Trip to Korea : Namsan Tower

Assalamualaikum
Hadirin Hadirat sekalian. Sekarang tak tahu lah nie dah masuk hari ke berapa aku kat Korea. Enjoy the country. Rasa cam tak nak balik pon ada. Perkara yang aku kalau boleh nak bawakk balik, haruslah suhu dia..Sejuk..Nyaman... Actually masa balik dari Korea, terus kene balik Terengganu sebab nak mengundi. That time, pehhh panas Ya Rabbi....Cam terbakar kulit...* nak kata MCK kulit orang Korea arr tu..
Today pergi menapak ker Namsan Tower. Misi utama iolls nak menepek kunci cinta konon *ku kunci mangga siam
So bangun pagi gosok gigi...Oii MCK mandi ok..Walaupun sejuk, tetap mandi. Wajib, sebab muka melayu kang tak mandi nampak sangat peliknya. Naik subway pastu aku kuar dari subway dan AKU LUPA KAT MANA NAK NAIK SHUTTLE BUS!!!! Sedih gila..Sebab aku terpaksa menapak agak jauh T-T.. Kalau korang nak subway, please lah naik bus. Sebab bila dah area situ, korang secara outomatic-nyer akan jalan sambil naik bukit. Ooooiiii aku ni dah setahun tak pergi gym..So conclution aku sempot.hahahhaa.
Tapi some view menarik dalam perjalanan daku itewww *untuk menyejukkan hati yang lara..
I think, rumah ni kalau korang tengok drama korea, dia kerja macam kerani atau peringkat bawahan camtu. Rumah yang takde bilik.. cute kan??
Dunia!!lihatlah Namsan Tower nooonnn di-sana.. MCK not lying bila i said jauh gila menapak. Berpuluh-puluh..sorry...ratus-ratus tapak...Aku sihat tubuh badan ni cam nak pengsan, cer tengok orang yang bertongkat tuh??..
Akhirnya...kini pasti..Pehal kau MCK nyanyi lagu Kak Nita Serawak???
What you can see, kereta kat sini banyak warna putih..Well, putih itu suci walaupon mungkin setahun tak dicuci.bhahaha...
Yippi..dah nak sampai.....For your info, nak pergi secara mendaki pon boleh..Tapi kalau nak jimat energy, sila naik cable car. Harga one way 6000won. Aku beli 2-way 8000won, tapi gatai miang keladi nak naik bus time balik..hmmm.
When you arrive, jangan perasan nak terus jejak Namsan Tower tu.
Sila naik tangga lagi. Masa ni, ada couple turun dari cable car. His GF or maybe wife, pakai high heel. So, she actually terasa ke-hebatan naik tangga guna high heel.huhuhu..Bukan yang seinci dua, tapi 5 inci...Sah ker dia yang pakai, MCK yang tengok ni terasa cam "apalah dosa aku hari ni"..bhaahaha...
As you know, misi ke Namsan Tower ni sebab nak pergi kat Mangga Siam si kunci cinta. Walaweh..romantik MCK tauu..
I totally assume that the Love Pad @ kekunci cinta berada di atas menara. Which is kene beli ticket naik atas. 
So alang-alang dah sampai, pusing-pusing teddy bear museum with  package dengan observatory deck. Harga 14000won. Teddy bear museum ni bahagian bawah, masuk dekat main entrance gambar yang first tu.
Pastu before naik ke abservatory, dia ade snap picture. Kot-kot korang nak beli.
Tadaa!!!!! OMG...suka sangat gambar awesome ni. Walaupon bukan dapat free.huhuhu. Lepas dia snap gambar, dia akan bagi nombor giliran lah konon-nya. So if you rasa nak purchase, pergi kat kaunter di observatory deck tu dan tunjuk no. But kalau korang tak nak beli pon takpe..Aku beli pon sebab nak buat kenangan sementara single.hahahha..Harga 14000Won. Sebenarnya ada 2 keping. lagi satu gambar berlatarbelakan-kan Cherry Blossom.
Back to story, so aku tengok lah view dari situ. Dan puas aku pusing, aku tak jumpa pon kekunci cinta, apalagi kunci cinta Khuntoria. Hampeh!
So aku pon sedar diri macam dah sesat jalan, pergi lah tanya kat kaunter helpdesk..Dia kata kat bawah..aku pon cam " blurrrr"..Biar betol????
Tempat kunci cinta sebenarnya kat bawah ni jer. Sama aras dengan huruf " N" yang gedabak besar tu...Aku rasa cam"apsal aku ni sengal sangat". Masa aku cari info regarding this, kenapa aku tak tahu benda alah ni kat bawah jer?????once again, rugi duit MCK.huhuuhu.
Love Key.. Well diorang sangat romantik...
Berjaya juga akhirnya MCK jumpa kunci cinta .Atas ni sejuk. Angin dia kuat. Sumpah best.
Ayat-ayat cinta di langit biru..romantik bebenor..dari kita buang, baik abadikan dia Namsan Tower. Yang alat berkebun pink tu kan, Aku rasa pasangat ni suka berkebun... Tak pon cinta bertamu di kebun sayur.bhahahah
Dah, pusing-pusing kat sini i pon nak balik rumah.
Dah tahu sejuk, minum lagi air susu pisang dari peti ais sementara tunggu bus datang. Masa ni kira dah senja. So suhu dia getting cold. Orang Korea sendiri pon macam sedikit menggigil. MCK apa tah lagi.huhu..masing-masing cari tempat yang ada matahari. So berjemur nak kasi hilang sejuk.bhaahahah...
Tempat tunggu bus tak jauh, kene turun bukit sikit.
Kalau korang tak sure nak pergi ikot mana, refer kat peta lantai ni..confirm tak sesat.hihi.
aku naik bus camni lah..hihih..then ride the bas dan aku terlajak station. Sampai ke Iteawon.huhuhuu..
what happend next??? to be continue...Tq sebab sudi baca :)..Assalamualaikum.
 
TO BE CONTINUED 


11 comments:

Liza said...

Salam,

Ini trip solo kah?

Mariam Musa said...

Wslm Liza,
Yes dear. trip solo. Keep in touch dear :)

sarah mohamad said...

bestnyaaaa dapat pergi korea. ni salah satu wishlist saya ni heheheh

Mariam Musa said...

hai Sarah( sambil lambai tangan),
Alhamdllh..insyllah..nanti Sarah pon boleh jejak kaki kat sana. keep in touch yer Sarah :)

Liza said...

saya tgk counting days.. 86 day to go.Solo trip jugak.trip autumn 9 hari kat saner.memang skarang nih duk membaca experiance org jer..

Mariam Musa said...

Wah...seronok tu..kira autumn tak yah bawak baju tebal2.hihi..Liza dah booking guest house ke?

Liza said...

yup dah book..book kt Girl Generations..budget jer..

Mariam Musa said...

xpelah budget..janji selesa untuk tidur dan rehat. Liza sekarang tinggal kat mane?

Mariam Musa said...

Liza,camne trip korea? feel free follow blog saya k..:)

Amanda Musa said...

liza,
camne trip autumn tahun lepas? mesti best kan? nanti nak minta tolong suggest mission untuk buat kat korea yer. Nak jadi macam running man.hihihi

Amanda Musa said...

Salam Sarah,
Nanti nak minta tolong suggest idea untuk buat mission kat Korea yer.