Assalamuaikum semua!!
Korang sihat??kali ni idea untuk bercerita mendidih-didih..Boleh buat hot coklat i tell you! Tak kan hal dalam kapal terbang pun nak cerita??biar betol??? betul lah uolls. Benda remeh, tapi still penting untuk tahu. Ini i cerita naik Air Asia lah. Bukan Korean Air, MAS, atau seumpamanya.huhu..Sentap kejap. Nampak sangat i tak mampu nak naik kapal terbang ternama nih.huhuu. Tapi mungkin keadaan hampir sama, tapi tidak serupa.hihihi..
Makanan & minuman :
Seandainya korang seorang yang budget traveler, harus lah berjimat sehabis boleh. Macam aku haritu lah. Sanggup berlapar demi nak saving. Nyampah..Kebulur tau.huhu. So dari pengalaman i ni, sila booked makanan siap-siap masa beli ticket kapal terbang.
Atau pun, korang beli makanan masa tunggu gate dibuka. Makanan luar dari airport tak dibenarkan masuk. Hanya makanan yang dibeli di dalam terminal berlepas sahaja yang dibenarkan. So korang beli lah banyak-banyak bila kat dalam tu..hihihi
My suggestion,
- air mineral :sebab dalam kapal terbang udara kering. Beli dalam kapal terbang mahal.hahaha. Nampak tak punya lah jimat cermat?
- gula-gula getah : perlu dikala/nak elak telinga korang terasa cam tak selesa.
-roti : bekalan di korea. Sebab susah nak cari roti halal kat sana ooo.
-air tin/kotak/botol : untuk pemanis mulut bila tekak kering.
- cookies & jajan : Perlu sebab korang akan terliur tengok jajan orang Korea. So sila bawa dari Malaysia..
Memang lah akan mahal sikit, tapi still berbaloi dari korang berlapar.hohoho. Dalam Kapal terbang boleh jer nak beli makanan. Cuma harga banyak mahal la.hihihi..
2xVisa :
Dalam kapal terbang nanti si-cantik pramugari dan si-hansem pramugara akan bagi korang dua Visa.
Korang tengah syok tidur, si baju merah kejutkan korang semata-mata nak bagi kad ni..
Untuk memudahkan korang, sila isi siap-siap masa dalam kapal terbang. I pun bukan reti sangat sebenarnya nak isi benda ni.Asyik tanya artis yang kat sebelah aku tu..Kesian dia. Macam lagu Mizz Nina dengan Jay Park lagu - Around The World
From Malaysia to Korea
Gonna need a couple of visas
While I’m rackin up the miles
I’m gonna go wild wild wild
I suka lagu ni uollss...tapi i pergi sane takde lah jadi wild.huhu..Still muslimah lagi.hihi.. so itulah visa yang di sebut oleh Mizz Nina.Glamour Devazzz kan? Nak wat pe dengan Visa?? Benda ni penting sebab nanti nak bagi masa nak stamps korang punya passport. Butiran dalam visa ni contohnya : datang korang atas tujuan apa, declare barang berbahaya, declare duit kalau melebihi had, dan macam-macam soalan dia tanya.huhu..Korang kalau tak faham, tanya je lah dengan pramugari.Bila lagi nak ramah mesra kan?. Masa i pergi ni, dia bagi dalam kul 3 or 4 pagi camtu lah. I lupa. Tapi serious takde mood nak ramah tamah dengan pramugari sebab ngantuk yang amat.huhuhuhu...
Alas leher :
Jika korang bukan jenis yang selalu naik turun kapal terbang Air Asia, sila prepare bantal khas untuk leher korang. Ini pun kalau seat economy la.
Gambar kat google.. Nak letak bantal aku, takut korang pengsan sebab banyak sangat peta dunia.bhahaha..
Kalau seat premium, tidur sampai landing arr jawabnya.. I jealous. Tapi aku takde pun bawak bantal untuk leher. Padahnya, sakit wooo...Kerusi dia boleh diturunkan dalam lingkungan 20 darjah jerrrrr * memandai je aku kan... tapi sila prepare.hihi. Kalau terlupa nak beli, kat terminal ada. Dalam kapal terbang ada jual..Seluk poket, bayar. Semudah A B C...
If korang nak upgrade seat, boleh je dalam kapal terbang. Aritu dia offer RM100++..
Gadjet :
Agak penting lah jugak benda ni. 6 Jam perjalanan mampu buat korang bosan. Itu kalau korang pergi sesorang macam i. Tapi kalau ada kawan/partner should be no problem. Biasanya i tengok diorang bawak laptop,ipad,MP3.. ataupun apa sahaja gadjet yang korang ada..hihi. Aku cuma ada tab yang tak sampai sejam bateri out.So aku simpan je dalam bag.hohoho
Toilet :
For sure toilet dia small. Hmm..Very small. Tapi korang still boleh nak melepaskan hajat seperti biasa..Tisu banyak.. I nak cerita pun tak reti. Air sinki ada, cuma air untuk mencuci tu takde. So sebelum berangkat ke Korea, boleh lah recall cara nak istinjak..ok?. Nak pergi toilet bukan ikut suka hati jer uolls. Kene tunggu sampai abang pilot cakap boleh buka tali pinggang keledar.
I naik kapal terbang duduk sebelah kanan..tepi tingkap. Sebab nak tengok ni :
Maha Suci Allah mencipta segenap ruang di bumi.. Time ni rasa cam nak menangis. Cantik sangat. Memandangkan Korea ni 1 jam awal, so keadaan lebih cepat terang dari biasa. dalam kul 5 or 6 dah terang dah rasanya.. So susah nak tidur semula.huhu..
Rasanya itu sahaja perihal dalam kapal terbang. Mohon maaf atas kekurangan info.
Till then, jumpa lagi...:)
1 comment:
budoxe follow sini #17
~lee on the blog~
Post a Comment