Assalamualaikum
Hai uolls semua....Bape kilo ke-tembam-an korang naik?? sebab aku naik berdezuppp.. 10KG..pehhh..gila kentang...Mentang-mentang raya, suka hati jer nak sebat semua menu raya...
Layan hindustan sat. Opis kosong..Itu opis, ana yang punya!!!.hahahha...
Hari tu ada someone baca entry den, dia cakap nak pergi Korea next autumn. Liza put your hand-up kalau betul..hihihi..
Dulu aku pergi sesorang pon sebab takde orang nak follow aku pergi sana.Sodeh lagi tragiss.... Jika anda plan nak pergi over the sea (Korea) sesorang atau berkumpulan but kali pertama nak pergi sana korang kene buat * tips ini juga berguna kepada sesiapa sahaja :
1) Choose the place to stay
Aku dulu study Tourism Management. So lecture aku cakap " kalau pergi melancong, setakat nak duduk tido dalam hotel baik balik rumah tido". Faham tak maksudnya tu??? maksudnya kalau melancong, kita tak kan banyak duduk hotel.So sangat useless booked hotel mahal dengan facility yang kebaboom kalau korang tak sempat nak guna. Unless korang memang plan nak duduk relax jer tak nak kuar jalan-jalan. So, bagi aku memadai korang pilih hotel @ guest house yang budget sebab still kebanyakkan nya bersih dan selesa. Cukup untuk tidur dan rehat lepas sehari suntuk explore Korea tu. Cari tempat tidur yang berdekatan dengan subway @ public transport. Sebab, aku biasanya balik jer guest house rasa cam nak patah kaki. Plus, tempat diorang berbukit. So cari yang dekat dan selamat. Korang boleh cari tempat untuk stay dan review di Agoda dan untuk gadis-gadis jelita, kalau nak stay kat Seoul boleh cuba stay di iCos Female Guest House.
2) Travel Agent Vs Own Plan
Yang ni kadang-kadang orang malas nak buat. Leceh. Makan masa berbulan-bulan habaq hang. Kalau korang nak senang, suruh jer travel agent buat. Kalau korang nak save budget, buat sendiri. Aku buat sendiri, sebab-nya kalau ikut travel agent nanti kene pergi tempat yang korang tak minat. Macam tempat Ginseng.. Aku memang tak minat benda alah camtu, apa lagi nak beli. Tapi bila korang buat sendiri, dia rasa puas.hihi..Tapi pastikan korang buat research betul-betul. Jangan tertinggal maklumat. Nanti jadi macam aku, lupa kat mane nak ambil shuttle bus pergi Namsan Tower gara-gara over confident.kuang..kuang..kuang. Other solution, korang boleh contact student Malaysia yang study kat sana. Diorang ada yang buat Travel untuk warga Malaysia dan free guide yang Tourism Korea provide. Korang kene request. Boleh rujuk kat web side Volunteer Tour Guides, yang ni FOC tapi korang kene tanggung expenses guide tu.hihihi..So make a good choice bebeh..
3) Kasut
Tang ni kan, memang korang ambik berat uolls...Jangan main sebat jer kalau korang nak travel guna subway. Korea punya subway, sangat berlapis X9. Amaran! kalau boleh jangan berhenti dekat Station Seoul. Sebab bila nak tukar subway, punya lah jauh korang kene menapak...Jauh gila vavi..Aku pergi sekali, dah tak nak pergi lagi..huhuhu..Kalau korang ada duit lebih, beli lah kasut yang super selesa. Ulang suara, Kasut yer kawan-kawan. Jangan selipar pulok.. Sebab kat sane, masih lagi dalam kategori sejuk bagi rakyat negara Malaysia pada waktu malam. Ada one day aku tunggu kawan sebab nak pergi tengok Nanta teater, sejuk sampai sum-sum tulang..Tapi kalau Summer season aku tak tahu camne. Orang cakap panas dia cam kat Malaysia.. So kalau korang ada duit lebih, beli lah kasut yang super selesa, tapi aku pakai kasut sport aku jer..Dengan kata lain, takde duit lebih.kihkihkih...
4) Jangka Masa travel
Masa aku nak pergi Korea, aku cakap *alang-alang nak pergi biar lah pergi lama sikit*... Silap tu bebeh.. nangis 3 hari 3 malam menyesal pergi lama-lama.huhuhu.. Once you sampai sane, bila korang balik Malaysia. Esoknya korang rasa nak pergi lagi. That really true. Bagi aku, sebab Negara tu nama Korea yang suka guling-guling sangat kan, second-nya sebab cuaca dia.Ko melompat, berlari pon still tak berpeluh. Sejuk selalu.Siap boleh pergi Hangang River berjemur.. Sebab aku pergi lama sangat hari tu, aku kene tunggu lagi 2 tahun untuk pergi lagi.Sodeh...So pada yang dah beli ticket, is't ok.. Just enjoy your day. Dan yang baru plan nak beli ticket, for me 5 6 hari dah memadai.. Walaupon sebenarnya kalau dapat pergi setahun lagi best.hahhahaha
Ok lah aku rasa sampai sini dulu tips-tips dari ilmu yang aku ada. Korang boleh baca blog-blog orang lain juga untuk dapat info. For sure aku punya ilmu belum cukup padu & mantopp untuk korang.. So explore more, you will get more. Lagi pon kalau aku tulis panjang-panjang, 7 hari 7 malam pon korang tak habis nak baca.hihihi..
Till then, tq for reading. Assalamualaikum :)
p/s : i fill so goood sebab dapat share tips ni.hihihi
17 comments:
nak pergi sendiri tak berapa nak berani apatah lagi nak buat plan sendiri kan.. nak ajak kawan pulak, semua x berminat...
Alya, kadang2 susah nak bawak kawan. Melainkan dia pon gila K-pop juga.hihihi
sebab itulah takde geng nak ke sana... kalau pergi sorang pulak takut bosan...
Alya, hahaha.betul jugak..nanti cuba lah usha kawan2 kot ada yang minat nak pergi.hihi
yup...Liza disini..confem dh ujung bln 10 nih pergi 9 hari sensorang..bab travel plan memang bt sendiri-sendirik jer..senang coz x terikat..
ni pon kes xder geng yg nk follow tu yg jadik plan sensorang..
hihi..so Liza first time pergi Oversea sorang ke? dah prepare semua ke?
saya tgah cari geng nak g korea. jom la sape yg minta kpop tu. hehe tringin nk g, tapi taknak bawah agent. ingat nk g awal blan 1 2016. cntact sy tau ita leh g sama2, skrang saya dgn kwan nk g. kami memang peminat all about korea. hehe ni email. sha_miza92@yahoo.com
salam..... saya akan pergi korea jugak jan 2015.tiket sume da beli.pergi berdua jer...nak cari geng lagi ni...jom3 pergi same2 =) sape nk join bole email sye risya_star@yahoo.com
nak pergi 2016 that means ticket kene beli tahun depan... teringin jgk nak pergi..jika ada rezeki, boleh lah pergi.hhihi.. ada offer ke sekarang eh?
Shamiza, hujung tahun ni Miza contct Amanda semua yer..sbb tak boleh nak bagthu sekarang due to ada big planning this year.hihihi..
salam amanda....sya da book tiket tuk jan 2015....nak join mai la...sya berdua ja =)
Hai Adyani, Jan 2015 tak boleh dear. Tak sempat duit and ada usually ada final exam. sorry dear..tp best nyer dapat pergi winter...mesti asap berkepul2 kuar bila bercakap.hihihi.
alaa....xpe2...hee...emm tu la ...excited giler nk p sane..tp p lame sgt 17days..so byk duit abes kt guesthouse..skrg tgh cari kenalan kat sane..mane tau ley dpt tmpt tdo..hehe...emm anyway amanda xde kwn2 y stdy or stay sane k?
fuyoo..lama nya..pergi berapa orang? amanda takde kawan kat sane. Tapi if nak murah, cuba tengok Icos Female Guest House. If nak booking, bagi tahu cakap Amanda Musa suggest. In-Shaa-Allah dapat discount.hihi.. ni mesti dah cari tempat mane nak pergi ni kan?
waa.... murah ke kat situ??amanda dpt brapa 1 night? yup...skrg aya tgh cri tmpt tuk tdo y murah n tmpt nk melawt tgh susun jadual jgk ni..hehe...nk target tmpt byk salji..hehe.... insyaAllah pegi 3org tp xsure y sorang tu...tp skrg 2org la da bli tiket..hehe
amanda dapat hari tu dalam RM 60/night. Tapi kalau booking direct dengan Icos tu, lagi dapt murah tak silap.. Sebab memang ada buat agreement hari tu.hihi..nak pergi bila ni? tempat banyak salji dekat Nami Island rasanya..pergi luncur saljike?
oww ye ke...ok jgk tu...emm aya xtau lagi...xpegi main kot luncur...amanda main k?klu tmpt luncur tu kan...msuk saje byr x? tpi xmain..hehe...sbb mcm mhal sgt la..
Post a Comment