Beauty Talk : Do you need Multivitamin + Mineral???

Assalamualaikum...
Tetiba rasa bertimpa-timpa pulak beauty talk kat blog nie kan.. Kan i dah cakap, i ada BORONG beauty staff last 2-3 weeks.. So banyak lah yang nak cerita, share and kongsi pendapat. Orang ada blog nie memang macam ni. Ada jer benda nak share kan.hikhikhikhik..
 
My topic for this entry " Your Health, Your Priority".. uuuhhhhh.. Macam pakar kesihatan gitu.ahak. Tak tahu lah sejak bila, tapi tetiba rasa concern gila dengan my health lately. Dah pandai fikir pasal collagen , kedutan, biotin, dry skin dan segala mak nenek cucu cicit i concern. * faktor peningkatan usia kot.
 
Shhhhh...Dalam nie ada harta persendirian...
Because of ter-concern, so i decide nak beli multivitamin and mineral. For sure tak cukup zat sebab breakfast pukul 12 package dengan lunch. Bukan kedekut, jimat..hihi..Dinner pon tengok keadaan. Kadang-kadang skip, nak diet kata-ku. Pastu tengah-tengah malam jadi tikus sebab masuk dapur cari meggi..Eeewwwww..really bad habit!
 
So nak beli semua yang suitable for my health takde nak mampu oii.. So untuk first try i beli  Blackmores Multivitamin & mineral. For sure dari Hishop. Lagi pon HiShop selalu ada diskaun. Boleh jimat banyak.. Let's take some tour about this product :
  
Please ignore the background yang pecah rumah etiwwww
 

The nutrisi yang ada dalam setiap tablet. tak nampak? buat2 nampak je ler.hihi. Just tinggal bekalan seminggu jer lagi..

What I can say? Because of the labels, i percaya dia bagi cukup khasiat for my daily vitamin and mineral. Yang paling penting dia ade biotin yang sangat diperlukan oleh rambut. Actually, hasil pemerhatian saya seperti berikut :

 1)  Dapat rasa my dandruff getting less then usual. *kantoii
 2) But for rambut gugur, not yet can see the result. I hope next bottle rambut gugur berkurang.     Nobody suka rambut gugur kan?
3) My dry skin getting less than usual. If keep guna this vitamin, i think tanda kulit kering tu boleh remove from my life..awesome!
 
Beli bekas Monday to Saturday bagai. Tips untuk tak miss makan vitamin.hihi
 
One more thing, walaupon pill nie besarnya sangat gedabak * i mean very big  tapi really easy untuk telan. Takde tanda-tanda korang bakal tercekik.. Sebab shape of this pil, leper dan bukan bulat. Re-purchase? Yes until  i found the better one.hihi..

If korang jenis yang makan cukup nutrisi, toksah la rajin bebenor nak telan multivitamin. Take this supplement just incase tak cukup nutrisi macam saya. Lagipon Aamir Khan tak ambik sebarang pill pon, tapi tetap hansem. Dia cakap " saya amalkan cara hidup sihat".. Tapi haku nie tang mana cara hidup sihat pon tak tahulah..huhu
 
Overall comment for this product : Highly recommended

Sign up :HiShop get your own voucher and diskaun bebeh! +HiShop MY 
Facebook :  HiShop  get latest news!
 
 
That all for today. Ada product lagi kita talk-talk lagi.  Don't forget to like, share and follow my blog if you think my writing idea is usefull for you. Till Then, have a nice day!!!
 
 


Beauty Talk: For silky touch!..Katanya...

Assalamualaikum!!!
Makin lama, makin slow plak ber-blog. Sorry guys.. I need more topic and new ideas..Auww..Omputih sangat.. Anyway before it too late *walaupun memang late pon nak wish tahniah untuk cute blogger our Yuyu Zulaikha dah selamat jadi permaisuri. Yuyu, i will follow you soon. In- Sha Allah...kihkihkih..
 
Refer to previous weeks, i actually borong barang kecantikan..Haruslah nak cantik. So ini bukan lah review rasanya. But just Beauty Talk.. I did purchased compact powder. Sebab yang beli kat Korea tu finally dah habis tak tinggal kesan... I suka bedak tu sebab boleh feeling-feeling princess uolls..hihi.. Let's talk about my new compact powder baby...!
 
Come with box and suitable for gift :)
 
 
 
Details product. I use Honey No. 9.. For tan skin like me!
 
 
please ignore the background yer girlsss sekalian..hihi
 
I choose Farmasi Brand. tak tahu pon brand nie ok ke tak dengan kata lain " rembat jer". But bila i use this, i feel good. Dia punyer tekstur bedak rasa halus je kat muka. Bau dia, just nice. I don't think ada bau chemical.
 
Come with mirror...Kalau Horror Mirror, cermin berhantu..
 
But what i don't love about this product adalah span dia tu nipis bebenor. I think, bedak tak sempat habis span dah masuk tempat recycle.. saya ganas orang nyer.hikhikhik.. Packaging, i think it nice. Hitam itu menawan.kan kan kan.. Mula-mula i nak pilih Stage, tapi warna yang sesuai dah sold out. yang tinggal cuma yang mahal.huhu..So i just choose Farmasi dan harga dia only RM 32. Murah dan berbaloii!
 
Antara brand yang ada kat HiShop Farmasi, Stage, B.Liv dan macam-macam ada!!!
 
Cuma i don't like the delivery time. Slow. I ni Ratu Online Shopping *peh masuk bakul angkat sendiri plak. I Usually order my jewelry items from China. Order hari Khamis, hari Isnin dah sampai. So fast kan? So i hope this company boleh percepatkan proses penghantaran.
 
So if interested nak try, boleh terus click HiShop. I personally suka Hishop sebab dia selalu bagi voucher and diskaun . I hope Hishop boleh bagi lagi banyakkk voucher..Hmmmm..bestnya...
 
Overall Comment for this product : Highly recommended
 
Ok, our beauty talk stop disini dulu k..Next time, kita talk-talk lagi k...tata :)
 
 

Kun-Fayakun

Assalamualaikum...
Sekarang tengah hangat pasal Flight MAS yang hilang. Hari yang aku tulis nie dah masuk hari ketiga pesawat nie hilang. I do check dekat youtube how actually this flight tiba-tiba lost dari screen kawalan udara. I just shock!!!
 
It was not edited. It Shown how the flight missing secara tiba-tiba. I think yang dah beli tiket fikir 1000X nak pergi Korea kan? I will tell you something yang i never story before this. My journey to Korea actually sedikit ngeri. But alhamdulillah umur masih panjang.
 
Bila MAS nie hilangkan, rasa cam menyesal tengok "flight crash investigation" dekat youtube and " Non Stop" movie . Bus yang jatuh di Genting Highland memang ngeri. Tapi flight crash 100X ngeri. Minta jauh.. But MAS nie takde diumumkan meletup or seumpamanya..
Masa i pergi Korea, alhamdullah takde masalah. But masa nak balik Malaysia that have tregedi walaupon hanya 1 saat.
 
My flight masa on the way pulang Malaysia, i think dia langgar awan tebal. Bila awan dah takde, flight tu macam jatuh tau. Jatuh macam terhempap. Beg sandang aku yang atas riba, tercampak kat lantai. Situasi serius panik. Satu flight tu menjerit ** for sure orang yang menjerit tu termasuk dengan aku. Aku cam blur.. What happend tadi??  Aku benci pakcik pilot tu, sebab dia cakap " sorry we have miscommunication  with trafic control"....uuuuuuuuuuuu..Aku rasa cam nak menangis masa tu! silap komunikasi boleh buat beratus orang maut..Araso!! * sorry ter-emo..
 
Korang jangan salah faham . Aku cerita ni, bukan nak takutkan korang semua, not even once. Kemana sahaja korang pergi, risiko sentiasa ada. Cuma yang membezakannya adalah berapa besar risiko tu. Sebab tu, penting jika nak berjalan jauh berdoa sebelum berangkat.
 
Jika travel berkumpulan mahupon bersendirian, perlu jaga tingkah laku. Dengan kata lain, jangan memandai-mandai kat dalam kapal terbang. Crew cakap A, mesti buat A...Crew kata B, mesti buat B. Everything yang diorang suruh dan larang tu ada sebab-sebab yang kukuh. Sebab flight procedure bukan macam bus express. For example, bila dia cakap " para penumpang dikehendaki memakai tali pinggang keledar kerana kita akan melanggar awan tebal ".. If korang tak pakai , korang boleh tercampak ke lantai. kalau korang lagi bernasib baik, boleh melambung sampai ke bumbung. Masa kejadian 1 saat tu, aku boleh rasa melambung even dah pakai tali pinggang..
 
Masa travel, tak kira lah pergi mana pon jangan lupa baca doa. Tak hafal yang panjang, baca yang pendek. Masa pergi hari tu, setiap kali on the way nak masuk pesawat aku akan baca " bismillah-hi-tawakal tu ala-Allah" dan " Ya Allah, Selamatkan perjalanan ku".. Ajal maut, ditangan Allah. Apa yang kita mampu adalah berdoa. If korang pergi melancong, jangan lupa tinggalkan salinan passport, salinan tempat tinggal & phone number di tempat bercuti pada kelurga dan teman yang tak join pergi travel. Serta jika perlu, maklumkan pada kedutaan Malaysia di negara yang korang pergi tuh.This thing penting,sebab apa-apa jadi senang orang nak cari korang. Masa aku nak pergi Korea, kan time tu ada ura-ura Korea Utara nak serang Korea Selatan. Aku direct contact kedutaan kat sana * email jer for sure.. Masa tuh dia cakap, dia tak suggest untuk datang sebab takut perang meletus. Aku sedih wooo sebab kalau tak pergi, duit aku dah seribu melayang...Alhamdulillah, everthing good even dah balik sini.
 
But berbalik pada cerita MAS ni, aku takde idea camne boleh missing. Even kene inject pon boleh hilang eh? Biasanya, kalau orang rampas kapal terbang diorang nak minta tebusan kan? Tapi setakat ni, takde pulak dengar minta wang tebusan kan? Ya Allah.. Moga mereka selamat mendarat dan kotak hitam akan ceritakan apa yang terjadi dalam kapal terbang tu.
 
Kuasa Allah takde siapa yang boleh halang.. Kun Fayakun.. Dari Dia kita datang, Kepada Dia kita kembali..Semoga Allah selamatkan mereka semua. Amin....