Trip To Korea : Iteawon

Assalamualaikum semua!!!!
Hari ni gigih lagi buat blog. Well, busy..hihihi..poyo benor..CEO pon xde poyos camni.. Kadang-kadang korang kene tahu, angan-angan boleh jadi kenyataan. Well, i think if have time Manda nak study Korean Language. In very serious way. U know, company yang Manda kerja ni sekarang ada elaun khas untuk bahasa ke-3 ok. Dan yang terbaru adalah Bahasa Korea bebeh..So, why not kan? Tapi is totally NOT sebab i kan dah sambung study. So how come, atau sebenarnya mana nak datang masa untuk belajar Korean pulok????????T-T. Bangun pagi masuk keje kul 8.30 balik kul 5.30ptg except bulan puasa cam sekarang ni. Dan sometime masuk keje kul 9. Bangun lambat.bhahaha..Amaran!jangan lakukan di tempat kerja anda jika anda tak mahu diberhentikan kerja.
Ok..back to the story. About Korean Languange tu kita pikir kemudian. Korang dah tahu kan yang Manda terlajak station masa naik bus dari Namsan ritu hari kan???What?tak tahu?hmmm...ook..baca SINI. Well, masa tu cam "Aaaaaaa!!! camni ni??nak benti tang mane ni????station ape pas ni??" camne leh terlajak tah...Nak kata retisss Korea lalu tak de pon..Berangan lagi perhaps....But that my luck, the station is Iteawon.. Kalau ikotkan malas nak pergi Iteawon, but sebab dah terlajak Manda turun je lah. So buka maps, cari masjid.
Cam teruja lah Manda Uolls...Semua makanan halal.Ya Allah....Subhanallah.....Cam tak caya. But shopping things would be very expensive yer bebeh. DAN*sila terkejut nak pergi masjid tu all the way bukit T-T ...again????
Sebelum ni ada lah aku baca kan, masjid tu atas bukit. Tapi takde lah expect tinggi camtuh..aaaa.*menjerit dalam hati sebab penat.
Dan i pon sebab kebulur sangat, plan nak makan. Sepanjang jalan tu, ada lah jumpa banyak kedai halal salah satu, Siti Sarah. But hati terjatuh gedebuk dengan Murree..Masuk je kedai, tuan kedai ucap salam. So just sambut salam dan duduk. Order makan.
Nie lah i order. Fuyooooo...mendidih..panas...Tapi aku pilih salah menu.. Aku pikir dia manis pedas, but actually it really sweet.huhu..Pelik sungguh nak makan dengan nasi. But lapar, so makan aje lah. Tak kan nak order makanan lain kot. Ini jer 10000won perset. Dalam ringgit Malaysia maybe RM30. Tengah duduk kat Murree tu ada lah jugak warga Malaysia yang lalu situ. Well, ikatan Islam tu dimana-mana..Jumpa dan sebarkan salam.:) 
 Dari Murree tu, gigih lagi daki bukit sampai lah jumpa pintu gerbang masjid. Yahoo...jumpa..sekali masuk pintu gerbang,
nah hambik naik bukit lagi. Tapi aku tak naik yang ni, aku guna tangga.. Tu pon still azab nak daki. I think, pas melalui perit jerih camni di negara orang, i will lost some weight. But indahnya, bila sekilo pon tak turun..* that mean my lemak really kental melawan kesusahan....syabas...Lemak!I hate you
Air dia takde heater. So sejuk gila-gila.uuuuuu...Then nak solat, kene naik tingkat atas.. panjat lah tangga lagi..Ya Allah..Dugaannnnnnnnnnn.
After solat asar, i cepat-cepat balik. Sebab hari dah nak malam dan i really tired.:(
But at least Manda dah pernah jejak kaki kat Masjid di Seoul.
Kat sini, halal food banyak tapi mahal sikit. But once you lapar, jumpa yang halal sapu je lah kan.
Portion dia besar. Aritu Manda cam nyesal lak *tak baik nyesal kan? sebab tak beli something halal food kat sini bawak balik guest house. Hihihi..Anyway, happy travelling here and enjoy the food so much. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum :)
 
TO BE CONTINUED
 
Mak Cik Kebayan (MCK)? Manda? which one that sound better????? Your suggestion highly appreciate. tq :)


Trip to Korea : Namsan Tower

Assalamualaikum
Hadirin Hadirat sekalian. Sekarang tak tahu lah nie dah masuk hari ke berapa aku kat Korea. Enjoy the country. Rasa cam tak nak balik pon ada. Perkara yang aku kalau boleh nak bawakk balik, haruslah suhu dia..Sejuk..Nyaman... Actually masa balik dari Korea, terus kene balik Terengganu sebab nak mengundi. That time, pehhh panas Ya Rabbi....Cam terbakar kulit...* nak kata MCK kulit orang Korea arr tu..
Today pergi menapak ker Namsan Tower. Misi utama iolls nak menepek kunci cinta konon *ku kunci mangga siam
So bangun pagi gosok gigi...Oii MCK mandi ok..Walaupun sejuk, tetap mandi. Wajib, sebab muka melayu kang tak mandi nampak sangat peliknya. Naik subway pastu aku kuar dari subway dan AKU LUPA KAT MANA NAK NAIK SHUTTLE BUS!!!! Sedih gila..Sebab aku terpaksa menapak agak jauh T-T.. Kalau korang nak subway, please lah naik bus. Sebab bila dah area situ, korang secara outomatic-nyer akan jalan sambil naik bukit. Ooooiiii aku ni dah setahun tak pergi gym..So conclution aku sempot.hahahhaa.
Tapi some view menarik dalam perjalanan daku itewww *untuk menyejukkan hati yang lara..
I think, rumah ni kalau korang tengok drama korea, dia kerja macam kerani atau peringkat bawahan camtu. Rumah yang takde bilik.. cute kan??
Dunia!!lihatlah Namsan Tower nooonnn di-sana.. MCK not lying bila i said jauh gila menapak. Berpuluh-puluh..sorry...ratus-ratus tapak...Aku sihat tubuh badan ni cam nak pengsan, cer tengok orang yang bertongkat tuh??..
Akhirnya...kini pasti..Pehal kau MCK nyanyi lagu Kak Nita Serawak???
What you can see, kereta kat sini banyak warna putih..Well, putih itu suci walaupon mungkin setahun tak dicuci.bhahaha...
Yippi..dah nak sampai.....For your info, nak pergi secara mendaki pon boleh..Tapi kalau nak jimat energy, sila naik cable car. Harga one way 6000won. Aku beli 2-way 8000won, tapi gatai miang keladi nak naik bus time balik..hmmm.
When you arrive, jangan perasan nak terus jejak Namsan Tower tu.
Sila naik tangga lagi. Masa ni, ada couple turun dari cable car. His GF or maybe wife, pakai high heel. So, she actually terasa ke-hebatan naik tangga guna high heel.huhuhu..Bukan yang seinci dua, tapi 5 inci...Sah ker dia yang pakai, MCK yang tengok ni terasa cam "apalah dosa aku hari ni"..bhaahaha...
As you know, misi ke Namsan Tower ni sebab nak pergi kat Mangga Siam si kunci cinta. Walaweh..romantik MCK tauu..
I totally assume that the Love Pad @ kekunci cinta berada di atas menara. Which is kene beli ticket naik atas. 
So alang-alang dah sampai, pusing-pusing teddy bear museum with  package dengan observatory deck. Harga 14000won. Teddy bear museum ni bahagian bawah, masuk dekat main entrance gambar yang first tu.
Pastu before naik ke abservatory, dia ade snap picture. Kot-kot korang nak beli.
Tadaa!!!!! OMG...suka sangat gambar awesome ni. Walaupon bukan dapat free.huhuhu. Lepas dia snap gambar, dia akan bagi nombor giliran lah konon-nya. So if you rasa nak purchase, pergi kat kaunter di observatory deck tu dan tunjuk no. But kalau korang tak nak beli pon takpe..Aku beli pon sebab nak buat kenangan sementara single.hahahha..Harga 14000Won. Sebenarnya ada 2 keping. lagi satu gambar berlatarbelakan-kan Cherry Blossom.
Back to story, so aku tengok lah view dari situ. Dan puas aku pusing, aku tak jumpa pon kekunci cinta, apalagi kunci cinta Khuntoria. Hampeh!
So aku pon sedar diri macam dah sesat jalan, pergi lah tanya kat kaunter helpdesk..Dia kata kat bawah..aku pon cam " blurrrr"..Biar betol????
Tempat kunci cinta sebenarnya kat bawah ni jer. Sama aras dengan huruf " N" yang gedabak besar tu...Aku rasa cam"apsal aku ni sengal sangat". Masa aku cari info regarding this, kenapa aku tak tahu benda alah ni kat bawah jer?????once again, rugi duit MCK.huhuuhu.
Love Key.. Well diorang sangat romantik...
Berjaya juga akhirnya MCK jumpa kunci cinta .Atas ni sejuk. Angin dia kuat. Sumpah best.
Ayat-ayat cinta di langit biru..romantik bebenor..dari kita buang, baik abadikan dia Namsan Tower. Yang alat berkebun pink tu kan, Aku rasa pasangat ni suka berkebun... Tak pon cinta bertamu di kebun sayur.bhahahah
Dah, pusing-pusing kat sini i pon nak balik rumah.
Dah tahu sejuk, minum lagi air susu pisang dari peti ais sementara tunggu bus datang. Masa ni kira dah senja. So suhu dia getting cold. Orang Korea sendiri pon macam sedikit menggigil. MCK apa tah lagi.huhu..masing-masing cari tempat yang ada matahari. So berjemur nak kasi hilang sejuk.bhaahahah...
Tempat tunggu bus tak jauh, kene turun bukit sikit.
Kalau korang tak sure nak pergi ikot mana, refer kat peta lantai ni..confirm tak sesat.hihi.
aku naik bus camni lah..hihih..then ride the bas dan aku terlajak station. Sampai ke Iteawon.huhuhuu..
what happend next??? to be continue...Tq sebab sudi baca :)..Assalamualaikum.
 
TO BE CONTINUED 


Trip To Korea : Ewha Women University

Assalamualaikum..
Saudari saudara sekalian baru balik solat terawih ker??*ok pertanyaan macam gini menunjukkan entry ditulis selepas waktu isyak pada malam Ramadhan Kareem..hihihi..Bila puasa kan, MCK rasa penghadaman tak berapa syok..Kebuncitan perut jelas nyata. *i hate the fat tummy huuuuuu T-T
Tapi padan lah kalau ada fat tummy, lepas melahap*uhh sungguh kurang sopan MCK terus baring atas tilam empuk..  Ewwuuu.. Sila jangan ikot adat resam yang tak sayang perut ini.. So, kita minum Tea Orang Kampung la segelas..Sementara tea tu kembang, kita blogging lah dulu.....hihii
*****************************************************************************
After pergi kayuh basikal dekat area 63 Building tu, next day MCK pergi Ewha Women University. Yang famous seantero warga Malaysia. Kali ni aku berjalan berdua tau.hihi..jangan lah buka mulut luas sangat, nanti MCK sumpah baru tahu.hihi..She* bukan He ok? check-in hari aku balik dari 63 Building tu. Masuk-masuk bilik jer, dia angkut banyak bag  kertas yang penuh dengan cosmetic. MCK terkezut monkey! i pon tanya lah kan " is it all yours?". Dia cakap "No. This is for my friend"..ok..Punya banyak aku nak cakap kat uolls, dia punya bag lagi besar dari i..Dan penuh satu bag hanya dengan cosmetic..huhuhu..
MCK pergi dengan dia lah sebab malam tu dia tanya, i nak pergi mane.. So i jawab lah nak pergi Ewha women university. So laju je dia jawab " i want follow you"..hihi..aku ok je lah..no problem.hihi.
Ini dialah yang snap gambar untuk MCK. Nak bergambar dengan dia, tapi dia tak nak sebab muka dia tak lawa dalam gambar katanya...huhuhu.. So tak kan aku nak paksa lak kan??
The famous tangga dekat Ewha Women University..Kiri kanan tu sebenarnya ruang kelas dan tempat rehat student lah kot. Sebab dalam dia luas pastu ada kerusi sofa yang empukkkk...MCK like sangat university macam ni.
Ini lah dia ruang dalam bangunan yang MCK cakap tu. Ok tak kalau university kat Malaysia ada camni jugak??
We suddently terjumpa rumah ni.. Sumpah lawa..Lawa sangat-sangat. Very beautiful Hanok House. Aku rasa ni pure punya design. Kitaorang tak leh nak masuk sebab berkunci.. Aku rasa boleh jadi rumah ni tempat filming location kan...
Kat Ewha ni, korang boleh masuk suka hati jer bangunan mana korang nak masuk as long as tak berkunci. Jangan pecah masuk sudah..Kitorang serbu bangunan sampai termasuk dalam satu bangunan yang berbau seperti hospital.hahahhaha. One more thing, university ni takde pintu pagar. So anybody boleh masuk. Tak yah korang susah-susah pikir nak kene ada pass lawatan macam kat Malaysia ni.kihkihkih
On same day, aku pergi Trick Eye Museum. Aku masuk kejap, pastu aku kuar balik..hahaha...Bangunan ni kalau korang tak baca betul-betul, mungkin korang tak jumpa. Sebab takde pon menunjukkan ciri-ciri pelancongan.hahaha
The best part of the day is..................
Makan seafood soup..Awesome gilos.Dan Mahal gilos...MCK kongsi dengan kawan, itu pon dah kene 22000won sorang.huhu..Yang cam lempeng tu Seafood Jeon. Sedap MCK cakap sama you..
Berapi..berasap..meletop..pommm pommm
Kedai ni namanya ......fine aku lupa...nanti aku bagitahu bila jumpa nama kedai k..
Dan yang tambah penyeri majlis makan beradap, tengah syok layan seafood tetiba datang orang ni
Dia datang bawak benda alah hitam ni.. Makkkkkk... Oh My English......MCK masuk TV MBC ok???giler glamore...jadi retiss kat Korea... But sampai sekarang aku tak jumpa untuk rancangan apa..hahaha....Yang funny part nyer, dia shoot aku tangah makan. Time tu aku terkial-kial nak guna Chopstik..Malu kot.hahahha
That my friend yang pakai baju kuning tu. Nampak best kan?hihi ..When go out dengan dia ni, dia jenis yang tak tahan panas. So she decide nak beli cap kat tepi jalan area Ewha. Banyak topi yang ajusshi tu jual. So dia tanya aku mana cantik i said " this, red one".. it just perfect for her sebab dia tu putih melepak.. Dan she mungkin still remember me, bila tengok cap tu sebab i yang minta diskaun untuk dia dengan mengayat ajusshi iteww seperti ini " kaka juseyo ajusshi". Ajusshi iteww tersenyum malu dan bagi diskaun.hahahah...
Sometime, i miss her and hope she miss me too. And her name is Marphiey from China.
The sweet memory will be forever..
Thanks for reading.
Assalamualaikum....
 
TO BE CONTINUE
 
P/S : nak pergi minum air Tea Orang kampung...good night peep
 
 

Trip to Korea: 63 Building

Haiiiiiii...Akhirnya ke-blog jua akhirnya. After bertungkus lumus dengan exam. Fuhhh azab giler nak habiskan 3 paper * tulah sape suruh study last minit kan??
***********************************************************************************
Assalamualaikum...
Korang dah pening ke baca cerita Korea aku nih???aku pon pening sebab banyak gila nak kene re-call.hahahha...aku makan semut banyak sangat, tuh yang lupa jerr..hihi. After patahkan kaki pergi Nami Island, next day pergi 63 Building.
 Pergi 63 bulding for me is some kind of disappointed...T-T..
Sebenor-benor nya pergi sane nak pergi cari kunci si Khuntoria tuh..Alih-alih takdok...Dia kata kat tempat lain...Waaaa..sumpah memang aku kecewa...But aku still tak puas hati, so aku beli ticket naik atas.*hentak2 kaki nak naik.
Sudah nya aku rasa cam " Membazir je duit 11000 won aku"huh. Aku nak sangat pergi sini sebab Khuntoria tu.. So haruslah aku kecewa tergolek dokkk sebab impian ku hancusss..
But interesting lah jugak sebab dapat tengok Hangang Park dengan Namsan tower tu dari sini..:)
Walaupon aku kecewa, tapi ada benda yang Allah bagi aku rasa best..
Aku naik basikal kat Hangang Park.
Bangunan warna emas tulah 63 Building.
Hangang River ni panjang sangat. Naik basikal lenguh beb.
But sini orang datang berkelah uolls.Penuh tau sini..ada bawak bekal, main layang-layang, main kejar-kejar dan macam-macam ada. Which is kat Malaysia tak boleh nak buat sebab panas terik kot. Mau terbakau kulit haaa. Tasik kat KLCC tu ada orang siap bawak khemah tak ea??
Itulah Hangang River yang famous amos tuh!
Masa ni dalam tengahari. Cuaca cerah but still sejuk .Boleh pakai baju t-shirt biasa. But once angin tu datang, korang boleh gigil ok...
Harga sewa basikal. Basikal single rider cam aku tuh harga dia 3000Won untuk satu jam. Suka hati korang nak bape jam janji bayau. One more thing, dia akan minta kita punya IC sebab takut kita tak pulangkan basikal dia.
Pilih basikal mane korang nak..tapi yang ada bag tu, ana yang punya..hihihi
What ever aku haus kat Korea, aku mesti cari susu pisang.harga 1200won.serius sedap..sape tahu kalau kat Malaysia nak cari kat mane??Susu pisang ni famous giler diseantero tourist Malaysia.
Dari firasan makcik kebayan nih, sini lah kot tempat yang Gumiho ditinggalkan dalam ferry kan???
 Bila cam patah kaki jalan kat sini, iolls balik rumah..before balik rumah kita pergi makan lah dulu..
Peach bagi makhluk Tuhan yang kebuluran. Bahagia giler jumpa makanan.
Tofu soup..sedap. Aku makan dekat Luving hut. Vageterian Restaurant. Lupa lah harga dia bape tapi aku rasa dalam 15000Won below rasanya...sowiii...
After makan, iolls balik rumah dan tidur..Kat Korea ni, takde satu hari yang aku balik rumah tanpa rasa cam nak patah kaki..Harap maklum..Tq for reading. Assalamualaikum :)
 
TO BE CONTINUED