Assalamualaikum.
Oppa Ganggam Style..But sorry, this time Oh Mama Tengganu Style. Baru rare!!! Rindu giler nak makan sotong singgang. Kalau kat kampung takleh nak main ratah wei sebab family Amanda besar. Limit sorang dua ekor jer.hihi..
Haritu balik kampung nak raya nampak kuah jer..uhuk..sedih giler..tapi nak minta mak buat memang takde nak layan la sebab sibuk nak buat tapai.. I kan anak mithali. Boleh la sesekali masuk bakul lambung sendiri.hihi..
Bahan-bahan:
Sotong - 5 ekor (dipotong)
Air - 2 cawan
Serai - 2 batang(diketuk)
Garam - secukup rasa
Bahan untuk dimayang:
Bawang merah - 4 ulas
Halia - 1 inci
Bawang putih - 4-5 ulas
Cara - cara nya :
Masukkan air dalam periuk dan semua bahan kecuali sotong. Masukkan sotong bila air dah mendidih dengan rancak-nya. Than masukkan garam secukup rasa. Kuah singgang ni should be macam masam-masam sikit.Then siap. Boleh la makan dengan nasi.
Tips : kalau masak makanan laut, jangan masak terlalu lama sebab nanti makanan laut keras and terlampau pengecut. So kurang fresh gitu.hihi
Terengganu Di Hatiku Selalu.Then selamat mencuba. :)
With Love
Amanda Musa