Selangkah Ke Menara Gading.ding.ding...

 
 
Assalamualaikum..
 
Aku dah lama benti belajar yang formal ini. Memandangkan keje & taraf hidup sekarang ni, so aku pun ambil keputusan untuk sambung study. First aku nak apply Open U. But aku ni sangat lah malas nak isi borang. So terlepas. Then my friend Nazira bagi email untuk masuk UITM. Tq dear.
 
So aku pun bertungkus lumus nak isi borang & gila banyak soklan aku tanya si Nazira tuh. Kecian dia.hihihi...BUT aku lupa yang aku hilang aku punya slip MUET ( walaupon idok sehebat mana resultnya)..
 
Jenuh lah aku mencari jalan camne nak dapatkan sijil MUET tuh. Dah lama aku ambil exam sampai tahun exam pun aku lupa.huhu.Then aku call MPM ( Majlis Peperiksaan Malaysia), then dia cakap boleh pergi ambik kat kaunter. Tapi jauh oooo... Kat Batu Caves sane..Nak belajar punya pasal, pergi jugak arr ambik.. Cam biasa lah, bantuan Kuda Putih ku lari gagah berani...Mekasih yer :)
 
 
 
 
Siap study peta..Tapi SESAT jugak.huhuhu
 Bayar RM 20. Tunggu dalam 10 minit dah dapat. Sekejap je kan. Padahal aku sesat hampir 2 jam.huhuhu... 
 
 
Tadaaaaa.....dah dapat sijil nya..Boleh tahan details lah sijil nih..Malu woo nak tunjuk kat orang..Tolong jangan tanya aku dapan Band apa..Sumpah malu..Tapi result diploma aku not bad la kan.hihih
 
Dan satu lagi masalah sebab aku punya transkrip tak sampai-sampai...Risau gila. Tarikh tutup 30Nov pulak tuh..
Moral of the story daripada pengalaman aku ni, jangan letak perkara-perkara berkaitan akademik sepah-sepah... plus jangan buat perkara-perkara penting last-last minit..Bila hilang macam ni lah jadi nya..
 
Pape pun, harap korang semua doakan UITM terima aku sebagai student dia. Pada korang yang mungkin nak sambung study, boleh lah klik kat SINI.
 
Thanks for reading and do leave your comment to support me. tq :)

Post a Comment