JAYJUE TREASURE BOX & BUYING SERVICE

Assalamualaikum & salam sejahtera..Chingu!!!
Ini Jue nak habaq kat hangpa semua.. Kalau korang nak topup korean skin care, nak beli barang2 korea yang memang korang idam-idamkan seabad yang lalu..Nak beli dekat Malaysia mahal or online price markup banyak sangat. or dekat Malaysia takde jual...haaaaaa...ini peluang untuk chingu semua dapat murah...yahoooo!!!! Nak barang Kpop ke, makeup ke, baju sejuk ke..ape-ape je.. Cosmetic biasanya ada diskaun tau. murah gila dari Malaysia.

Pastu yang Jayjue Treasure Box tu pulak sesuai kalau nak rasa macam dapat hadiah...Kejutan!!!
Korang boleh pilih:

Box 1 : Food only ( 5 different korean halal snack)
Box 2 : Skin Care + Food + samples
Box 3 : Skin Care + Makeup + Food + samples
Box 4 : Skin care + Makeup + Food + Kpop/Merchandise items + samples
Custom Made Box : you list down 6 category & Jue Choose  4 category from the list

Harga untuk setiap box adalah berbeza dan include shipping. tapi korang jangan risau la.murah je.. Plus confirm berbaloi2 punya.. You can count on me.

Lagi satu, semua box  & buying service akan dapat free gift dari Jue sendiri..awwwww...so awesome kan?? kan? kan?


If berminat boleh email Jue 
thefunnjoy@gmail,com
TAJUK : JAYJUE TREASURE BOX @ BUYING SERVICE
Sebab takut tak perasan

Till then, waiting for your email

LOVE, JAYJUE

PLACE OF INTEREST FOR AUTUMN TRIP 2017 : SEOUL CAFE & RESTAURANT

Assalamualaikum..Chingu!!!!!
Jue dah mula buat list tempat2 yang Jue nak pergi for this up coming trip. Korang nak follow Jue?, dipersilakan.. sempat lagi nak beli tiket..hihihihi..Tapi rasanya maybe nak pergi tempat yang tidak pernah pergi sebelum ini..Sebab tak kan 3 kali trip, 3 kali nak tengok benda yang same ye dok???.. kita kasi kelainan sikit ahhh....tak gitu???

Related image
Skinfood Cafe 
12-37 Apgujeong-ro, Sinsa-dong, Gangnam-gu, Seoul
Concept Store, 1F (2F in Korean)
11AM - 10PM
Sinsa (line 3/orange)
Picture by Soko Glam
Address by He Owes Me a Coffee


Cat Playground Cafe
3F, 37- 14, Myeongdong 8-gil, Jungu-gu, Seoul, 
South Korea
Picture by flfiona.com
Address by Tripzilla.com 

Photo of Seoul National University Vegan Buffet   by <a href="/members/profile/ItalianChick">ItalianChick</a> <br/>buffet snu <br/> January 19, 2016  - <a href='/contact/abuse/image/68241/133060'>Report</a>
Seoul National University, Vegan Buffet
Get off at Seoul National University station exit 3, take bus 5513 to Law Department stop, 
walk up the small hill from bus stop, and the cafe is there.
Open Mon- Fri 11.30 AM - 1.30PM
Address & Picture by www.happycow.net


Busan Jib
Myeongdong Station Exit 6 & 7, go straight until jumpa Frisbee. 
Kedai makan terletak di lorong just before Frisbee.
Address & Picture by www.omaralattas.com 


DSC_0108
The Blue Bread Cafe
Sinchon Station, Exit 8, Walk straight out of the station. Turn Left at Nonghyup Bank,
Caffe Bene will be across the street. Walk straight past a huge church and the bread Blue will be on the corner., Across from Sweet Roll Cafe
Picture & Direction by sokoreazy.com

Maybe tak dapat lah nak pergi semua cafe ni, sebab mahal kot nak makan. But Jue akan cuba lah kan. Sebab ini baru cafe, belum lagi street food.hahaha . Mau habis RM1000.00 kalau semua nak dimakan. Matilah nakkk...hahaha.

Kalau chingu ada nak suggest cafe or restaurant or ada pengalaman cafe di Seoul, please share your idea here...free of charge. hahaha..till then, bye bye

LOVE, JAYJUE




Ad-Hoc Trip????

Assalamualaikum!!!!
Jue dah terbeli tiket weiiiii...OMG
I'm not that happy masa beli tiket tu..Tapi Jue cipta banyak alasan untuk tidak rasa bersalah..huhuhuhu..ampunkan daku..
As usual la sesorang...so anyone want to travel with me?hahahaa

But anyway. I will fly to Busan and comeback via Incheon..Tapi tak tahu nak pergi tengok apa...boleh tak camtu?? hahaha

Later we talk long-long ye..see you again soon...

LOVE, JAYJUE

TRIP TO JEJU

ASSALAMUALAIKUM

PENGUMUMAN!!!!! Ada tak anybody nak ikot Jue pergi JEJU ISLAND????
I want to go tapi takde geng. Sebab my friend semua tak mahu pergi sebab mahal katanya.
But must be someone yang :
1. Tak kisah berjalan jauh
2. Know how to enjoy the journey
3. easy going and tak banyak kerenah sebab trip budget la katakan.hihihi

Travel date in Sept @ Oct  @ Dec 2017. Depends on flight yang paling murah. hahaha
Ad-hoc plan. 

Jika ada yang berminat nak ikot, boleh email Jue as below

thefunnjoy@gmail.com 

Before 19 March sebab ini last date promo flight Air Asia. 

LOVE, JAYJUE

KLIA2, FROM MY EYES

Assalamualaikum
Yeay seronok tau dapat airport baru..yang canggih manggih... Selesa dari segi kemudahannya..luas dan serba baru..Of course lah airport baru..Untuk mereka yang masih belum pernah ada pengalaman pergi KLIA2. Yang dah pernah pergi, boleh komen info2 yang tertinggal. 

Mungkin ada yang tak pernah pergi KLIA2. Meh sini kakak Jue nak cerita.. KLIA2  macam dua bangunan yang ada connection. Bangunan yang pertama korang masuk adalah bangunan yang penuh dengan benda-benda yang nak habiskan duit anda-anda sekalian Contohnya Vincci, Baskin Robin ( dua tempat dalam bangunan yang sama), Victoria Jackson and many more.. Pendek kata dah serupa shopping mall. That means if korang sesaja nak pergi KLIA2 still reasonable sebab macam-macam ada untuk cuci mata.

Trying hard to remember how the old LCCT look like.hahhahaha..Jauh lah beza dengan LCCT kita yang dah dalam kenangan tu. KLIA2 jauhhhh lagi besar gedabak dari LCCT dan jauh lebih selesa.

And the other bangunan barulah Kaunter check in banyak yang buka and selesa cuma kurang kerusi yer area sini. Logic la takde kerusi sebab dia untuk kemudahan orang yang bawak beg-beg besar & troli kehulur hilir..Think positive please..* kenyit mata sikit.

Kat situ ada tempat makan yang kemain perbagai pilihan yer adik-adik sekalian. Meh Jue bagi example Dimsum on the go, McD,KFC, Subway, Marry Brown and many more. Tempat tukar currency pun ada. Dont worry.

Ada satu part boleh tengok kapal terbang take off secara LIVE...Yang ni memang excited bebenor sebab boleh tengok kapal terbang take off and arrived..Seronok.. dari kecik sampai ke besar suka tengok kapal terbang *pehai jakun bebenor?.Cuma dia skali dengan tempat orang smoking...ish ish ish

Sekarang nak cerita pasal dalaman pulak...

As usual, nak masuk kene first check dengan pegawai polis depan pintu masuk..Normal la... Then bila dah masuk, best part Malaysia Passport dah tak yah pergi kaunter. Just pergi ke kat satu mesin color hitam. Berdiri depan mesin tu, letak passport then dia scan jari,passport and muka. Well, so canggih bebeh..

But after you do this part it will be night mare for me. Aku dah mula tak suka KLIA2..tak suka..T-T. Untuk check carry on bag not 1 but 3 kali di tempat yang berbeza. Jue memang selalunya positive thinking * puji diri sendiri lagi...hihi  tapi 3 kali is too much. Why you need 3 times????? rasa 1 kali pon dah cukup if the pegawai kastam yang pertama buat kerja dengan berkesan.. Siapa ada pengalaman ni??Sape sokong komen k...tak sokong pon komen..hihihi...

Dari tempat check bag yang pertama ke kedua, pon jauh. Kene turun escelator.. Pastu jalan lagi..Berganda-ganda jauh berbanding LCCT walaupon dalam bangunan tu sungguh awesome.. Dari segi kecantikan dalaman dan ke-awesome-an memang memang tip top..

Tempat kastam ketiga tu lah baru tak boleh bawak minuman. Kat situ kene bukak segala besi-besi, kunci, laptop, segala beg...everything. Dan sepatutnya dibuat from the beginning.

Dan dari check beg ketiga tu pon jauh nak pergi gate berlepas. That why belum sampai Korea lutut dah nak tercabut.. So kiranya sekiranya korang hanya ada masa 20 minit untuk sampai ke gate berlepas, korang kene berlari selaju mungkin

So i hope , makesure you have extra time if nak terbang oversea. Try to sampai awal dekat gate berlepas. But overall i like KLIA2 but it will cabaran lah sikit pada mak ayah and orang2 berusia.. But no matter what, i always love Malaysia like you do.. Eh tetiba speaking.hahahah... 
Till then, have a good day everyone!!!!

LOVE, JAYJUE


 

Autumn Korea Trip : Namdeamun Gate

Blog Entry yang tertangguh....dan takde gambar....so korang baca jelah eh.hihihihi
**********************************************************************
Assalamualaikum
After berehat dan makan we start our misi kat Korea. First place yang kitaorang pergi Namdeamun Gate. Seriuslly my false sebab tak tengok note betol-betul. Nak pergi tempat lain, pergi tempat lain.. adoyaii... Kesian kak elly terbabit sama..Jeongmal Mianhea!! T-T
Time sesat ni lah ajusshi tolong kitaorang.. Ajusshi lagi.. Takde ke pakwe yang nak tolong? adoyai..Tak baik kau tak bersyukur.hahaha,.Tapi ajusshi & ajumma kat sini memang baik-baik. Sudahnya pakcik ni  bawak kitaorang terus kat gate. Hebat..
  
But yang lagi amazing, ajusshi nie umur 70 tahun..  Terngaga kot  kitaorang.. Bayangkan 70tahun still sihat macam umur 50 tahun.. Jauh beza dengan kitaorang yang baru umur macam ni berjalan jauh tercungap-cungap macam naik gunung.hahaha. ajusshi ni relex jer...deabak!!
I think satu budaya kat korea ni, dia suka bagi barang kat kita tapi dia tak nak terima dari kita. Aku bagi ajusshi ni biskut tanda terima kasih, dia tolak weii.. Biskut sedap tuhhhh...Biskut Chipsmore k.hahaha. anyways, walaupon jauh perjalanan tapi best lah sebab boleh borak-borak dengan ajusshi ni.. Walaupon english sangat lah limited. Tapi dia gelak kat aku bila aku cakap " kamsahamidha ajusshi".. Dia cakap " itu belajar dari drama ke?".. aku ye kan ajelah.. Tapi aku tak pasti polite ke tidak sebenarnya.. Nanti lah aku selidik pasal ni.hihi..
Sampai je kat gate, kebetulan diaorang tengah buat ceremony pertukaraan guide.
Masa pertukaran ni kan, dia macam ada drama. Macam dua group borak pasal something. For sure aku tak faham, ko hingat ada subtitle macam drama ke?hahaha... Tapi faham lah situasi ni..kihkihkih..
Aku rasa orang-orang nie boleh jadi pelakon kot sebab diorang memang menghayati watak.Serius kemain...
Then kebetulan ramai pulak budak sekolah.. So snap lah picture dengan diorang.. lagipun bergambar dengan remaja sekolah kan cabaran Jue di Korea. ingat tak? hahahaha

Kemain diorang seronok dapat ambik gambar dengan aku.. Eh, dia seronok ambik dengan aku or what?

Tapi Jue regret jugak lah sebab tak masuk dalam taman dia. Tak nak bayar punya pasal.hihih..Eh but Namdeamun gate is one of the film location untuk Drama "GOBLIN" weiiii... Jue suka gila cerita ni.. nak2 yang kalau shoot antara Goblin & Grim Reaper. Biasa orang panggil Bromance.kan?hahaha.. Korang tak tengok? pergi tengok sekarang...

So moral from this story, makesure korang masuk dalam taman dia.ok?..

LOVE, JAYJUE




Perkara Penting sebelum Terbang ke Korea :)

Assalamualaikum..
Perrr lama doh tak update. Maaflah laptop Jue ni macam tak kasi update.hahaha (alasan..padahal kau malas kan?kan kan kan).So sempat aku fikir nak masukkan entry apa minggu ni.hihi.. Korea sebuah negara maju. Tapi bagi aku ia sebuah negara yang penuh dengan cinta dengan kasih sayang. Aku lah.. Korang aku tak tahu macamana kan.
Jue baru pergi dua kali ke korea, tapi aku baca banyak gila tentang trip ke Korea. Tapi aku lupa blog mana. Harap halal lah yer..So aku dapat simpulkan kat sini perkara- perkara penting yang korang perlu sediakan/tahu before pergi sana. Harap berguna untuk korang yang akan @ bakal pergi Korea :
1) Passport - Very important.  Pastikan masih valid yer..kang sia-sia jer tak leh terbang.

2) Bagasi - Beli yang jenis light weight. Tapi kalo yang dah ada, guna je lah.Tak payah membazir. Tag jangan lupa k. :)

3) Kasut - Sediakan yang super selesa.. High heel? simpan dalam almari elok-elok

4) Ubat-ubatan - cap kapak/minyak panas/ panadol/pil-pil yang korang memang perlukan/koyok.. Yang lain pandai2 lah korang tambah.hihihi
  
5) Botol air/tisu basah - untuk basuh dot..dot... masa dalam toilet...kat sane dalam toilet tak ada provide pili air cam Malaysia.
6) Baju - kalo pergi sana lama, bawa baju sikit jer. Sebab nanti boleh basuh. Jimat space per.hihi
7) Kecantikan - mesti mau jaga tau.. pastikan ada lipbalm/losyen/pelembap muka dll.
8) Buku catatan & pen - Ikutlah macam Ibnu Batuta. Hebat gitu.
9) Makanan - bawak ikot keperluan sebab kat sana makanan halal susah nak jumpa kecuali kat Itaewon. Plus mahal.huhuhu
Ada pape yang aku tertinggal tak??? Kalau korang rasa perlu tambah, ringan kan tangan untuk comment k. . Tq for reading :)

LOVE, JAYJUE