Entry-enrty ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang Korea, tempat menarik dan segala info berguna bagi korang yang nak prepare untuk pergi Korea dan suka tentang Korea. Kalau korang nak tanya pape, jangan segan silu nak tanya k.
********************************************************************************
Assalamualaikum semua......
********************************************************************************
Assalamualaikum semua......
Sekarang kita dah sampai kat Incheon World Class Internationa Airport Korea okies..
Waktu jejak kaki kat Korea, aku asyik duk tersengih2 sorang diri. Serius macam tak caya.hahahaha. Angin sejuk menyapa muka. Nyaman gila. Itu belum keluar dari airport. Sangat berbeza sejuk aircord dengan sejuk semula jadi. Sumpah jauh beza. But this time hujan.
Dah sampai airport, mestilah nak keluarkan. So just follow the signboard. SignBoard ada dwi bahasa. So don't worry.
Just follow arrivals sign. Kira jauh gak ar nak jalan..Tapi bukan jalan pun.. ada lantai bergerak..So toksah susah-susah nak jalan.. Simpan energy okies.
Kalau korang tengok, tebal sangat kabus kat luar tu. wooo..confirm sejukkk...
Waktu naik lantai bergerak ni, aku pikir bila nak sampai ni.. Jauh benor..
Kene lalu quarantine area. Dia macam ko lalu depan dia je, takde kene benti ke ape. Kalau dia detect korang ada virus, nanti dia tahan dan masuk lah korang dalam bilik quarantine..*yeke??memandai je aku ni..
Pas korang jalan jauh2, pastu nanti kene turun excalator untuk naik train. Haa...nampak tak gila besar airport ni sampai nak kene naik train ke arrival terminal... Tunggu train kejap je. Dalam 5-10 minit camtu. So bila train dah sampai, naik je. Takde jumpa pon yang pakai tudung cam aku..:( Dah sampai tuh, nanti naik escalator lagi untuk pergi dekat kastam.
Sini lah korang kene pergi pas kuar dari train tadi. Tak pun korang ikot jer orang lain. Sebab semua pon tuju tempat yang sama.hahahaha.
So, korang kene pergi kat kaunter Foreign Passport dan kalau takde pape nak kene diclare. Kalau korang warga Korea, toksah ngada nak beratur kt sini. * yang baca sekarang ade warganegara Korea ke?angkat tangan sikit aku nak tengok mata sepet ke tak?hihihi
So make sure korang dah isi arrival card. But kalau korang lupa nak isi dalam flight or sebab takde pen, kat sini ada meja untuk korang tulis. Siap pen lagi. Jangan malu eh.. Free jer..
Kat sini nanti korang akan di-snap gambar. Tapi aku lupa lah dia ambil cap jari ke tak.huhuhu...sowiiii...Muka aku kat screen tu, Ya Rabbi teruknya..Muka tak mandi sehari semalam.Moral di sini, sila cuci muka kat toilet setelah turun dari flight kalau korang taknak muka cam pecah tanah kat screen..but kalau dah memang jelita tu, jelita jugak lah kan.. huhuhu
Lepas korang sattel kat kastam, jangan korang menonong jer turun eh( Sebenarnya aku yang menonong , pastu melangkah semula ke belakang sebab baru perasan luggage board nih.hahah).. Excited nak ambik luggage nak keluar dari airport katanya. Singgah kat screen ni kejap. Tengok luggage korang kat lane no berapa. Sebab sini banyak gila lane luggage tau. Dan Make sure korang hafal no flight korang eh. Nanti senang.hihi..Bila dah tahu lane nombor berapa, so just follow anak panah tuh. Easy...Memang patut dapat banyak anugerah...Terbaik!!
Lepas ambik bag, nanti dekat exit nak kuar ke arrival hall yang selalu tengok kat TV tuh, akan ada petugas yang collect card yang lagi satu tu. Aku punyer berangan, jejak je lantai arrival hall..Ada orang jerit " Amanda! anyonghaseyo"." Amanda, how your trip to Malaysia?"....Nampak??? nampak camne extrim aku berangan???hahahhaha..gila....hahahha..
Sebab takde macam yang aku berangan tuh, so just tersengih-sengih lagi.. That Time Aku bersyukur sangat selamat sampai kat Korea. Cuma sebelah muka aku rasa sangat menyucuk masa nak mendarat..Tak tahu kenapa..
Memandangkan aku rasa cam panjang sangat enrty nih, so story regarding raining will continue on next entry. TQ for reading.
TO BE CONTINUED.....
No comments:
Post a Comment