Assalamualaikum semua..
Kembali ke-Blog..Rindu kot. Bukan tak nak post entry, tapi entry nak kene tapis/re-write/re-touch...semua pon ada re-re-re-reeeeee...Susah aku nak tulis entry sebab takut info salah..Nanti kene baling telur..kesian ayam tu sebab tak dapat anak gara-gara telur dia dijadikan senjata buli.... Stop!!Cukup membebel....Sila teruskan cerita Nami Island...Check it out baby...
*******************************************************************************
First day pergi pakai Hanbok. Nami Island dulu kan famous sangat dengan Winter Sonata a.k.a War Cry....War Cry???? Nami Island aku pergi Day 2. Memang follow jadual. Sebab tempat jauh, so better g yang jauh-jauh
di-dahulukan..ketenangan di-utamakan..hihihi..
Pagi tu aku bangun awal gila. Sebab still tak dapat nak biasakan diri dengan masa Korea. Bilik mandi kat luar. Means, setiap kali nak mandi kene redah sejuk.. Dan that morning, sejuk gila-gila punya wa cakap sama luu. Cam gigil kaki aku...Aku rasa aku bangun Pukul 6. Terang cam pukul 7 kat Malaysia. Mandi dan bersiap laju-laju. Takut tertinggal bus kononnya... But lepas bersiap, aku tidur balik.hahahaha.. Mula-mula tidur kat lantai, lepas dalam 10 minit baru aku panjat tangga naik kat tilam. Pe kes?????sebab kepala aku sakit macam kene migrain.Oh Nooooo!!! *please imagine..Dalam sakit kepala tu, duk fikir ala camne nak pergi Nami ni..tapi relax jer tidur lagi.hahahha
So dalam kul 8 aku bangun dengan gigihnya. Tilik muka kat cermin kot ada taik mata...Semua ok, so terus keluar. Lupa nak cakap, tadi tu aku tidur skali dengan tudung.hahaha...tak senonoh tol ko kan???
Aku naik subway pergi tempat nak tunggu bus. Seat aku dah book sebulan sebelum datang Korea.
So nak pergi Jamsil, kene naik subway line 2. So senang ah keje aku sebab aku tak payah tukar line. so duduk dalam train sambil tersengguk, mengantuk..Sila faham aku ni tak cukup tidur.huhuhu
Rupanya senang jer nak cari tempat ni..Ceh berlagak...
Baru pas nagis sebab Nickhun biarkan aku tunggu bus sesorang dan dia pergi jumpa Vintoria sebab nak shoot We Got Married...T-T....
"닉쿤, 당신은 .. 왜 당신이 날 Vintoria로 이동 남겨?? 왜 .. 왜? 함께 날 남이섬에 갈 약속?"
Maksud???korang cari sendiri eh..baru Challenge..Sape dapat jawapan, masukkan kat comment k...
Masa ni kul 8.30 pagi. Sejuk gila vavi..Sejuk punya pasal, vavi dapat nama..
So tunggu sini sampai kul 9 pagi. Kat sane, kul 10 baru shopping mall buka. So aku memang hampir beku kat situ.grrrrr
Next entry aku cite cara nak pergi sini k.
So, bus sampai jom naik.. patung naked tu memang simbol Nami Island meh??????
Dalam bus minum air ni..Sedap.. Tapi aku rasa macam dah tersalah menu. Air ni masam. Nasib tak sakit perut..
Dalam bus ni tv duk ulang sejarah Nami Island. Time nie tak nak tidur sebab nak tengok pemandangan all the way pergi Nami Island.hihi..
Some Korea view..bukit-bukit, rumah rooftop...sama macam dalam cerita Korea...:)
Aku rasa baru kejap aku tidur * padahal tadi cakap tak nak tidur.... Dah sampai.. Sejam duk dalam bus..turun bus, angin sejuk datang serbu.wooowwww....Awesome sangat! Aku rasa kira memang bernasib baik sebab elok je aku sampai, ferry dah ada.. Sebelum kejar ferry, kene kejar bilik air dulu..Sejuk....Mane leh tahan mau simpan lama-lama.hihi..*hoi ko ni tak senonoh
Pintu Gerbang..Excited!!
Naik ferry..Korang tengok sape?aku? or mak guide pakai topi cowboy tuh???
Itu bendera kebanggaan saya..Nampak tak???
Pulau Nami kecik je pon dan dekat je dengan mainland. Naik ferry dalam 5-10 minit kot.
Sampai ni, apa lagi jimba-jimba Spring Sonata lah beb. Mula-mula kita cari basikal
Da dapat basikal... I Loike..harga nak sewa basikal kat Nami Island single camni 5000Won. Duit Malaysia plus minus RM15. Nak sewa basikal, diorang akan minta kad pengenalan korang/IC yer..So sila bawa IC korang kemana sahaja anda pergi.hihi
Dah dapat basikal, baru leh start berjimba-rama kat Nami ni. Nampak cam basikal biasa, tapi cam susah pulak nak bawak..nasib baik tak terbabas kau.huhuu..
Cherry Blossom Tree.. It just like a dream..duk bawah pokok ni, tak tahu nak cakap camne indahnya perasaan....don't i look like Korean girl with basikal to go to school???*i know uolls sedang angguk..hahahha...
Kat sini aku sebenarnya nak makan bekal aku. Aku makan sikit jer...takde selera kot..tengok Cherry Blossom pon dah kenyang...hihihi
Banyak sebenarnya gambar kat sini, next time aku share k..
So perut lapar* tadi cakap tengok cherry blossom dah kenyang..asal ko tak makan jer cherry blossom tu haa???..waaa..emo lak...hahahha
So kita serbu kedai ni cari nasik goyang kocak..dalam bahasa omputih " shake rice".hahah..suka hati aku je letak nama...
Drama Cafe Yonga-Jiga..Kimchi Lunch Box
Memang panas sebab dia masak atas api gas, terus bagi kat customer. Waktu tangah ke-laparan, nasi ni nampak cam sikit jer..Ish..tak baik tamak kan?
Bila dah makan, tak habis pon..membazirkan?..Tapi dah cuba habiskan, still tak boleh jugak.huhuhu..
Kat sini, budaya lepas makan, pinggan mangkuk kene hantar sendiri kat kaunter eh..Xde istilah-istilah tinggal atas meja. Tapi aku punyer pinggan mangkuk, ajumma tu yang tolong ambik.hahaha..Mungkin sebab kebetulan dia datang lap meja..hahaha...
Bila dah makan, aku pon decide nak balik ke pangkal jalan. Sebab bus balik ke Seoul pukul 4 petang. So kene cepat lah ,takut terlepas..Kalau terlepas memang cari bala tu beb.huhuhu...
Tengah-tengah beratur, tetiba angin kuat yang amat. Sejuk lak tu.Semua cover kepala masing-masing..Tapi aku tak buat pape pon. Sebab dah biasa dengan angin kencang kat Malaysia.hahahha...Lagi aku suka adalah, sebab sejuk pelusuk badan.keh..keh..keh...
Dan aku rasa aku sampai awal sangat kot. Pak cik bus tu tak nak bagi aku naik..Kene tunggu kul 3.30 baru boleh naik...sedih :(
Aku jumpa seorang perempuan Malaysia yang sangat berlagak...
Perempuan ni lah yang berlagak tuh.. Eksen sangat minum hot chocolate tengah-tengah panas..Kat Malaysia kalau buat camni, ada yang cakap aku gila.kah.kah.kah. Cahaya matahari masa ni macam waktu tenghari kat Malaysia..So Terangggg gilos. So, i got little bit "tan" skin.wawawa..
So bila dah dapat naik bus, aku terus tidur..Ngantuk.. Tidur sampai ke Seoul. Yang naik bus dengan aku tuh tidur sampai merah mata dia. Ngantuk sangat lah tu..
Hari still cerah..So kita pergi jalan-jalan..mane??tunggu k.. tq for reading. :)
TO BE CONTINUE
No comments:
Post a Comment