Fear Factor artis Malaysia

 
Assalamualaikum..
 
Hujan dan sejuk..dah kata musim hujan kan. Dapat Kopi panas dengan ubi kayu rebus..banyak syiokkk. Sapa-sapa yang ada Astro mesti tengok amazing race Astro's Fear Factor Malaysia nih kan. Korang ingat artis Malaysia reti berlakon, menyanyi & mengacara je ke? diorang pun terer gak untuk melawan ketakutan. Bagi aku rancangan macam nie buat aku melihat artis Malaysia dari sudut yang berbeza. Aku takde fikir sape menang. Tapi aku harap artis Malaysia lebih bermotivasi dan kurang kontroversi..hihihi..
 
Pengacara lak bukan calang- calang uolls.. Oppa Aaron Aziz tuh. Cepat pergi tengok..
 
 
hansem...Tapi not my taste..Kita suka Oppa Siwon..o_o
 
Kalau korang lah kan, ape yang korang takut? I mean yang apa yang korang tak suka?? kalau aku? sangat lah suka binatang-binatang lembik..En.Cicak, Puan Katak, Datin Sri Spider yang kaki dia ada bulu ( tak tahu nama lah)..semua tuh mintak jauhh..Geli oooo..cuba korang bayangkan benda-benda ni merayap kat tangan ke, kaki, baju ker....ooooooo..meremang bulu roma..Kalau jumpa benda-benda ni ada dalam rumah aku, satu rumah aku menjerit....Memang layak digelar penakut..
Cite kat orang ni boleh buat maut nih.huhu O_O
 
Kalau ditanya 
 "Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live" apa yang korang jawab?? kalau aku, mestilah nak sebab boleh jumpa artis Malaysia. Segerombolan artis kat sini u aolls.Tapi aku TAKNAK kalau ada En,Puan & Datin Sri yang aku sebutkan diatas.huhu.. pecut 100KM sejam kalau ada binatang nih. aaaaaa
 
Aku dah cite apa yang aku tak suka.  So giliran korang pulak. Jangan lupa tinggalkan comment k. Terima kasih sebab membaca. Assalamualaikum :)
Post a Comment