Procedure bila dekat LCCT

LCCT DALAM KENANGAN
***********************************
Assalamualaikum semua..
Sihat tak??sorry sangat sebab dah lama tak story pasal trip pergi Korea. Bukan tak nak cerita, tapi tak tahu nak cerita..Sebab banyak sangat.hahahha..Divazzz sangat alasan tuh.. Baru-baru ni someone, call her Reena, tanya i. Camne langkah-langkah masa nak naik flight. You know, bukan senang  untuk naik flight. Jangan ingat macam naik bus express. Tapi susah masa first time jer..Kedua-ketiga, confirm macam kacang jer..wahh, hidung tinggi kan?
Serius, masa first time pergi i nervous gila-gila. Cuba bayangkan *pandang ke atas dah lah first time, pastu sesorang pulak tu.. International lagi... 100x dup dap dup dap jantung aku ooiii..cam nak pecah...terlebih excited nih!
Masa tu excited,tapi sedih gak lah sebab tinggalkan Malaysia tapi happy lebih lagi sebab nak pergi tempat idaman..hahahha.. Sekarang meh cite apa nak buat di LCCT.
 
Pertama :
Sebelum pergi airport, pastikan perkara penting seperti passport,ticket, online check-in pass, kad pengenalan, voucher hotel dan sebagainya disediakan dari rumah..Jangan sampai sane baru nak gelabah.
Dari rumah selitkan siap-siap ticket kapal terbang,online check-in dalam passport korang.... Tapi lain orang lain cara. I just bagitahu dan share camne i buat.hihi.When you first time, for sure kelam kabut.Macam aku lah aritu. But please keep calm. Everything will be ok. Perkara penting, when you not sure   " JANGAN MALU TANYA ORANG".
 
Kedua :
Bila di airport, sila datang awal yer. Jangan lah nak awal sangat. Flight kul 1 pagi, tapi kul 2 petang korang dah sampai..Hadoii jenuh nak tunggu oii.. Sebab kat LCCT tu bukan ada ape pun.huhuhu.... I mean takde yang menarik selain dari menghabiskan duit korang sebelum sampai Korea.hahaha.
Masa mana nak check-in luggage? ini kan tak silap 3-4 jam before departure time. Hari tu sampai jer LCCT, i terus pergi dekat kaunter tanya check in luggage pukul bape. Masa tu tak silap i, dalam kul 10 malam untuk check in luggage. Bila dia dah buka kaunter check-in luggage, korang pergi jer dekat kaunter dia.  
Camnilah keadaan tempat nak check-in luggage. I dulu check in kat kaunter yang ada tanda "X" color merah itu.hihihi.. kat sini, dia timbang beg korang dan kalau tak melebihi had takde masalah. Kalau lebih, korang kene bayar lah jawabnya.huhuhu..Lepas tu, baru dia akan bagi korang boarding pass yang macam gambar kat atas ni. Dia akan bagitahu korang pukul berapa korang kene duduk kat terminal dan terminal mane.. Kalau lambat, jawabnya kene tinggal.huhuhu..confirm tragis.
 
Ketiga:
Selepas check-in luggage, korang boleh nak pusing-pusing airport*dengan kata lain habiskan duit korang atau terus pergi terminal. Tapi bergantung pada masa. Kalau korang banyak masa, boleh la.. Tapi kalau cuma tinggal satu or dua jam, sila terus ke terminal yer.huhu.. first time lah katakan. Tapi bab-bab kapal terbang, biarlah korang terlebih awal sebab abang pilot sangat menepati masa. So please keep in mind yer.
 
Keempat :
Bila nak pergi terminal/gate, perlu lalu banyak laluan berhalangan.hihi..Ada macam game super mario. Nak menang kene lalui lautan berapi lu.Baru leh menang. Lawak sangat awak ni Amanda!
Halangan 1 : abang / kakak guide depan pintu utama utama nak ke terminal. Kat sini dia timbang berat bag yang korang nak bawak dalam kapal terbang. Dan kalau dia rajin, dia akan check apa yang korang bawak dalam bag.
Halangan 2 : abang polis, dia akan check boarding pass/passport/atau apa-apa document yang dia rasa nak tengok korang before naik tangga bergerak.
Halangan 3 : Check passport korang. Sila pergi kaunter yang betul. Sebab ada kaunter passport asing dan Malaysia. 
Camnilah keadaan kaunter imigresen. Nampak cam kosong mungkin sebab time ni bukan masa kemuncak operasi melancong.hahaha..Time ni kan, before i check .Ada satu tragedi musim bunga..... I nangis....aaaaaaaaaa.....Sumpah sedih gila sebab i pergi sorang, and i tinggalkan orang yang i sayang..aaaaaa...sedih gila..Boleh jadi drama Korea. Nasib takde camera je rakam i nangis.. Dan nasib baik lagi sebab takde orang masa tu.hihihi..Kalau time nangis, tetiba ada orang bagi sapu tangan..Cuba korang create a story what will happend next??hahahha..
Halangan terakhir :
kaunter kastam. Ini gambar lepas aku selesai di-scan.hihi..kat sini korang kene letak barang korang dalam bekas hitam. Camera, tali pinggang, kunci. Lagi??lupa dah.hahahah..Tapi segala yang besi, semua kene letak. Tapi i tak suka part kat sini, sebab pegawai nyer muka ketat. Senyum takde.huhu..
sedih tau..
 
Next :
Bila dah selesai semua halangan super mario, korang ikut sign board untuk ke gate. Bila sampai sini, korang boleh lah cuci mata. Banyak kedai kat dalam ni. Jangan risau k. Masa ni, boleh lah korang cari number gate korang untuk terbang ke Korea. Kalau aku dulu T-16.
Kat sini pun tragedi.hahaha...kalau lom baca, tengok kat SINI .
Masa ni gate lom buka. Nampak ajumma dan ajusshi ni??makna betol lah tu gate korang. Ini luar gate tau. Masa aku tunggu ni, ada pasangan couple. Muda, cantik dan hansem.fuhhh...dua-dua tinggi lak tu..Dalam hati
" untung la kulit korang cantik"..
Tunggu sampai gate buka, dan korang dah bersedia untuk masuk kapal terbang untuk ke Korea!!!!!!! wei..wei...pehal ko lak yang excited nih??? Korang akan duduk dalam gate tu dalam 5-10 minit camtuh untuk anak-anak kapal ready. Aku rasa je lah.hihi..
Dalam gate. Nampak??sedang menunggu sikittt je lagi nak jejak kaki dalam kapal terbang.hihi
 
Tapi ada satu benda yang aku terfikir sampai sekarang. Camne nak naik kapal terbang kalau time hujan? Sebab takde pun tempat pejalan kaki yang berbumbung. Ada sape-sape tahu???
 
Panjang sangat entry ni kan? will continue dalam entry lain lak k. Harap korang dapat ilmu dan gambaran 80% jelas lah yer. But sekali lagi jika tak sure
" JANGAN MALU TANYA ORANG".
See you again..Thanks for reading :)
Post a Comment