Assalamualaikum All's
Sebenarnya i got 2 present from Intrend last year. Until now, baru guna satu.hahah... I nak buat review, but bila teringat review i sebelum ni yang tak serupa review.. So i kene pikir 4 5 kali..hahahha...
My dear Rainy email me personally. Sorry yer Rainy, baru sekarang boleh nak buat penerangan.kih.kih.kih.. So atleast i got a point to push my self untuk buat entry baru sebelum aku lupa diri yang i sebenarnya blogger suam-suam kuku..hahha..
Sebelum-sebelum ni kan, i ada bagitahu uoll yang sebelum kita sampai kat airport Incheon dalam kul 3 4 pagi waktu Malaysia kot, pramugari dan pramugara yang lawa dan hansem itu akan bagi 2 keping card. Tapi ramai cabin crew Malaysia. But ada yang cabin crew Korea sebab nak buat announcement in korean, tapi satu hape pon tak faham. Sebab tengok cerita Korea pon banyak dengar perkataan " mianhea""baegopa"wae?".Balik-balik itu jer lah yang dengar.hahah..So everyone say thanks you to Rainy sebab tanya malay food " ikan bilis, beras and so on kene declara ke tak?".hihi.
Usually barang makanan yang normal kita makan tu tak perlu declara.
Barang yang perlu korang declara seperti dibawah :
Sekeping je ni sebenarnya, depan belakang.
Korang wajib baca satu persatu apa yang dia tulis tuh. Aku hari tu jawab semua "NO" sebab memang takde kaitan dengan aku time tu. Sebenarnya, kalau ikot pada borang ni senang jer nak isi. tapi sebab dia bagi time pagi buta, so automatic jadi blurrr..huhu..Tulisan tu pun cam nampak tak nampak.hahahha.. One more thing, tak wajib pun isi dalam kapal terbang. Kalau korang takde pen or tahap blurr korang terlalu tinggi *hihihi..gurau jer jangan arr marah... Boleh jer tulis masa arrival. Sebab masa kat kastam Korea nanti, ada beberapa meja berserta pen yang korang boleh isi form sebelum beratur. So, pandai-pandai lah korang manage time and aku pilih tulis dalam kapal terbang sebab cepat dapat keluar dari airport feeling retisss k-pop & rasa penangan sejuk Negara Korea.*Baru tadi tengok kenangan tahun lepas,musim bunga kat Korea. Tak sabar nak pergi lagi.
So berbalik kepada persoalan Rainy, makanan seperti ikan bilis, beras, sardin dan apa sahaja makanan ruji tak perlu diclare. Tetapi saya nasihatkan, jangan bawa masuk kabin. Sebab worried makanan tu pecah or tumpah. Nanti satu flight bau sambal. Kalau sambal ikan bilis kira ok la, buat nyer sambal belacan yang tumpah????? woiii terliuq orang Malaysia dalam flight tu jemah oii.. Senang cite, segala jenis makanan basah dan bertin perlu masuk kargo. Korang pack bebaik, double plastik bag would be nice. Lagi satu, walaupun makanan Malaysia tak perlu declare, tetapi takut masa check kat kastam tak lepas. Sebab takut kes-kes tumpah dan pecah tu la..
My suggestion base on pengalaman, tak perlu bawa beras. Sebab kat Korea dia ada nasi express. Panas kan sahaja dalam microwave. Even kalau uolls big fan of Korea Drama, for sure selalu tengok diorang makan nasi yang keluar dari peti sejuk pastu masukkan dalam microwave then ngap.nyam..nyammm Senang lagi mudah. Tak perlu penat-penat nak masak nasi. Try your best to make percutian korang easier. But kalau nak bawa jugak takde masalah. Lagi satu, korang pernah makan nasi berlaukkan ramyun @ meggi???? kalau tak pernah, let's try it by yourself.. Super pelik, but super awesome!
If korang nak baca sendiri or lebih details tentang hal berkaitan custom ni, terus ke Incheon Airport
So i hope, penerangan i nie beri info berguna and korang semua dapat plan percutian sebaik yang mungkin. Every million step start with first step. So, jangan takut untuk melangkah untuk capai impian korang k..
If anyone have something to ask, direct email me at thefunnjoy@gmail.com . Saya cuba bagi info yer.
P/s : if i go to Korea again, i nak bawak sambal ikan bilis cili padi package dengan sambal tempe.hahahha...nyam nyammm