Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

The Malaysian Running Girl

Assalamualaikum..
Hai semua. Hopefully korang semua sihat. Day by day, masa nak pergi Korea dah. Alhamdulillah. Well, first of all thanks sangat pada uolls yang suggest mission. Tq so much *touching jap sambil lap air mata. Ada banyak yang suggest mission, tapi tak dapat nak buat atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, terima kasih tau.
 
This trip boleh dikatakan sangat badget. So Cik Yam  terpaksa pilih mission yang kurang menggunakan duit poket. This time rasa seksa sikit sebab takde OT.huhu.. Tapi impian punya pasal, kita redah je lah. So below adalah list mission yang Cik Yam akan buat:
 
 
Mission/ challenge List:
 
1) Bergambar dengan Korean Student yang pakai baju sekolah. ( Suggest by  Zuriana)
2) Cooking Tomyam
3) Wear sleeping mask every night.
4) Bergambar dengan artis Korea.
5) Wear Hanbok ( Suggest by Zuriana)
6) Cari 1 Kunci cinta di Namsan tower yang tulis dalam Bahasa Melayu. ( Suggest by Zuriana)
7) Dapatkan cop di Nami Island. (Suggest by Kak Nohas)
8) Snap a picture with pramugari/pramugara yang disukai..
9) Snap picture with  cosmetic promoter atleast 5 promoter.
10) Rendam kaki dalam sungai selama 1 minit without shoes and socks.
11) Eat atleast 2 jenis Korean Autumn fruits. ( strawberry terkecuali sebab wajib makan.ihihi)
12) Jogging kat Ehwa.. ( challenge yang tak leh blah!)
  
Food Hunting:
1) Spicy Octopus
2) Sotong bakar
3) Nasi Goreng Seafood- Yoogane
4) Twigim- Uncles Restaurant
6) Ikan bakar
7) Vegan  food at Insadong
8) Ttoek
9) Hottoek
10) Goguma/ Cheese Nut
11) Paris Baguetta
 
That why la tak boleh nak buat mission yang guna duit poket sangat. Cuba tengok, food hunting punya la banyak. Food hunting tu kira balas dendam sebab last time trip Korea tak dapat makan.huhuhu..

So Everybody, doakan Cik Yam k.

With Love
Cik Yam :)
 
P/S : sesape yang nak order barang, email cepat-cepat thefunnjoy@gmail.com  . :)
 
 


Korea Buying list

Assalamualaikum..
Kalau pergi Korea, tapi tak shopping umpama irama tanpa lagu..Bagi Aku la sebab ko bagi aku seribu, senang jer nak perabih.Tapi sape yang baik hati sangat nak bagi aku seribu ringgit?ehem..ehem...

This my buying list. Trying my best beli barang ni kalau ada discount. Tapi kalau takde jugak, nak wat camne.

1) innisfree/Nature Republic - Nose liquid pack
2) Korean Wedges Shoe
3) Korean bag
4) Face Mask sheet
5) Beli kasut di " i Love Flat".. itu pon kalau harga dia reasonable & bukan from kulit En. B.
7) Foot mask Sheet (must buy items)
8) Baju sweater
9) Tumbler
 
 
Dalam senarai ada 9.. Jap lagi balik ada 90..tetiba wujud "0" kat belakang. I love "tingkap" shopping and lagi suka shopping.hahaha. Korea goods and fashion selalu "in" dengan i punyer citarasa. Tapi selalu "out" dengan i punyer poket. uhuk uhuk uhuk.
 
Well sape yang nak pesan memesan barang, boleh email i laju-laju k. If da instagram, boleh follow Adrabracelet. ada banyak gambar yang i post kat situ..YOU Name it, We GOT it!
 
The tumbler yang yang nak sesangat. Gegirl sangat uolls!!!
 
With Love
Amanda Musa :)

Jom study simple Korea word

Assalamualaikum..
Dah lama gila tak cerita-cerita pasal Korea. Kerinduan, tapi takde topik. Sekejap jer dah setahun kan. Perlu ke buat ulangtahun pertama pergi Korea eh?hihi.. So i think, i nak bagi korang ayat-ayat senang gilos nak ingat dan menyebutnya. Ayat yang beri korang rasa awesomeee...yeahhh. Kalau advance lagi, boleh feeling-feeling study kat Korea.
 
Ayat nie aku ambik kat pak cik aku jer, ala pak cik Google tu. Pak Google aku nih memang pandai pelbagai bahasa, kadang-kadang jer lurus bendul.hihihi.. Pastu aku cari yang selalu kita dengar kat dalam drama OST, sebab dia lebih senang nak sebut.  Kali nie aku bagi ayat-ayat pendek masa dekat restaurant:

                                   I really hungry. = Jeongmal baegopa.(정말 배고파.) 
                                   Water please. = Mul juseyo.( 주세요.)
                                   Menu please. = Menyujuseyo.(메뉴주세요.)
                                   Rice please.   = Babjuseyo. (주세요.)
                                   Soup please.   = Supeujuseyo.(수프주세요.)
                                   Side dishes please. = Banchanjuseyo.(반찬주세요.)
                                   How much? = Eolmana?(얼마나?)
                                   Bill please = Biljuseyo (주세요)
                                   No Meat please. = Amu gogijuseyo.(아무 고기주세요.)
                                   Spicy please. = Seupaisi injuseyo.(스파이시 인주세요)

Ko hingat aku terer sebut semua?? aku cuma expert sebut " Juseyo" sambil senget-senget kan mulut. Konon kiut, pastu buat muka tak malu minta discount.hahahha... Kalau tak reti nak sebut benda-benda ni, just pergi kat google translate, copy and paste. Pastu click pada gambar speaker.hihihi..

Tapi ada satu perkataan yang aku selalu guna masa dekat korea dulu iaitu " Kaka Juseyo". Means nak minta kurang. Tapi sampai sekarang aku tak tahu apa maksud Kaka tu.huhuhu..T-T
 
Lagi satu, kat sane tak perlu nak cakap perfect Korean pun. Campur adukkan pon boleh. Cuma lagi bagus kalau before pergi, kita dah prepare some word untuk berkomunikasi kat sane. Guna dwi bahasa . Bahasa Melayu dengan Bahasa Korea. English? sekali sekala tolak tepi. Baru lah nampak pelancong dari Malaysia nie ada classss..hihi..  
 
Contoh dialog :
 
Melayu = " Mak Cik, boleh berikan saya air?"
Korea   = " Ajumma, Mul Juseyo."
 
Obvious sangat lintang pukak-nyer.. tapi ok lah, asalkan makcik tu faham.kan?
Bab Meogja .(밥 먹자) = Let's Eat
 
Till then, will share other Korean word dari masa ke semasa.. Annyeonghi Gaseyo.(안녕히 가세요.)..

Incheon Airport Korea : Procedure Boarding Part 2

How to go to Boarding Area???
Part ni bagi aku mencabar sikit. Sebab Incheon ni luas, siap kene naik train untuk sampai kat Boarding area. Selepas korang dah check-in luggage, korang boleh pergi melilau buat kali terakhir lawatan ke Korea kali ni or terus pergi boarding area. Bergantung pada masa yer! 
 Untuk ke boading area, korang kene lalu security screening satu level dengan tempat korang check-in luggage. Security screening Korea sangat details. Siap kene bukak jacket.Bag pack yang aku bawak untuk masuk cabin pun dia check satu persatu.
1) Security Screening
Kat sini lambat tau.
Amanda suggest, security screening 2 jam awal sekiranya korang travel in group.
Dari luar tak boleh nampak tau, sebab ada pintu kecik . Satu level dengan check-in counter.
Dia selongkar and bawa keluar semua isi bag aku tuh..Pastu nasib baik dia tak sepah-sepahkan, tapi aku jugak nak kene susun dalam bag seperti asal.. Dan Air yang aku bawa dalam bekas " wanna be sweet? play Etude tu" dia TUANG!!..huwaaaaa!. Moralnya jangan bawa air... Kalau korang tak bernasib baik, dengan bekas air skali dia buang..Lagi sedih kalau bekas yang dia buang tu jenama Tupperware..menangis! So, just beli kat boarding area or just isi semula bekas air korang dekat free flow water yang disediakan.ok??? Click Here : Details on Security Screening
If you girls/women muslimah, masa tu pakai jacket/sweater/coat then sebelah dalam korang pakai short sleeve. Masa tu aku cakap "I am Muslim and i wear short sleeve shirt inside" atau perkataan seangkatan dengan nya. So dia tak kan paksa korang buka jacket. Then pegawai perempuan akan check kat badan korang ada ape. Kot-kot ada senjata ke kan. Pegawai lelaki akan check untuk passanger lelaki.Lepas tu barulah korang pergi dekat immigration.
2) Departure Immigration
Kat sini dia akan dia akan check passport, and tak silap snap picture pun ada skali. Just prepare valid passport and boarding pass. Ada sesetengah orang, dia suka bawa semua passport yang dia ada walaupun dah tarikh luput.huhuh..Will call it habit.hihi..Sebab aku pon, mungkin buat macam tu jugak.hahahha..takut silap ambik passport.gerrrrrrr... Click Here: Details on Departure Immigration
3) Take the train ( please refer to your departure gate)
Kebanyakkan blog yang aku baca tentang trip ke Korea, semuanya akan naik train untuk ke boarding area. Tapi korang kene confirm dulu dengan customer service, sama ada korang perlu naik train or tidak. Sebab hari tu aku ada nampak ada jugak yang tak perlu naik train. Mungkin depends pada destination or flight ape yang korang naik. Just double confirm k.
After that, tengok signboard mengikut gates yang ada pada boarding pass. Aku pergi kearah sini sebab gates aku kan no 112.hihi..  
Sila la guna lantai bergerak. Tak perlu nak rajin sangat jalan kaki sebab jauh jugak nak ke train tu. Melainkan korang nak cuci mata and clean-up korang punya poket. Aku direct ke train sebab tak mampu nak tengok barang-barang lawa and harga " murah" sesangat tuh.
Lepas tu, korang akan guna escalator untuk ke bahagian train. Sebelum turun, ada guide yang akan check gates. So make sure, before korang turun pastikan tanya guide tu dulu. Dan masa korang turun pun, ada signboard cam dalam gambar kat atas tu. So In-shaa-Allah tak silap. But, keep in mind sebab aku ada terbaca once korang dah naik train, korang dah tak boleh nak patah balik. So pastikan direction tepat. Reason kenapa tak boleh patah balik, i totally don't know. Maybe because of airport system.kan? 
So sinilah tempatnya nak tunggu train. Aku sanggup terlepas satu train semata-mata nak ambik gambar kat sini.hahahha..Ape de hal, train 5-10 minit sekali. Tiada kesesakan lalu lintas.hahahha..But make sure signboard tu menunjukkan gates korang nak tuju yer. Dalam train jangan berangan nak duduk, sebab takde kerusi. Melainkan korang rasa tak mampu nak berdiri and duduk jelah kat lantai. Tapi, kalau train tu penuh camne pulak korang nak duduk kat lantai???
4) Off from train and search for gates
This is final step untuk sampai kat kat boarding area. Korang kene terun bila semua orang turun sebab train akan berhenti kat satu perhentian jer, pastu dia akan patah balik. Lepas get off dari train, korang akan naik escalator dan boleh ambik troly untuk letak bag-bag korang. If masa ni korang ada banyak masa, korang boleh lenggang-lenggang kangkung/mak jemah sambil window shopping or beli apa-apa yang patut untuk bawa balik Malaysia.
Kalau masa dah suntuk, sila la rush cari gates. Aku jumpa store yang jual jam. Tak silap jam swatch yang Girl Generation jadi duta. Lawa gila serius cam nak beli, tapi tengok harga terus keluar bintang-bintang kat kepala aku...So terus cabut dari kedai tu dan hati terasa cam lara je tak boleh beli jam baru.huhuhu..
So this is gambar bila dah memang berada dia area boarding gate. Kat sini, korang kene cari la gate korang sebab gate dia banyakkkkk..Aku punya gate masa tu serius jauh jugak lar..sebab tu guna lantai bergerak ni.. Kalau tak, penat tau nak menapak. Kat gate 112 ni ada coffee bean. Tapi dah tak selera dah, nak balik jer dalam kepala.* tapi sebenarnya dah takde duit.hahahha
So just tunggu jer lah kat sini sampai masa berlepas. Feeling? Perasaan yang happy sesangat sebab aku dah rindu kat Malaysia. Rindu tomyam, rindu sambal belacan & sambal tempe.nyammm2...
So, korang jelas ke pasal procedure kat Airport Incheon ni? If ada korang rasa keliru, just let me know. If anybody yang dah pernah pergi Korea, ada nak tambah or betulkan info just comment. No problem. hihi..

Random talk adalah seperti dibawah. kihkihkih..
Ada dua story masa aku tunggu abang pilot ni. Masa aku tunggu tu ada group dari Terengganu. Aku borak dengan sorang brader ni. For sure, dia yang ajak borak dulu bukan aku yang ajak. Sebab aku kadang-kadang pemalu and segan sikit.hahahha.. Macam-macam dia tanya. Pastu ada satu soalan aku tak suka" datang sini dengan siapa?". Adoii aku serius tak suka soalan ni bila jumpa orang Malaysia kat Korea. Sebab,  nak tak nak kene la jawab pergi sorang. Tak kan nak tipu pulok..Pastu, satu group tu tahu aku datang melancong sesorang. Adohai..Cam merah muka aku. Tak mahu lah orang fikir aku takde kawan..huhu..
Story no 2, tengah2 lepak* before kejadian soal menyoal oleh group Terengganu tadi. Aku nampak seorang perempuan. Dia pakai something yang macam sama dengan aku. Aku rabun, so aku just ignore. Maybe lain design. Then bila dah masuk dalam flight, aku perasa perempuan tadi kat bahagian depan. Duduk sesorang bahagian seat tengah, sebab aku duduk bahagian seat tingkap. Itu pun lepas beberapa jam berlepas.hahahha.. So confirm!!! 
Tudung dia sama dengan aku.ahahhah..siapa dia ni?hihi...kirim salam kat dia. Kita Sehati sejiwa.hihi..
Itu sahaja cerita tentang Incheon Airport. Till jumpa lagi nanti..tata semua!!
P/S: Type entry sambil layan lagu Sexy Love. Awesome!!!
 



Procedure di Incheon Airport, Korea

Assalamualaikum semua!!
Have a good day everyone. Tetiba banyak topik nak tulis.hahaha...Incheon Airport sangat jauh beza dengan LCCT.. Macam langit dengan bumi!. Tapi kalau Incheon Airport dengan KLIA, kira lebih kurang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Last aku pergi KLIA masa 2004. Nak pergi Sabah. So sekarang for sure KLIA lebih gempaq kan?? Masa sampai kat Korea, korang akan lebih dup-dap-dup-dap. Kalau korang pergi dengan kawan, husband or family boleh lah korang berpeluk kegembiraan. Aku??nak peluk sape??abang pilot?? mampus i kene masuk penjara. Sebab buat ganguan seksual..huhuhu..
When jejak je tanah Korea,korang automatic senyum lebar.hihii..lagi best bila baca monitor camni :
yahoooo..dah sampai.!! seronok sangat..serious seronok. So procedur kat korea ni agak lain sikit dari LCCT..Lagi sekali, bagai langit dengan bumi.hahahha
 
Langkah 1: 
Ikut sign arrival. Untuk pergi ke arrival hall, jangan gatai kaki nak pakai tenaga untuk berjalan. Jauh ! Serious jauh. Sila lah guna lantai bergerak ni.. Tapi biasanya orang pergi toilet sebaik sahaja jejak airport. Nak tilik muka, gosok gigi, basuh muka, mengosongkon tangki dan apa sahaja korang rasa perlu.hihi..Yang best nya dapat tengok view.Masa ni korang akan lalu kat quarantine. Lalu je. Tak kene pape pun. Cuma kalau dia ada detect korang ada penyakit berbahaya, baru diorang tahan.
 
Langkah 2:
Korang jalan sampai ada sign board untuk naik train ke arrival hall. Aku aritu macam kene turun tangga sikit. Tapi biasanya confirm semua orang akan pergi naik train tu. Cam biasa kalau tak sure , sila tanya orang. Train tu tak lama sangat nak tunggu. Naik train pun dalam 5-10 minit. Kejap je. Dan dalam train tu takde kerusi yer.hihi.. Sowi takde gambar.
 
Langkah 3 :
Bila dah sampai, turun je dari train perlu pergi ke kaunter camni :
Tapi bukan turun, terus jumpa. Kene lah jalan sikit. Kaunter ni haruslah wajib pergi. Pilih yang foreigner. Jangan nak ngada-ngade pergi local passport. Sebab kamu rakyat Malaysia, bukan rakyat Korea. Ada faham?hihi. Pastikan arrival card siap di-isi. Kat sini dia akan scan muka korang, sama ke tak dengan gambar.  Stamp your passport. Semua ok, will go to next step. Arrival card macam gambar kat bawah ni : 
Card yang kecik arrival card. Card yang panjang customs declaration.
 
Langkah 4 :
Setelah dah siap scan muka, dan stamp passport korang. Time ni cam bangga gila sebab ada stamp Korea kat passport i .hihi. Korang leh jalan pergi ambik bag. Sebelum ambik bag, berhenti dulu kat sini : 
Kalau korang leh nampak, Air Asia "X" line no 11.
Check dulu bag korang duduk line berapa, barulah pergi ambik. Skrin ni betul-betul depan kaunter tempat stamp passport. Sebenarnya, aku tak perasan pon skrin ni. Siap jalan buat bodoh je. Aku jalan melepasi skrin, pastu siap berundur semula.hahaha
Jangan salah line. Kang ada tak jumpa bag.
 
Langkah 5:
Lepas dah ambik beg, terus lah ke arrival hall. On the way ke arrival hall, korang akan jumpa dengan oppa hansem/tak hansem* bergantung kepada tahap lucky korang.bhahaha, untuk bagi customs declaration. Customs declaration ni korang akan dapat dalam kapal terbang. Bila i sampai je kat arrival hall, rasa cam artis. pehal??Takde kene mengena pon. Tapi sebab banyak sangat tengok cerita korea, sebab tu lah berangan gaya k-pop starrrrrrrrrr.hahaha
 
After selamat sampai kat arrival hall, korang boleh tuju ke destinasi anda. Dari sini, bergantung pada planning korang. Masa aku sampai, i pilih naik limo bus. Korang boleh naik teksi, subway dan pickup service jika berkaitan.hihi
Ini sahaja procedure asas bila sampai Incheon Airport. Kalau ada pape yang rasa nak tanya, tanya jer.. Nothing wrong with first timer.kan?
Harap takde info tertinggal. I minta maaf kalau bila buat entry camni, pastu tak sama bila korang sampai sana. But this is yang major procedure kat Incheon airport.
Good luck everyone and have fun..:)
 
P/s : jika berkesempatan, jemput singgah ke http://adrabyamanda.blogspot.com ada banyak gelang cantik-cantik untuk dipilih.. :)


Procedure bila dekat LCCT

LCCT DALAM KENANGAN
***********************************
Assalamualaikum semua..
Sihat tak??sorry sangat sebab dah lama tak story pasal trip pergi Korea. Bukan tak nak cerita, tapi tak tahu nak cerita..Sebab banyak sangat.hahahha..Divazzz sangat alasan tuh.. Baru-baru ni someone, call her Reena, tanya i. Camne langkah-langkah masa nak naik flight. You know, bukan senang  untuk naik flight. Jangan ingat macam naik bus express. Tapi susah masa first time jer..Kedua-ketiga, confirm macam kacang jer..wahh, hidung tinggi kan?
Serius, masa first time pergi i nervous gila-gila. Cuba bayangkan *pandang ke atas dah lah first time, pastu sesorang pulak tu.. International lagi... 100x dup dap dup dap jantung aku ooiii..cam nak pecah...terlebih excited nih!
Masa tu excited,tapi sedih gak lah sebab tinggalkan Malaysia tapi happy lebih lagi sebab nak pergi tempat idaman..hahahha.. Sekarang meh cite apa nak buat di LCCT.
 
Pertama :
Sebelum pergi airport, pastikan perkara penting seperti passport,ticket, online check-in pass, kad pengenalan, voucher hotel dan sebagainya disediakan dari rumah..Jangan sampai sane baru nak gelabah.
Dari rumah selitkan siap-siap ticket kapal terbang,online check-in dalam passport korang.... Tapi lain orang lain cara. I just bagitahu dan share camne i buat.hihi.When you first time, for sure kelam kabut.Macam aku lah aritu. But please keep calm. Everything will be ok. Perkara penting, when you not sure   " JANGAN MALU TANYA ORANG".
 
Kedua :
Bila di airport, sila datang awal yer. Jangan lah nak awal sangat. Flight kul 1 pagi, tapi kul 2 petang korang dah sampai..Hadoii jenuh nak tunggu oii.. Sebab kat LCCT tu bukan ada ape pun.huhuhu.... I mean takde yang menarik selain dari menghabiskan duit korang sebelum sampai Korea.hahaha.
Masa mana nak check-in luggage? ini kan tak silap 3-4 jam before departure time. Hari tu sampai jer LCCT, i terus pergi dekat kaunter tanya check in luggage pukul bape. Masa tu tak silap i, dalam kul 10 malam untuk check in luggage. Bila dia dah buka kaunter check-in luggage, korang pergi jer dekat kaunter dia.  
Camnilah keadaan tempat nak check-in luggage. I dulu check in kat kaunter yang ada tanda "X" color merah itu.hihihi.. kat sini, dia timbang beg korang dan kalau tak melebihi had takde masalah. Kalau lebih, korang kene bayar lah jawabnya.huhuhu..Lepas tu, baru dia akan bagi korang boarding pass yang macam gambar kat atas ni. Dia akan bagitahu korang pukul berapa korang kene duduk kat terminal dan terminal mane.. Kalau lambat, jawabnya kene tinggal.huhuhu..confirm tragis.
 
Ketiga:
Selepas check-in luggage, korang boleh nak pusing-pusing airport*dengan kata lain habiskan duit korang atau terus pergi terminal. Tapi bergantung pada masa. Kalau korang banyak masa, boleh la.. Tapi kalau cuma tinggal satu or dua jam, sila terus ke terminal yer.huhu.. first time lah katakan. Tapi bab-bab kapal terbang, biarlah korang terlebih awal sebab abang pilot sangat menepati masa. So please keep in mind yer.
 
Keempat :
Bila nak pergi terminal/gate, perlu lalu banyak laluan berhalangan.hihi..Ada macam game super mario. Nak menang kene lalui lautan berapi lu.Baru leh menang. Lawak sangat awak ni Amanda!
Halangan 1 : abang / kakak guide depan pintu utama utama nak ke terminal. Kat sini dia timbang berat bag yang korang nak bawak dalam kapal terbang. Dan kalau dia rajin, dia akan check apa yang korang bawak dalam bag.
Halangan 2 : abang polis, dia akan check boarding pass/passport/atau apa-apa document yang dia rasa nak tengok korang before naik tangga bergerak.
Halangan 3 : Check passport korang. Sila pergi kaunter yang betul. Sebab ada kaunter passport asing dan Malaysia. 
Camnilah keadaan kaunter imigresen. Nampak cam kosong mungkin sebab time ni bukan masa kemuncak operasi melancong.hahaha..Time ni kan, before i check .Ada satu tragedi musim bunga..... I nangis....aaaaaaaaaa.....Sumpah sedih gila sebab i pergi sorang, and i tinggalkan orang yang i sayang..aaaaaa...sedih gila..Boleh jadi drama Korea. Nasib takde camera je rakam i nangis.. Dan nasib baik lagi sebab takde orang masa tu.hihihi..Kalau time nangis, tetiba ada orang bagi sapu tangan..Cuba korang create a story what will happend next??hahahha..
Halangan terakhir :
kaunter kastam. Ini gambar lepas aku selesai di-scan.hihi..kat sini korang kene letak barang korang dalam bekas hitam. Camera, tali pinggang, kunci. Lagi??lupa dah.hahahah..Tapi segala yang besi, semua kene letak. Tapi i tak suka part kat sini, sebab pegawai nyer muka ketat. Senyum takde.huhu..
sedih tau..
 
Next :
Bila dah selesai semua halangan super mario, korang ikut sign board untuk ke gate. Bila sampai sini, korang boleh lah cuci mata. Banyak kedai kat dalam ni. Jangan risau k. Masa ni, boleh lah korang cari number gate korang untuk terbang ke Korea. Kalau aku dulu T-16.
Kat sini pun tragedi.hahaha...kalau lom baca, tengok kat SINI .
Masa ni gate lom buka. Nampak ajumma dan ajusshi ni??makna betol lah tu gate korang. Ini luar gate tau. Masa aku tunggu ni, ada pasangan couple. Muda, cantik dan hansem.fuhhh...dua-dua tinggi lak tu..Dalam hati
" untung la kulit korang cantik"..
Tunggu sampai gate buka, dan korang dah bersedia untuk masuk kapal terbang untuk ke Korea!!!!!!! wei..wei...pehal ko lak yang excited nih??? Korang akan duduk dalam gate tu dalam 5-10 minit camtuh untuk anak-anak kapal ready. Aku rasa je lah.hihi..
Dalam gate. Nampak??sedang menunggu sikittt je lagi nak jejak kaki dalam kapal terbang.hihi
 
Tapi ada satu benda yang aku terfikir sampai sekarang. Camne nak naik kapal terbang kalau time hujan? Sebab takde pun tempat pejalan kaki yang berbumbung. Ada sape-sape tahu???
 
Panjang sangat entry ni kan? will continue dalam entry lain lak k. Harap korang dapat ilmu dan gambaran 80% jelas lah yer. But sekali lagi jika tak sure
" JANGAN MALU TANYA ORANG".
See you again..Thanks for reading :)

Perkara yang wajib bawa ke Korea

Assalamualaikum
Hye uolls..Manda nak share beberapa keperluan yang wajib korang bawak dan wajib ada kalau nak pergi Korea. Tengah ada banyak masa free lah katakan. Passport dengan flight ticket memang confirm wajin. Kali ni kita cite pasal benda lain..Sebenarnya, ada perkara-perkara Manda tak bawa walaupon ia sebenarnya penting kuasa 5. Well, at least i ada point nak cite kat uolls semua..hihihi..
 
1) Power Bank
Sangat penting kuasa 10..Gila-gila punya penting.. Bila korang melancong, mesti akan guna banyak bateri. Nak update twitter lah, FB lah, Ambik gambr guna 360 lah.Camera lagi lah banyak..Snap itu, snap ini. Benda cam tak logik pon snap jugak. Contohnya, batu tepi jalan. So korang akan guna bateri yang super duper banyak. Lagipon kat Korea, aku rasa voltan dia tak tinggi kot. Sebab tu cepat habis. Ataupon sebenarnya memang pakai bateri 3 4 kali ganda dari kat Malaysia??hmm..Dulu aku tak bawak power bank sebab power bank mahal.. Lagi satu aku tak sure penting ke tidak bawak power bank masa tu. So please bring your power bank. Tak kira lah nak pinjam or beli sendiri. Arasso?? :)
 
2) Power soket and charger
Yang ni pon penting. Apa guna bawak power bank, tapi korang tak bawak charger dan power soket.  Sekarang dunia Smart Phone. So bateri cepat out. So power bank digunakan dikala terdesak a.k.a kalau tempat tu takde sumber tenaga..Time tu lah gunanya power bank. Amat lah rugi kalau korang terpaksa guna power bank korang masa kat dalam bilik hotel sebab power bank perlu masa yang lama untuk di-charge sampai penuh..So, bila korang kat hotel @ guest house, sila guna power soket dan charger. Kalau korang ada 3 device, sila bawak 3 charge. Jangan jadi cam aku, ada 2 device tapi bawak 1 charger..*ape yang aku pikir tah . Korea pakai power soket yang besi nya dua batang dan berbentuk bulat. Korang boleh beli dekat mall dan juga airport. Harga kat LCCT dalam RM30 ke atas.
 
3) Makanan Berat dan Jajan/roti
Bukan lah berat maksudnya korang timbang, berat nya 2 kilo.. NO...makanan berat ni macam benda yang biasa makan kat Malaysia.  Contohnya, kari adabi ke, sambal Abg Brahim, pasta ke dan seumpamanya... Jangan lah bawak makanan yang korang jaranggggg sangat makan kat Malaysia. Contoh yang aku bawak hari tu, sup cendawan. Tak beri kepuasan dalam langsung.. Sebab kat sane, korang susah nak cari makanan untuk tummy korang, so lapar gila-gila punya. Sebab tu korang kene bawak makanan berat dari Malaysia.. Jajan/roti bagi aku penting gak. Kadang-kadang bila pergi kedai runcit diorang, korang boleh meleleh air liur tengok jajan diorang tu.. Tapi takleh makan. So, kalau korang bawak jajan dari Malaysia takde lah terliur sangat. Plus boleh makan time pergi jalan-jalan. The only jajan yang aku bawak cuma jejari ikan.huhuhu
 
4) Botol air panas/air masak
Haaa..yang ni nampak cam tak penting.. Bila korang kat sana,benda ni sangat bernilai tahu tak!. Cuaca kat sane agak cool untuk kita, walaupon bagi diorang dalam kategori panas. Adakah mereka tidak bersyukur???bhahahaha... Dan bila korang penat berjalan,korang rasa haus. Tak kan nak beli je memanjang.. Air kat sane mahal habaq kat hang. Aku minum hot choclate dalam cup kecik tu pon dah hampir 5000won X RM2.88 =  RM14.40. huhuhu..So sebelum keluar dari guest house, bawak siap-siap air panas. Tapi aku bawak air kosong je dalam bekas hello kitty pink aku tu..Tapi air dia cam baru 30 minit kuar dari peti air..Sejukk and best je minum.. Botol air panas sangat penting kalau korang pergi time winter. Besar ke kecik? terpulang pada ko.. Kalau korang nak bagi minum untuk 10 orang, bawak lah besar.hihihihi. Beli kat sane ke kat sini??? kalau korang dah ada, bawak ajer..Tapi kalau korang nak beli kat sane pastikan ada chop/nama/tulisan yang menunjukkan korang beli kat Korea. Baru berbaloi-baloi bebeh...
 
Hmmm..Aku rasa sampai sini dulu yer aku bercerita..Sebab aku tak ingat nak bawak ape lagi..Nanti kalau Manda dah ingat, nanti tulis lagi. Kalau korang ada personal pertanyaan, boleh je comment kat bawah ni. Tak pon kalau segan-segan cat women, boleh email thefunnjoy@gmail.com.
Sebelum terlambat, Manda nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. :)


Travel tips: Jika travel OVER THE SEA sesorang

Assalamualaikum
Hai uolls semua....Bape kilo ke-tembam-an korang naik?? sebab aku naik berdezuppp.. 10KG..pehhh..gila kentang...Mentang-mentang raya, suka hati jer nak sebat semua menu raya...
Layan hindustan sat. Opis kosong..Itu opis, ana yang punya!!!.hahahha...
Hari tu ada someone baca entry den, dia cakap nak pergi Korea next autumn. Liza put your hand-up kalau betul..hihihi..
Dulu aku pergi sesorang pon sebab takde orang nak follow aku pergi sana.Sodeh lagi tragiss.... Jika anda plan nak pergi over the sea (Korea) sesorang atau berkumpulan but kali pertama nak pergi sana korang kene buat * tips ini juga berguna kepada sesiapa sahaja :
 
1) Choose the place to stay
Aku dulu study Tourism Management. So lecture aku cakap " kalau pergi melancong, setakat nak duduk tido dalam hotel baik balik rumah tido". Faham tak maksudnya tu??? maksudnya kalau melancong, kita tak kan banyak duduk hotel.So sangat useless booked hotel mahal dengan facility yang kebaboom kalau korang tak sempat nak guna. Unless korang memang plan nak duduk relax jer tak nak kuar jalan-jalan. So, bagi aku memadai korang pilih hotel @ guest house yang budget sebab still kebanyakkan nya bersih dan selesa. Cukup untuk tidur dan rehat lepas sehari suntuk explore Korea tu. Cari tempat tidur yang berdekatan dengan subway @ public transport. Sebab, aku biasanya balik jer guest house rasa cam nak patah kaki. Plus, tempat diorang berbukit. So cari yang dekat dan selamat. Korang boleh cari tempat untuk stay dan review di Agoda dan untuk gadis-gadis jelita, kalau nak stay kat Seoul boleh cuba stay di iCos Female Guest House.
 
2) Travel Agent Vs Own Plan
Yang ni kadang-kadang orang malas nak buat. Leceh. Makan masa berbulan-bulan habaq hang. Kalau korang nak senang, suruh jer travel agent buat. Kalau korang nak save budget, buat sendiri. Aku buat sendiri, sebab-nya kalau ikut travel agent nanti kene pergi tempat yang korang tak minat. Macam tempat Ginseng.. Aku memang tak minat benda alah camtu, apa lagi nak beli. Tapi bila korang buat sendiri, dia rasa puas.hihi..Tapi pastikan korang buat research betul-betul. Jangan tertinggal maklumat. Nanti jadi macam aku, lupa kat mane nak ambil shuttle bus pergi Namsan Tower gara-gara over confident.kuang..kuang..kuang. Other solution, korang boleh contact student Malaysia yang study kat sana. Diorang ada yang buat Travel untuk warga Malaysia dan free guide yang Tourism Korea provide. Korang kene request. Boleh rujuk kat web side Volunteer Tour Guides, yang ni FOC tapi korang kene tanggung expenses guide tu.hihihi..So make a good choice bebeh..
 
3) Kasut
Tang ni kan, memang korang ambik berat uolls...Jangan main sebat jer kalau korang nak travel guna subway. Korea punya subway, sangat berlapis X9. Amaran! kalau boleh jangan berhenti dekat Station Seoul. Sebab bila nak tukar subway, punya lah jauh korang kene menapak...Jauh gila vavi..Aku pergi sekali, dah tak nak pergi lagi..huhuhu..Kalau korang ada duit lebih, beli lah kasut yang super selesa. Ulang suara, Kasut yer kawan-kawan. Jangan selipar  pulok.. Sebab kat sane, masih lagi dalam kategori sejuk bagi rakyat negara Malaysia pada waktu malam. Ada one day aku tunggu kawan sebab nak pergi tengok Nanta teater, sejuk sampai sum-sum tulang..Tapi kalau Summer season aku tak tahu camne. Orang cakap panas dia cam kat Malaysia.. So kalau korang ada duit lebih, beli lah kasut yang super selesa, tapi aku pakai kasut sport aku jer..Dengan kata lain, takde duit lebih.kihkihkih...
 
4) Jangka Masa travel
 Masa aku nak pergi Korea, aku cakap *alang-alang nak pergi biar lah pergi lama sikit*... Silap tu bebeh.. nangis 3 hari 3 malam menyesal pergi lama-lama.huhuhu.. Once you sampai sane, bila korang balik Malaysia. Esoknya korang rasa nak pergi lagi. That really true. Bagi aku, sebab Negara tu nama Korea yang suka guling-guling sangat kan, second-nya sebab cuaca dia.Ko melompat, berlari pon still tak berpeluh. Sejuk selalu.Siap boleh pergi Hangang River berjemur.. Sebab aku pergi lama sangat hari tu, aku kene tunggu lagi 2 tahun untuk pergi lagi.Sodeh...So pada yang dah beli ticket, is't ok.. Just enjoy your day. Dan yang baru plan nak beli ticket, for me 5 6 hari dah memadai.. Walaupon sebenarnya kalau dapat pergi setahun lagi best.hahhahaha
  
Ok lah aku rasa sampai sini dulu tips-tips dari ilmu yang aku ada. Korang boleh baca blog-blog orang lain juga untuk dapat info. For sure aku punya ilmu belum cukup padu & mantopp untuk korang.. So explore more, you will get more. Lagi pon kalau aku tulis panjang-panjang, 7 hari 7 malam pon korang tak habis nak baca.hihihi..
Till then, tq for reading. Assalamualaikum :)
 
p/s : i fill so goood sebab dapat share tips ni.hihihi


Review: iCOS Female Guest House

Assalamualaikum..
Before Manda jejak ke dunia Korea yang serba fantasi itewww, ramai yang tanya "mana hang tidoq" " mahal ke". Macam dalam balai polis lak kene soal siasat.huhu Well, honestly bukan senang nak cari tempat tidur yang in-badget, selesa dan selamat..
 Kalau jenis yang badget high-class, korang memang no problem nak cari tempat tidur. But where to stay kalau bajet sekadar dipinggiran poket??? Bajet aku untuk satu malam only RM 60 and below. Badget vs kedekut??which one suitable???hahahaha
Aku searching untuk guest house pun dah makan berbulan-bulan. Mesti arr nak cari paling murah diabad ini dah paling canggih facility-nya. Walaupon tak sedar diri bayar seciput.
Pendek cite, aku jumpa satu guest house di Sinchon, iCOS Female Guest House. +icos guesthouse 
Tengok pintu pon dah tahu dia dalam kategori Hanok House kan? ok bag hijau tu saje je nak show-off..hihi..jangan marah.hihih
Pandangan jauh sikit.hihi..See?
Korea kalau tak naik bukit tak sah.. But xde lah sampai kehujung jalan sana tu yer girlss sekalian... Dalam 15 tapak jer aku rasa. Not much kan? ok buat tak nampak je lah kereta sorong tu
Ok sekarang moh explore dalam Icos Guest House ni:
Electronic Key.. i tak jakun ok.. Cuma excited nak guna sebab tengok kat drama Korea. So sekarang dah rasa cara nak guna. It really awesome! Korang nak password ke??hihi
Tempat yang aku bertenggek iteww bilik shower. Ada 2 bilik shower kat iCos ni. But perkara korang kene tahu, bilik mandi berada di bahagian luar. So that mean, kalau korang nak mandi, korang kene pergi luar bilik.hihihi..So it's cold but still awesome. Shower room sangat bersih ok. So don't worry..Ada pemanas air,tisu tandas, heater untuk tab tandas(yang ni aku memang jakun),cermin, shower gel dan shompoo juga..
Dapur kecik jer, but really selesa. Ada periuk,mesin air panas dan sejuk 24 hour( jenama Coway ok?), pinggan,mangkuk, peti sejuk, microwave, meja makan, sinki pun ada attach kan dengan air panas uolls..*woi Manda jangan over acting kalau nak masak pon boleh.. Ada dapur. But system dekat Korea nie lain macam sikit. So nanti the host akan ajar cara-cara nak guna semua peralatan kat dalam ni.
Iolls duduk bilik dorm 4 bed ni. Mula-mula tidur bahagian atas. Pastu 3 hari berikutnya tidur kat bahagian bawah sebab dah kosong.hihii...bilik dorm  attach sekali dengan dapur. So senang nak ulang alik ambik air.hihi. For me, this is very comfortable room to stay. :)
Personal locker pon ade dalam bilik dorm dan lantai pon ade heater ok. Ada one day, the host terpasang tinggi sangat heater lantai sampai cam terbakar kerusi bergerak ku..hahaha...

Point of view:
Base on 8 malam aku kat iCOS guest house ni, i can say iCos nie just like home. This is my honest opinion. Bukan retiss di-sponsor baby..Serius fill macam duduk kat rumah.The environment sangat aman, dan sangat bersih. Sebab namanya pon Hanok House. ICOS Female Guest House sangat dekat dengan subway Line 2. Tak sampai 10 minit pun jalan dari subway ke guest house. Which is for me sangat dekat.
The host???super friendly. The host bukan dari Korea, but she stay in Korea. She still young. Dan Sorang lagi dari Filipina. Dah kahwin dan ada sorang anak perempuan yang cute.
They clean the room, kitchen dan  bilik mandi every morning. So bilik sentiasa bersih.
The matress very clean. Takde serangga or semut pon.. Environment was very calm. Very calming morning and night. *ala rindu lah
For me, this guest house tak kecewakan aku walaupon dia takde mesin basuh dengan TV. But internet super laju..Full bar!! Gambar tak semestinya sama dengan reality. But you will love the way this guest house calm you in Korea.
Haa...senyum senyum tu..Suka ea nak duduk sini??? Here you go
iCOS Female Guest House +icos guesthouse 
33-5 Nogosan-dong Mapo-gu, Seoul, Korea
Call us directly: 82-10-2567-0107
Kat sini Manda ada berita baik untuk korang, macam rezeki datang bergolek, melayang bagai surat cinta *eceh2 pujangga bagai... Cik-Cik sekali, kalau nak duduk sini, terus booked direct kat SINI or sini ICOS GUEST HOUSE dan dapat diskaun. You sell my name, you get the diskaun. Macam retisss lak!!
Masa make booking, must said " I got info regarding your iCOS Guest House from Amanda Musa @ Mariam Musa".. so you will get :
5% discount, if book 3 night or above
10% discount, if book 5 night or above
Kat sini ada bilik single, twin dan dorm. Kalau pergi sorang, pilih dorm pon ok sebab attach skali dengan dapur. And one more thing boleh jumpa kawan baru.hihihi..Diskaun dikira per-person. Only for female. Male sila main jauh-jauh.hihi
Dan i has been told that iCOS akan buka cawangan baru. Concept like Korean Drama..i loike.hihi..
So tq for reading and happy traveling and staying. Assalamualaikum :)

TO BE CONTINUED


Seoul : Hello Kitty cafe

Assalamualaikum..
Hai semua.. Tuan tanah datang menjenguk.. Dah lama tak jenguk tanah se-ekar ni. Kes duk layan cite Korea " I hear Your Voice". Best habaq hang. Tak leh nak stop selagi tak khatam sampai ending. Best sampai tak nak kerdip mata lah..
Duduk rumah apartment camni lah kan, rumah sebelah atas jatuhkan periuk pon leh dengar. Hmmm lantak hang lah..Jangan roboh sudah.. Ni berkejar nak buat entry sebab lusa nak balik kampung..Raya!!!! tak nak haku duk raya KL..Bukan de sape pon kan. So moh kita ke berita utama...
Aku datang Hello kitty cafe sebab nya orang kata cafe nya cute-miut.. So gigih lah cari. Dua kali kot aku cari cafe ni. Sesat barat bagai.. Sanggup berlapar semata2 nak makan kat Hello Kitty cafe i tell you.
Manda cari cafe ni ber-pandukan peta. Dan benci gila sebab guna peta, tapi tak leh jumpa.. Eeeee..buang tenaga betul..Sampai hujung dunia jalan cari Hello kitty punya pasal..
Amacam??ada HOT kan minah kacukan melayu-korea ni kan? kan?..*sila angguk kepala
Banyak-banyak hari, ini lah hari yang aku rasa sangat stylo.hahaha. Cuaca super baik, cerah but sejuk aircond.
Aku cam nak tercabut kaki jalan cari Cafe Hello Kitty.. but jumpa jugak lepas sedar diri sesat jalan. Aku cari orang-orang yang agak muda, so Manda tanya unnie camni "Hello Kitty Cafe odie-yo".. Tunggang langgang punya bahasa.ahahha.Tapi unnie tu faham ok..Dia pon cakap cam ni "직진하면 오른쪽 볼 수 있습니다" lebih kurang camni lah maksud dia" jalan terus sampai jumpa simpang kecik  sebelah kanan". Tapi dia cakap tu fully korean... dan aku faham tau. Cuba teka camne aku leh faham ape dia cakap walaupon dalam bahasa korea??? sape teka betul dapat hadiah beraya kat kampung...
Dengan Bantuan unnie tu, finally jumpa gak..Syukurrrrrr
Asal aku rasa posing aku persis model jer, mesti ada muka-muka hansem menyelinap masuk interpreme dalam gambar aku..huhuhu...Oppa! anyeonghaseyo.hihihi 
Walaupon aku bukan minat Hello Kitty ..tapi cuuteeeeeee sangat cafe ni...Suka sangat kerusi dia ni...cam nak bawak balik...gerammmm.....
muka toyer Vs Muka konon cute. Benda hitam tu tengah syok posing tetiba bergegau.ahhaha..itu tanda food dah siap.. 
Jom mamam semua. Hanya tourist jer yang benti makan bawak maps bagai..hihi.. tapi waffle dia tak sedap pon.. Macam tak cukup masak. Sedap lagi waffle Nelson.hihi.
So setelah berjaya makan kat sini, suka lah hati..hihi..Bukan sebab kenyang, tapi sebab sampai ke destinasi.hihi
Suka sangat gambar ni...just perfect.hihi.. Ok berbalik pada cerita pasa unnie tadi.. Aku faham bukan iolls reti cakap korea..Tapi unnie tu cakap sambil tangan buat isyarat. So kira aku pandai jugak lah memahami bahasa isyarat walaupon tak bisu..hihi..sape teka dengan betul sila angkat tangan.hihihi...
Till then. TQ sebab sudi baca. Assalamualaikum,
 
TO BE CONTINUED