Customs Declaration

Assalamualaikum All's
Sebenarnya i got 2 present from Intrend last year. Until now, baru guna satu.hahah... I nak buat review, but bila teringat review i sebelum ni yang tak serupa review.. So i kene pikir 4 5 kali..hahahha...
My dear Rainy email me personally. Sorry yer Rainy, baru sekarang boleh nak buat penerangan.kih.kih.kih.. So atleast i got a point to push my self untuk buat entry baru sebelum aku lupa diri yang i sebenarnya blogger suam-suam kuku..hahha..
Sebelum-sebelum ni kan, i ada bagitahu uoll yang sebelum kita sampai kat airport Incheon dalam kul 3 4 pagi waktu Malaysia kot, pramugari dan pramugara yang lawa dan hansem itu akan bagi 2 keping card. Tapi ramai cabin crew Malaysia. But ada yang cabin crew Korea sebab nak buat announcement in korean, tapi satu hape pon tak faham. Sebab tengok cerita Korea pon banyak dengar perkataan " mianhea""baegopa"wae?".Balik-balik itu jer lah yang dengar.hahah..So everyone say thanks you to Rainy sebab tanya malay food " ikan bilis, beras and so on kene declara ke tak?".hihi.
Usually barang makanan yang normal kita makan tu tak perlu declara.
Barang yang perlu korang declara seperti dibawah :
Sekeping je ni sebenarnya, depan belakang.
Korang wajib baca satu persatu apa yang dia tulis tuh. Aku hari tu jawab semua "NO" sebab memang takde kaitan dengan aku time tu. Sebenarnya, kalau ikot pada borang ni senang jer nak isi. tapi sebab dia bagi time pagi buta, so automatic jadi blurrr..huhu..Tulisan tu pun cam nampak tak nampak.hahahha.. One more thing, tak wajib pun isi dalam kapal terbang.  Kalau korang takde pen or tahap blurr korang terlalu tinggi *hihihi..gurau jer jangan arr marah... Boleh jer tulis masa arrival. Sebab masa kat kastam Korea nanti, ada beberapa meja berserta pen yang korang boleh isi form sebelum beratur. So, pandai-pandai lah korang manage time and aku pilih tulis dalam kapal terbang sebab cepat dapat keluar dari airport feeling retisss k-pop & rasa penangan sejuk Negara Korea.*Baru tadi tengok kenangan tahun lepas,musim bunga kat Korea. Tak sabar nak pergi lagi.

So berbalik kepada persoalan Rainy, makanan seperti ikan bilis, beras, sardin dan apa sahaja makanan ruji tak perlu diclare. Tetapi saya nasihatkan, jangan bawa masuk kabin. Sebab worried makanan tu pecah or tumpah. Nanti satu flight bau sambal. Kalau sambal ikan bilis kira ok la, buat nyer  sambal belacan yang tumpah????? woiii terliuq orang Malaysia dalam flight tu jemah oii..  Senang cite, segala jenis makanan basah dan bertin perlu masuk kargo. Korang pack bebaik, double plastik bag would be nice. Lagi satu, walaupun makanan Malaysia tak perlu declare, tetapi takut masa check kat kastam tak lepas. Sebab takut kes-kes tumpah dan pecah tu la..
My suggestion base on pengalaman, tak perlu bawa beras. Sebab kat Korea dia ada nasi express. Panas kan sahaja dalam microwave. Even kalau uolls big fan of Korea Drama, for sure selalu tengok diorang makan nasi yang keluar dari peti sejuk pastu masukkan dalam microwave then ngap.nyam..nyammm Senang lagi mudah. Tak perlu penat-penat nak masak nasi. Try your best to make percutian korang easier. But kalau nak bawa jugak takde masalah. Lagi satu, korang pernah makan nasi berlaukkan ramyun @ meggi???? kalau tak pernah, let's try it by yourself.. Super pelik, but super awesome!
If korang nak baca sendiri or lebih details tentang hal berkaitan custom ni, terus ke Incheon Airport
So i hope, penerangan i nie beri info berguna and korang semua dapat plan percutian sebaik yang mungkin.  Every million step start with first step. So, jangan takut untuk melangkah untuk capai impian korang k..
If anyone have something to ask, direct email me at thefunnjoy@gmail.com . Saya cuba bagi info yer.

P/s : if i go to Korea again, i nak bawak sambal ikan bilis cili padi package dengan sambal tempe.hahahha...nyam nyammm
 


Cara Letak Separate Labels

Hai Semua..
How are you? my belog banyak hal-hal kaitan dengan Korea. Kalau yang boleh muntah, rasanya korang dah boleh muntah color traffic light " merah , kuning & hijau".....
Tetapi, kali ni iolls keluar dari topik sebab beautiful girl ask out of topic.hahah... Miz Anne request untuk Cik Amanda ajar cara buat separate labels. Profile picture Anne, dia letak chezzeeeeee cake uolls. Meleleh ayaq liuq chekkk...
I'm not sure labels yang mane. Tapi mungkin macam yang i letak ni: 
Biasanya, akak tak reti nak ajar orang. Plus, i boleh jadi cikgu yang extravaganza punya garang.hahaha..Confirm sekali aku ajar, korang tak faham pon cakap faham sebab takut kene marah.kih kih kih... So let's start the blog class :
Mula-mula pergi dekat gambaran keseluruhan blog yang macam ni
Kemudian click Reka Letak.
After dah Click, klik pulak tambah alat
Once dah click, pilih pulak Senarai Pautan
 
After that tulis tajuk labels. Untuk contoh, Amanda tulis label Travelogue dan klik simpan. 
Lepas tu, dia akan terus keluar dekat area yang korang nak tambah tadi. Untuk contoh ni, dia berada di sebelah kanan. So click edit pada travelog tadi.

Then masukkan Nama entry baru yang korang nak list. Contoh, Amanda masukkan entry Incheon Airport dibawah tajuk TRAVELOGUE.

 So bila click tambah pautan, dia automatic akan tersenarai macam tulisan biru tu. Nampak tak anak panah turun dengan naik kat bold biru tu?? kat situ korang boleh adjust entry nak letak first ke, second ke, last ke..Depend on you. Untuk URL tapak tu, korang buka tajuk korang nak. Pastu copy URL entry tersebut. Contoh URL http://thefunnjoy.blogspot.com/2013/10/procedure-di-incheon-airport-korea.html.
Menjadi tak korang punya Labels??? Kalau ikotkan macam ni lah yang Amanda buat. I try my best untuk bagi uolls faham, terutama pada si gadis Anne with her cheeezeee cake..nyam...nyamm...hihi..
If ada yang tak faham, please feel free untuk comment or email direct to me yer darling sekalian.
Till Then, jumpa lagi nanti..Daaaaaaa :)





Real Packing Tips

Entry ni dah lama terperap dalam dalam draf..
*************************************************************************
Assalamualaikum semua!!
Uolls buat ape tu??tengah pikir camne nak packing barang ea??? senyum-senyum yela tu kan??? Dulu pernah buat entry packing tips. Tapi kali ni the real one. Sebab tips diberi selepas lalui pengalaman sendiri.hihi..awesome kan bunyi?? Takde orang pun tanya pasal packing tips, tapi sebab ini blog i. So i punya suka mau kongsi itu tips sama uolls.hahah..
Tapi tips nie boleh diguna pakai untuk korang yang pergi Korea je kot.Sebab iolls mane pernah pergi negara lain. Tapi kalau korang rasa ok, follow je lah.hihi..
This is my luggage masa pergi Korea aritu..hmm..saiz sederhana. Tinggi sikit jer dari paras lutut .huhu..Aku pergi 9hari 8 Malam..tapi bawak baju sikit jer..hihi

Baju :
Depend berapa lama pergi sana. Kalau pergi 8 hari, bawak lah separuh baju. Lagipun sempat jer nak basuh baju. Dalam bilik ada heater, so cepat lah dia kering. Kalau korang pergi Winter, for sure tk berpeluh, so baju tu boleh ulang pakai 2 kali.hahahha..tak pun selang sehari. Tak boleh sebab nanti orang perasan pakai baju sama??? hello, you pergi negara sejuk..All the time pakai jaket..Mane orang nak nampak baju ape kat sebelah dalam.
Aritu aku pergi bawak 3 helai je baju jalan. kantoi jer!
Hari-hari pakai baju biru ni.. sape nak tahu aku ulang pakai baju same?hahhaa
Kalau lelaki, pun sama tak payah bawak banyak2. Tapi lelaki mudah sikit, sebab takde baju extra macam perempuan.hihihi...* paham-paham sendiri sudah..lagi may tanya ka??

Tudung :
Haaaa...ini problem sikit. Sebab harus lah nak iron bagai.? mesti lah nak cantik selalu kan?? hmm.. So my tips, bawak tudung cantik yang jenis tak perlu iron. Aku bawak 3 helai tudung jer.. dan semua tak payah iron. Bijak tak?
Ni la tudung yang takyah iron tu.hihi
Lagipun tak semua guest house ada iron. Lagipun tak perlu nak susahkan diri iron tudung. Make your vocation easy yet beautiful. Sape setuju sila comment!

Kasut :
Korang perlu pakai ( bukan bawa k) kasut masa nak naik kapal terbang. Bukan apa, sebab nak jimat ruang. Kasut besar, so kalau letak dalam beg, nanti makan ruang. Membazir jer. Jika korang pergi time winter, dan beli boot kat Malaysia, make sure you pakai boot tu masa naik flight. Sebab normalnya, boot besar. So lagi makan space. Nanti orang mengata? its ok.. Let it be, they not in your boot..betul ke peribahasa omputih aku ni???

Pack makanan :
Seharusnya wajib bawa makanan dari Malaysia. Cara nak bawa, buang semua kotak-kotak yang tak perlu. Ambik isi nya sahaja. Depends pada makanan ape yang korang nak bawak serta berapa kilo korang ambil luggage weight. 
Togel dah.hihihi.. Mom's bake tu aku tak makan pun.. Just tinggal kat guest house.hihi..

Next time i share lagi ape-ape info yang berkaitan k. If korang ada persoalan yang mengganggu setiap hari or terbawa ke tempat tidur termengigau, sila la email kat i k.. If i tahu, i will share with you friendssss...

Thanks for reading and have a nice day!!! :)


Sebelum & Ketika Dalam Kapal Terbang

Assalamuaikum semua!!
Korang sihat??kali ni idea untuk bercerita mendidih-didih..Boleh buat hot coklat i tell you! Tak kan hal dalam kapal terbang pun nak cerita??biar betol??? betul lah uolls. Benda remeh, tapi still penting untuk tahu. Ini i cerita naik Air Asia lah. Bukan Korean Air, MAS, atau seumpamanya.huhu..Sentap kejap. Nampak sangat i tak mampu nak naik kapal terbang ternama nih.huhuu. Tapi mungkin keadaan hampir sama, tapi tidak serupa.hihihi..
 
Makanan & minuman :
Seandainya korang seorang yang budget traveler, harus lah berjimat sehabis boleh. Macam aku haritu lah. Sanggup berlapar demi nak saving. Nyampah..Kebulur tau.huhu. So dari pengalaman i ni, sila booked makanan siap-siap masa beli ticket kapal terbang.
Atau pun, korang beli makanan masa tunggu gate dibuka. Makanan luar dari airport tak dibenarkan masuk. Hanya makanan yang dibeli di dalam terminal berlepas sahaja yang dibenarkan. So korang beli lah banyak-banyak bila kat dalam tu..hihihi
My suggestion,
- air mineral :sebab dalam kapal terbang udara kering. Beli dalam kapal terbang mahal.hahaha. Nampak tak punya lah jimat cermat?
- gula-gula getah : perlu dikala/nak elak telinga korang terasa cam tak selesa.
-roti : bekalan di korea. Sebab susah nak cari roti halal kat sana ooo.
-air tin/kotak/botol : untuk pemanis mulut bila tekak kering.
 - cookies & jajan : Perlu sebab korang akan terliur tengok jajan orang Korea. So sila bawa dari Malaysia..
Memang lah akan mahal sikit, tapi still berbaloi dari korang berlapar.hohoho. Dalam Kapal terbang boleh jer nak beli makanan. Cuma harga banyak mahal la.hihihi..
 
 
2xVisa :
Dalam kapal terbang nanti si-cantik pramugari dan si-hansem pramugara akan bagi korang dua Visa. 
 Korang tengah syok tidur, si baju merah kejutkan korang semata-mata nak bagi kad ni..
Untuk memudahkan korang, sila isi siap-siap masa dalam kapal terbang. I pun bukan reti sangat sebenarnya nak isi benda ni.Asyik tanya artis yang kat sebelah aku tu..Kesian dia. Macam lagu Mizz Nina dengan Jay Park lagu - Around The World
 
From Malaysia to Korea
Gonna need a couple of visas
While I’m rackin up the miles
I’m gonna go wild wild wild
 
I suka lagu ni uollss...tapi i pergi sane takde lah jadi wild.huhu..Still muslimah lagi.hihi.. so itulah visa yang di sebut oleh Mizz Nina.Glamour Devazzz kan?  Nak wat pe dengan Visa?? Benda ni penting sebab nanti nak bagi masa nak stamps korang punya passport. Butiran dalam visa ni contohnya : datang korang atas tujuan apa, declare barang berbahaya, declare duit kalau melebihi had, dan macam-macam soalan dia tanya.huhu..Korang kalau tak faham, tanya je lah dengan pramugari.Bila lagi nak ramah mesra kan?. Masa i pergi ni, dia bagi dalam kul 3 or 4 pagi camtu lah. I lupa. Tapi serious takde mood nak ramah tamah dengan pramugari sebab ngantuk yang amat.huhuhuhu...
 
Alas leher :
Jika korang bukan jenis yang selalu naik turun kapal terbang Air Asia, sila prepare bantal khas untuk leher korang. Ini pun kalau seat economy la.
 
 Gambar kat google.. Nak letak bantal aku, takut korang pengsan sebab banyak sangat peta dunia.bhahaha..
Kalau seat premium, tidur sampai landing arr jawabnya.. I jealous. Tapi aku takde pun bawak bantal untuk leher. Padahnya, sakit wooo...Kerusi dia boleh diturunkan dalam lingkungan 20 darjah jerrrrr * memandai je aku kan... tapi sila prepare.hihi. Kalau terlupa nak beli, kat terminal ada. Dalam kapal terbang ada jual..Seluk poket, bayar. Semudah A B C...
If korang nak upgrade seat, boleh je dalam kapal terbang. Aritu dia offer RM100++..
 
Gadjet :
Agak penting lah jugak benda ni. 6 Jam perjalanan mampu buat korang bosan. Itu kalau korang pergi sesorang macam i. Tapi kalau ada kawan/partner should be no problem. Biasanya i tengok diorang bawak laptop,ipad,MP3.. ataupun apa sahaja gadjet yang korang ada..hihi. Aku cuma ada tab yang tak sampai sejam bateri out.So aku simpan je dalam bag.hohoho
 
Toilet :
For sure toilet dia small. Hmm..Very small. Tapi korang still boleh nak melepaskan hajat seperti biasa..Tisu banyak.. I nak cerita pun tak reti. Air sinki ada, cuma air untuk mencuci tu takde. So sebelum berangkat ke Korea, boleh lah recall cara nak istinjak..ok?. Nak pergi toilet bukan ikut suka hati jer uolls. Kene tunggu sampai abang pilot cakap boleh buka tali pinggang keledar.

I naik kapal terbang duduk sebelah kanan..tepi tingkap. Sebab nak tengok ni :
Maha Suci Allah mencipta segenap ruang di bumi.. Time ni rasa cam nak menangis. Cantik sangat.  Memandangkan Korea ni 1 jam awal, so keadaan lebih cepat terang dari biasa. dalam kul 5 or 6 dah terang dah rasanya.. So susah nak tidur semula.huhu..
Rasanya itu sahaja perihal dalam kapal terbang. Mohon maaf atas kekurangan info.
Till then, jumpa lagi...:)