KOREA TRIP 2017 #3 : DADAEPO BEACH, SONGDO BEACH & TRAIN TO SEOUL PART 1

Assalamualaikum Chingu!!
Sekejap je dah hari ke-3.. I ni jenis payah bangun pagi. So sebab takmau regret later on, so i bangun awal sikit dan menapak pergi Haeundae Beach. I kekonon buat macam local people..pergi beach pakai selipar..Selipar tu pon i guna yang guesthouse punya.hahahaha..

Tak sejuk mana lah basically. I lupa bawa duit masa pergi beach..So tak dapat minum coffee sambil menikmati indah matahari pagi!!!arrggggg

Oh diorang ada brand cafe yang buka 24 hour!!!What a amazing cafe..Dekat Malaysia ada tak???



So calm
Somehow..i feel so sad setiap kali tengok mermaid ni..
Dah puas lepak situ, i pon balik guesthouse. But i sempat singgah satu kedai jual periuk belanga & pinggan mangkuk. And i spot satu bekas ni..damn cute!!!! 
Ini bagi kat my mom, mau dia melompat sampai bulan.hahahah.. tapi mahai jugak lah..
Then i pack my barang-barang, makan nasi with seaweed and ikan bilis.. Masa i nak keluar, my roommate ada dalam bilik. I just wondering, i know Korean people tak mandi for few days but how come dia bole pakai baju sama untuk 3 hari???????how????

Then i just put the locker key dalam box dekat counter then i get out from there. Finally terlepas satu ketidakselesaan. I will tell you later about the guesthouse later on lah eh. So i took subway dan pergi subway station untuk drop my luggage there. Letak dalam locker. I actually dah pergi ke dalam Busan Rail station, tapi end up terpaksa patah balik pergi Busan subway station sebab locker yang besar dah penuh.huhuhuhu

So i tak tahu lah apa i fikir, i pergi tempat yang i tak plan pun nak pergi..I took subway then took bus. Jauh jugak lah kalau naik bus sebab dia serius banyak bus stop.. Ambil masa sejam kot nak sampai Songdo Beach.. I banyak baca blog orang pergi Korea, but not even once i baca orang pergi dekat sini.hahahha

Walk until the end
View From hill nearby
once again, air dia taraf pulau dekat Malaysia

Then i patah balik pergi jalan yang i datang tadi, for sure kene naik bus sebab tempat tu takde subway. I nak naik the same bus, tapi few minit i tunggu bus, ada bus datang tapi bukan number yang sama but i naik jugak tanpa fikir panjang. U know why? sebab bus tu tulis "Dadaepo Beach" dalam tulisan roman.hahaha..So lucky!!! Alhamdulillah!!!

Masa jalan nak ke bus stop, i actually beli hot choco full size dekat mini coffee shop..Murah lah for me 2500won for big size. Dekat beach tu ada je coffee shop yang terkenal but i think having them too mainstream lagi skali.hahahaha. Suhu dah semakin sejuk sebab tu beli hot choco..The think is, i beli sebab nak minum dekar next destination. Tapi kisahnya, air tu dah sejuk & dah nak habis pon bila sampai dekat Dadaepo Beach..Punya lah lama nak ke sampai.ish ish ish

Sepanjang naik bus tu, i sikit pon tak bosan. Sebab the view, surrounding dia tak ada dekat Malaysia. I can see rumah-rumah diorang very closely, bukit-bukit, alley and even diorang punya pelabuhan. Tak payah lah tanya pelabuhan apa kan..Tahu pulak namakan..
Sampai je dekat situ, just nice. Sebab almost sunset!!!!!!! but Masyallah, sejuk mak aiiiii...Calling kaki ambil gambar!!!



Sini memang port ambil gambar sebab berderet photographer dekat sini. Semua masing menggigil wei even Korean pon. So me as Malaysian apatah lagi..Apa ingat Malaysia negara sejuk ke??

Sini actually pantai, tapi sebab terlalu sejuk tak dapat la den nak meneroka pantai nya. Maybe next time...kan kan kan... Take picture cepat-cepat, terus gerak nak balik alasannya sejuk & tak mau terlepas train ke Seoul. 

I tried to run, tapi kaki dah tak mahu bagi kerjasama sebab sejuk terlajak.ahaaa... bila masuk dalam subway area tu, perrrr nikmat betul bila hangat.hahahaha, So i went back to Busan Subway station dan lepak lah dekat terminal area tu.

So i solat dalam bilik nursery i think lepas dekat sejam fikir nak solat dekat mane. Nasib baik ada dekat belakang kedai area menunggu.. Time tu lapar tak payah nak cakap lah. So i pergi bakery paris tu, tapi roti yang i selalu makan takde!!! gosh...Fikir punya fikir, selidik punya selidik...baru teringat ada seaweed dengan serunding dalam beg. So Nasi??? apa lagi pergi convenient store la  and kenyang lah saya..hihihi..mission success.

  TIPS: Kalau pergi Busan, jangan lupa ambik booklet dia, sebab you will guide you mana nak pergi even if tak buat homework from the beginning. You will survive. 

 More struggle happen in next episode..Stay tune!!!

LOVE
JAYJUE_SHI

KOREA TRIP 2017 #1 : HELLO BUSAN PART 3

Sambungan...

After cuci mata dekat beach, then i go to famous Gamcheon Culture Village atas bukit. I follow arahan dalam booklet yang i ambik dekat airport. But u know what, sometime arahannya tak jelas..Kadang-kadang separuh jalan.

After keluar dari subway tu, i macam blur...sebab dia kata just go straight.. then Allah help me.. bila jalan, at one junction, i tengok kanan i saw colorfull houses. So, that the hill yang ada colofull house.
U know what, masa naik subway, i told my self i nak jalan kaki to experience the view..
Almost sunset
 Sampai je situ, this is not right to jalan kaki all the way to atas bukit to see the orang kampung house
No choice.. Kene naik bus mini..Dekat 15 jugak wei nak sampai atas tu..seriously tinggi..Mula2 i dah tersalah bus stop, pastu ajumma tu which is driver bus hon kat i suruh naik sebab dia kata bukan situ village nyer..I sure lah malu, but buat muka setebal kamus..

Luckily tak sejuk mana masa sampai atas tu.. Dah nak senja pun sebenarnya..Once again, calling all the photographer & kaki swa-foto!!!.. view so stunning.. Oh well, gambar i ambik tak semengah mane pun..but i tell you, so pretty..

Night View

Basically, i rasa nak lepak je kat situ..Macam tak puas nak tengok view. Tapi sebab i have another plan, so i should go before it too dark outside. I want to come again in future.  If you come with friend, i suggest you to grab hot coffee and duduk atas bumbung rumah.. Very nice experience and might not dapat pengalaman macam ni dekat Malaysia melainkan bumbung rumah korang sendiri hahaha..

 I seriously nak beli mpas, tapi kedai nya dah tutup.sob sob.. because dekat situ banyak spot yang cantik, free mahu pon berbayar..Dari bawah, i can see satu tempat i think rooftop yang ada gantung-gantung love note. But, sebab i takde maps, so i tak tahu camne nak pergi situ..What a sad Busan story..

TIPS: Must buy Maps. Ramai orang cakap tak perlu beli Maps.. But for me, the maps is a must sebab nanti u sesat dekat situ. Because when i go there, i clearly can see something interesting on top of the hill. Tapi end up tak dapat pergi because tak jumpa jalan.

What next??? to be continue..

LOVE
JAYJUE_SHI


KOREA TRIP 2017 #1 : HELLO BUSAN PART 2

SAMBUNGAN..

After arrived dekat Haeundea Beach, i just berjalan ditepi jalan menikmati angin pantai yang nyaman lagi sejuk..auwww.. tanya ajusshi guide yang ada dekat situ, di tunjukkan ke jalan yang benar... Tapi i ask about subway station sebab guest house tu dekat dengan Hauendea Station.kikikiki saje cari pasal kan..

Bila dah menghala ke station tu, terjumpa pulak Unnie angel baju merah, terus lah tanya mane guest house tu. Nasib baik ada print bahasa korea punya maps..fuhhh.

Ok dia hantar sampai betul2 lorong guest house tu..Kamsahamida unnie.. ketuk pintu terus masuk..bagitahu nama dan dia cari nama, tapi tak jumpa...Opssss!! i got to wrong guest house.hahahaha.. Nama sama tapi lain cawangan.. Nasib baik tak jauh..few minit berjalan jer..

Bila i sampai, pintu guest house tu terbuka & takde orang dekat counter. i masuk jelah.so i tekan lah loceng..ting tong ting tong sebab dia tulis " tekan loceng ini jika perlu bantuan".. pastu i call guna whatsapp call.. tak berangkat.Now start i feel annoy. I whatsapp tapi tak reply..hampir sejam i tunggu, i call lagi then dia angkat.. dia kata takde orang sebab check in jam 3. dia cakap bole tinggal kan beg kat situ.

What the heck...Dah kalau macam tu, lain kali tulis lah " Check in only at 3pm, Person in charge will be back at 3pm".. kan senang..takde lah i tunggu situ, beria tekan loceng....hayoooo


I pun tinggalkan beg dan bawa apa yang perlu dalam back pack..dan pergi membawa diri...............
I actually blur...tak tahu nak pergi mane..hahaha. nasib baik i ambik guide book dekat airport..So i went to APAC House. Naik train seperti arahan dalam buku tersebut. What the heck lagi sekali,,jauhh berjalan huwa......

I basically just berjalan ikot kaki tanpa arah tujuan and tanpa ada orang yang boleh ditanya. ..huk huk huk..sedih tau tak...Allah help me, berjalan tanpa arah tu, tetiba i spot big building yang jadi landmark untuk ke APAC House...Terima Kasih Allah..PadaMu ku berserah...haa gitu

Landmark pergi APAC House.. tapi gambar ini dah menghala turun

Rupanya most of people yang berjalan dekat area situ memang nak pergi APAC house tu.. Untuk bersenam..hahaha.. Jauh jugak la nak menapak sampai APAC house tu.. but the view very nice. bole feel the autumn, sea breeze...FINALLY sampai pon!!!!

View Cantik..i think malam lagi cantik kan..well visit both lah senang cerita

I think, should come waktu siang dan malam..Tapi i pergi siang aje. Tak berani nak pergi malam sebab takut sampuk dek hantu,huhuhuhu. After spend 1 jam dekat situ, snap berbelas-belas gambar...tapi yang betul-betul2 cantik sekeping dua aje..offcoure without me in that picture...

I pusing meja bulat besar ni semata nak cari " Malaysia"..and i did it!!!!!

Pergi ikot lain, balik ikot lain... pergi lalu ikot bawah, bila balik lalu ikot atas.. tempat keluar sama je..After sampai penghujung jalan, i perasan ada sign " Haeundae Beach"..so i think, pergi jelah kang buat nya takde peluang kang satu hal..so i pun pergi lah jalan ke pantai berkenaan. terjumpa seorang cikgu Korea, dia tegur i because actually terjumpa for second time..so kitaorg borak lah sikit..dalam bahasa omputih...i selit ah Korea word sepotong dua..hahaha...cantik cikgu tu, dia tinggal dekat Busan. Dia tanya lepas ni aku nak pergi mane,  i cakap nak pergi Gamcheon Culture Village. Siap dia offer nak hantar sebab masa tu dia dah habis activity dekat pantai..haruslah aku cakap NO sebab i baru nak ronda Haeundae beach. She's so nice..:)

Then aku pon pergi lah menghala ke bahagian tangga kayu i think popular lah kan..pastu once i tengok infomation board...terus cakap
" Ya Allah...stupid-nya lah..Kat sini bersambung dengan way to APAC house tadi"..marah diri sendiri. Rugi duit tambang subway and lenguh berjalan..Cis!!

Basically, u will feel Haeundae beach is ordinary beach until korang pergi dekat bahagian jambatan ni....It have extra ordinary view here....Calling all photographer & kaki swa-photo!!!!!

I think ini satu-satu nya gambar yang i pakai mode landscape
Air dia taraf air pulau dekat Malaysia...But it only usual beach



Tengok lah air dia weii..yang Allah...jernih..Ya Allah cantik ciptaanMU....I'm so speechless.. I before pergi Busan, sebenarnya orang melayu cakap "buat syarat" je ...But after datang sini, i want to come again..Tapi kalau aku pergi lagi ke Korea pada tahun 2018, i memang GILA!!!

I took a ton of photo here. Nanti lah I share ye. Bagi korang rasa macam nak terbang sekarang jugak ke Busan.HAHAHAHA

Then i go to next location..Where????to be continued

TIPS : Kalau plan nak pergi APAC House, better take jalan jambatan persisir pantai ni. It better then take subway. Plus the view more stunning and free of charge :)

LOVE
JAYJUE_SHI

KOREA TRIP 2017 #1 : HELLO BUSAN PART 1

Assalamualaikum...Chingu!!!
Nampak tak excited??? nampak? haaaa.. dah balik dekat 3 minggu dah pun sebenarnya.. tapi banyak busy atas sebab yang tak diduga. Dengan kata lain " Malang takde bau"..kihkihkih

This trip second time pergi secara solo but lama giler kot.. Tapi bila balik Malaysia, still rasa nak pergi lagi.. Kegilaan apakah ini??? I tak pernah pun pergi Busan sebenarnya..Dan this trip teringin nak pergi. So, dream come true..yeay!!!

Because i tak ambik check in luggage, so i gerak pergi KLIA2 jam 10PM naik skybus as usual. Sepatutnya jam 12tengah malam tapi delay ke jam 2 pagi. lebih kurang la. Tapi memang Air Asia dah inform awal-awal pun cakap masa diubah so diorang bagi email untuk choose antara tukar masa/hari or cancel whole trip tand dia masukkan credit dalam loyalty card. Macam tu ah lebih kurang. So i choose tukar hari dengan kata lain i panjangkan lagi..hahahha..But before that actually i already spend RM300 untuk tukar tarikh u know..So i feel little bit unlucky..huhuhu..takde rezeki orang kata..but its ok.. :)

 
I think i terlalu mengantuk that night, i tertido dalam flight sampai tak sedar bila masa kapal terbang berlepas.. terjaga bila pramugari dah start agihkan makanan.ayooo...hahahhaha.. But u know, orang belakang i, Ya Allah  too friendly dengan orang sebelah dia. Die bercakap tak benti..Masyallah...
I already eat before pergi airport so i tak rasa lapar masa terjaga dalam flight. Am i look so much like korean sampai pramugari tu skip give arrival card to me???hahahaha

Nothing much happen in the flight until masa nak landing captain said " suhu sekarang adalah 14 darjah"..pembetulan i dengar salah.. captain actually said " suhu sekarang adalah 4 darjah"..what???
Aku dah cuak wei...baju sejuk tak tebal..plus, belum lagi keluar dari kapal terbang, kulit dah putih-putih mean dry..oh my!!

I feel little macam janggal..hmm.. i cakap dalam hati " oh airport dah lain la"...pastu cakap eh, ini Busan bukan Seoul. After siap check passport segala, terus ah cari tandas.. Tapi tandas dekat busan ada bidet dalam mangkuk tandas. So tak payah bawa air dalam botol untuk cuci kan.easy!

I keluar nak ambil bus, pastu i terfikir why not buat something yang lain sikit. Because i think naik airport bus too mainstream. hahahha So i masuk semula dalam airport pastu pergi dekat information counter. Tanya "local bus ada tak??".. i not expected that dia cakap ada.hahaha..

So i charged my phone little bit, pastu terus pergi dekat convenient store untuk topup t-money 50000won.. I pakai t-money card yang few years ago..still bole guna uolls.hahahaha



Sementara tunggu bus sampai, sempat lagi i pergi jejalan cuci mata tengok daun autumn  dekat seberang jalan... Surprising, tak sejuk sangat..so still relax2, chill-chill macam balik kampung...haa gitu..


Local bus very cheap, but take 1 hour rasanya untuk sampai dekat Haeundae Beach. But the view along the way is Billion Korean Won.. nak cakap sangat berharga la citenya ni. Seriously cantik..i tak pernah tengok this kind of view..Try it by your self.. success!!

I do took video, tapi not yet sempat nak edit or potong mane yang patut.. Later will do Insyallah :)



After ride the bus, turun betul-betul dekat Haeundea Beach, kisahnya jauh pulak nak kene berjalan pergi guest house. Salah bus stop sebenarnya. krik krik krik... it bothersome sebab beg i berat.huhuhu..

Ok will continue later at Part 2.. stay tune eh.....


Tips: If you plan nak beli jajan or anything dekat dalam terminal berlepas, just double check dengan airport staff if your gate ada convenient store ke tak. If takde, u need to buy anything you want before proceed untuk check passport. If ada sekali pon, kedai might close at 11pm. So in my case, i got nothing inside the terminal. My gate L22. 



LOVE
JAYJUE_SHI

KOREA AUTUMN/WINTER TRIP 2017: ALL ABOUT BEFORE TAKE OFF (PREPARATION)

Salam, anyeong Chingu!!!
It almost time to take off..yeay!!!!!!! I'm soooooo excited!!!!.errr not almost sangat lah basically. I still have a month..but i just don't care... I so excited!!!.. Last trip happened in 2014... Reason kenapa tak pergi trip after that adalah sebab focus on study..Even end up the result still not sooo good..suam suam kuku*krik krik krik but still bersyukur sebab masih berjaya habis dengan jayanya..yeayy!! *lagi sekali.

My passport already tamat tempoh..But at least i tidak kene blacklist untuk terbang oversea sebab tak bayar PTPTN. hahaha.. chop chop i dah bayar almost half ehhhh...


This is the longest Korea trip for me and i think might be little relax sebab i can take time for each places. Cuma in terms of money, it a bit bothersome....I think i had save enough money, tapi end up tak cukup because i have done STUPID thing......Not 1, but 2 stupid thing...*sign  Terbang RM500 

I tak beli check in luggage dari KUL-PUS and i need to use all my packing skill untuk make sure tak lebih 7KG.. #adaskillke #areyouhavethatskill hahahah

So this only thing i can bring with me...ermmmm so challenging ohhhh 

TOILETRIES & MAKEUP THING 


CLOTHING
Macam tidak logik jer maju banyak ni kan? actually memang ada niat nak beli baju dekat sana.kikiki

ELECTRONIC 
To be update..


FOOD

EXTRA


I had to pack little bit early sebab two weeks before fly to Korea, my company bawa pergi trip to Kota Kinabalu. So i t will so rushing because i mostly pergi site dekat luar Kuala Lumpur.

So chingu sekalian.... If you want to have journey with me yang hot from oven, please go to my Instagram Jayjue_shi. I will post current trip, video and pictures there..Dekat blog ni, maybe sebulan kemudian baru dapat nak update..itu pon kalau sebulan..Silap-silap setahun kemudian kuang kuang kuang..

But If i not approve your friend request, please DM me ye sebab kadang2 kita takut nak accept friends.hahahaha ciss macam lah retis kan

Anyway.. stay tune with me untuk update seterusnya..yeay!!!!!...


LOVE,
Jayjue_shi

HALAL KOREA : CAFFE BENE

Salam, Anyeong Chingu!!!
Kita kan bila before pergi Korea kan, mesti dah plan nak makan itu, nak makan ini.. But when arrived there, semua pun rasa nak makan tapi satu pun tak dibelinya.huhuhu

Why??????? Because kind of was-was gitu. Plus, dont know how to ask the seller if diorang ada guna daging ke? pork ke? alcohol ke?.. Dulu i so jealous dengan orang yang pergi Korea lepas tu diorang makan odeng..OMG... I seriuslly terliuq bak hang. But i dont have enough courage to eat sebab kes was-was tu lah. * sign  eh tapi sebab budget pon ye jugak sebenarnya hihihii

As i know, dekat Myeongdong pon ada je yang letak tanda halal but them might don't know what actually Halal is. Perrr sister is speaking London ...Because of that kene hati-hati before beli food there. Kang ada yang jumpa tanda halal dekat pork apa ke hal nyer yop...hahahha

But at least dah ada yang confirm dapat halal certificate kan. Caffe Bene dah ada halal  and boleh pergi makan tanpa rasa ragu.. hmmm i plan to eat bingsu.nyam nyam..#kalau murah lahhh ehh




Menggoda betul aihhh.. CAFFE BENE KOREA

Diorang dapat halal from JAKIM.. So tak was-was lagi kan nak makan. Well cerita halal  Caffe Bene ni maybe dah basi pun.i memang sokmo tertinggal kereta api.hahaha But mane lah tahu kot-kot ada yang first time nak pergi and tak tahu nak makan bingsu kat mane.kan kan kan 

HAPPY TRAVEL, HAPPY TUMMY !!!!!!! :)

LOVE,
JAYJUE_SHI

LUGGAGE OVER WEIGHT???

Assalamualaikum Chingu!!!

Pernah tak korang kalau naik flight, eh eh bila nak check in luggage tetiba over weight?? Jue pernah kene.... 2 kali.ahahaha.. Padahalnya, dari TG-KL je pun. Tapi beria sampai over weight. Hampeh.hahahah..Itu domestic, belum oversea lagi.kikiki. Tau tak kenapa over weight? Jue pergi sumbat kopok lekor 10 bungkus dalam beg.hahahahaha

Berat memang tak yah nak cakap ler. Serik pun ada jugak rasanya bawak kopok lekor tapi tulah kan, kopok lekor tu sedap sampai cannot say NO.hahaha.. mesti mau bawak balik KL punya. Nak order ke? PM tepi.hahahah

So korang jangan lah jadi macam ni. sebab aritu nak tambah weight pun AA charge RM60... nak menangis mendengor nya. Sebab tu kalau travel ni kadang-kadang perlu ada tools untuk selamatkan duit korang. So Jue pon terpaksa beli jugak la penimbang hahaha..kopok punya pasal.hahaha

Ni kalau korang nak jugak, korang boleh pergi dekat instagram
JTravel.buddy
Sini ada jual weight scale yang stylo. confirm korang dah tak susah hati lagi kalau nak check in luggage. Happy traveling !!!!

LOVE, JAYJUE





JAYJUE TREASURE BOX & BUYING SERVICE

Assalamualaikum & salam sejahtera..Chingu!!!
Ini Jue nak habaq kat hangpa semua.. Kalau korang nak topup korean skin care, nak beli barang2 korea yang memang korang idam-idamkan seabad yang lalu..Nak beli dekat Malaysia mahal or online price markup banyak sangat. or dekat Malaysia takde jual...haaaaaa...ini peluang untuk chingu semua dapat murah...yahoooo!!!! Nak barang Kpop ke, makeup ke, baju sejuk ke..ape-ape je.. Cosmetic biasanya ada diskaun tau. murah gila dari Malaysia.

Pastu yang Jayjue Treasure Box tu pulak sesuai kalau nak rasa macam dapat hadiah...Kejutan!!!
Korang boleh pilih:

Box 1 : Food only ( 5 different korean halal snack)
Box 2 : Skin Care + Food + samples
Box 3 : Skin Care + Makeup + Food + samples
Box 4 : Skin care + Makeup + Food + Kpop/Merchandise items + samples
Custom Made Box : you list down 6 category & Jue Choose  4 category from the list

Harga untuk setiap box adalah berbeza dan include shipping. tapi korang jangan risau la.murah je.. Plus confirm berbaloi2 punya.. You can count on me.

Lagi satu, semua box  & buying service akan dapat free gift dari Jue sendiri..awwwww...so awesome kan?? kan? kan?


If berminat boleh email Jue 
thefunnjoy@gmail,com
TAJUK : JAYJUE TREASURE BOX @ BUYING SERVICE
Sebab takut tak perasan

Till then, waiting for your email

LOVE, JAYJUE

PLACE OF INTEREST FOR AUTUMN TRIP 2017 : SEOUL CAFE & RESTAURANT

Assalamualaikum..Chingu!!!!!
Jue dah mula buat list tempat2 yang Jue nak pergi for this up coming trip. Korang nak follow Jue?, dipersilakan.. sempat lagi nak beli tiket..hihihihi..Tapi rasanya maybe nak pergi tempat yang tidak pernah pergi sebelum ini..Sebab tak kan 3 kali trip, 3 kali nak tengok benda yang same ye dok???.. kita kasi kelainan sikit ahhh....tak gitu???

Related image
Skinfood Cafe 
12-37 Apgujeong-ro, Sinsa-dong, Gangnam-gu, Seoul
Concept Store, 1F (2F in Korean)
11AM - 10PM
Sinsa (line 3/orange)
Picture by Soko Glam
Address by He Owes Me a Coffee


Cat Playground Cafe
3F, 37- 14, Myeongdong 8-gil, Jungu-gu, Seoul, 
South Korea
Picture by flfiona.com
Address by Tripzilla.com 

Photo of Seoul National University Vegan Buffet   by <a href="/members/profile/ItalianChick">ItalianChick</a> <br/>buffet snu <br/> January 19, 2016  - <a href='/contact/abuse/image/68241/133060'>Report</a>
Seoul National University, Vegan Buffet
Get off at Seoul National University station exit 3, take bus 5513 to Law Department stop, 
walk up the small hill from bus stop, and the cafe is there.
Open Mon- Fri 11.30 AM - 1.30PM
Address & Picture by www.happycow.net


Busan Jib
Myeongdong Station Exit 6 & 7, go straight until jumpa Frisbee. 
Kedai makan terletak di lorong just before Frisbee.
Address & Picture by www.omaralattas.com 


DSC_0108
The Blue Bread Cafe
Sinchon Station, Exit 8, Walk straight out of the station. Turn Left at Nonghyup Bank,
Caffe Bene will be across the street. Walk straight past a huge church and the bread Blue will be on the corner., Across from Sweet Roll Cafe
Picture & Direction by sokoreazy.com

Maybe tak dapat lah nak pergi semua cafe ni, sebab mahal kot nak makan. But Jue akan cuba lah kan. Sebab ini baru cafe, belum lagi street food.hahaha . Mau habis RM1000.00 kalau semua nak dimakan. Matilah nakkk...hahaha.

Kalau chingu ada nak suggest cafe or restaurant or ada pengalaman cafe di Seoul, please share your idea here...free of charge. hahaha..till then, bye bye

LOVE, JAYJUE




Ad-Hoc Trip????

Assalamualaikum!!!!
Jue dah terbeli tiket weiiiii...OMG
I'm not that happy masa beli tiket tu..Tapi Jue cipta banyak alasan untuk tidak rasa bersalah..huhuhuhu..ampunkan daku..
As usual la sesorang...so anyone want to travel with me?hahahaa

But anyway. I will fly to Busan and comeback via Incheon..Tapi tak tahu nak pergi tengok apa...boleh tak camtu?? hahaha

Later we talk long-long ye..see you again soon...

LOVE, JAYJUE

TRIP TO JEJU

ASSALAMUALAIKUM

PENGUMUMAN!!!!! Ada tak anybody nak ikot Jue pergi JEJU ISLAND????
I want to go tapi takde geng. Sebab my friend semua tak mahu pergi sebab mahal katanya.
But must be someone yang :
1. Tak kisah berjalan jauh
2. Know how to enjoy the journey
3. easy going and tak banyak kerenah sebab trip budget la katakan.hihihi

Travel date in Sept @ Oct  @ Dec 2017. Depends on flight yang paling murah. hahaha
Ad-hoc plan. 

Jika ada yang berminat nak ikot, boleh email Jue as below

thefunnjoy@gmail.com 

Before 19 March sebab ini last date promo flight Air Asia. 

LOVE, JAYJUE

KLIA2, FROM MY EYES

Assalamualaikum
Yeay seronok tau dapat airport baru..yang canggih manggih... Selesa dari segi kemudahannya..luas dan serba baru..Of course lah airport baru..Untuk mereka yang masih belum pernah ada pengalaman pergi KLIA2. Yang dah pernah pergi, boleh komen info2 yang tertinggal. 

Mungkin ada yang tak pernah pergi KLIA2. Meh sini kakak Jue nak cerita.. KLIA2  macam dua bangunan yang ada connection. Bangunan yang pertama korang masuk adalah bangunan yang penuh dengan benda-benda yang nak habiskan duit anda-anda sekalian Contohnya Vincci, Baskin Robin ( dua tempat dalam bangunan yang sama), Victoria Jackson and many more.. Pendek kata dah serupa shopping mall. That means if korang sesaja nak pergi KLIA2 still reasonable sebab macam-macam ada untuk cuci mata.

Trying hard to remember how the old LCCT look like.hahhahaha..Jauh lah beza dengan LCCT kita yang dah dalam kenangan tu. KLIA2 jauhhhh lagi besar gedabak dari LCCT dan jauh lebih selesa.

And the other bangunan barulah Kaunter check in banyak yang buka and selesa cuma kurang kerusi yer area sini. Logic la takde kerusi sebab dia untuk kemudahan orang yang bawak beg-beg besar & troli kehulur hilir..Think positive please..* kenyit mata sikit.

Kat situ ada tempat makan yang kemain perbagai pilihan yer adik-adik sekalian. Meh Jue bagi example Dimsum on the go, McD,KFC, Subway, Marry Brown and many more. Tempat tukar currency pun ada. Dont worry.

Ada satu part boleh tengok kapal terbang take off secara LIVE...Yang ni memang excited bebenor sebab boleh tengok kapal terbang take off and arrived..Seronok.. dari kecik sampai ke besar suka tengok kapal terbang *pehai jakun bebenor?.Cuma dia skali dengan tempat orang smoking...ish ish ish

Sekarang nak cerita pasal dalaman pulak...

As usual, nak masuk kene first check dengan pegawai polis depan pintu masuk..Normal la... Then bila dah masuk, best part Malaysia Passport dah tak yah pergi kaunter. Just pergi ke kat satu mesin color hitam. Berdiri depan mesin tu, letak passport then dia scan jari,passport and muka. Well, so canggih bebeh..

But after you do this part it will be night mare for me. Aku dah mula tak suka KLIA2..tak suka..T-T. Untuk check carry on bag not 1 but 3 kali di tempat yang berbeza. Jue memang selalunya positive thinking * puji diri sendiri lagi...hihi  tapi 3 kali is too much. Why you need 3 times????? rasa 1 kali pon dah cukup if the pegawai kastam yang pertama buat kerja dengan berkesan.. Siapa ada pengalaman ni??Sape sokong komen k...tak sokong pon komen..hihihi...

Dari tempat check bag yang pertama ke kedua, pon jauh. Kene turun escelator.. Pastu jalan lagi..Berganda-ganda jauh berbanding LCCT walaupon dalam bangunan tu sungguh awesome.. Dari segi kecantikan dalaman dan ke-awesome-an memang memang tip top..

Tempat kastam ketiga tu lah baru tak boleh bawak minuman. Kat situ kene bukak segala besi-besi, kunci, laptop, segala beg...everything. Dan sepatutnya dibuat from the beginning.

Dan dari check beg ketiga tu pon jauh nak pergi gate berlepas. That why belum sampai Korea lutut dah nak tercabut.. So kiranya sekiranya korang hanya ada masa 20 minit untuk sampai ke gate berlepas, korang kene berlari selaju mungkin

So i hope , makesure you have extra time if nak terbang oversea. Try to sampai awal dekat gate berlepas. But overall i like KLIA2 but it will cabaran lah sikit pada mak ayah and orang2 berusia.. But no matter what, i always love Malaysia like you do.. Eh tetiba speaking.hahahah... 
Till then, have a good day everyone!!!!

LOVE, JAYJUE


 

Autumn Korea Trip : Namdeamun Gate

Blog Entry yang tertangguh....dan takde gambar....so korang baca jelah eh.hihihihi
**********************************************************************
Assalamualaikum
After berehat dan makan we start our misi kat Korea. First place yang kitaorang pergi Namdeamun Gate. Seriuslly my false sebab tak tengok note betol-betul. Nak pergi tempat lain, pergi tempat lain.. adoyaii... Kesian kak elly terbabit sama..Jeongmal Mianhea!! T-T
Time sesat ni lah ajusshi tolong kitaorang.. Ajusshi lagi.. Takde ke pakwe yang nak tolong? adoyai..Tak baik kau tak bersyukur.hahaha,.Tapi ajusshi & ajumma kat sini memang baik-baik. Sudahnya pakcik ni  bawak kitaorang terus kat gate. Hebat..
  
But yang lagi amazing, ajusshi nie umur 70 tahun..  Terngaga kot  kitaorang.. Bayangkan 70tahun still sihat macam umur 50 tahun.. Jauh beza dengan kitaorang yang baru umur macam ni berjalan jauh tercungap-cungap macam naik gunung.hahaha. ajusshi ni relex jer...deabak!!
I think satu budaya kat korea ni, dia suka bagi barang kat kita tapi dia tak nak terima dari kita. Aku bagi ajusshi ni biskut tanda terima kasih, dia tolak weii.. Biskut sedap tuhhhh...Biskut Chipsmore k.hahaha. anyways, walaupon jauh perjalanan tapi best lah sebab boleh borak-borak dengan ajusshi ni.. Walaupon english sangat lah limited. Tapi dia gelak kat aku bila aku cakap " kamsahamidha ajusshi".. Dia cakap " itu belajar dari drama ke?".. aku ye kan ajelah.. Tapi aku tak pasti polite ke tidak sebenarnya.. Nanti lah aku selidik pasal ni.hihi..
Sampai je kat gate, kebetulan diaorang tengah buat ceremony pertukaraan guide.
Masa pertukaran ni kan, dia macam ada drama. Macam dua group borak pasal something. For sure aku tak faham, ko hingat ada subtitle macam drama ke?hahaha... Tapi faham lah situasi ni..kihkihkih..
Aku rasa orang-orang nie boleh jadi pelakon kot sebab diorang memang menghayati watak.Serius kemain...
Then kebetulan ramai pulak budak sekolah.. So snap lah picture dengan diorang.. lagipun bergambar dengan remaja sekolah kan cabaran Jue di Korea. ingat tak? hahahaha

Kemain diorang seronok dapat ambik gambar dengan aku.. Eh, dia seronok ambik dengan aku or what?

Tapi Jue regret jugak lah sebab tak masuk dalam taman dia. Tak nak bayar punya pasal.hihih..Eh but Namdeamun gate is one of the film location untuk Drama "GOBLIN" weiiii... Jue suka gila cerita ni.. nak2 yang kalau shoot antara Goblin & Grim Reaper. Biasa orang panggil Bromance.kan?hahaha.. Korang tak tengok? pergi tengok sekarang...

So moral from this story, makesure korang masuk dalam taman dia.ok?..

LOVE, JAYJUE




Perkara Penting sebelum Terbang ke Korea :)

Assalamualaikum..
Perrr lama doh tak update. Maaflah laptop Jue ni macam tak kasi update.hahaha (alasan..padahal kau malas kan?kan kan kan).So sempat aku fikir nak masukkan entry apa minggu ni.hihi.. Korea sebuah negara maju. Tapi bagi aku ia sebuah negara yang penuh dengan cinta dengan kasih sayang. Aku lah.. Korang aku tak tahu macamana kan.
Jue baru pergi dua kali ke korea, tapi aku baca banyak gila tentang trip ke Korea. Tapi aku lupa blog mana. Harap halal lah yer..So aku dapat simpulkan kat sini perkara- perkara penting yang korang perlu sediakan/tahu before pergi sana. Harap berguna untuk korang yang akan @ bakal pergi Korea :
1) Passport - Very important.  Pastikan masih valid yer..kang sia-sia jer tak leh terbang.

2) Bagasi - Beli yang jenis light weight. Tapi kalo yang dah ada, guna je lah.Tak payah membazir. Tag jangan lupa k. :)

3) Kasut - Sediakan yang super selesa.. High heel? simpan dalam almari elok-elok

4) Ubat-ubatan - cap kapak/minyak panas/ panadol/pil-pil yang korang memang perlukan/koyok.. Yang lain pandai2 lah korang tambah.hihihi
  
5) Botol air/tisu basah - untuk basuh dot..dot... masa dalam toilet...kat sane dalam toilet tak ada provide pili air cam Malaysia.
6) Baju - kalo pergi sana lama, bawa baju sikit jer. Sebab nanti boleh basuh. Jimat space per.hihi
7) Kecantikan - mesti mau jaga tau.. pastikan ada lipbalm/losyen/pelembap muka dll.
8) Buku catatan & pen - Ikutlah macam Ibnu Batuta. Hebat gitu.
9) Makanan - bawak ikot keperluan sebab kat sana makanan halal susah nak jumpa kecuali kat Itaewon. Plus mahal.huhuhu
Ada pape yang aku tertinggal tak??? Kalau korang rasa perlu tambah, ringan kan tangan untuk comment k. . Tq for reading :)

LOVE, JAYJUE