How
to go to Boarding Area???
Part
ni bagi aku mencabar sikit. Sebab Incheon ni luas, siap kene naik train
untuk sampai kat Boarding area. Selepas korang dah check-in luggage, korang
boleh pergi melilau buat kali terakhir lawatan ke Korea kali ni or terus pergi
boarding area. Bergantung pada masa yer!
Untuk
ke boading area, korang kene lalu security screening satu level dengan
tempat korang check-in luggage. Security screening Korea sangat details.
Siap kene bukak jacket.Bag pack yang aku bawak untuk masuk cabin pun dia
check satu persatu.
1)
Security Screening
Amanda suggest, security screening 2 jam awal sekiranya korang travel in group.
Dari luar tak boleh nampak tau, sebab ada pintu kecik . Satu level dengan check-in counter.
Dia
selongkar and bawa keluar semua isi bag aku tuh..Pastu nasib baik dia tak sepah-sepahkan, tapi aku jugak nak kene susun dalam bag seperti asal.. Dan
Air yang aku bawa dalam bekas " wanna be sweet? play Etude tu" dia
TUANG!!..huwaaaaa!. Moralnya jangan bawa air... Kalau korang tak
bernasib baik, dengan bekas air skali dia buang..Lagi sedih kalau bekas yang dia
buang tu jenama Tupperware..menangis! So, just beli kat boarding area or just
isi semula bekas air korang dekat free flow water yang disediakan.ok??? Click Here : Details on Security Screening
If
you girls/women muslimah, masa tu pakai jacket/sweater/coat then sebelah dalam
korang pakai short sleeve. Masa tu aku cakap "I am Muslim and i wear
short sleeve shirt inside" atau perkataan seangkatan dengan nya. So
dia tak kan paksa korang buka jacket. Then pegawai perempuan akan check kat badan
korang ada ape. Kot-kot ada senjata ke kan. Pegawai lelaki akan check untuk
passanger lelaki.Lepas
tu barulah korang pergi dekat immigration.
2)
Departure Immigration
Kat
sini dia akan dia akan check passport, and tak silap snap picture pun ada
skali. Just prepare valid passport and boarding pass. Ada sesetengah
orang, dia suka bawa semua passport yang dia ada walaupun dah tarikh
luput.huhuh..Will call it habit.hihi..Sebab aku pon, mungkin buat macam tu
jugak.hahahha..takut silap ambik passport.gerrrrrrr... Click Here: Details on Departure Immigration
3)
Take the train ( please refer to your departure gate)
Kebanyakkan
blog yang aku baca tentang trip ke Korea, semuanya akan naik train untuk ke
boarding area. Tapi korang kene confirm dulu dengan customer service, sama
ada korang perlu naik train or tidak. Sebab hari tu aku ada nampak ada
jugak yang tak perlu naik train. Mungkin depends pada destination or flight ape
yang korang naik. Just double confirm k.
After
that, tengok signboard mengikut gates yang ada pada boarding pass. Aku pergi
kearah sini sebab gates aku kan no 112.hihi..
Sila
la guna lantai bergerak. Tak perlu nak rajin sangat jalan kaki sebab jauh jugak
nak ke train tu. Melainkan korang nak cuci mata and clean-up korang punya
poket. Aku direct ke train sebab tak mampu nak tengok barang-barang lawa and
harga " murah" sesangat tuh.
Lepas
tu, korang akan guna escalator untuk ke bahagian train. Sebelum turun, ada
guide yang akan check gates. So make sure, before korang turun pastikan
tanya guide tu dulu. Dan masa korang turun pun, ada signboard cam dalam
gambar kat atas tu. So In-shaa-Allah tak silap. But, keep in mind sebab aku ada
terbaca once korang dah naik train, korang dah tak boleh nak patah balik.
So pastikan direction tepat. Reason kenapa tak boleh patah balik, i totally
don't know. Maybe because of airport system.kan?
So
sinilah tempatnya nak tunggu train. Aku sanggup terlepas satu train semata-mata
nak ambik gambar kat sini.hahahha..Ape de hal, train 5-10 minit sekali.
Tiada kesesakan lalu lintas.hahahha..But make sure signboard tu menunjukkan
gates korang nak tuju yer. Dalam train jangan berangan nak duduk, sebab takde
kerusi. Melainkan korang rasa tak mampu nak berdiri and duduk jelah kat
lantai. Tapi, kalau train tu penuh camne pulak korang nak duduk kat lantai???
4)
Off from train and search for gates
This
is final step untuk sampai kat kat boarding area. Korang kene terun bila semua orang turun sebab train akan berhenti kat satu perhentian jer, pastu dia akan patah balik. Lepas get off dari train,
korang akan naik escalator dan boleh ambik troly untuk letak bag-bag korang. If
masa ni korang ada banyak masa, korang boleh lenggang-lenggang kangkung/mak
jemah sambil window shopping or beli apa-apa yang patut untuk bawa balik
Malaysia.
Kalau masa dah suntuk, sila la rush cari gates. Aku jumpa store yang
jual jam. Tak silap jam swatch yang Girl Generation jadi duta. Lawa gila serius
cam nak beli, tapi tengok harga terus keluar bintang-bintang kat kepala
aku...So terus cabut dari kedai tu dan hati terasa cam lara je tak boleh beli
jam baru.huhuhu..
So just tunggu jer lah kat sini sampai masa berlepas. Feeling? Perasaan yang happy sesangat sebab aku dah rindu kat Malaysia. Rindu tomyam, rindu sambal belacan & sambal tempe.nyammm2...
So, korang jelas ke pasal procedure kat Airport Incheon ni? If ada korang rasa keliru, just let me know. If anybody yang dah pernah pergi Korea, ada nak tambah or betulkan info just comment. No problem. hihi..
Random talk adalah seperti dibawah. kihkihkih..
Ada dua story masa aku tunggu abang pilot ni. Masa aku tunggu tu ada group dari Terengganu. Aku borak dengan sorang brader ni. For sure, dia yang ajak borak dulu bukan aku yang ajak. Sebab aku kadang-kadang pemalu and segan sikit.hahahha.. Macam-macam dia tanya. Pastu ada satu soalan aku tak suka" datang sini dengan siapa?". Adoii aku serius tak suka soalan ni bila jumpa orang Malaysia kat Korea. Sebab, nak tak nak kene la jawab pergi sorang. Tak kan nak tipu pulok..Pastu, satu group tu tahu aku datang melancong sesorang. Adohai..Cam merah muka aku. Tak mahu lah orang fikir aku takde kawan..huhu..
Story no 2, tengah2 lepak* before kejadian soal menyoal oleh group Terengganu tadi. Aku nampak seorang perempuan. Dia pakai something yang macam sama dengan aku. Aku rabun, so aku just ignore. Maybe lain design. Then bila dah masuk dalam flight, aku perasa perempuan tadi kat bahagian depan. Duduk sesorang bahagian seat tengah, sebab aku duduk bahagian seat tingkap. Itu pun lepas beberapa jam berlepas.hahahha.. So confirm!!!
Tudung dia sama dengan aku.ahahhah..siapa dia ni?hihi...kirim salam kat dia. Kita Sehati sejiwa.hihi..
Itu sahaja cerita tentang Incheon Airport. Till jumpa lagi nanti..tata semua!!
P/S: Type entry sambil layan lagu Sexy Love. Awesome!!!