Un-Expected Countdown

Assalamualaikum
 
Hujung minggu yang aku rasa macam bercuti 3 4 hari yang memang takde aktiviti nak buat. Datang keje on Monday macam hari-hari biasa. My boss and friend takde. Semua bercuti. Aku pun rasa agak sengal la kan sebab tak apply cuti untuk hari Isnin.
Then i open my email, and my friend tanya pasal bill Celcom Si Biru. Alahai, ok but terpaksa la jugak kene bayor. Bukan sikit tau. RM 200. Menangis mak nak membayau nyer. So buka maybank and ada lah duit nak bayar hutang.
Masa yang sama ada orang kecoh-kecoh pasal fire drill. Malas nak ambik port, sebab sebelum nie kalau bomba tengok ramai sangat orang kat lobby automatic will be cancel. So, today i have a reason untuk turun lobby konon nak cakap bukan pasal fire drill lah. Dengan lenggang kangkung mak jemah, iolls turun ler. Ambik duit kat maybank, pergi bayar bill. I olls sebenarnya nak naik, but teringat yang i punyer compact powder dah kering kontang. So duk belek-belek, tetiba....KRINGGGGGGGGGGGGGGG...gila kuat..bingit wo..Then i said, fuh nasib baik tak ada kat opis. Uolls, sebenarnya amalan yang aku buat nie tak boleh ditiru yer. Kalau ditangkap dengan boss korang, den memang tak dapat nak tolong.huhuhu..compact powder yang i nak takde. So, where should i go?tingg...terus plan nak pergi minum hot coklat kat Secret Recepi. Lagak banyak duit kan. Dan sebenarnya lupa sepatutnya kene pergi berkumpul kat sebelah "Sungai" a.k.a longkang besar. Ada ke patut boleh lupa.
Kira for this time selamat lah tak payah turun tangga. Iolls pernah tau rasa fire drill turun pakai tangga. Bukan dari tingkat 2 or 3. But dari tingkat 44. Peh. Konon baik lah kan nak ikut peraturan bomba. Menggeletar kot lutut.  Hambik ler,seminggu tau sakit kaki. Jalan macam atok nenek bongkok 3. Cam nak nangis. But this fire drill really tak diduga. Really early countdown.
Maintain cantik walaupun fire drill. Semangat sambut tahun baru.ihik 
Laici kang semangkuk 2 kupang..dulu la....
Maybe diorang memang nak buat jugak sebab this is first and last fire drill for 2012. Esoknya dah 2013. Terlebih awal kan iolls sambut kedatangan 2013. But for me, this is sweet memory lah kan. Jarang bebenor orang sambut new year cara fire drill. hahaha. I kiranya sangat bertuah sebab tak jejak ke tahun 2013 dengan kaki sakit. Semoga 2013 beri harapan baru pada kita semua. Till then. Chow chin chii. Assalamualaikum. :)

FL:My Inspiration

Assalamualaikum.
 
OMG..tengah tengah malam still tulis blog. Gila glamor kau kan Amanda. Anyways, i just nak story something. I actually nak plan to have a trip to Korea. Because i putus cinta masa tu. I think, money banyak konon berkepuk-kepuk dalam ASB. This the way i think menyimpan paling selamat. Sebab susah nak buat keluar duit tuh.Dan duit tu sebenarnya for my wedding. Dek kerana kecewa, i give it as my present.hahaha...Dan sekarang kene start menyimpan semula sebab putera kayangan nak masuk minang tahun depan.katanya!!
The when decide to go to Korea, I start searching for the info. Cari sampai dapat semua maklumat. I just simple type " Korea Trip". So baca, baca, baca dan baca, i found satu blog yang best. Dia cerita semua yang i nak tahu. Tanpa komen pape. It's call silent reader.huhu.Namsan, Myongdong & Seoul. Everything.  I fikir, best lah blog dia ni. Kelakar.
After that, i thinking. I have satu tabiat kalau orang lain akan pikir aku ni berlagak, menunjuk-nunjuk or bertong-tong yang negative punyer. I suke sharing best memory with someone. For example if i beli makeup baru, i will show to my friend.Fiza jadi mangsa.hihi..
When i dah beli fight ticket, i ask Fiza about blog. Is it ok if i abadikan kenangan Korea tu dalam blog? She said, ok jer. Then one night, i don't know how is't  start ( sebelum buat blog), my friend said about Hanis Zalikha. Dan i pun ada tanda soal yang super besar kat kepala..Who?sape tu?..Kawan i cakap, itu blogger terkenal la. Aduh!!!ketinggalan zaman lagi. 
Dan esoknya i check kat internet, rupanya blog yang aku baca tu blogger famous amos. Wow. So amazing. Dia ialah Fatin Liyana. Start from that day, aku selalu baca. She really humble dan cool. Blog aku ni pun banyak merujuk dia. Sebab suka tengok blog dia. kemas dan teratur. Tapi blog aku ni tak tahu lah cukup teratur ke tidak. I hope teratur lah sebab bersengkang mata kot nak buat ni.
I bukan pandai buat lawak ke ape (eh kadang-kadang aku buat lawak orang gelak okies?), just want to share. Dan satu perkara yang aku pegang dari kata-kata Fatin Liyana " menulis dalam keadaan yang gembira & dari hati". Jika Fatin Liyana baca entry ni, i just want to say " Thank You" and Thanks you Allah Because temukan aku dengan Fatin Liyana. Walaupun sekadar dalam alam cyber. Sorry yer uolls jika entry ni takde gambar langsung dan sangat panjang berjela-jela..huhu.. Till then.Good Night. Chow Chin Chii. Assalamualaikum :)

Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum
 
Almost end of 2012. But murah rezeki never ending. Alhamdulillah, i got confirmation to upgrade as a staff tetap. Syukur sangat.Sometime, iolls rasa sedih. Sebab gila banyak buat dosa but Allah tetap kurniakan rezeki. Can u bayangkan, if we olls tak buat dosa? mungkin melimpah ruah.
Just nak bagi peringatan untuk diri sendiri dan kita bersama. Pernah tak terfikir, kenapa gaji ribu-ribu but still tak cukup?
Nak duit banyak camni??aku nak!!! gambar ihsan google
 Sebenarnya aku selalu dengar orang merungut. Walaupun gaji dia 10 kali ganda dari aku.Ok, please bersangka baik yer Manda. My gaji takde lah cecah banyak angka pun uolls. But must be something yang kita rasa selalu tak cukup. For example kan, kita tak berbakti dan mendoakan ibu bapa. Nampak cam kecik, but can effect rezeki. So berbakti pada mak ayah,sedara mara kita pembuka rezeki.
Dari dulu until now, my parents tak pernah putus rezeki.( tetiba jer mata berair..nak balik kampung!!). Tapi tak tahu lak kan kalau my parents tak bagitau kat anak-anak.huhu.Buat ape pun menjadi. Jual kuih laku. Tapi kuih yang my mom buat memang sedap pun. Dan rahsianya my parents bangun before terbit matahari/berpagi-pagi. Bukan matahari terpacak yer.
Pernah tak korang tunaikan hajat orang lain? iolls suka tunaikan hajat orang. Rasa best bila buat orang gembira. But i never know yang juga boleh jadi amalan yang murahkan rezeki.
Don't forget to buat apa yang wajib. Beribadah, ia menutup kefakiran. But ada perkara yang aku gagal. Kekal berwuduk. Yang nie aku memang tak dapat nak buat.Dalam sejam pun dah pergi ulang alik toilet 3 4 kali.
Perkara yang baik, tetapi kita tak tahu sebab apa kita buat pun sebenarnya tak beri kesan pape. For example, kita puasa pada hari Isnin. But tak tahu itu perkara sunat. So kita tak kan dapat pahala puasa sunat. Erkk.Korang dapat tak ape yang cuba aku sampai kan ni?? Ni dapat ilmu from my bos.
Mungkin orang yang kenal aku face to face, akan cakap "Ceh, pompuan nih cakap jer pandai. Buat tidak pun". Ada aku kisah?? Sometime aku tak paham tau. Buat baik salah, jahat lagi la salah yunk oii. So tak perlu nak tunggu jadi Ustaz dan Ustazah kalau nak nasihat pada orang. Much better ajak orang buat baik dari ajak orang buat jahat yer uolls.
So from now on, if uolls nak buat baik. Just do it. As long as niat baik dan Allah tahu apa niat kita. In Shaa Allah kita akan dilinduingi Allah. Tetiba rasa cam editor majalah Hijabista.hahaha. Pape pun, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Berpesan-pesan demi kebaikan. Till then. Chow Chin Chii. Assalamualikum.

Kejap A Kejap B

Assalamualaikum :)
 
Yaa...hari ni lain..esok pun lain. Gitu lah blog aku nie. So pada mereka yang mungkin follow, aku nak minta maaf lah yer. Why?because iolls selalu ubah-ubah rupa my blog. Kejap A, kejap lagi B. Niat i baik tau uolls. Nak bagi senang korang baca entry-entry aku nih. I hope my reader boleh bagi comment supaya blog ni dari hari ke hari bertambah baik. Yang terbaru, i dah buang labels yang bahagian atas tuh. I gantikan dengan link disebelah tepi macam ni.

So senang korang nak rujuk entry yang ada unsur-unsur ilmuan disitu. So untuk previous entry pun i gantikan dengan " My Diary Library" macam ni.
Bagi aku, xlah nampak serabut sangat nanti in case kalau terbanyak entry aku kan. Yang Travel link tu still kosong sebab setakat ni aku takde pergi melancong mane-mane kan.
Tak kan aku nak letak yang dah bertahun a.k.a zaman berhingus tuh. Tak sesuai yer uolls. Kalau tahun depan, In Shaa Allah ada plan. Moga perubahan-perubahan yang dilakukan oleh pihak pengurusan beri kebaikan k. ( ceh..lagak cam DIVA pulok). Mohon maaf sekali lagi jika ada salah silap & terkasar bahasa dalam bergurau senda. Ini sahaja untuk kali ini. Chow Chin Chii. Assalamualaikum:)

Dansa With KFC

Assalamualaikum
 
Hello everyone..ceh..speaking pulok kan. Today i want to inform you that we can Dansa together-gether. Free of charge because KFC give free classes. Hooooo..but online only yer.hikhikhik..
Sonang yo..Tapi kome kene lah ado internet yo. ( dah bukak blog, tak kan takde internet pulak nk dansa-dansa kan.)
Step 1 : Click link yang den bagi kat SINI. Dia ada some form yang kene isi. Senang yo
Step 2 : Follow Step dari 1-6 macam ni
Step 2 : After done all 6 step, will come out like this.
Kira nie macam iklan korang sendiri lah. Sedap pulak iklan yang aku buat nih!!!arkk perasan
Step 3 : Then submit & share. Nanti dia kuar macam ni..
Alamak..Rank iolls yang ke 144??? peh..gila jauh nak ke 10 teratas...sedih...
Orang kata, tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia Allah je yang tahu. So, take some rest & dansa with KFC. Untung-untung dapat Samsung Galaxy Camera yang meletop-letop tuh. But don't forget to VOTE me yer. Good Luck yer everyone. Chow Chin Chii. Assalamualaikum :)

Rewang Hujung Minggu

Assalamualaikum :)
 
Dah hujung tahun plus cuti sekolah, jadinya banyak lah wedding nyer. I got 2 wedding invitation. Sungai Buloh & KL. Tetiba rasa very the popular. Satu perasaan yang takde kene mengena.So dah selamat lah satu wedding yang dekat Sungai Buloh.
Picture by Kuda Putih Photograpy. Aaa..just kidding. heeee
Tahniah untuk pasangan Syahim & Isteri. Semoga bahagia sampai syurga.Amin.Both of them sangat secocok. Honestly aku suka gila tengok muka Ain ( wife Syahim lah). She so sweet. Sejuk mata memandang. Untung lah Syahim dapat Ain!!Lepak lah dalam 2 jam camtuh kat wedding Syahim. After the makan sampai kenyang, we move to rewang-rewang di shopping complex.
Nampak muka excited nak cuci mata? kat bawah ni korang cuci lah mata tengok gambar.
 
Terbaru!!! duta Ikea tak berbayar.Tudung sponser by my salary.This is baju raya tahun lepas. Tak de kuasa nak beli baju baru kak oii... 
 Koleksi dapur terbaru kami. Sorry..ini so over!! 
 
Duta Ikea sedang baca buku tah ape-ape. Photo by Kuda Putih
Masing-masing pusing satu Ikea macam nak tercabut kaki. Mane tak, yang pompuan pakai kasut tumit 3 inci. Yang lelaki pulak, penat sebab penat nak pusing show room. Peh. Terbaik lah kan.
 Sesekali hang out dengan kawan-kawan best kan?. Apa pun, moga ukhwah yang terjalin akan kekal ke akhir hayat.We plan to have vacation. Dimana? Rahsia...hihi Amin. Sorry lah yer kalau entry ni berbunyi gedik ke,ape ke. Just want to have some fun. Itu sahaja untuk kali ini.
Dapatkan topi anda di KFC Zinger baru. Click SINI untuk info lanjut yer uolls.Chow Chin Chii. Assalamualaikum :)


Durian Party

Assalamualaikum :)
 
Kiri kanan jalan sekarang banyak gila jual durian. Dari RM 1 sampai lah yang semahai mungkin. Tepuk dada tanya poket..Memandai je buat peribahasa baru kan. Well the amazing is, aku tak pernah tergerak nak beli walaupun durian berlonggong-longgok kat tepi jalan area rumah aku. Sebab aku takde deria bau. Dah kira OKU ke ea?
 
Dah tu camne boleh ada durian party? jangan ler marah. I got an email, said TM buat buffet durian. Ada ke buat hari kerja. Dah tu tutup pukul 8 pulak tu.. Marah nih. Tak tau ke KL ni sesak gila dan petang-petang hujan lebat??? Peh...emo disitu..heeee.. Tinggalkan emo yer Cik Amanda.
 
TM bagi offer murah kan. So ambil ler peluang pergi makan. TM buat dekat Muzium Telekom.  
RM 10 for staff untuk orang luar RM15. Murah kan untuk selonggok durian macam ni..Ahaa..
Siap ada bagi tag nama tau. I like the word " Durian Party". Sound so oohsome. Kelas kamu yer TM. Cari duit lebih ke ape TM ni? But i think ok aper, memartabatkan buah-buahan tempatan. Tumph up untuk TM yer hadirin sekalian.
 
So aku punyer tamak, nak makan 6 biji durian. Tapi tinggal kenangan. Dapat makan 4 biji jer. Sebab seluar dah sendat. Oh men.rugi. Next time aku datang pakai baju kurung tak pun jubah.ok?
Durian baru ye uolls..
Korang kalau ada dengar pasal makan durian sampai pengsan ke,buffet durian ke better korang pergi. Sebab nya, kalau durian korang ambik tu tak sedap, boleh ambil yang lain. But if u olls beli, boleh tukar ke?mestilah tak.Then,Tadaaaaaaa.....Durian Crepe. RM 10. Same dengan harga yang aku bayar untuk buffet durian. Mavless!!!!!!
This week really-really durian party for me. So next year kalau panjang umur boleh pergi lagi dan korang pun jangan lupa untuk singgah makan durian tau. Tak rugi pun sebenarnya. Majulah Durian tempatan untuk negara. Chow Chin Chii.. Assalamualaikum :)

Kes Berdengkur

 
Assalamualaikum.:)
 
Lunch hour datang lagi. Sempat eh buat entry. Blogger sejati memang camni.ahak.. I tadi ada duk belek2 pakcik google. Jumpa yang agak menarik.Korang ada adik, abang, kakak, husband, wife dan sekutunya yang berdengkur????
 
Bukan nak cakap orang lain lah, but aku sendiri pun kadang-kedang time tidur pun ada bunyi yang macam ekzos moto. ( ada ker orang berdengkur bunyi cam gini)?? Bila penat sangat lah. Takpun sebab hidung tersumbat dan perlu bernafas guna mulut. Seriuslly seksa gila nak bernafas guna mulut. Bangun pagi u will rasa sakit tekak. I tak suka. Sob..Sob.. Nangis
 
Sape suka partner dia berdengkur??? cer angkat tangan aku nak tengok. If adik beradik berdengkur, u boleh lari pergi tempat lain dan tidur.But if yang berdengkur tu husband or wife u?? nak lari tidur luar ke? Peh itu gila kecik hati partner kita tu beb. Silap-silap perang dingin.
 
Camne nak buat diaorang yang kaki dengkur ini in silent mode? senang jer. Suruh orang tu tidur mengiring. Masa aku kecik selalu tengok perkara macam ni. It's works. Kalau tak menjadi jugak, guna pelekat hidung Breathe Right.
Gambar dari pakcik google
Yang cam iklan artis Norin Aziz kot..kalau salah tolong betulkan. ihik
 
Kalau dua cara ini tak berkesan, akau rasa korang yang patut mengalah dan kuarkan duit lebih. One of the caranya you try to use this kurangkan bunyi dengkur who knows tetiba berkesan. Usaha tangga kejayaan.
Lagipun dengkur juga tak elok untuk kesihatan. Bawak-bawak lah pergi medical check up.kan. Itu sahaja untuk kali ni. Moga korang dapat manfaat k. Chow Chin Chii. Assalamualaikum :)

Spritzer

Assalamualaikum semua... :)
 
I told you i nak beli Intrend kan? Dan i beli semalam. Very nice Hanis Zalikha, Sazzy Falak, Kilafairy & Aishah. So like DIVA. Bila baca story hidup diorang, it wonderfull. Is not easy to reach at the top. Same macam aku nak jejak kaki kat puncak Gunung Kinabalu.Cam nak tercabut kepala lutut. "Ini serius!!" kata wonder pets. 
 
Apa kene mengena dengan Spritzer? Semenjak aku terjun kuak lentang dalam dunia blogger nih, aku sangat rajin membaca. Hey...percaya lah..bulan nie jer aku dah beli 3 buah buku tau..buku majalah.heee..But berinformasi.
 
Korang pernah tak macam tetiba lupa apa korang nak buat? lupa letak barang dekat mane? buat sesuatu cepat sangat lupa???See...that the some tanda yang korang kurang ayor(air) putih dalam badan. Sebenarnya aku pun jenis yang kurang minum air.. Sebab apa? sebab air putih tak sedap. Payau..Tawar..
 
Kalau korang rasa air masak kat rumah korang tak sedap, korang beli lah air mineral macam aku..Jenama pape pun suka hati korang lah. But air spritzer yang paling sedap bagi aku.Sebab kita kene minum air 8 gelas sehari yer.Tapi bersamaan berapa liter eh???
 
Tak cukup air memang tak bagus bagi orang berdiet..Sebab kalau takde ayor, camne nak bakar kalori???? tang tu yoo..Dari segi kulit, nanti kering dan kusam. Untuk otak pulak, nanti boleh ade penyakit pelupa...ooooohh no!!
 
Sekarang dah tahu akibat tak minum cukup air kan. So mula dari hari ni, sama-sama lah minum cukup air yer..Jangan liat ( orang terengganu cakap "culas") nak minum air putih. Peringatan untuk aku juga. Ini sahaja nasihat tips kesihatan daripada Dr. Amanda Musa lepasan Universiti of  Pantai Dalam. Chow Chin Chii. Assalamualaikum :) 

Who Will You Be In 2020??

Assalamualaikum..
 
Rest time with Final Destination . You know kan aku jenis ketinggalan zaman. I think cerita nie dah berkelapok. But still scary untuk orang penakut macam aku. Ngeri. I think i bosan lunch hour hari  ni.
 
Pejam celik, tidur, mandi, makan and so on.. dah pun hujung tahun. I think baru je contract dengan this company. But it almost a year. Sekejap jer masa berlalu. So tambah tolak, darab & bahagi segala, cuma tinggal 8 tahun nak jejak 2020. ( hari ni kita bercakap tentang misi Malaysia ke arah wawasan 2020..Kelas ko jah)
 
We know, kita sebagai hamba Allah ada misi & visi untuk hidup dibumi untuk bekalan hari akhirat. But Allah juga pesan, kita tak boleh lupakan terus perkara dibumi. Contoh kita kene kerje sebab Allah tak suka hamba-Nya meminta sedekah. Camtu lah lebih kurang.
 
Memandangkan dah hampir dengan 2020. Why not kita buat sesama some survey who will you be in 2020. Senang gila soalan dia. takde lah berat otak pun nak pikir.
Nak jawab tekan butang sini 
 
 Jawab soalan tentang diri kita sometime boleh buat kita mengenali diri kita.  Pandai orang buat file untuk survey ni. Warna cantik dan senang nak faham. Nak buat dua tiga kali boleh???Aku pun join gak jawab soalan ni. Tapi tak nak lah letak kat sini. Rahsia kerajaan!! ( tak yah nak rahsia sangat lah ko Manda)
 
Resultnya..WOOOWWW..kelass ko Manda
Ini sahaja iklan tak berbayar aku kali ni. Kalau nak buat jugak Klik sini Selamat menjawab dan berkhidmat untuk negara. Chow Chin Chii.. Assalamualaikum :)


Cik Tortilia Daging Gulung

 
Assalamualaikum...
 
Gila tak sedap nama yang aku bagi kat makanan ni. Sebelum ni aku pernah buat. Leh baca kat sini.Kalau nama manusia, boleh jugak rujuk kat list nama-nama indah dalam Islam. Aku dah lama tak buat keje masak-memasak..My brother said, kalau bab-bab makanan 'pelik' serah kat aku. Pelik sangat ke apa yang aku masak?????
 
Eleh...Pelik-pelik pun 3 roll jugak yang ko telan kan..LOL. Aku sendiri pun rindu nak makan tortilia buatan tangan aku ni..Dan request by En. Kuda putih. Sebab senang & sedap.. Moh kita buat sesama Cik Tortilia Daging Gulung.
 

 
 
Bahan-bahan :
 
Tortilia original/apa2 jenis
Burger daging/ayam
Salad ( yang jenis daun lembut)
Thousand Island
 
Cara-cara nya :
 
1) Goreng daging burger. Lepas goreng, potong daging secara memanjang..Tebal mana korang nak potong suka hati k.
2) Panaskan tortilia dalam kuali. Panaskan dalam lingkungan suam-suam..jangan sampai hangit pulok.
3) Then, ambil sekeping tortilia, aturkan salad kat tengah tortilia, susun daging yang dah potong di atas salad.
4) Pastu letak thousand island then gulung. Kat plastik ada bagitau cara nak gulung. ( aku cucuk dengan lidi sebab xnak bagi roll terbuka)
5) Siap dan boleh makan..
 
Senang kan.. takde lah pelik sangat. My anak buah, Maira 6 tahun suka makan. 2 roll dia makan..Banyak kan. Korang yang nak buat kelaian, boleh lah cuba resepi ringkas ni yer.. Selamat mencuba. Chow Chin Chii... Assalamualaikum :)


NITEMARE???

 
Apa dah jadi dengan aku punyer Kiraan Guest aku kat blog????what happend????Kecian guest aku yang 1000 lebih tuh... anyone can help?? :(.. please :(

1000?????

 
Assalamualaikum...
 
Lama sangat tak buat entry baru. Rindu i ker uolls???ahak....i pun winduuu uolls..guling-guling lagi..Aku takde nak cerita pape. Sebab kebelakangan ini sangat sibuk dengan kerja hakiki...But In Shaa Allah aku pergi tengok bola Malaysia Vs Thailand..Free uolls..sape taknak..hihihi..
 
Anyway, aku sebenarnya bersyukur sangat sebab blog aku dah pun 3 bulan dan dah cecah 1000 pembaca..Alhamdulillah....Terima Kasih untuk korang yang support blog aku yang serba sederhana..( eceh)..hihi...Itu sahaja..entry kali nie hanya untuk berterima kasih untuk korang semua. Chow Chin Chii.. Assalamualaikum :)


My First Love for Hijabista

 
Assalamualaikum.
 
I know aku bukan seorang peminat majalah. Beli sekadar ikut mood yang tak menentu.Korang same cam aku ke? Atau memang pencinta majalah???? Bulan nie aku punya mood, feeling sangat lah tunggang langgang..:( ..Sedih, kecewa, berduka memanjang. So untuk ubatkan hati, aku beli majalah.
 
Hijabista??Intrend??Nur??Dara??.....Stress aku uolls.. Semua majalah ni aku suka. Tapi jangan lah nak buat gila nak beli semua. So macam tajuk tu kan, aku beli Hijabista.. Buku nya tebal dan lebar gitu. Aku kan sebenarnya tak pernah tahu pasal Hijabista. My room mate yang beli..So aku tumpang baca. Sekarang dia takde..( wei..bukan meninggal k)..Dia dah tak duduk dengan aku. Balik Kampung. So kene lah beli sendiri.hihi.
 
Apa yang menarik bulan ni?..Ada CONTEST.dari Sugarscarf uolls. Sape tak nak menang tudung yang gempaq dari Sugarscarf???.hahahah..sebab tu aku beli dan juga ada tips melancong untuk si gadis Hijabi.hihi.. ( my first tudung halfmoon from Sugarscarf) 
Haa..betul kan? So aku pun nak join contest. Senang gila soalan dia.
Baca dengan teliti, jawab soalan dan hantar. Senang gila. So sekarang memang aku in love dengan Hijabista. But maybe i will buy Intrend too. Sebab Cover girl dia Hanis Zalikha (yang aku mimpikan).hihihi..So korang yang belum beli, sila lah ringan kan kaki pergi kedai dan beli. Contest tu sampai hujung bulan ni 31 Dec 2012. Jangan lepaskan peluang ok?? itu sahaja iklan tak berbayar aku kali ni. Chow chin Chii..Assalamualaikum..:)

ISTANBUL...Aku datang!!!!

 
Assalamualaikum..
 
Iolls hari ni balik keje lambat semata-mata nak tengok cite ISTANBUL aku datang. Boss,jangan risau..Saya takde claim OT.hihihi..Ala lagi pun hujan lebat. Kira ok lah kan.Dua dalam satu. I'm not that excited nak tengok cerita ni pada mulanya. Malas nak ambik peduli.
 
Then my friend bagi copy cerita kat folder dia. So copy lah banyak-banyak. Then one of them is Istanbul aku datang.. Bukan Isketambola Aku datang ye uolls.....Aku nie kadang-kadang memang ketinggalan zaman. Cerita dah sebulan kuar panggung baru nak tengok. Ni nasib free. Bak kata Liza & Fiqa "Apa aje yang free, semua sedap".LOL..
 
Lisa Surihani super duper cute uolls. Iolls sangat jealous. She look really pretty dalam gambar candit. Kalau aku ambik candit, cam nak campak dengan camera-camera tu skali..buruk uolls..hihi..But iolls di alam nyata still cute miut...hihi..( perasan sungguh ko kan Amanda)...
 
But dalam cerita nie dia takde tunjuk betul-betul keindahan Istanbul. So, i think ok lah sebab buatnya aku nak pergi Istanbul???tak ke cari nahas tuh..Isketambola jadinya.. I like the ending so much. Lisa macam bidadari...She really pretty with gaun putih dan sanggul ala-ala inggeris uolls..Nampak lah lain sikit kan cerita melayu ni.
 
So pasni aku pun nak berangan cari BF kat Korea lah.hahah..So sape-sape yang dah tengok ISTANBUL..aku datang! moh lah komen dan beri pendapat korang pasal cerita ni. So enjoy your life & ceria-ceria selalu.. chow chin chii  ...Assalamualaikum :)

Harimau Malaya Vs Burung Garuda

 
Assalamualaikum :)
 
Demam bola uolls. Berjangkit dengan aku sekali. Hari tu tengok Malaysia Vs Laos kat tv je. But still puas hati. But kali ni aku dipinang Ida pergi tengok bola kat stadium.. STADIUM.. erkk..seumur hidup aku, tak pernah tengok bola kat stadium. So 3 kali dipinang, aku setuju jugak arr nak pergi. Sebab ada bus khas untuk ke sana,yang pergi warga company dan ada tempat duduk khas. I mean tak bercampur dengan orang lain. ( ceh gaya nak VIP).hihi..
 
dah dapat tiket..yahoo. Sebenarnya aku follow Team Malaysia. That Why semua wajib pakai baju Pantera ni. Ini pun dah petang. Dan tempat duduk kitaorang berhadapan pintu yang pemain kuar masuk padang tuh
See??..aku teruja sebab first time datang stadium tengok bola. Walaupun nampak macam kecik, tapi jelas. Baru aku tahu diorang ada sesi pemanasan badan di padang before start bertanding.
Aku ada nampak Safee Sali, tapi dia tak nampak aku.hihi. First time tengok Safee Sali kat padang, fill dia lain. Nak banding jumpa dia kat jamuan Buka Puasa tahun lepas.Kalau komen aku tentang perlawanan ni. Bagi aku sangat sengit. Dan jantung berdebar memanjang. Harimau Malaya buat betul-betul terbaik. They trying hard. Walaupun kaki Safee Sali sakit. Dan tentang first perlawanan mungkin spirit diorang belum datang. Kali nie Harimau betul-betul tunjuk taring.
Kita orang yang sangat bersemangat.hihi...Please say hi kalau korang ada dalam gambar nih.Dan Malaysia menang 2-0.Hopefully next game Harimau Malaya give more & more.hihi.. Next game aku pergi tak?hmm..kalau dipujuk rayu si Ida, mungkin lah.hahaahha...Majulah Bola Untuk Negara ..Assalamualaikum :)
 
p/s : Pas tengok bola, aku bajet akan termimpikan bola sepak or pemain-pemain nya.. But eroni nya, aku mimpikan Hanis Zalikha.Siap cakap nak bergambar.terbaikkkk.hihih

Cabaran 2 Jam

AWAS!! Entry ini panjang..
 
Assalamualaikum ...:) sambungan dari entry ini
 
Perempuan  suka shopping kan. Termasuk aku. So this month, aku plan nak beli kasut dan seluar. Iolls dah berbulan-bulan tak beli baru. ( nak cite pun malu uolls). So with some duit gaji aku nak pergi beli 2 jenis barang ni.
 
Kenapa 2 jam je? sempat ke?so.. Cabaran bermula. Pergi beli barang dekat Sogo. Banyak sale uolls.hahaha.. My target is beli 2 barang dan solat Maghrib kat rumah. The reason why nak solat maghrib kat rumah sebab aku honestly tak suka surau dekat Sogo.Kecik untuk segerombolan manusia yang sedang bershopping sakan..
 
Dengan semangat nan waja, aku redah lautan orang kat Sogo tuh. Sebenarnya takde lah lautan sangat. Aku pergi tu tak ramai macam hujung minggu. So aku dengan senang lenang pergi cari selaur jeans. Aku nak test power guna Padini. Iolls tak muat pulak seluar tuh. Padahal saiz L tuh. Bukan salah aku yang gemuk, tapi cutting dia yang kecik...hahaha..jahat gila aku kan. Tak nak mengaku gemuk..hihi..Aku test 4 helai seluar..Finally dapat lah satu. Harga murah jer RM 35.
 
Next pulak, kasut. This time aku pergi sorang-sorang untuk beli kasut. So sendiri punya pilihan. Aku dah set dalam akal ciptaan terhebat ni nak beli kasut jalan yang bertutup. Dengan lenggang kangkung Mak Jemah, aku pergi bahagian kasut. Satu floor dengan seluar. So pusing-pusing,test-test, posing-posing dan minta saiz.( ada bunyi macam pantun tak?) Kasut ada jer dekat ruang legar kat bawah. Tapi aku tak nak beli kat situ. Penuh orang kat situ. Dan aku memang tak suka berhimpit sebegitu rupa..oh noooo...So dapat satu kasut.
 
Uolls kalau nak tahu,time aku pergi sogo ni..rasa cam nak tercabut kaki dan semput. Penat wooo...So untuk melepaskan penat, kita minum dulu :
  
 
My first each a cup untuk beberapa bulan ni. Woo...nikmat seh..Biasanya aku beli Mocha @ coklat.. But nak tukar selero, aku beli Hazelnut. Eddie sister yang ajar aku minum ni. Sampai sekarang jadi amalan.hihihi..Suka gigit bubble tuh..( tetapi lelaki tak suka kan?)..
Dah beli minum, so kita pun balik.
Misi terakhir, solat maghrib kat rumah. Aku sebenarnya takde jam. Habis bateri. So dalam LRT tuh, sempat lah jeling-jeling jam orang lain. So berkira-kira sempat ke tidak.Maghrib awal kan. Sampai jer kat Kerinchi terus jalan laju-laju pergi kat moto ( Saya minah motor yang berhemah).hihi..
 So bawak motor agak laju ( 60Km/Jam)..Jangan gelak.Ini sangat laju bagi aku.hahaha. Sampai rumah, parking, masuk rumah DAN
-
-
-
-
Aku sempat solat Maghrib.. Cabaran berakhir dan berjaya. Meh kita tengok apa yang ada dari Sogo: 

Sehelai seluar dan sepasang kasut dalam masa 2 jam.  So ladies.. Bukan lagi mustahil untuk shopping dalam masa 2 jam. Cuma pastikan tahu apa yang nak beli dan alone maybe. hihiihi..That my shopping story. Enjoy dan have a good day. TQ for reading dan Assalamualaikum. :)

The Burger Day

 
Assalamualaikum.

Tak Tahu mana datang ribut, petir.. Tetiba ada Burger day. Masa Fiza told me pasal ni? aku cakap What? Begedil???.. She said " No la. Burger Day".. Cam kelakar pulak. Tugas aku sangat gempaq.. Hiris bawang. ( nak bulat-bulat katanya).huhuhu..Aku yang potong bawang, Fiza pulak yang menangis. Fiza serumah dengan aku.
So pagi tuh semua dah bawak barang-barang dari rumah masing-masing. Sos, mayonis, bawang, kubis,tomato, daging burger & roti nya.. Kira operasi start pagi. Dalam kul 11 lebih tak silap aku lah.
Sebelum buat burger goreng keropok, nurget, koropok buah Ninja ( aku tak tahu orang lain panggil apa) dan sambil goreng sambil makan.hahahha..aku lah tuh..Menarik tentang burger day is, mengeratkan silaturahhim. Masak-masak macam pergi camping. Hebat uolls. orang lain wat keje, kitaorang wat keje masak memasak.
 
Timbunan roti hihih
 
Nampak??  4 orang tengah potong roti..hihi.( Aku wonder, gambar aku takde ke?).Yang tudung biru tu house mate aku juga.
Hasil titik peluh kitaorang...tadaaaaaa
 
See..macam berkelah gitu..Alamak tak nampak pulak bawang yang aku potong tuh..huhu
Banyak kan. Pekerja lelaki balik solat Jumaat terus buat burger dan ngapp..TERBAIKK.. Time nie jugak ar test power aku punya Samsung DV with wifi tuh.hihi..Nanti minta dengan boss password.hahah..
This my burger Hand made by Ayuni.hihi..dan gelas hijau tuh aku punya( isi air nanas..sedap). We really enjoy the burger day dan aku pulak meneruskan enjoy hidup aku dengan shopping lepas opis hour. iolls suka uolls. Nak shopping kat Sogo. Tunggu Entry seterusnya ya..Terima Kasih sebab sudi baca dan Assalamualaikum. :)

LAZADA oh LAZADA

Assalamualaikum.
 
Mood bola kan sekarang. Tapi aku nak cerita pasal Lazada. Penah dengar ke tak? klik sini. My sis tengok kat situ ada bag cantik untuk her daughter. Very Cute daughter. In order nak beli murah ( takde lah murah sangat pun), she minta tolong  aku untuk COD kan bag tuh..So, sebagai seorang adik yang penyayang  VERY penyayang okies..So aku setuju. ( Tu pun sebab baru dapat gaji.ihihihi).. COD kene tambah lagi RM 5..huhuu...Sabar ajelah.
The bag owner. Rambut dia sebenarnya perang.huhu.. 
Lusa tuh dah dapat. Cepat gila. Maybe sebab KL-Selangor just sekangkang kera. He ( the postmen) call aku dan cakap " Sue Yana, saya dah ada kat Menara TM." Aku pulak blurrr " What?".. " saya hantar barang dari Lazada"..Baru lah macam sedar dari lamunan.huhuh..Mane tak blurr..aku tengah on phone layan si Sari tuh nak buat i-check ( daily work).Pergi depan dan minta he ikut aku pergi lobby. Sebab dalam dompet mahal ( ceh.. kecoh) aku tuh ada RM 5 ringgit.. Even my sister tak tahu cite nie.
 
Dalam nak sattel kan pasal Lazada ni, sempat pulak si Bro postmen ni interview aku ( Maybe i'm too shining on that day).hahahahah..He ask me " Orang mane? Dah kawen ke?"..Korang rasa apa aku jawab?????.... This is my Answer :
 
" Saya Orang Terengganu.. Lagi 2 minggu nak kawen".
 
Sound so great kan??... Jawapan soalan pertama betul.. Soalan Kedua aku tipu.. I'm not lah suka menipu. But that kind of situation, aku terpaksa.( ada ke istilah terpaksa menipu eh?).. Walaupun mungkin dia sekadar bertanya, tapi aku risau tau. Bro postmen tuh ada aku punyer phone number. Buat nya dia call aku pastuh? Tak ke nahas tuh??? Tapi kalau lah dia baca blog aku nih " Bang, sorry yer bang"...hahaha.
Moral nya perlu berhati-hati dalam setiap perkara dan sila letak nama penerima yang betul untuk Lazada yer...hihi..Meh layan gambar bag si cilik comei aku nih..
 
very the pink color..

 
This my Sister . Sorry we are not twin.hihihi.. We have same voice. Kecuali sekarang, sebab aku diserang selesama yang agak teruk..So suara seksi manja dah hilang..yang tinggal hanya suara sengau..huhuhu 
That all the story..Lazada oh Lazada.. You give me great memory.. Out dulu  and thanks for reading. Assalamualaikum :)

Aku dan Tortilia Gulung

 
Assalamualaikum..
 
This month aku dapat gaji lambat.. Actually bukan lah delay, tapi sebab hari tu kita sambut  Raya Haji. That why next gaji macam lambat gila. Hujung bulan nazak gila lah. Hari-hari masak uolls. Macam housemate sejati masak kat members rumah aku tuh. Walaupon sekadar telur dadar dengan nasi.ihik..ihik. Tapi kami suka.Kami suka makan telur dadar..Lagi pun berani diorang nak complain lebih-lebih? LOL
 
Kerana poket kering kontang, aku pun puasa okies?. sekurang-kurangnya cepat bayar puasa ganti.hihi..Aku kalau lapar, seribu benda masuk kat kepala aku tentang masak- memasak. Kadang-kadang tak menyabar uolls.( iolls pun kadang-kadang serabut).huhu.Korang kalau nak tanya idea bab-bab masak, korang tanya aku time aku lapar. Confirm banyakkk idea.hihihi..
 
Dapat je gaji bulan Nov, terus pergi Mid Vlly ( 10 minit je dari rumah aku). Cari bahan-bahan nak buat tortilia gulung. Iolls sangat teruja nak buat. Sanggup set jam pukul 5.30pagi uolls..Tapi aku bangun 6.30pagi..hebat?.haha..So memang tercapai hajat nak buat tortilia gulung daging burger aku..
 

Ini jer yang sempat snap gambar. Yang lain dah selamat di makan.hihi..Dapat lah jamu team aku kat office.Kawan-kawan yang lain tunggu lain kali..What?gambar tak cantik? next time aku provide gambar yang santik-santik. Sebab aku dah beli kamera baru.( ceh kecoh ko Manda)..
 
Korang jangan nak nilai tortilia aku dari luaran k..Walaupun rupa tak cantik, tapi bila makan satu nak lagi tau. Boss aku siap suruh buka gerai tau..(kembang hidung jap).hahah. Ada siap minta resepi uolls. Kalau korang nak resepi, aku post..tapi kalau taknak..Aku sedar siapa aku..Eceh..majuk pulok..
 
So, next time aku boleh buat lagi..itu sahaja story mory. Untuk tempahan sila hubungi 014-tekan tekan tak dapat.ihik.. Out dulu yer dan selamat menjamu selera...Assalamualaikum :)


Diet VS Solat : buat 1 dapat 2

 
AWAS!! entry ini panjang dan mungkin beri effect membosankan.

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya teruja nak buat entry nih. Diet kan.Duk dalam bilik diam-diam dan type.hihi..hari tu aku bosan gila duk kat rumah. Housemate semua takde. Balik kampung. So aku cari majalah-majalah yang lama bertapa kat dalam almari TV.

Dan aku terbaca sesuatu yang menarik. Almaklumlah kan...Aku ni badan dah naik a.k.a dah gemuk. Mana tak gemuk kalau hari-hari makan kul 9pm.huhu...

Berbalik pada topik.hihi..Bagaimana Solat boleh mempengaruhi Diet kita? Sujud boleh melancarkan sistem pernafasan a.k.a melegakan sistem pernafasan dan kembalikan organ ke tempat asal. Aku tak tahu pun organ kita ni boleh beralih kedudukan..o_o

Kelebihan sujud banyak sebenarnya macam baiki kedudukan buah pinggang, betulkan pundi peranakan yang jatuh, kurangkan kesakitan bagi yang sakit apendiks dan merehatkan linkungan belakang badan. Yang paling penting otak manusia menerima banyak bekalan darah & oksigen serta mengurangkan kegemukan ketika sujud.

Next ialah rukuk. But yang ni aku ringkaskan je lah yer. Takut kang aku tulis panjang-panjang korang ngantuk pulak.hihi.Rukuk boleh elak risiko penyakit tulang belakang,melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang. Tabiat membongkokkan ibu jari dalam kedudukan sujud dan duduk semasa tahiyat dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak.
 
Subhanallah..Allah tu sungguh besar rahmat Nya. Buat yang wajib dapat pahala dan badan sihat.Ni yang dikatakan buat 1 dapat 2. Pasni kalau kita tak sempat nak pergi gym ke, padang ke, kita solat. Solat pun kira bersenam kan..
 
Terima kasih sebab menbaca entry aku sampai habis. Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari ilmu yang disampaikan. Out dulu yer. Assalamualaikum :)


Ke arah Kecantikan Semulajadi

AWAS!! Entry ini sangat banyak tulisan. Tak baca pun takpe.:)
 
Assalamualaikum..
 
Korang tengah buat apa hari ni? Ada yang keluar tengok wayang ea? enjoy yerk...Untuk hilangkan ngntuk aku kat opis hujung-hujung minggu ni..aku nak share dengan korang petua-petua menjaga kecantikan gaya artis & gaya semula jadi. Save duit uolls.
 
Kulit licin - korang pergi dapur pergi ambik tepung pulut. Kalau takde, pergi kedai beli. .Campurkan dengan air.Kuantiti tuh korang agak-agak sendiri k. Aku guna lebih kurang satu sudu makan. Pastu tepek kat muka korang sebelum tidur.Esok pagi cuci.
 
Kulit halus dan bersih- kalo korang buat kuih, kadang-kadang tak guna putih telur. So ambik putih telur campur dengan madu.Tepek kat muka selama 30 minit. Pastu cuci.
 
Surah Al-Waqiah - Orang yang bagi petua ini kan, muka dia sejuk je memandang. So meh kita amalkan sesama :
Selepas solat Isyak, ambil segelas air lalu baca surah Al-Fatihah 1x, Ayat Qursi 1x dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7x. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hari untuk jaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga kita.
 
 
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
 
 
Banyak cara nak amalkan surah Al-Waqi'ah ni. Tapi aku ambil satu jer. Semakin banyak aku membaca, semakin banyak yang aku tak tahu. So bila aku tahu, aku share lah dengan korang. :)
 
Untuk petua yang diatas tu, bergantung pada kesesuaian individu yer. Apa-apa pun tawakal dan doa yang penting.
 
Info-info ni aku dapat dari hasil pembacaan aku dari majalah Hijabista Edisi Ogos 2012 muka surat 176. Kredit untuk majalah hijabistamagazine.
 
Sekarang aku nak sambung keje. So aku harap korang dapat manfaat dari entry kali ni. Terima kasih kerana membaca. Out dulu yer. Assalamualaikum :)


Selangkah Ke Menara Gading.ding.ding...

 
 
Assalamualaikum..
 
Aku dah lama benti belajar yang formal ini. Memandangkan keje & taraf hidup sekarang ni, so aku pun ambil keputusan untuk sambung study. First aku nak apply Open U. But aku ni sangat lah malas nak isi borang. So terlepas. Then my friend Nazira bagi email untuk masuk UITM. Tq dear.
 
So aku pun bertungkus lumus nak isi borang & gila banyak soklan aku tanya si Nazira tuh. Kecian dia.hihihi...BUT aku lupa yang aku hilang aku punya slip MUET ( walaupon idok sehebat mana resultnya)..
 
Jenuh lah aku mencari jalan camne nak dapatkan sijil MUET tuh. Dah lama aku ambil exam sampai tahun exam pun aku lupa.huhu.Then aku call MPM ( Majlis Peperiksaan Malaysia), then dia cakap boleh pergi ambik kat kaunter. Tapi jauh oooo... Kat Batu Caves sane..Nak belajar punya pasal, pergi jugak arr ambik.. Cam biasa lah, bantuan Kuda Putih ku lari gagah berani...Mekasih yer :)
 
 
 
 
Siap study peta..Tapi SESAT jugak.huhuhu
 Bayar RM 20. Tunggu dalam 10 minit dah dapat. Sekejap je kan. Padahal aku sesat hampir 2 jam.huhuhu... 
 
 
Tadaaaaa.....dah dapat sijil nya..Boleh tahan details lah sijil nih..Malu woo nak tunjuk kat orang..Tolong jangan tanya aku dapan Band apa..Sumpah malu..Tapi result diploma aku not bad la kan.hihih
 
Dan satu lagi masalah sebab aku punya transkrip tak sampai-sampai...Risau gila. Tarikh tutup 30Nov pulak tuh..
Moral of the story daripada pengalaman aku ni, jangan letak perkara-perkara berkaitan akademik sepah-sepah... plus jangan buat perkara-perkara penting last-last minit..Bila hilang macam ni lah jadi nya..
 
Pape pun, harap korang semua doakan UITM terima aku sebagai student dia. Pada korang yang mungkin nak sambung study, boleh lah klik kat SINI.
 
Thanks for reading and do leave your comment to support me. tq :)


Fear Factor artis Malaysia

 
Assalamualaikum..
 
Hujan dan sejuk..dah kata musim hujan kan. Dapat Kopi panas dengan ubi kayu rebus..banyak syiokkk. Sapa-sapa yang ada Astro mesti tengok amazing race Astro's Fear Factor Malaysia nih kan. Korang ingat artis Malaysia reti berlakon, menyanyi & mengacara je ke? diorang pun terer gak untuk melawan ketakutan. Bagi aku rancangan macam nie buat aku melihat artis Malaysia dari sudut yang berbeza. Aku takde fikir sape menang. Tapi aku harap artis Malaysia lebih bermotivasi dan kurang kontroversi..hihihi..
 
Pengacara lak bukan calang- calang uolls.. Oppa Aaron Aziz tuh. Cepat pergi tengok..
 
 
hansem...Tapi not my taste..Kita suka Oppa Siwon..o_o
 
Kalau korang lah kan, ape yang korang takut? I mean yang apa yang korang tak suka?? kalau aku? sangat lah suka binatang-binatang lembik..En.Cicak, Puan Katak, Datin Sri Spider yang kaki dia ada bulu ( tak tahu nama lah)..semua tuh mintak jauhh..Geli oooo..cuba korang bayangkan benda-benda ni merayap kat tangan ke, kaki, baju ker....ooooooo..meremang bulu roma..Kalau jumpa benda-benda ni ada dalam rumah aku, satu rumah aku menjerit....Memang layak digelar penakut..
Cite kat orang ni boleh buat maut nih.huhu O_O
 
Kalau ditanya 
 "Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live" apa yang korang jawab?? kalau aku, mestilah nak sebab boleh jumpa artis Malaysia. Segerombolan artis kat sini u aolls.Tapi aku TAKNAK kalau ada En,Puan & Datin Sri yang aku sebutkan diatas.huhu.. pecut 100KM sejam kalau ada binatang nih. aaaaaa
 
Aku dah cite apa yang aku tak suka.  So giliran korang pulak. Jangan lupa tinggalkan comment k. Terima kasih sebab membaca. Assalamualaikum :)

Travel Korea : Nami Island/ Winter Sonata a.k.a Pulau Cinta

Assalamualaikum....
 
Finally!!!! Nami Island datang.yuhuuu.Sorry lah ada problem haritu. Busy dengan kerja kat office dan seribu macam benda.Minggu Lepas cuti hampir seminggu. Dan badan aku pun naik bagai di
pam-pam. Aku memang suka melalut ke laut....Sowiii
 
Beberapa tahun yang lepas, Malaysia dilanda demam Winter Sonata.But the effect sampai sekarang. Ramai yang melancong ke Korea, tidak sah kalau tidak jejak kaki ke Nami Island/Winter Sonata a.k.a Pulau Cinta..Kelas gitu you alls..:)

As you know,( kalau yang tak tahu meh sini aku bagi tahu)..Pulau Nami, bukan berada di Seoul. But still easy to reach there..( plus dengan complicated sikit)hihihi

First kiss ><....
 
                                           
 
Patung diorang. leh bergambar nanti
 
If you ask me when the best visit????aku akan jawab everytime is best to visit Nami Island. Depands on you. :)..Tapi kalau nak fill lebih, boleh lah pergi time Winter. Itu pun kalau memang betul-betul sanggup nak harungi paras beku..huhuhuhu..aku? tak sanggup...huhuhuhu
 
 
                                Nak pergi pulau perlu naik ferry macam ni dalam 5 minit ++
 
Must remember to check the cuaca sebelum ke Nami Island. Aku cadangkan untuk sediakan Plan A, B, C dan seterusnya jika perlu. Sebab in case hujan, memang tak seronok nak teroka Nami Island ni..( sebenarnya untuk semua tempat pun tak best kalau hujan).> <
 
Macam mana nak datang teroka cinta korang kat sini??ok..ada beberapa cara yer kawan-kawan :
 
Shuttle Bus :Bertolak dari Jamsil station/Insadong ( pilih mana yang korang selesa) Harga 23000 all in.
By subway : pergi ke Sangbong Station Line 7 dan ambil Gyeongchun Line
By Bus/Car : korang check kat sini sebab aku tak reti camne nak cerita.
 
Kalau aku, mungkin guna subway sebab murah.hihihi. Dan masa untuk explore Nami Island pun panjang. :). But depand pada keselesaan korang. :)
 
Fee untuk pergi ke Nami Island lebih kurang 10000 Won.( RM 30 ). Kira lagi murah dari guna Shuttle bus. Tapi Shuttle bus tuh kira lebih selesa la :)
 
Banyak basikal kat tempat ni. Ada restaurent halal yoo.Prepare the money ajer.  Korang kalau datang Nami tapi tak naik basikal. Bagi aku rugi tau..Walaupun akau tak tahu nape akan rasa rugi.huhuhu. Sewa basikal untuk sorang 5000Won = RM 15 untuk 30 minit.
 
So, datang lah ke Nami Island dan enjoy the aktiviti k. Kalau tak cukup info , korang boleh pergi kat sini . Dari A sampai Z ada.. Tq for reading & selamat bercuti. Assalamualaikum :)
 
P/s : sekarang tengah study bahasa korea untuk next entry :)
 

Give Away From Etude House

Assalamualaikum..

Last week kan i pergi Etude House. Nak beli BB Cream katanya..Tapi memang dah beli pun.hihi..Dah guna dah pun..excited you know.LOL..Tapi korang mesti pening tengok post aku nih.. Kejap style lain..Jap lagi lain..Sowwi lah yer. aku nih tengah mencari identiti..hihi..
 
Apa yang aku nak bagi korang sebagai tanda penghargaan lah ea..
 
Toner from Etude House. Trial Kit. Dalam ni ada 5 botol toner berharga RM30 ( suke hati aku jer letak harga).hahaha. untuk jenis kulit yang berbeza. Korang boleh share dengan kawan-kawan. Pakai ni boleh lah acting star macam Sandara Park tuh.( model product nie lor).. So ape yang korang perlu buat ialah, just tulis macam kat bawah nih:
 
"Amanda! saya nak ni. Please!"
 
Aku tidak lah sehebat & sefamous Amos Fatin Liyana. But tolong lah join..Jangan buat malu aku okies.hihihi..Aku akan pilih secara rawak. Sape-sape yang terpilih aku akan email . Jangan lupa untuk letak email korang k... Tarikh tutup pada 30 Nov 2012...:)
 
Good luck dan selamat mencuba.. Assalamualaikum :)
 

Korea Travel : Namsan Tower Landmark of Seoul

Assalamualaikum...

How your day??harap semua ok. Kali ni nak cerita tentang landmark Seoul a.k.a Namsan Tower. Macam adik beradik dengan Menara KL kan. :) Dua menara ni berada di atas bukit tetapi ketinggian yang berbeza. But Sorry hari tuh janji nak bagi pasal Nami kan. Ada masalah tecnikal ya..So kita go on dengan yang nie dulu yer..Pinky Promise!!!
 
 
Menara KL 421m (Tallest in Southeast Asia)
 



Namsan Tower 262m


Ada 3 cara yang untuk datang sini depands pada anda suka yang mane :
 
 
Address: Seoul-si Yongsan-gu Namsangongwon-gil 126 (Yongsan-dong 2-ga 1-3)
1) Namsan Shuttle Bus (Circulation Bus)
* Bus 02 or 05: Chungmuro Station (Subway Lines 3 & 4), Exit 2 or Dongguk University Station (Subway Line 3), Exit 6
* Bus 03: Itaewon Station (Subway Line 6), Exit 4 or Hangangjin Station (Subway Line 6), Exit 2
 
 
2) Cable Car
* Directions to the Namsan Cable Car1) Myeongdong Station (Subway Line 4), Exit 3 / Take road to the right of Pacific Hotel and walk for 10min
2) From Hoehyeon Intersection (Myeongdong & Hoehyeon stations, Subway Line 4) walk towards Namsan Tunnel #3 and take the free Namsan Oreumi elevator to the cable car station.
 
kalau i, i akan pilih shuttle bus untuk naik dan turun. Sebab nak fill naik turun bukit. But kalau hujan, will prefer cable car. Cuma lari bajet sikit lah kot.
 
3) Seoul City Tour Bus
Boleh rujuk dekat sini.
 
Bayaran Masuk pulak :
1) Observatory : Adult 9000 Won (RM 27)
2) Teddy Bear Museum :8000 Won ( RM 24)
3) Package (Observatory + Teddy Bear Museum) : 14 000 Won ( RM 42)
 
Lebih jimat guna package. But still depands on you. More details tentang harga boleh klik sini :)
 
 
Yang menarik Namsan Tower :
 
Kunci cinta yang macam dekat 63 Building :).
 
Teddy Bear Museum :)
 
Ini kunci cinta Khuntoria Couple. Kalau korang boleh jumpa, aku memang tabik spring toing3 kat korang :)
 
 
kalau aku cerita semua tak best lah kan. So untuk lebih details boleh pergi Namsan Tower Homepage . Sapa yang pernah pergi, toksah malu-malu nak beri pendapat. Free of charge jer.
Harap dapat tambah apa yang kurang. Next entry kita akan belajar bahasa/percakapan asas bahasa Korea.. Tunggu yer. TQ for reading. Assalamualaikum :)