LAZADA oh LAZADA

Assalamualaikum.
 
Mood bola kan sekarang. Tapi aku nak cerita pasal Lazada. Penah dengar ke tak? klik sini. My sis tengok kat situ ada bag cantik untuk her daughter. Very Cute daughter. In order nak beli murah ( takde lah murah sangat pun), she minta tolong  aku untuk COD kan bag tuh..So, sebagai seorang adik yang penyayang  VERY penyayang okies..So aku setuju. ( Tu pun sebab baru dapat gaji.ihihihi).. COD kene tambah lagi RM 5..huhuu...Sabar ajelah.
The bag owner. Rambut dia sebenarnya perang.huhu.. 
Lusa tuh dah dapat. Cepat gila. Maybe sebab KL-Selangor just sekangkang kera. He ( the postmen) call aku dan cakap " Sue Yana, saya dah ada kat Menara TM." Aku pulak blurrr " What?".. " saya hantar barang dari Lazada"..Baru lah macam sedar dari lamunan.huhuh..Mane tak blurr..aku tengah on phone layan si Sari tuh nak buat i-check ( daily work).Pergi depan dan minta he ikut aku pergi lobby. Sebab dalam dompet mahal ( ceh.. kecoh) aku tuh ada RM 5 ringgit.. Even my sister tak tahu cite nie.
 
Dalam nak sattel kan pasal Lazada ni, sempat pulak si Bro postmen ni interview aku ( Maybe i'm too shining on that day).hahahahah..He ask me " Orang mane? Dah kawen ke?"..Korang rasa apa aku jawab?????.... This is my Answer :
 
" Saya Orang Terengganu.. Lagi 2 minggu nak kawen".
 
Sound so great kan??... Jawapan soalan pertama betul.. Soalan Kedua aku tipu.. I'm not lah suka menipu. But that kind of situation, aku terpaksa.( ada ke istilah terpaksa menipu eh?).. Walaupun mungkin dia sekadar bertanya, tapi aku risau tau. Bro postmen tuh ada aku punyer phone number. Buat nya dia call aku pastuh? Tak ke nahas tuh??? Tapi kalau lah dia baca blog aku nih " Bang, sorry yer bang"...hahaha.
Moral nya perlu berhati-hati dalam setiap perkara dan sila letak nama penerima yang betul untuk Lazada yer...hihi..Meh layan gambar bag si cilik comei aku nih..
 
very the pink color..

 
This my Sister . Sorry we are not twin.hihihi.. We have same voice. Kecuali sekarang, sebab aku diserang selesama yang agak teruk..So suara seksi manja dah hilang..yang tinggal hanya suara sengau..huhuhu 
That all the story..Lazada oh Lazada.. You give me great memory.. Out dulu  and thanks for reading. Assalamualaikum :)

Aku dan Tortilia Gulung

 
Assalamualaikum..
 
This month aku dapat gaji lambat.. Actually bukan lah delay, tapi sebab hari tu kita sambut  Raya Haji. That why next gaji macam lambat gila. Hujung bulan nazak gila lah. Hari-hari masak uolls. Macam housemate sejati masak kat members rumah aku tuh. Walaupon sekadar telur dadar dengan nasi.ihik..ihik. Tapi kami suka.Kami suka makan telur dadar..Lagi pun berani diorang nak complain lebih-lebih? LOL
 
Kerana poket kering kontang, aku pun puasa okies?. sekurang-kurangnya cepat bayar puasa ganti.hihi..Aku kalau lapar, seribu benda masuk kat kepala aku tentang masak- memasak. Kadang-kadang tak menyabar uolls.( iolls pun kadang-kadang serabut).huhu.Korang kalau nak tanya idea bab-bab masak, korang tanya aku time aku lapar. Confirm banyakkk idea.hihihi..
 
Dapat je gaji bulan Nov, terus pergi Mid Vlly ( 10 minit je dari rumah aku). Cari bahan-bahan nak buat tortilia gulung. Iolls sangat teruja nak buat. Sanggup set jam pukul 5.30pagi uolls..Tapi aku bangun 6.30pagi..hebat?.haha..So memang tercapai hajat nak buat tortilia gulung daging burger aku..
 

Ini jer yang sempat snap gambar. Yang lain dah selamat di makan.hihi..Dapat lah jamu team aku kat office.Kawan-kawan yang lain tunggu lain kali..What?gambar tak cantik? next time aku provide gambar yang santik-santik. Sebab aku dah beli kamera baru.( ceh kecoh ko Manda)..
 
Korang jangan nak nilai tortilia aku dari luaran k..Walaupun rupa tak cantik, tapi bila makan satu nak lagi tau. Boss aku siap suruh buka gerai tau..(kembang hidung jap).hahah. Ada siap minta resepi uolls. Kalau korang nak resepi, aku post..tapi kalau taknak..Aku sedar siapa aku..Eceh..majuk pulok..
 
So, next time aku boleh buat lagi..itu sahaja story mory. Untuk tempahan sila hubungi 014-tekan tekan tak dapat.ihik.. Out dulu yer dan selamat menjamu selera...Assalamualaikum :)


Diet VS Solat : buat 1 dapat 2

 
AWAS!! entry ini panjang dan mungkin beri effect membosankan.

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya teruja nak buat entry nih. Diet kan.Duk dalam bilik diam-diam dan type.hihi..hari tu aku bosan gila duk kat rumah. Housemate semua takde. Balik kampung. So aku cari majalah-majalah yang lama bertapa kat dalam almari TV.

Dan aku terbaca sesuatu yang menarik. Almaklumlah kan...Aku ni badan dah naik a.k.a dah gemuk. Mana tak gemuk kalau hari-hari makan kul 9pm.huhu...

Berbalik pada topik.hihi..Bagaimana Solat boleh mempengaruhi Diet kita? Sujud boleh melancarkan sistem pernafasan a.k.a melegakan sistem pernafasan dan kembalikan organ ke tempat asal. Aku tak tahu pun organ kita ni boleh beralih kedudukan..o_o

Kelebihan sujud banyak sebenarnya macam baiki kedudukan buah pinggang, betulkan pundi peranakan yang jatuh, kurangkan kesakitan bagi yang sakit apendiks dan merehatkan linkungan belakang badan. Yang paling penting otak manusia menerima banyak bekalan darah & oksigen serta mengurangkan kegemukan ketika sujud.

Next ialah rukuk. But yang ni aku ringkaskan je lah yer. Takut kang aku tulis panjang-panjang korang ngantuk pulak.hihi.Rukuk boleh elak risiko penyakit tulang belakang,melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang. Tabiat membongkokkan ibu jari dalam kedudukan sujud dan duduk semasa tahiyat dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak.
 
Subhanallah..Allah tu sungguh besar rahmat Nya. Buat yang wajib dapat pahala dan badan sihat.Ni yang dikatakan buat 1 dapat 2. Pasni kalau kita tak sempat nak pergi gym ke, padang ke, kita solat. Solat pun kira bersenam kan..
 
Terima kasih sebab menbaca entry aku sampai habis. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari ilmu yang disampaikan. Out dulu yer. Assalamualaikum :)


Ke arah Kecantikan Semulajadi

AWAS!! Entry ini sangat banyak tulisan. Tak baca pun takpe.:)
 
Assalamualaikum..
 
Korang tengah buat apa hari ni? Ada yang keluar tengok wayang ea? enjoy yerk...Untuk hilangkan ngntuk aku kat opis hujung-hujung minggu ni..aku nak share dengan korang petua-petua menjaga kecantikan gaya artis & gaya semula jadi. Save duit uolls.
 
Kulit licin - korang pergi dapur pergi ambik tepung pulut. Kalau takde, pergi kedai beli. .Campurkan dengan air.Kuantiti tuh korang agak-agak sendiri k. Aku guna lebih kurang satu sudu makan. Pastu tepek kat muka korang sebelum tidur.Esok pagi cuci.
 
Kulit halus dan bersih- kalo korang buat kuih, kadang-kadang tak guna putih telur. So ambik putih telur campur dengan madu.Tepek kat muka selama 30 minit. Pastu cuci.
 
Surah Al-Waqiah - Orang yang bagi petua ini kan, muka dia sejuk je memandang. So meh kita amalkan sesama :
Selepas solat Isyak, ambil segelas air lalu baca surah Al-Fatihah 1x, Ayat Qursi 1x dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7x. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hari untuk jaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kita.
 
 
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
 
 
Banyak cara nak amalkan surah Al-Waqi'ah ni. Tapi aku ambil satu jer. Semakin banyak aku membaca, semakin banyak yang aku tak tahu. So bila aku tahu, aku share lah dengan korang. :)
 
Untuk petua yang diatas tu, bergantung pada kesesuaian individu yer. Apa-apa pun tawakal dan doa yang penting.
 
Info-info ni aku dapat dari hasil pembacaan aku dari majalah Hijabista Edisi Ogos 2012 muka surat 176. Kredit untuk majalah hijabistamagazine.
 
Sekarang aku nak sambung keje. So aku harap korang dapat manfaat dari entry kali ni. Terima kasih kerana membaca. Out dulu yer. Assalamualaikum :)


Selangkah Ke Menara Gading.ding.ding...

 
 
Assalamualaikum..
 
Aku dah lama benti belajar yang formal ini. Memandangkan keje & taraf hidup sekarang ni, so aku pun ambil keputusan untuk sambung study. First aku nak apply Open U. But aku ni sangat lah malas nak isi borang. So terlepas. Then my friend Nazira bagi email untuk masuk UITM. Tq dear.
 
So aku pun bertungkus lumus nak isi borang & gila banyak soklan aku tanya si Nazira tuh. Kecian dia.hihihi...BUT aku lupa yang aku hilang aku punya slip MUET ( walaupon idok sehebat mana resultnya)..
 
Jenuh lah aku mencari jalan camne nak dapatkan sijil MUET tuh. Dah lama aku ambil exam sampai tahun exam pun aku lupa.huhu.Then aku call MPM ( Majlis Peperiksaan Malaysia), then dia cakap boleh pergi ambik kat kaunter. Tapi jauh oooo... Kat Batu Caves sane..Nak belajar punya pasal, pergi jugak arr ambik.. Cam biasa lah, bantuan Kuda Putih ku lari gagah berani...Mekasih yer :)
 
 
 
 
Siap study peta..Tapi SESAT jugak.huhuhu
 Bayar RM 20. Tunggu dalam 10 minit dah dapat. Sekejap je kan. Padahal aku sesat hampir 2 jam.huhuhu... 
 
 
Tadaaaaa.....dah dapat sijil nya..Boleh tahan details lah sijil nih..Malu woo nak tunjuk kat orang..Tolong jangan tanya aku dapan Band apa..Sumpah malu..Tapi result diploma aku not bad la kan.hihih
 
Dan satu lagi masalah sebab aku punya transkrip tak sampai-sampai...Risau gila. Tarikh tutup 30Nov pulak tuh..
Moral of the story daripada pengalaman aku ni, jangan letak perkara-perkara berkaitan akademik sepah-sepah... plus jangan buat perkara-perkara penting last-last minit..Bila hilang macam ni lah jadi nya..
 
Pape pun, harap korang semua doakan UITM terima aku sebagai student dia. Pada korang yang mungkin nak sambung study, boleh lah klik kat SINI.
 
Thanks for reading and do leave your comment to support me. tq :)


Fear Factor artis Malaysia

 
Assalamualaikum..
 
Hujan dan sejuk..dah kata musim hujan kan. Dapat Kopi panas dengan ubi kayu rebus..banyak syiokkk. Sapa-sapa yang ada Astro mesti tengok amazing race Astro's Fear Factor Malaysia nih kan. Korang ingat artis Malaysia reti berlakon, menyanyi & mengacara je ke? diorang pun terer gak untuk melawan ketakutan. Bagi aku rancangan macam nie buat aku melihat artis Malaysia dari sudut yang berbeza. Aku takde fikir sape menang. Tapi aku harap artis Malaysia lebih bermotivasi dan kurang kontroversi..hihihi..
 
Pengacara lak bukan calang- calang uolls.. Oppa Aaron Aziz tuh. Cepat pergi tengok..
 
 
hansem...Tapi not my taste..Kita suka Oppa Siwon..o_o
 
Kalau korang lah kan, ape yang korang takut? I mean yang apa yang korang tak suka?? kalau aku? sangat lah suka binatang-binatang lembik..En.Cicak, Puan Katak, Datin Sri Spider yang kaki dia ada bulu ( tak tahu nama lah)..semua tuh mintak jauhh..Geli oooo..cuba korang bayangkan benda-benda ni merayap kat tangan ke, kaki, baju ker....ooooooo..meremang bulu roma..Kalau jumpa benda-benda ni ada dalam rumah aku, satu rumah aku menjerit....Memang layak digelar penakut..
Cite kat orang ni boleh buat maut nih.huhu O_O
 
Kalau ditanya 
 "Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live" apa yang korang jawab?? kalau aku, mestilah nak sebab boleh jumpa artis Malaysia. Segerombolan artis kat sini u aolls.Tapi aku TAKNAK kalau ada En,Puan & Datin Sri yang aku sebutkan diatas.huhu.. pecut 100KM sejam kalau ada binatang nih. aaaaaa
 
Aku dah cite apa yang aku tak suka.  So giliran korang pulak. Jangan lupa tinggalkan comment k. Terima kasih sebab membaca. Assalamualaikum :)

Travel Korea : Nami Island/ Winter Sonata a.k.a Pulau Cinta

Assalamualaikum....
 
Finally!!!! Nami Island datang.yuhuuu.Sorry lah ada problem haritu. Busy dengan kerja kat office dan seribu macam benda.Minggu Lepas cuti hampir seminggu. Dan badan aku pun naik bagai di
pam-pam. Aku memang suka melalut ke laut....Sowiii
 
Beberapa tahun yang lepas, Malaysia dilanda demam Winter Sonata.But the effect sampai sekarang. Ramai yang melancong ke Korea, tidak sah kalau tidak jejak kaki ke Nami Island/Winter Sonata a.k.a Pulau Cinta..Kelas gitu you alls..:)

As you know,( kalau yang tak tahu meh sini aku bagi tahu)..Pulau Nami, bukan berada di Seoul. But still easy to reach there..( plus dengan complicated sikit)hihihi

First kiss ><....
 
                                           
 
Patung diorang. leh bergambar nanti
 
If you ask me when the best visit????aku akan jawab everytime is best to visit Nami Island. Depands on you. :)..Tapi kalau nak fill lebih, boleh lah pergi time Winter. Itu pun kalau memang betul-betul sanggup nak harungi paras beku..huhuhuhu..aku? tak sanggup...huhuhuhu
 
 
                                Nak pergi pulau perlu naik ferry macam ni dalam 5 minit ++
 
Must remember to check the cuaca sebelum ke Nami Island. Aku cadangkan untuk sediakan Plan A, B, C dan seterusnya jika perlu. Sebab in case hujan, memang tak seronok nak teroka Nami Island ni..( sebenarnya untuk semua tempat pun tak best kalau hujan).> <
 
Macam mana nak datang teroka cinta korang kat sini??ok..ada beberapa cara yer kawan-kawan :
 
Shuttle Bus :Bertolak dari Jamsil station/Insadong ( pilih mana yang korang selesa) Harga 23000 all in.
By subway : pergi ke Sangbong Station Line 7 dan ambil Gyeongchun Line
By Bus/Car : korang check kat sini sebab aku tak reti camne nak cerita.
 
Kalau aku, mungkin guna subway sebab murah.hihihi. Dan masa untuk explore Nami Island pun panjang. :). But depand pada keselesaan korang. :)
 
Fee untuk pergi ke Nami Island lebih kurang 10000 Won.( RM 30 ). Kira lagi murah dari guna Shuttle bus. Tapi Shuttle bus tuh kira lebih selesa la :)
 
Banyak basikal kat tempat ni. Ada restaurent halal yoo.Prepare the money ajer.  Korang kalau datang Nami tapi tak naik basikal. Bagi aku rugi tau..Walaupun akau tak tahu nape akan rasa rugi.huhuhu. Sewa basikal untuk sorang 5000Won = RM 15 untuk 30 minit.
 
So, datang lah ke Nami Island dan enjoy the aktiviti k. Kalau tak cukup info , korang boleh pergi kat sini . Dari A sampai Z ada.. Tq for reading & selamat bercuti. Assalamualaikum :)
 
P/s : sekarang tengah study bahasa korea untuk next entry :)
 

Give Away From Etude House

Assalamualaikum..

Last week kan i pergi Etude House. Nak beli BB Cream katanya..Tapi memang dah beli pun.hihi..Dah guna dah pun..excited you know.LOL..Tapi korang mesti pening tengok post aku nih.. Kejap style lain..Jap lagi lain..Sowwi lah yer. aku nih tengah mencari identiti..hihi..
 
Apa yang aku nak bagi korang sebagai tanda penghargaan lah ea..
 
Toner from Etude House. Trial Kit. Dalam ni ada 5 botol toner berharga RM30 ( suke hati aku jer letak harga).hahaha. untuk jenis kulit yang berbeza. Korang boleh share dengan kawan-kawan. Pakai ni boleh lah acting star macam Sandara Park tuh.( model product nie lor).. So ape yang korang perlu buat ialah, just tulis macam kat bawah nih:
 
"Amanda! saya nak ni. Please!"
 
Aku tidak lah sehebat & sefamous Amos Fatin Liyana. But tolong lah join..Jangan buat malu aku okies.hihihi..Aku akan pilih secara rawak. Sape-sape yang terpilih aku akan email . Jangan lupa untuk letak email korang k... Tarikh tutup pada 30 Nov 2012...:)
 
Good luck dan selamat mencuba.. Assalamualaikum :)
 

Korea Travel : Namsan Tower Landmark of Seoul

Assalamualaikum...

How your day??harap semua ok. Kali ni nak cerita tentang landmark Seoul a.k.a Namsan Tower. Macam adik beradik dengan Menara KL kan. :) Dua menara ni berada di atas bukit tetapi ketinggian yang berbeza. But Sorry hari tuh janji nak bagi pasal Nami kan. Ada masalah tecnikal ya..So kita go on dengan yang nie dulu yer..Pinky Promise!!!
 
 
Menara KL 421m (Tallest in Southeast Asia)
 



Namsan Tower 262m


Ada 3 cara yang untuk datang sini depands pada anda suka yang mane :
 
 
Address: Seoul-si Yongsan-gu Namsangongwon-gil 126 (Yongsan-dong 2-ga 1-3)
1) Namsan Shuttle Bus (Circulation Bus)
* Bus 02 or 05: Chungmuro Station (Subway Lines 3 & 4), Exit 2 or Dongguk University Station (Subway Line 3), Exit 6
* Bus 03: Itaewon Station (Subway Line 6), Exit 4 or Hangangjin Station (Subway Line 6), Exit 2
 
 
2) Cable Car
* Directions to the Namsan Cable Car1) Myeongdong Station (Subway Line 4), Exit 3 / Take road to the right of Pacific Hotel and walk for 10min
2) From Hoehyeon Intersection (Myeongdong & Hoehyeon stations, Subway Line 4) walk towards Namsan Tunnel #3 and take the free Namsan Oreumi elevator to the cable car station.
 
kalau i, i akan pilih shuttle bus untuk naik dan turun. Sebab nak fill naik turun bukit. But kalau hujan, will prefer cable car. Cuma lari bajet sikit lah kot.
 
3) Seoul City Tour Bus
Boleh rujuk dekat sini.
 
Bayaran Masuk pulak :
1) Observatory : Adult 9000 Won (RM 27)
2) Teddy Bear Museum :8000 Won ( RM 24)
3) Package (Observatory + Teddy Bear Museum) : 14 000 Won ( RM 42)
 
Lebih jimat guna package. But still depands on you. More details tentang harga boleh klik sini :)
 
 
Yang menarik Namsan Tower :
 
Kunci cinta yang macam dekat 63 Building :).
 
Teddy Bear Museum :)
 
Ini kunci cinta Khuntoria Couple. Kalau korang boleh jumpa, aku memang tabik spring toing3 kat korang :)
 
 
kalau aku cerita semua tak best lah kan. So untuk lebih details boleh pergi Namsan Tower Homepage . Sapa yang pernah pergi, toksah malu-malu nak beri pendapat. Free of charge jer.
Harap dapat tambah apa yang kurang. Next entry kita akan belajar bahasa/percakapan asas bahasa Korea.. Tunggu yer. TQ for reading. Assalamualaikum :) 
 
 
 

Korea Travel : 63 building saksi cinta Khuntoria

Assalamualaikum.....

Mungkin ramai yang tahu dan juga tidak tahu..So i just inform for genaral knowledge. Di Korea ada satu rancangan di panggil We Got Married ( WGM). I think famous meletop-meletop kat Korea dan Malaysia..Di Malaysia ada satu rancangan yang macam seangkatan dengan ni. Sape tahu? i lupa lor nama rancangan tuh..sorry :(

63 Building actually first date Nickhun (2pm) & Victoria (fx). Really sweet tengok diorang dalam rancangan ni. :).. Tapi i not sure boleh jumpa or tidak kunci cinta diorang kat atas ni.. Because now banyak sangat kunci.hihihi

Apa diorang cakap pun tak tahu lah.. Untuk sampai kat atas ni perlu ambil tiket Skyart.
 
Anyway, bangunan ini berada di Seoul. So senang kita nak pergi ke sini. Just prepare the money. LOL...

Nampak tak dia tulis kata cinta kat benda Pink tuh :)
 
Ada 2 cara nak ke sini, subway dan bus. For shuttle Bus, i'm not sure still have or not. But boleh ambil bus yang dah di maklumkan tersebut k .:)
 
Directions
By Subway + Free Shuttle Bus
Daebang station (subway line1), Exit 6
Take the Free Shuttle or bus no.62

Yeouinaru Station (subway line no. 5), Exit 4
Walk toward the intersection and turn left to walk to the bus stop
Take the Free Shuttle across Sambu APT, 80m away from exit 4

Yeoido station (subway line 5), Exit 5
Take the Free Shuttle or bus no.62 in front of St. Mary’s Hospital Platform

By Bus Take bus no. 362, 261, 5633, 7611, 5534, 62, 9409 and get off at ’63 building’

                                      Untung-untung dapat naik bus nih...mau pusing 3 4 kali 
 
Untuk masuk bangunan ni tidak perlu tempahan. Pergi jer dan kalau beli guna Korea Pass( if i'm not mistake), boleh dapat discount.best kan.:)
Berkenaan harga pulak, please prepare dalam RM150. Sebab dia ada package yang memang tersedia. Rujuk here for info tentang package dan harga. :)
 
Visitor boleh masuk sampai pukul 9.30pm. So please make sure you come before 9.30pm because it will close on 10pm every day. 63 Building tiada holiday so ia dibuka sepanjang tahun..terbaikkk:)
 
For more details, boleh rujuk Visit Korea @ homepage 63 Building .
 
 
                                                       bangunan mencakar langit Seoul
 
Next entry i will post about Nami Island a.k.a Pulau Cinta..tungguuu yer.. Thanks for  reading and Assalamualaikum :)
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

Korea Travel : Trickeye Museum Seoul

Assalamualaikum..

Siapa yang pernah tengok Heart String? atau mungkin jugak dipanggil dengan nama lain.

                                              Sweet couple kan :)

Ada satu tempat dalam drama nie yang dibuat di Trickey Museum Seoul. Sorry tiada gambar :( ..
Siapa yang belum tengok, boleh tengok..Best. So alang-alang dah nak pergi Korea kan, jadi kita singgah lah kan.

Address : Seoul-si Mapo-gu Seogyo-dong 357-1, Seogyo Plaza B2

Beroperasi dari pukul 10am hingga 9pm. Tapi kemasukan akhir pukul 8pm yer.:).

Why perlu ada dalam list anda???hihihi..sebab Museum ini berasaskan lukisan @ frame yang kita boleh tengok macam real. Macam ni:


Besarnya sushi> <
 
sempat pergi Paris kot  :)
( gambar dari Pak Cik Google)
 
 
Malaysia ada macam ni ke eh????? takpe..kita terus ke cara nak ke sini..
 
Dari Hongik University Station ( Seoul subway line no 2), exit 9.
Jalan terus dalam 150m, lintas jalan dan belok kiri ke Hongik-ro Street.
Jalan terus 120m, and trun right down the second side street.
Jalan 100m, dan trickey museum di sebelah kanan..Paham ke?( sebenarnya aku pun tak faham.huhuhu). Tengok peta ni :
 
 
 

Harap jumpa lah ni yer :)
 
Harga untuk orang dewasa 13000 Won. Lebih kurang RM 39.Untuk lebih details click sini. Tidak perlu buat reservation ye kawan-kawan. Ada lagi satu tempat yang mungkin boleh pergi sekali,ini korea-travel-four-seasons-house-seoul :)...
 
Selamat Menambah ke dalam jadual ye kawan. But i'm not sure kalau pergi dengan Travel Agency dia bawa ke sini ke tidak..You can ask your tour agent.:).. Untuk more info boleh terus ke page Visit Korea . Harap info ini berguna dan menambah keceriaan melancong ke Korea.
 
Selamat Melancong & terima kasih kerana membaca pesanan ikhlas daripada Trickey Museum Seoul. Assalamualaikum:)
 
 
P/s : rate currency sekarang lebih kurang 1000Won= RM2.811. Senang kira jadikan RM 3. :)
 
 
 
 

Korea Travel : Four Seasons House Seoul

             Assalamulaikum...

Lama aku tak post yang berkaitan dengan Korea Travel kan. Sape suke tengok cite korea sila angkat kaki??eh..tangan lah.hihihi...anyone suke cerita Winter Sonata? Autumn In My Heart?Summer Scent?Spring Waltz???yang terbaru Love Rain. Aku tengok Winter Sonata jer.. Good news for you. Mungkin ada yang tahu atau pun tidak.Di Korea ade satu tempat yang memang khas untuk 4 buah drama ini selain dari Nami Island untuk Winter Sonata.


                                           Rumah kaca....Cantik kan? :)

Nak datang sini kene buat tempahan tau kawan-kawan click sini untuk tempahan 5000Won = lebih kurang RM 15 duit Malaysia. Four Seasons House tutup pada hari Ahad dan Holidays. So jangan tersilap buat jadual sudah. :)



Info tambahan yang mungkin korang semua nak tahu :

Tempat Parking kereta :  [Winter Sonata] the drama, [Winter Sonata] the musical, Eun-Yeong's
                                         set from [Spring Waltz], [Spring Waltz] exhibit and [Snow
                                        Queen] exhibit
Tingkat Pertama  : set from Green Music, [Autumn in my Heart] exhibit, photos of                                the four seasons, MD souvenir shop, café    
Bahagian luar  : Proposal room, Bench from Winter Sonata & Spring Waltz

Address : Seoul-si Mapo-gu Sangsu-dong 86-10


Memandangkan Four Seasons House berada di Seoul, so senang nak pergi sini.. Naik subway je.( gaya macam pernah pergi kan.hihihi). Untuk datang sini sila ambil subway line 6 pastu exit 2.  Then berjalan dalam 3 minit menghala ke Hongik Unv. Boleh juga ke homepage Four Seasons House.

So, pada mereka yang akan pergi ke Korea, masih sempat untuk masukkan lokasi nie dalam itenary anda okies??? rugi tak pergi tau.. Selamat bercuti & tq sebab membaca. hihih :)


                                                           Summer Scent :)

Nota : why i tell you this? sebab bila aku tulis dekat blog, senang nak rujuk balik. So jangan lupa untuk follow blog aku k..Kepada yang pernah pergi, harap dapat komen supaya kita boleh berinteraksi di sini. LOVE YOU ALL.. :)









Awak & Saya suka Etude House :)

Assalamualaikum..

I am Aku sedang menghitung hari... Bukan untuk kahwin ok?..untuk Ms. Pink kesayangan beta. LOL.. Waiting for 15 Nov 2012 dan juga Awal Muharram of cause. What I want to buy? yeay..Sun BB Cream by Etude House.

I don't know how often girl's  pakai BB cream a day. But honestly i only use once or twice a day. No wonder this small BB cream can tahan more than 7 month.LOL..

                 The face Shop.. RM 40 with discount.. Kalau tiada discount, RM 60.. 20ML


Ramai yang review cakap Sun BB Cream by Etude House bagus. Kuantiti pulak banyak. Kalau yang kecik tu i boleh pakai more than 7 month, i think kalau yang nie boleh sampai setahun kot.LOL... dan tidak perlu pakai compact powder. I don't know sejauhmana kebenarannya..


tak tahu lah tone warna yang ada ni sesuai ke tidak dengan kulit melayu aku nih > <


So teman-teman yang mungkin tak ada plan lagi.. Jom kita pergi dekat sini One Utama, cuci mata pun jadi lah kan. ( Target nak sampai kat One Utama at 10 Pagi..nak tolong bukakan kedai..hihihi)..Untung-untung dapat free gift... I don't think pakai nie dapat kulit cam Sandara Park nih. ( dalam hati hanya tuhan jer tahu.hihi)

                                 aku target Limited Edition Toiletries Pouch Etude House :)

Kira kebetulan lah kan I punya BB cream dah habis dan boleh beli time promotion time nie..ahak...sengih sampai ke telinga..ihik..ihik..ihik...

Pada yang memang nak shopping must remember, jangan boros tau.Beli apa yang perlu..hihihihi.... Also going to try waffle at Waffle World. Anyone???

Harap-harap kita jumpa di sana. Dan kalau kenal, tegur-tegur lah yer.. ( ceh..pesanan macam artis pulok..huh).. sorry sekiranya  aku guna rojak punyer bahasa..harap faham lah yer...:)


P/s : fighting to buy camera....doa-doakan ye kawan2 :)

Tq for reading..Assalamualaikum


Kita & wedding :)

                                          Assalamualaikum....

This is my latest wedding event yang aku pergi.  On Sunday hari tuh.. Area Bandar Tun Razak. Turun naik tangga jugak lah nak smpai dekat situ. Public transport. Kuda Putih tidak follow sebab balik kampung..hmmm..

 Before kuar peluh macam mandi.> <..ada orang tak percaya aku jahit sendiri
manik kat lengan baju aku tuh..hihihi

Time sampai kat rumah pengantin too early i think. That why sempat buat macam rumah sendiri..Bergambar Bagai. Alhamdulillah cuaca elok dan tidak hujan. But seriuslly agak kepanasan.

                         Posing cun hilangkan panas ( dari kiri Mira, Ira, Amanda, Ida & Zira)


Tahniah kepada kawan aku yang selamat dah menjadi isteri orang. Tahniah sekali lagi untuk Hidayah & Farhan. Semoga berbahagia selalu.

                       Me dan pengantin perempuan.. Takde gambar dengan pengantin lelaki..sedih


Kepada kawan aku yang berkahwin tapi aku tidak dapat datang, minta maaf sangat-sangat.Semoga berbahagia sampai syurga. Antara yang dah kawen Yani, Azah, Liza & Siti


But the story a.k.a ending of the day sungguh tragis untuk aku dan Cik Fiza. Going to Times Square. Naik turun public transport. Naik turun tangga bergerak. Tapi satu benda pon tak beli. Pastu sampai kat rumah, lif pulak rosak.. Lagi tragis bila balik umah kene naik tangga sampai tingkat 5... Cam nak tercabut lutut ni hah...But good thing is, kitaorang dapat jugak ar makan KFC snack plate.

Moral of the story, ape jua yang buruk berlaku pasti ada datang baik nya. Renung-renungkan dan selamat majukan diri untuk negara..LOL... Mekasih kerana membaca. Assalamualaikum..

Biggest Diamond Craze at Wah Chan PJ Section 14

Assalamualaikum...

Esok Deepavali lusa pulak Awal Muharam. Kl kebanyakkan nya cuti. TM diberi cuti selama 3 hari..But untung lah pada mereka yang still banyak cuti. Boleh apply direct seminggu..hihihi..Saya?? NO..no more annual leave..sedih..

Good news pada yang mungkin merancang untuk bertunang/kahwin. Bermula hari ni hingga 17 Nov 2012 ada SALE untuk barang kemas. WAH CHAN. hihi..suka lah tu..




                                                           12 Nov 2012 - 17 Nov 2012

                                                            Tapi kat tempat ni je tau :

                                                No 10B, Jalan 14/20, Petaling Jaya, Selangor

                                             Call 03-7955 5567 or 03-7955 5568 for enquiries.
                                               http://www.facebook.com/wahchanjewellery


Kalau tidak pun, still boleh beli untuk diri sendiri atau hadiah pada insan tersayang. SALE hujung tahun kan.

Hopefully info yang aku bagi nie boleh bantu kawan-kawan semua merancang majlis perkahwinan dan sebagainya.

Tq for reading dan selamat cuci mata & cuci poket dengan barang kemas..Assalamualaikum. :)

Di Sebalik nama A.M.A.N.D.A M.U.S.A

          Assalamualaikum...

Hujung minggu datang lagi...rasa nya baru jer tulis pasal story Friday Night Project klik sini kalau nak baca. Tetiba hari ni dah pun Friday lagi..Gila cepat kan masa berlalu...Seriuslly masa sangat cepat berlalu..Dah tak lama lagi nak bulan Dec. I have to worry now since I belum book guest house untuk my vacation..hadoii...Habis lah...You know what, i still not plan my full itenary for my vacation next year...Gila kentang...Jap, apesal ke laut China selatan aku merepek nih....

Berbalik pada kisah nama A.M.A.N.D.A M.U.S.A  ... Honestly my name not like the orang putih punyer nama okies... My name is totally Malay name..senang cite islamix lah...But camne boleh keluar nama ni..kan... start when i sign up untuk FB  Klik for sign up FB .. I don't know apa nak letak nama kat FB masa tuh..so i letak Armada Musa....Lama aku pakai pastu tetiba ada Band Armada, hotel nama Armada & kapal Armada... off kos lah bukan aku punyer..Kalo aku punyer bangga tahap ke bulan lah aku ni..So i think i should change may FB name.. So..pikir punyer pikir...dapat lah Amanda Musa..sound lebih lembut..is it?ke aku jer yang perasan??? >_< ??

And why tetiba nak cerita pasal nama aku A.M.A.N.D.A M.U.S.A ?? sebab aku terjumpa ini



dalam senarai nama pilihan anak perempuan.. Seriuslly aku terkejut gila...Honestly, aku lebih selesa orang panggil aku Amanda..tapi kawan dalam FB & blog lah.. My friend Fatihah Zakiyuddin call me like this.hihi..So kepada yang bakal dapat anak perempuan, boleh letak nama ni...free jer xyah bayar kat aku...Aku ikhlas...poyo gile.hahahah....

Trully sorry if sound so gedik or bahasa tunggang langgang.. I'm sains student not sastera...hihihi... Walaupun nama di FB & blog as A.M.A.N.D.A M.U.S.A, i still not forget my real name..don't worry be happy.. terima lah gambar dalam toilet yang paling cun setakat nie... perasan habis...hihihi

                                 Time ni wakil my company ke GLC  bertemu PM...hihihi



 tq for reading...Assalamualaikum  :)

Time for VOIR Warehouse Sale

                     Assalamualaikum......

Ramai yang baru dapat gaji kan..(kecuali aku).. so aku nak share latest VOIR Warehouse Sale.
Lokasi nya adalah dekat

Located at Lot 1878, Jalan KPB 9, Kawasan Perindustrian Kg Baru Balak, Off Jalan Balakong, Seri Kembangan, Selangor (10am until 7pm).
Bila ????  8 Nov - 18 Nov 2012. Mungkin ada yang tak tahu ape yang dia jual kan. ( aku lah tuh).



Dia ada kasut, baju, pakaian lelaki & baju kanak-kanak..  Antara jenama yang terlibat Soda, Voir dan lain.  So moh ler ramai- ramai kita pergi serbu. Aku pon nak pergi jugak...

Lagi satu nak bagitahu pasal harga.. Dia cakap harga start dari RM 1..gempaq tuh..so aper lagi...Set the date... See you there.. but sesiapa yang tak minat dengan VOIR Warehouse Sale ni, boleh pergi kat http://www.offerstation.com untuk tengok mana info-info meletop.. Just prepare the money...hihihi......

Tq sebab sudi membaca entry aku & Selamat membeli belah.... Assalamualaikum

KOREA TRAVEL : City Hunter Filming Location

               ASSALAMUALAIKUM..

Hai kawan-kawan...How's your day..Best kan tajuk post aku kali ni..OK..Aku memang teringin sangat nak pergi korea. Sebab gilakan cerita Korea sangat-sangat... So aku buat some research tentang tempat filming location drama City Hunter.

 Pelakon wanita yang famous...Amanda Musa... ( ehhh???)..untuk versi bahasa melayu kot.hahahh


Lagi-lagi my bro yang berlakon.Ala yang Lee Min Ho tu...( berangan lah ko Manda)..hahahaha.. lokasi nyer ialah :

1) Road of Wind on Mapo Bridge - dekat sini boleh tengok permandangan malam yang cantik. Reka bentuk jambatan ni pun unik..

                                                              Seoul Korea :) 


2) Seoul Color Park - menarik sebab kita dapat lihat warna-warna berlainan dari setiap sudut. best kan.





3) The Botanical Garden BCJ in Paju - taman yang cantik dan menenangkan.

Kalau aku pergi sini, mau berangan jadi Princess .hihihi...boleh????


Ini harapan aku. Semoga Allah beri rezeki untuk ke Korea.  Harap apa yang aku tulis ni boleh beri info berguna untuk korang yang akan Travel Ke Korea akan datang.

Terima kasih sebab membaca post aku yang serba sederhana ni.. Assalamualaikum :)

P/s : gambar ni semua dari Pak cik Google. tq :)

Friday Night Project

ASSALAMUALAIKUM.....

Tonight is Friday Night..Hari ni seriusly very busy...with whole day meeting..Peh, gaya macam CEO.. Padahal orang office sebelah pon tak kenal sape aku.

Jenuh berfikir camne nak ade internet di rumah dengan kos yang paling mudah. So...dapat idea setelah beberapa lama berfikir. ( itu pun lepas bincang dengan office mate dan orang celcom)..jangan marah..hihihi...

This post actually untuk say THANK YOU to my beloved house mate Fiza Zailani. Sebab she help me a lot untuk make up aku punyer blog yang boring gila sebelum ni..

To Fiza Zailani , kalau baca post ni. Sila beri komen. So my reader can know you..(Peh, ini ayat paksa) .hihihi..

kepada kawan-kawan yang baca blog aku ni, terima kasih banyak-banyak kerana support aku..tq so much..:)

p/s : maaf ye kawan-kawan aku tak ade gambar nak masuk dalam post ni. Next time insyallah :)