. Nak naik bus nie kene pakai seat belt ye.Driver siap check lagi uolls. Tapi kan, driver bus ada gaya macam pilot .hihihi.. Dalam bus ni rasa lah warm sikit dan ada oppa hansem..tergugat sesaat..hihi..
Dari airport nak ke Seoul dalam sejam gak ar..sempat aku tidur.Penat kot.
Dan bila sampai kat Sinchon tu, aku rasa cam blur-blur..sebab jalan dia pelik..
Finally after teruja dek kepelikkan jalan kat Sinchon ni, dah pun sampai kat Icos Guest house.*perlu tak bagitau aku sebenarnya sesat???
Nampak bag hijau tuh??hihi..Saya dah sampai..
I olls manager Icos ni yang sambut i tau. She said" Maria"?..me"yes"..Dan-dan je nama ko bertukar jadi Maria bila sampai kat Korea..Eee.gedik sangat ko Maria.,,
Dan aku berehat lah kejap kan. Kalau nak ikot gambar, memang jauh beza. Tapi aku tetap suka sebab leh rasa duduk Hanok stay. Lagipon murah.hihi
* purple shawl by Scarfsweethoney
Santapan "berat" yang pertama before keluar pergi MyongdongIt's better dari ko kebuluran yer Amanda a.k.a Maria...*dalam hati nak makan tomyam!! Jangan banyak songeh!
So nak pergi Myeongdong kira pertama kali naik subway. Nervous lak kak ooiii..
Hambik ko..anak tangga bukan main banyakkkkkkkk lagi..Yang ni jer aku turun naik 2 kali sebab aku tak jumpa line yang nak tukar subway.sabor jer lah.. Menggigil kot lutut aku..
Nak sampai ker Myeongdong naik line no 4.
So aku nak cakap kat hang, masa masa sini sejuk Ya Rabbi...Kuku aku semua sakit ko tahu. Nasib tak berdarah jer baby finger aku nih. So aku cari gerai yang jual sarung tangan, tapi satu pon takde jual. T-T.. kebanyakkan jual stoking yang cute miut..
Back to the story, so kita berjalan mencari tempat nak pakai Hanbok Free.
Cara nak pergi pakai baju Hanbok Free:
1) Station Myeongdong, subway line 4, exit 6
2) lalu depan Mingolia, jalan terus sampai jumpa Myeongdong Teather.
3)Bila nampak Myeongdong Teather, terus belok kanan.
4) Jalan terus sampai jumpa kedai baju Top10 sebelah kanan.
5) lalu lorong sebelah Top10 tu.
6) Jalan terus sampai jumpa watson, dan jalan depan sikit jumpa kedai Babara
7) Pintu masuk berhadapan dengan kedai Babara.
8) Tempat nak pakai Hanbok tingkat 5, naik lift yer
Sini ada jugak restaurant. Tapi tak halal!
Masa aku pergi, bangunan tengah renovate but still boleh masuk. So little bit scary.hahaha..
Seoul Global Culture & Tourism Center
Pandangan dari luar.
So hasilnya ialah
Tadaaaa....Bukan main bergaya sakan i tell you. Syok sendiri bergambar..Ada rupa anak kacukan Melayu Korea kan???*sila muntah jika perlu
Happy moment..Tapi apsal aku senyum camtuh???? baju ni Princess yang pakai. Next time aku nak pakai rambut palsu..Ada gaya cam mak tiri sikit.hohohoho
This cute Korean girl tolong pakaikan Hanbok kat aku dan tolong ambil gambar. Rasa cam princess sangat bila dilayan special.hahaha..Dia pandai speaking English..Unnie, gamsahabnida !!
After, dah pakai hanbok segala. Terus balik guest house. Tak mampu nak pusing-pusing Myeongdong lagi dah, kaki sakit beb. Lagipon hari dah malam. Orang Malaysia*aku lah tu* mane leh nak tahan duk lelama kalau waktu malam. Suhu drop ok!. sejuk gila..First day lah katakan..
So balik rumah, relax, makan dan tidur..ZZzzZzz
Tomorrow will go to ???? TQ for reading ..
TO BE CONTINUED
5 comments:
comellah....pakai hanbok
hihi..tq..tapi jangan ah puji lebih2..malu..khihihi
so cute la syg...
best arr free..saya kena byr 10k won
yeke?zila pakai hanbok kat mane?
Post a Comment