Singgang Sotong, Oh Mama Tengganu style :)

Assalamualaikum.
Oppa Ganggam Style..But sorry, this time Oh Mama Tengganu Style. Baru rare!!! Rindu giler nak makan sotong singgang. Kalau kat kampung takleh nak main ratah wei sebab family Amanda besar. Limit sorang dua ekor jer.hihi..
 
Haritu balik kampung nak raya nampak kuah jer..uhuk..sedih giler..tapi nak minta mak buat memang takde nak layan la sebab sibuk nak buat tapai.. I kan anak mithali. Boleh la sesekali masuk bakul lambung sendiri.hihi..
 
 
Bahan-bahan:
Sotong - 5 ekor (dipotong)
Air - 2 cawan
Serai - 2 batang(diketuk)
Garam - secukup rasa 
 
Bahan untuk dimayang:
Bawang merah - 4 ulas
Halia - 1 inci
Bawang putih - 4-5 ulas
 
 
 Nampak tak dia mendidih? Tak nampak, buat-buat nampak dah la.hihi
 
Cara - cara nya :
Masukkan air dalam periuk dan semua bahan kecuali sotong. Masukkan sotong bila air dah mendidih dengan rancak-nya. Than masukkan garam secukup rasa. Kuah singgang ni should be macam masam-masam sikit.Then siap. Boleh la makan dengan nasi.
Tadaaa!!!...time to eat sampai licin..
 
Tips : kalau masak makanan laut, jangan masak terlalu lama sebab nanti makanan laut keras and terlampau pengecut. So kurang fresh gitu.hihi
 
 
 Terengganu Di Hatiku Selalu.Then selamat mencuba. :)
 
 
With Love
Amanda Musa


Sayur labu air..My Mom resepi :)

Assalamualaikum..
I'm back!!!. setelah sekian lama menghilang. Alhamdulillah, i sihat cuma busy sikit dengan kerepek seaweed i tu.hihi.. Nak cari duit lebih la katakan.
 
 
Well, i currently dalam process cabaran 40 hari tanpa nasi. Bunyi cam gilor kan?Saje je mencabar diri sendiri. Reason-nya adalah i takleh rasa kenyang selagi tak pekene nasi walaupon baru je bedal roti 5 6 keping. Sekadar nasi+kicap lemak manis pun boleh bertambah 2 3 pinggan.
 
 
Tetiba buat resepi nie sebab my adik lelaki tetiba tanya kat group whatsapp camne nak buat sayur labu air. Kitaorg communicate dengan whatsapp sebab rasa macam always keep in touch walaupon dah berbulan2 tak balik kampung.hihi..So aku terliuq weii bila dia tanya camtu. Then aku pon sibuk la nak buat jugak. Dan cara-caranya seperti dibawah :

 
bahan-bahan:
Labu air - Saiz sederhana
Garam -secukup rasa
Air - agak2 tenggelam labu air

Bahan tumbuk:
bawang merah - 5 ulas
bawang putih - 2 ulas
lada hitam - 1 sudu makan
ikan bilis - 1/2 genggam(rendam dalam air panas)
 
 
cara buat :
Masukkan air & labu air yang dah dipotong dalam periuk. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat dalam periuk. Bila agak2 labu dah embuk, masukkan garam secukup rasa & siap untuk makan dengan nasi + cecah budu+ ikan masin. hihi..
 
Tadaaa!!! Ini baru dikatakan rare...nyamm nyamm
Tips:- masukkan garam bila masakan dah nak masak untuk kekalkan khasiat makanan.

Tapi aku tak makan budu sebab masin.huhuhu..Memandangkan tengah diet nasi, so aku ratah jelah.hihi..

Selamat mencuba.

With Love
Amanda Musa



Any mission?? i think i need help.

Assalamualaikum.
Hai semua. Lama kan tak tulis idea baru. Ok sayang-sayang sekalian, actually Cik Yam ada mood baru. Nak pakai nama Cik Yam sebab tetiba cam rasa popular lak dengan nama tuh.wawawa..perasannya...
 
Ramai yang tanya sebelum ni, nak tak pergi Korea sesama tahun 2014? So Cik Yam dengan polite-nyer menolak sebab ada planning besar tahun ni. Tapi dah kita yang rancang, Allah yang tentukan. So planning tu tak kesampaian. Then kerana kecewa menonggeng, terbeli tiket kapal terbang. Terbeli ke??? or sengaja beli???hahaha.. i sengaja.. hahahha..
 
Secara rasmi, Cik Yam pergi Korea lagi tahun 2014. Set the date 15-19 Oct 2014. Ya Allah,takde negara lain ke? Negara lain banyak, tapi yang ter-gam-gajah hanya Korea. What to do? huh. Kepada yang pergi ajak hari tu, Cik Yam minta maaf sangat-sangat yer. Jeongmal-Mianhea!!! Serius tak plan langsung nak pergi tahun ni.  Siapa ada kat sana time ni, please let me know. Kita leh berjimba-jimba kat sane sesama. Or at least grab some lunch together-gether.
 
So to make this trip to Korea more interesting, Cik Yam nak minta tolong kawan-kawan semua untuk create some mission. ok tak?hihi.. Gara-gara tengok running man la nie...uhuk T-T. Contoh mission , masak tomyam untuk dinner. Any mission or challenge. Please anything.
 
Or maybe nak Cik Yam buat sesuatu kat sane on behalf . Contohnya " tulis nama saya di Nami Island". Cik Yam akan buat sekiranya tidak melanggar akidah/agama, and tak melibatkan wang ringgit yang banyak. Tapi kalau nak sponsor pon boleh.hahahha..
 
 Dah dekat nak bertolak nanti Cik Yam share mission & challenge yang di share oleh teman-teman sekalian. Boleh comment and bagitahu nak suruh buat ape. Actually dah ade list from my own mission tapi nak tambah lagi. Harap kawan-kawan blog semua bantu Cik Yam realisasikan impian nak jadi Running Girl kat Korea nanti..hihih

Cik Yam tunggu tau. Please share and help me yer. Waiting your idea yer.

With love
Cik Yam

Jom study simple Korea word

Assalamualaikum..
Dah lama gila tak cerita-cerita pasal Korea. Kerinduan, tapi takde topik. Sekejap jer dah setahun kan. Perlu ke buat ulangtahun pertama pergi Korea eh?hihi.. So i think, i nak bagi korang ayat-ayat senang gilos nak ingat dan menyebutnya. Ayat yang beri korang rasa awesomeee...yeahhh. Kalau advance lagi, boleh feeling-feeling study kat Korea.
 
Ayat nie aku ambik kat pak cik aku jer, ala pak cik Google tu. Pak Google aku nih memang pandai pelbagai bahasa, kadang-kadang jer lurus bendul.hihihi.. Pastu aku cari yang selalu kita dengar kat dalam drama OST, sebab dia lebih senang nak sebut.  Kali nie aku bagi ayat-ayat pendek masa dekat restaurant:

                                   I really hungry. = Jeongmal baegopa.(정말 배고파.) 
                                   Water please. = Mul juseyo.( 주세요.)
                                   Menu please. = Menyujuseyo.(메뉴주세요.)
                                   Rice please.   = Babjuseyo. (주세요.)
                                   Soup please.   = Supeujuseyo.(수프주세요.)
                                   Side dishes please. = Banchanjuseyo.(반찬주세요.)
                                   How much? = Eolmana?(얼마나?)
                                   Bill please = Biljuseyo (주세요)
                                   No Meat please. = Amu gogijuseyo.(아무 고기주세요.)
                                   Spicy please. = Seupaisi injuseyo.(스파이시 인주세요)

Ko hingat aku terer sebut semua?? aku cuma expert sebut " Juseyo" sambil senget-senget kan mulut. Konon kiut, pastu buat muka tak malu minta discount.hahahha... Kalau tak reti nak sebut benda-benda ni, just pergi kat google translate, copy and paste. Pastu click pada gambar speaker.hihihi..

Tapi ada satu perkataan yang aku selalu guna masa dekat korea dulu iaitu " Kaka Juseyo". Means nak minta kurang. Tapi sampai sekarang aku tak tahu apa maksud Kaka tu.huhuhu..T-T
 
Lagi satu, kat sane tak perlu nak cakap perfect Korean pun. Campur adukkan pon boleh. Cuma lagi bagus kalau before pergi, kita dah prepare some word untuk berkomunikasi kat sane. Guna dwi bahasa . Bahasa Melayu dengan Bahasa Korea. English? sekali sekala tolak tepi. Baru lah nampak pelancong dari Malaysia nie ada classss..hihi..  
 
Contoh dialog :
 
Melayu = " Mak Cik, boleh berikan saya air?"
Korea   = " Ajumma, Mul Juseyo."
 
Obvious sangat lintang pukak-nyer.. tapi ok lah, asalkan makcik tu faham.kan?
Bab Meogja .(밥 먹자) = Let's Eat
 
Till then, will share other Korean word dari masa ke semasa.. Annyeonghi Gaseyo.(안녕히 가세요.)..