Spring Waltz in Korea

Assalamualaikum
Apa khabar semua.. Sekarang kan musim panas pastu petang hujan pulak. Dengan kata dekat Penang panas sangat-sangat. Takde angin kata mereka. No wonder *bukan wonder girls okies* ramai sangat yang batuk, demam. Banyak kan minum ayaq kosong yer..Kurangkan minum ais. Ini cerita negara kita Malaysia yang sekarang duk kecoh fasal pilihan raya..
Cerita negara orang lak camne? uolls semua, sekarang sedang blomming cherry Blossom. Yang color pinky tuh. Dimana? di Korea la... Saje jer nak tulis sebab kes takde topik.. Kang aku tulis pasal ISO, file quality record kang ternganga lak korang tak paham.. Sape pernah pergi Korea angkat tangan please? dulu takde pon nak ambil tahu sangat pasal pertukaran cuaca kat negara orang. Sekarang jer tetiba ambil tahu. Punca? cer teka...cer teka.....
Orang pergi Korea time camni sebab nak tengok bunga. Macam Malaysia takde bunga lak. Malaysia sepanjang tahun ada bunga. kan? ini adalah fakta.hihihi..*ape aku merapu pon tak tahu.
Kalau korang dan aku sendiri pergi Korea time Spring, mesti kene pergi tempat ni. Kalau tak, tak lengkap lah percutian musim Spring korang *kata-kata pujangga yang cintakan keindahan semulajadi*
< Hangang Yeouido Spring Flower Festival> will open on April 3 2009
Ini dekat  Yeouido. Tahun nie ada festival dekat sini, tapi tak sempat lah nak pergi.
 
Ini  laluan ker Namsan Tower. Kredit tu lifeinchinawiththefausts.blogspot.com ada orang cakap, memang jauh perjalanan nak ke atas gunung. Tapi iolls rasa kalau macam ni punyer cantik, takde nak rasa penatnya. Sape yang pernah pergi Kat Namsan Tower ni mungkin leh komen kot?
Ini pulak Kyung Hee University Cherry Blossom..
Dan Ini pulak dekat Yunjungno Cherry Blossom Tunnel. Cantik tak?
Maafkan saya jika setelah anda baca entry ini, anda terus pergi laman web Air Asia untuk booking ticket ke Korea. For your info, AA sedang buat promosi untuk tahun depan. Korea salah satu dari nya. Dan travel time in winter dan Spring. So korang leh pilih nak ber-Winter Sonata or Spring Waltz. This year i choose to ber-Spring Waltz. Ceh, macam lah pernah pergi kan?
So anyone yang belum pesan barang, boleh baca entry INI.
Ini sahaja cadangan tempat jika nak pergi Korea pada musim Spring. Tempat-tempat lain kemudian lah yer. Assalamualaikum...(tak jawab dosa)..hihihi
Thanks for reading.


No comments: