Autumn Korea Trip : Namdeamun Gate

Blog Entry yang tertangguh....dan takde gambar....so korang baca jelah eh.hihihihi
**********************************************************************
Assalamualaikum
After berehat dan makan we start our misi kat Korea. First place yang kitaorang pergi Namdeamun Gate. Seriuslly my false sebab tak tengok note betol-betul. Nak pergi tempat lain, pergi tempat lain.. adoyaii... Kesian kak elly terbabit sama..Jeongmal Mianhea!! T-T
Time sesat ni lah ajusshi tolong kitaorang.. Ajusshi lagi.. Takde ke pakwe yang nak tolong? adoyai..Tak baik kau tak bersyukur.hahaha,.Tapi ajusshi & ajumma kat sini memang baik-baik. Sudahnya pakcik ni  bawak kitaorang terus kat gate. Hebat..
  
But yang lagi amazing, ajusshi nie umur 70 tahun..  Terngaga kot  kitaorang.. Bayangkan 70tahun still sihat macam umur 50 tahun.. Jauh beza dengan kitaorang yang baru umur macam ni berjalan jauh tercungap-cungap macam naik gunung.hahaha. ajusshi ni relex jer...deabak!!
I think satu budaya kat korea ni, dia suka bagi barang kat kita tapi dia tak nak terima dari kita. Aku bagi ajusshi ni biskut tanda terima kasih, dia tolak weii.. Biskut sedap tuhhhh...Biskut Chipsmore k.hahaha. anyways, walaupon jauh perjalanan tapi best lah sebab boleh borak-borak dengan ajusshi ni.. Walaupon english sangat lah limited. Tapi dia gelak kat aku bila aku cakap " kamsahamidha ajusshi".. Dia cakap " itu belajar dari drama ke?".. aku ye kan ajelah.. Tapi aku tak pasti polite ke tidak sebenarnya.. Nanti lah aku selidik pasal ni.hihi..
Sampai je kat gate, kebetulan diaorang tengah buat ceremony pertukaraan guide.
Masa pertukaran ni kan, dia macam ada drama. Macam dua group borak pasal something. For sure aku tak faham, ko hingat ada subtitle macam drama ke?hahaha... Tapi faham lah situasi ni..kihkihkih..
Aku rasa orang-orang nie boleh jadi pelakon kot sebab diorang memang menghayati watak.Serius kemain...
Then kebetulan ramai pulak budak sekolah.. So snap lah picture dengan diorang.. lagipun bergambar dengan remaja sekolah kan cabaran Jue di Korea. ingat tak? hahahaha

Kemain diorang seronok dapat ambik gambar dengan aku.. Eh, dia seronok ambik dengan aku or what?

Tapi Jue regret jugak lah sebab tak masuk dalam taman dia. Tak nak bayar punya pasal.hihih..Eh but Namdeamun gate is one of the film location untuk Drama "GOBLIN" weiiii... Jue suka gila cerita ni.. nak2 yang kalau shoot antara Goblin & Grim Reaper. Biasa orang panggil Bromance.kan?hahaha.. Korang tak tengok? pergi tengok sekarang...

So moral from this story, makesure korang masuk dalam taman dia.ok?..

LOVE, JAYJUE



Post a Comment