Review : Life Food Drink

Assalamualaikum
Ingat tak yang kita pernah detox, so sekarang baru lah masanya process untuk kurus. Well , dalam sehari 3 kali makan nasi, so camne nak kurus. Kan? Tapi camne nak kawal nafsu makan? Bukan senang woo nak control makan ni, nak-nak akak ni yang nafsu makan macam gongzila.kuang kuang kuang. Berat badan i naik 10kilo k..
 
 
let's try this product. It claim bagi rasa kenyang untuk bantu kita yang berdiet. This life food di bungkus guna plastic container.  Ada penutup kedap udara juga and untuk elak berterabur sekiranya botol terjatuh. I love the packaging sebab takde lah besar gedabak.
 
The packaging. Nice !
Ada halal tau
 
Semudah ABC
 Cara penyediaan :
 Masukkan 180ml air  suam dalam shaker. Then masukkan 2 @ 3 sudu makan life food dan shake until mix well dengan air suam. Then minum sampai habis.  senang macam makan kacang..hikhikhikhik
 
** sudu tu i beli dekat Daiso, sebenarnya khas untuk baking.hikhikhik.. hado i kesah ..
 
I just minum time dinner jer sebab nak elak makan melebihi had.
 
My Own Review
First time i minum, i just guna 2 sudu life food. So dia litter bit tawar and cair. Because of that, i buat guna 3 sudu. Dia punya rasa much better. Ada rasa sikit manis. Manis soya i think.
Life food memang berjaya bagi rasa kenyang. But the problem is if you still bekerja pada waktu malam, example study until late at night. Akan rasa lapar semula.
 
One more thing, perlu minum sampai habis masa air tengah suam. Sebab if not, akan rasa sikit muak or kembang tekak. Sebab pekat and dalam tu ada seed.
 
So overall:
i like this drink  sebab dia organic dan something new. If you nak diet and trying to replace nasi, highly suggest this product.
 
 
Product Nama: Fairy Beauty Life Food
Details info: go to Life Food 
Weight : 300g
Price : RM 79 now ada discount 50%
 
Use discount code THEFUNNJOY  dapat 15% rebate tau!
 
Jangan lupa follow untuk dapat banyak discount yang sangat berbaloi!
 
‘Like’on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Subscribe to HiShop for exclusive updates:  http://www.hishop.my/subscribe
 
Good luck and have a nice day!


Review : Clenz Detox Drink

Assalamualaikum..
Sape nak kurus sila angkat tangan. If nak skinny, sila angkat dua tangan.hahahha. Sometime, selalu berlaku kesilapan. Nak kurus, tapi tak flush usus. Macam tak logik, tapi this is so true. Kenapa perlu flush usus? or Detox? sebab khasiat suppliment untuk kurus akan diserap dekat bahagian usus.
 
Saya dapat peluang untuk try Clenz Detox Drink. Main function untuk flush usus. Rasa cam bertuah sangat. I have been try other brand before Clenz Detox Drink.  So i expected the same result with other brand.
 
 
 
 
Tiny bottle.. Rasanya besar sikit je dari jari telunjuk i nih. Come in box, ada 10 bottles with screw and tiny straw. Packaging color hijau and i like it.
 
Step untuk minum
 
My own Review:
Because i pernah minum detox drink so i'm ready to go to toilet sekiranya apa-apa kejadian berlaku.hihi... Take 1 bottle before bed time. Perlu shake well sebab herba dia ada dekat bahagian bawah. Rasa takde lah sedap mane, macam minum pati herba.hukhukhuk
 
This product berkerja dengan berkesan. Sebab next morning, i berjaya pergi ke toilet lebih kurang 2-3 kali per-day. I can feel, dia betul-betul flush my usus. Yessss.. Rasanya semua keluar..Please jangan imaging yer sayang.hahahah..Clenz detox ni bekerja dengan lemah lembut sebab dia tak buat i rasa sakit perut yang melampau. Because other brand yang saya try, memang berkesan tapi sakit perut memang tak terkata. Bangun pagi jer terus masuk toilet.
 
The best part is, yang pertama kali flush tu perut i rasa ringan giler.. Lega sangat macam dah hilang beban dalam perut..
 
So, i said "wow".hihi..
 
My BF Review :
Because i nak tengok clenz Detox ni betul-betul berkesan ke tidak, so give one bottle to my BF. The result, dia marahkan i sebab bagi dia minum detox tu.Hahaha.. Sebab dia dekat 10 kali ulang alik pergi tandas. That means, berkesan la sebab for sure i think dia tak pernah detox seumur hidup dia.hahahaha...
 
So overall :
 
I like this product because it works!
 
Main Function : Detox and give good nutrition to our eyes.
Capacity : 12ml/per bottle
Quantity : 10 Bottle per box
Place to purchase : HiShop
Price : RM88 now ada discount 50%
 
Leave me a comment if you ever use this product.
 
Jangan lupa untuk guna Discount CODE  THEFUNNJOY  dapat 15% rebate   . 
 
Don' forget to :
‘Like’  on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow them on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates:  http://www.hishop.my/subscribe
 
Good luck!
 


Back to Reality

Assalamualaikum!!!
Cik Yam dah balik dah.. A week ago. 5 Days 4 Night dekat Korea yang bagai mendera diri tetapi awesome tahap dewa. Tahun nie punya trip lagi seksa dari tahun lepas. Percaya lah cakap aku nih.Sumpah!
 
But hari ni just bagi intro yer ladies..Untuk pastikan korang rasa lega sebab Cik Yam selamat pergi dan selamat pulang ke reality. ** peh, macam lah ada orang rindu ko kan? 
 
Untuk entry penuh, kene tunggu lain kali sebab too buzy and too lazy sebab hati memberontak tak mau pulang ke dunia reality. :0
 
Till Then, see you next time. tata titi tutu !!!!!!


The Malaysian Running Girl

Assalamualaikum..
Hai semua. Hopefully korang semua sihat. Day by day, masa nak pergi Korea dah. Alhamdulillah. Well, first of all thanks sangat pada uolls yang suggest mission. Tq so much *touching jap sambil lap air mata. Ada banyak yang suggest mission, tapi tak dapat nak buat atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, terima kasih tau.
 
This trip boleh dikatakan sangat badget. So Cik Yam  terpaksa pilih mission yang kurang menggunakan duit poket. This time rasa seksa sikit sebab takde OT.huhu.. Tapi impian punya pasal, kita redah je lah. So below adalah list mission yang Cik Yam akan buat:
 
 
Mission/ challenge List:
 
1) Bergambar dengan Korean Student yang pakai baju sekolah. ( Suggest by  Zuriana)
2) Cooking Tomyam
3) Wear sleeping mask every night.
4) Bergambar dengan artis Korea.
5) Wear Hanbok ( Suggest by Zuriana)
6) Cari 1 Kunci cinta di Namsan tower yang tulis dalam Bahasa Melayu. ( Suggest by Zuriana)
7) Dapatkan cop di Nami Island. (Suggest by Kak Nohas)
8) Snap a picture with pramugari/pramugara yang disukai..
9) Snap picture with  cosmetic promoter atleast 5 promoter.
10) Rendam kaki dalam sungai selama 1 minit without shoes and socks.
11) Eat atleast 2 jenis Korean Autumn fruits. ( strawberry terkecuali sebab wajib makan.ihihi)
12) Jogging kat Ehwa.. ( challenge yang tak leh blah!)
  
Food Hunting:
1) Spicy Octopus
2) Sotong bakar
3) Nasi Goreng Seafood- Yoogane
4) Twigim- Uncles Restaurant
6) Ikan bakar
7) Vegan  food at Insadong
8) Ttoek
9) Hottoek
10) Goguma/ Cheese Nut
11) Paris Baguetta
 
That why la tak boleh nak buat mission yang guna duit poket sangat. Cuba tengok, food hunting punya la banyak. Food hunting tu kira balas dendam sebab last time trip Korea tak dapat makan.huhuhu..

So Everybody, doakan Cik Yam k.

With Love
Cik Yam :)
 
P/S : sesape yang nak order barang, email cepat-cepat thefunnjoy@gmail.com  . :)
 
 


Korea Buying list

Assalamualaikum..
Kalau pergi Korea, tapi tak shopping umpama irama tanpa lagu..Bagi Aku la sebab ko bagi aku seribu, senang jer nak perabih.Tapi sape yang baik hati sangat nak bagi aku seribu ringgit?ehem..ehem...

This my buying list. Trying my best beli barang ni kalau ada discount. Tapi kalau takde jugak, nak wat camne.

1) innisfree/Nature Republic - Nose liquid pack
2) Korean Wedges Shoe
3) Korean bag
4) Face Mask sheet
5) Beli kasut di " i Love Flat".. itu pon kalau harga dia reasonable & bukan from kulit En. B.
7) Foot mask Sheet (must buy items)
8) Baju sweater
9) Tumbler
 
 
Dalam senarai ada 9.. Jap lagi balik ada 90..tetiba wujud "0" kat belakang. I love "tingkap" shopping and lagi suka shopping.hahaha. Korea goods and fashion selalu "in" dengan i punyer citarasa. Tapi selalu "out" dengan i punyer poket. uhuk uhuk uhuk.
 
Well sape yang nak pesan memesan barang, boleh email i laju-laju k. If da instagram, boleh follow Adrabracelet. ada banyak gambar yang i post kat situ..YOU Name it, We GOT it!
 
The tumbler yang yang nak sesangat. Gegirl sangat uolls!!!
 
With Love
Amanda Musa :)

Singgang Sotong, Oh Mama Tengganu style :)

Assalamualaikum.
Oppa Ganggam Style..But sorry, this time Oh Mama Tengganu Style. Baru rare!!! Rindu giler nak makan sotong singgang. Kalau kat kampung takleh nak main ratah wei sebab family Amanda besar. Limit sorang dua ekor jer.hihi..
 
Haritu balik kampung nak raya nampak kuah jer..uhuk..sedih giler..tapi nak minta mak buat memang takde nak layan la sebab sibuk nak buat tapai.. I kan anak mithali. Boleh la sesekali masuk bakul lambung sendiri.hihi..
 
 
Bahan-bahan:
Sotong - 5 ekor (dipotong)
Air - 2 cawan
Serai - 2 batang(diketuk)
Garam - secukup rasa 
 
Bahan untuk dimayang:
Bawang merah - 4 ulas
Halia - 1 inci
Bawang putih - 4-5 ulas
 
 
 Nampak tak dia mendidih? Tak nampak, buat-buat nampak dah la.hihi
 
Cara - cara nya :
Masukkan air dalam periuk dan semua bahan kecuali sotong. Masukkan sotong bila air dah mendidih dengan rancak-nya. Than masukkan garam secukup rasa. Kuah singgang ni should be macam masam-masam sikit.Then siap. Boleh la makan dengan nasi.
Tadaaa!!!...time to eat sampai licin..
 
Tips : kalau masak makanan laut, jangan masak terlalu lama sebab nanti makanan laut keras and terlampau pengecut. So kurang fresh gitu.hihi
 
 
 Terengganu Di Hatiku Selalu.Then selamat mencuba. :)
 
 
With Love
Amanda Musa


Sayur labu air..My Mom resepi :)

Assalamualaikum..
I'm back!!!. setelah sekian lama menghilang. Alhamdulillah, i sihat cuma busy sikit dengan kerepek seaweed i tu.hihi.. Nak cari duit lebih la katakan.
 
 
Well, i currently dalam process cabaran 40 hari tanpa nasi. Bunyi cam gilor kan?Saje je mencabar diri sendiri. Reason-nya adalah i takleh rasa kenyang selagi tak pekene nasi walaupon baru je bedal roti 5 6 keping. Sekadar nasi+kicap lemak manis pun boleh bertambah 2 3 pinggan.
 
 
Tetiba buat resepi nie sebab my adik lelaki tetiba tanya kat group whatsapp camne nak buat sayur labu air. Kitaorg communicate dengan whatsapp sebab rasa macam always keep in touch walaupon dah berbulan2 tak balik kampung.hihi..So aku terliuq weii bila dia tanya camtu. Then aku pon sibuk la nak buat jugak. Dan cara-caranya seperti dibawah :

 
bahan-bahan:
Labu air - Saiz sederhana
Garam -secukup rasa
Air - agak2 tenggelam labu air

Bahan tumbuk:
bawang merah - 5 ulas
bawang putih - 2 ulas
lada hitam - 1 sudu makan
ikan bilis - 1/2 genggam(rendam dalam air panas)
 
 
cara buat :
Masukkan air & labu air yang dah dipotong dalam periuk. Masukkan bahan yang ditumbuk lumat dalam periuk. Bila agak2 labu dah embuk, masukkan garam secukup rasa & siap untuk makan dengan nasi + cecah budu+ ikan masin. hihi..
 
Tadaaa!!! Ini baru dikatakan rare...nyamm nyamm
Tips:- masukkan garam bila masakan dah nak masak untuk kekalkan khasiat makanan.

Tapi aku tak makan budu sebab masin.huhuhu..Memandangkan tengah diet nasi, so aku ratah jelah.hihi..

Selamat mencuba.

With Love
Amanda Musa



Any mission?? i think i need help.

Assalamualaikum.
Hai semua. Lama kan tak tulis idea baru. Ok sayang-sayang sekalian, actually Cik Yam ada mood baru. Nak pakai nama Cik Yam sebab tetiba cam rasa popular lak dengan nama tuh.wawawa..perasannya...
 
Ramai yang tanya sebelum ni, nak tak pergi Korea sesama tahun 2014? So Cik Yam dengan polite-nyer menolak sebab ada planning besar tahun ni. Tapi dah kita yang rancang, Allah yang tentukan. So planning tu tak kesampaian. Then kerana kecewa menonggeng, terbeli tiket kapal terbang. Terbeli ke??? or sengaja beli???hahaha.. i sengaja.. hahahha..
 
Secara rasmi, Cik Yam pergi Korea lagi tahun 2014. Set the date 15-19 Oct 2014. Ya Allah,takde negara lain ke? Negara lain banyak, tapi yang ter-gam-gajah hanya Korea. What to do? huh. Kepada yang pergi ajak hari tu, Cik Yam minta maaf sangat-sangat yer. Jeongmal-Mianhea!!! Serius tak plan langsung nak pergi tahun ni.  Siapa ada kat sana time ni, please let me know. Kita leh berjimba-jimba kat sane sesama. Or at least grab some lunch together-gether.
 
So to make this trip to Korea more interesting, Cik Yam nak minta tolong kawan-kawan semua untuk create some mission. ok tak?hihi.. Gara-gara tengok running man la nie...uhuk T-T. Contoh mission , masak tomyam untuk dinner. Any mission or challenge. Please anything.
 
Or maybe nak Cik Yam buat sesuatu kat sane on behalf . Contohnya " tulis nama saya di Nami Island". Cik Yam akan buat sekiranya tidak melanggar akidah/agama, and tak melibatkan wang ringgit yang banyak. Tapi kalau nak sponsor pon boleh.hahahha..
 
 Dah dekat nak bertolak nanti Cik Yam share mission & challenge yang di share oleh teman-teman sekalian. Boleh comment and bagitahu nak suruh buat ape. Actually dah ade list from my own mission tapi nak tambah lagi. Harap kawan-kawan blog semua bantu Cik Yam realisasikan impian nak jadi Running Girl kat Korea nanti..hihih

Cik Yam tunggu tau. Please share and help me yer. Waiting your idea yer.

With love
Cik Yam

Jom study simple Korea word

Assalamualaikum..
Dah lama gila tak cerita-cerita pasal Korea. Kerinduan, tapi takde topik. Sekejap jer dah setahun kan. Perlu ke buat ulangtahun pertama pergi Korea eh?hihi.. So i think, i nak bagi korang ayat-ayat senang gilos nak ingat dan menyebutnya. Ayat yang beri korang rasa awesomeee...yeahhh. Kalau advance lagi, boleh feeling-feeling study kat Korea.
 
Ayat nie aku ambik kat pak cik aku jer, ala pak cik Google tu. Pak Google aku nih memang pandai pelbagai bahasa, kadang-kadang jer lurus bendul.hihihi.. Pastu aku cari yang selalu kita dengar kat dalam drama OST, sebab dia lebih senang nak sebut.  Kali nie aku bagi ayat-ayat pendek masa dekat restaurant:

                                   I really hungry. = Jeongmal baegopa.(정말 배고파.) 
                                   Water please. = Mul juseyo.( 주세요.)
                                   Menu please. = Menyujuseyo.(메뉴주세요.)
                                   Rice please.   = Babjuseyo. (주세요.)
                                   Soup please.   = Supeujuseyo.(수프주세요.)
                                   Side dishes please. = Banchanjuseyo.(반찬주세요.)
                                   How much? = Eolmana?(얼마나?)
                                   Bill please = Biljuseyo (주세요)
                                   No Meat please. = Amu gogijuseyo.(아무 고기주세요.)
                                   Spicy please. = Seupaisi injuseyo.(스파이시 인주세요)

Ko hingat aku terer sebut semua?? aku cuma expert sebut " Juseyo" sambil senget-senget kan mulut. Konon kiut, pastu buat muka tak malu minta discount.hahahha... Kalau tak reti nak sebut benda-benda ni, just pergi kat google translate, copy and paste. Pastu click pada gambar speaker.hihihi..

Tapi ada satu perkataan yang aku selalu guna masa dekat korea dulu iaitu " Kaka Juseyo". Means nak minta kurang. Tapi sampai sekarang aku tak tahu apa maksud Kaka tu.huhuhu..T-T
 
Lagi satu, kat sane tak perlu nak cakap perfect Korean pun. Campur adukkan pon boleh. Cuma lagi bagus kalau before pergi, kita dah prepare some word untuk berkomunikasi kat sane. Guna dwi bahasa . Bahasa Melayu dengan Bahasa Korea. English? sekali sekala tolak tepi. Baru lah nampak pelancong dari Malaysia nie ada classss..hihi..  
 
Contoh dialog :
 
Melayu = " Mak Cik, boleh berikan saya air?"
Korea   = " Ajumma, Mul Juseyo."
 
Obvious sangat lintang pukak-nyer.. tapi ok lah, asalkan makcik tu faham.kan?
Bab Meogja .(밥 먹자) = Let's Eat
 
Till then, will share other Korean word dari masa ke semasa.. Annyeonghi Gaseyo.(안녕히 가세요.)..

Review : Please don't get Mad, get Matte!

Assalamualaikum!!Hello!!
Tetiba rasa diri ini sangat berharga...Well, dari dulu pon berharga cuma tetiba jer nak mention.hak.hak..over sangat kau kan.. Korang tahu, i antara yang bertuah dapat review product..yeay!!! Mabel cakap the parcel maybe akan sampai pada 2 April.. tup-tup 31 April dah sampai..wiiiieeeehuuuu.. senang citer, haku jadi Hishop Beauty Ambassador  !!!yeayyyy lagi skali..
 
3 keping mask " don't get Mad,get Matte"
 
Imej depan dan belakang masak. B.Liv  Money-back Garanteed dalam masa 14 hari okies!
 
Kegunaan mask nie untuk Oiliness ( Oil Control+Clarifying+hydrating). Maksudnya nak kurangkan masalah muka berminyak. Makeup artis kat opis aku tu cakap "if kulit berkilat, cantik"...Tapiiii kalau dah berkilat serupa boleh goreng keropok lekor, ia dinamakan tragik.hihi.. So dikala korang bakal atau pun dah terdedah dengan cuaca panas, patut cuba nie.
 
THE DEMO!!!
 
Perlu ke crown disitu??
 
 HASIL-nyer
 
Tadaaaa.. Ini time lunch. I just pakai pelembap & compact powder.
 
 Memang sengaja ambik gambar on next day. Walaupon muka haku pucat lesi, tapi takde oily skin. Dari pagi ke tengahari, still ok. Dan awesome sangat bila pore dekat bahagian hidung minimizeee... My skin pon soft. Kalau korang ada kulit berminyak, you patut cuba. ok?
 
 
Overall comment for this items: Highly Recommended
Online Shop : HiShop
 
So, If korang nak tiru macam saya!!!! jangan lupa:
 
Like---------------------> HiShop Facebook
Follow diorang di ----> Hishop Twitter
Subscribe--------------->HiShop Exclusive Update
 
Kenapa perlu??????? sebab korang akan dapat
 
VOUCHER  .   REBATE .   DISCOUNT
PERPELUANG UNTUK JADI BEAUTY AMBASSADOR
 
So hadiah untuk korang yang rajin membaca , guna code rebate seperti dibawah :
 
RM20 Rebate
CODE:BLIV2014
Valid : till 30 April 2014
With minimum purchase RM99
 
Jangan Lupa untuk LIKE, SHARE & FOLLOW blog saya untuk lebih cerita menarik..till then, thanks for reading!!
 
P/S : Say Hai!!!! to hantu pokok pisang
 
 


Beauty Talk : Do you need Multivitamin + Mineral???

Assalamualaikum...
Tetiba rasa bertimpa-timpa pulak beauty talk kat blog nie kan.. Kan i dah cakap, i ada BORONG beauty staff last 2-3 weeks.. So banyak lah yang nak cerita, share and kongsi pendapat. Orang ada blog nie memang macam ni. Ada jer benda nak share kan.hikhikhikhik..
 
My topic for this entry " Your Health, Your Priority".. uuuhhhhh.. Macam pakar kesihatan gitu.ahak. Tak tahu lah sejak bila, tapi tetiba rasa concern gila dengan my health lately. Dah pandai fikir pasal collagen , kedutan, biotin, dry skin dan segala mak nenek cucu cicit i concern. * faktor peningkatan usia kot.
 
Shhhhh...Dalam nie ada harta persendirian...
Because of ter-concern, so i decide nak beli multivitamin and mineral. For sure tak cukup zat sebab breakfast pukul 12 package dengan lunch. Bukan kedekut, jimat..hihi..Dinner pon tengok keadaan. Kadang-kadang skip, nak diet kata-ku. Pastu tengah-tengah malam jadi tikus sebab masuk dapur cari meggi..Eeewwwww..really bad habit!
 
So nak beli semua yang suitable for my health takde nak mampu oii.. So untuk first try i beli  Blackmores Multivitamin & mineral. For sure dari Hishop. Lagi pon HiShop selalu ada diskaun. Boleh jimat banyak.. Let's take some tour about this product :
  
Please ignore the background yang pecah rumah etiwwww
 

The nutrisi yang ada dalam setiap tablet. tak nampak? buat2 nampak je ler.hihi. Just tinggal bekalan seminggu jer lagi..

What I can say? Because of the labels, i percaya dia bagi cukup khasiat for my daily vitamin and mineral. Yang paling penting dia ade biotin yang sangat diperlukan oleh rambut. Actually, hasil pemerhatian saya seperti berikut :

 1)  Dapat rasa my dandruff getting less then usual. *kantoii
 2) But for rambut gugur, not yet can see the result. I hope next bottle rambut gugur berkurang.     Nobody suka rambut gugur kan?
3) My dry skin getting less than usual. If keep guna this vitamin, i think tanda kulit kering tu boleh remove from my life..awesome!
 
Beli bekas Monday to Saturday bagai. Tips untuk tak miss makan vitamin.hihi
 
One more thing, walaupon pill nie besarnya sangat gedabak * i mean very big  tapi really easy untuk telan. Takde tanda-tanda korang bakal tercekik.. Sebab shape of this pil, leper dan bukan bulat. Re-purchase? Yes until  i found the better one.hihi..

If korang jenis yang makan cukup nutrisi, toksah la rajin bebenor nak telan multivitamin. Take this supplement just incase tak cukup nutrisi macam saya. Lagipon Aamir Khan tak ambik sebarang pill pon, tapi tetap hansem. Dia cakap " saya amalkan cara hidup sihat".. Tapi haku nie tang mana cara hidup sihat pon tak tahulah..huhu
 
Overall comment for this product : Highly recommended

Sign up :HiShop get your own voucher and diskaun bebeh! +HiShop MY 
Facebook :  HiShop  get latest news!
 
 
That all for today. Ada product lagi kita talk-talk lagi.  Don't forget to like, share and follow my blog if you think my writing idea is usefull for you. Till Then, have a nice day!!!
 
 


Beauty Talk: For silky touch!..Katanya...

Assalamualaikum!!!
Makin lama, makin slow plak ber-blog. Sorry guys.. I need more topic and new ideas..Auww..Omputih sangat.. Anyway before it too late *walaupun memang late pon nak wish tahniah untuk cute blogger our Yuyu Zulaikha dah selamat jadi permaisuri. Yuyu, i will follow you soon. In- Sha Allah...kihkihkih..
 
Refer to previous weeks, i actually borong barang kecantikan..Haruslah nak cantik. So ini bukan lah review rasanya. But just Beauty Talk.. I did purchased compact powder. Sebab yang beli kat Korea tu finally dah habis tak tinggal kesan... I suka bedak tu sebab boleh feeling-feeling princess uolls..hihi.. Let's talk about my new compact powder baby...!
 
Come with box and suitable for gift :)
 
 
 
Details product. I use Honey No. 9.. For tan skin like me!
 
 
please ignore the background yer girlsss sekalian..hihi
 
I choose Farmasi Brand. tak tahu pon brand nie ok ke tak dengan kata lain " rembat jer". But bila i use this, i feel good. Dia punyer tekstur bedak rasa halus je kat muka. Bau dia, just nice. I don't think ada bau chemical.
 
Come with mirror...Kalau Horror Mirror, cermin berhantu..
 
But what i don't love about this product adalah span dia tu nipis bebenor. I think, bedak tak sempat habis span dah masuk tempat recycle.. saya ganas orang nyer.hikhikhik.. Packaging, i think it nice. Hitam itu menawan.kan kan kan.. Mula-mula i nak pilih Stage, tapi warna yang sesuai dah sold out. yang tinggal cuma yang mahal.huhu..So i just choose Farmasi dan harga dia only RM 32. Murah dan berbaloii!
 
Antara brand yang ada kat HiShop Farmasi, Stage, B.Liv dan macam-macam ada!!!
 
Cuma i don't like the delivery time. Slow. I ni Ratu Online Shopping *peh masuk bakul angkat sendiri plak. I Usually order my jewelry items from China. Order hari Khamis, hari Isnin dah sampai. So fast kan? So i hope this company boleh percepatkan proses penghantaran.
 
So if interested nak try, boleh terus click HiShop. I personally suka Hishop sebab dia selalu bagi voucher and diskaun . I hope Hishop boleh bagi lagi banyakkk voucher..Hmmmm..bestnya...
 
Overall Comment for this product : Highly recommended
 
Ok, our beauty talk stop disini dulu k..Next time, kita talk-talk lagi k...tata :)
 
 

Kun-Fayakun

Assalamualaikum...
Sekarang tengah hangat pasal Flight MAS yang hilang. Hari yang aku tulis nie dah masuk hari ketiga pesawat nie hilang. I do check dekat youtube how actually this flight tiba-tiba lost dari screen kawalan udara. I just shock!!!
 
It was not edited. It Shown how the flight missing secara tiba-tiba. I think yang dah beli tiket fikir 1000X nak pergi Korea kan? I will tell you something yang i never story before this. My journey to Korea actually sedikit ngeri. But alhamdulillah umur masih panjang.
 
Bila MAS nie hilangkan, rasa cam menyesal tengok "flight crash investigation" dekat youtube and " Non Stop" movie . Bus yang jatuh di Genting Highland memang ngeri. Tapi flight crash 100X ngeri. Minta jauh.. But MAS nie takde diumumkan meletup or seumpamanya..
Masa i pergi Korea, alhamdullah takde masalah. But masa nak balik Malaysia that have tregedi walaupon hanya 1 saat.
 
My flight masa on the way pulang Malaysia, i think dia langgar awan tebal. Bila awan dah takde, flight tu macam jatuh tau. Jatuh macam terhempap. Beg sandang aku yang atas riba, tercampak kat lantai. Situasi serius panik. Satu flight tu menjerit ** for sure orang yang menjerit tu termasuk dengan aku. Aku cam blur.. What happend tadi??  Aku benci pakcik pilot tu, sebab dia cakap " sorry we have miscommunication  with trafic control"....uuuuuuuuuuuu..Aku rasa cam nak menangis masa tu! silap komunikasi boleh buat beratus orang maut..Araso!! * sorry ter-emo..
 
Korang jangan salah faham . Aku cerita ni, bukan nak takutkan korang semua, not even once. Kemana sahaja korang pergi, risiko sentiasa ada. Cuma yang membezakannya adalah berapa besar risiko tu. Sebab tu, penting jika nak berjalan jauh berdoa sebelum berangkat.
 
Jika travel berkumpulan mahupon bersendirian, perlu jaga tingkah laku. Dengan kata lain, jangan memandai-mandai kat dalam kapal terbang. Crew cakap A, mesti buat A...Crew kata B, mesti buat B. Everything yang diorang suruh dan larang tu ada sebab-sebab yang kukuh. Sebab flight procedure bukan macam bus express. For example, bila dia cakap " para penumpang dikehendaki memakai tali pinggang keledar kerana kita akan melanggar awan tebal ".. If korang tak pakai , korang boleh tercampak ke lantai. kalau korang lagi bernasib baik, boleh melambung sampai ke bumbung. Masa kejadian 1 saat tu, aku boleh rasa melambung even dah pakai tali pinggang..
 
Masa travel, tak kira lah pergi mana pon jangan lupa baca doa. Tak hafal yang panjang, baca yang pendek. Masa pergi hari tu, setiap kali on the way nak masuk pesawat aku akan baca " bismillah-hi-tawakal tu ala-Allah" dan " Ya Allah, Selamatkan perjalanan ku".. Ajal maut, ditangan Allah. Apa yang kita mampu adalah berdoa. If korang pergi melancong, jangan lupa tinggalkan salinan passport, salinan tempat tinggal & phone number di tempat bercuti pada kelurga dan teman yang tak join pergi travel. Serta jika perlu, maklumkan pada kedutaan Malaysia di negara yang korang pergi tuh.This thing penting,sebab apa-apa jadi senang orang nak cari korang. Masa aku nak pergi Korea, kan time tu ada ura-ura Korea Utara nak serang Korea Selatan. Aku direct contact kedutaan kat sana * email jer for sure.. Masa tuh dia cakap, dia tak suggest untuk datang sebab takut perang meletus. Aku sedih wooo sebab kalau tak pergi, duit aku dah seribu melayang...Alhamdulillah, everthing good even dah balik sini.
 
But berbalik pada cerita MAS ni, aku takde idea camne boleh missing. Even kene inject pon boleh hilang eh? Biasanya, kalau orang rampas kapal terbang diorang nak minta tebusan kan? Tapi setakat ni, takde pulak dengar minta wang tebusan kan? Ya Allah.. Moga mereka selamat mendarat dan kotak hitam akan ceritakan apa yang terjadi dalam kapal terbang tu.
 
Kuasa Allah takde siapa yang boleh halang.. Kun Fayakun.. Dari Dia kita datang, Kepada Dia kita kembali..Semoga Allah selamatkan mereka semua. Amin....
 
 
 

Incheon Airport Korea : Procedure Boarding Part 2

How to go to Boarding Area???
Part ni bagi aku mencabar sikit. Sebab Incheon ni luas, siap kene naik train untuk sampai kat Boarding area. Selepas korang dah check-in luggage, korang boleh pergi melilau buat kali terakhir lawatan ke Korea kali ni or terus pergi boarding area. Bergantung pada masa yer! 
 Untuk ke boading area, korang kene lalu security screening satu level dengan tempat korang check-in luggage. Security screening Korea sangat details. Siap kene bukak jacket.Bag pack yang aku bawak untuk masuk cabin pun dia check satu persatu.
1) Security Screening
Kat sini lambat tau.
Amanda suggest, security screening 2 jam awal sekiranya korang travel in group.
Dari luar tak boleh nampak tau, sebab ada pintu kecik . Satu level dengan check-in counter.
Dia selongkar and bawa keluar semua isi bag aku tuh..Pastu nasib baik dia tak sepah-sepahkan, tapi aku jugak nak kene susun dalam bag seperti asal.. Dan Air yang aku bawa dalam bekas " wanna be sweet? play Etude tu" dia TUANG!!..huwaaaaa!. Moralnya jangan bawa air... Kalau korang tak bernasib baik, dengan bekas air skali dia buang..Lagi sedih kalau bekas yang dia buang tu jenama Tupperware..menangis! So, just beli kat boarding area or just isi semula bekas air korang dekat free flow water yang disediakan.ok??? Click Here : Details on Security Screening
If you girls/women muslimah, masa tu pakai jacket/sweater/coat then sebelah dalam korang pakai short sleeve. Masa tu aku cakap "I am Muslim and i wear short sleeve shirt inside" atau perkataan seangkatan dengan nya. So dia tak kan paksa korang buka jacket. Then pegawai perempuan akan check kat badan korang ada ape. Kot-kot ada senjata ke kan. Pegawai lelaki akan check untuk passanger lelaki.Lepas tu barulah korang pergi dekat immigration.
2) Departure Immigration
Kat sini dia akan dia akan check passport, and tak silap snap picture pun ada skali. Just prepare valid passport and boarding pass. Ada sesetengah orang, dia suka bawa semua passport yang dia ada walaupun dah tarikh luput.huhuh..Will call it habit.hihi..Sebab aku pon, mungkin buat macam tu jugak.hahahha..takut silap ambik passport.gerrrrrrr... Click Here: Details on Departure Immigration
3) Take the train ( please refer to your departure gate)
Kebanyakkan blog yang aku baca tentang trip ke Korea, semuanya akan naik train untuk ke boarding area. Tapi korang kene confirm dulu dengan customer service, sama ada korang perlu naik train or tidak. Sebab hari tu aku ada nampak ada jugak yang tak perlu naik train. Mungkin depends pada destination or flight ape yang korang naik. Just double confirm k.
After that, tengok signboard mengikut gates yang ada pada boarding pass. Aku pergi kearah sini sebab gates aku kan no 112.hihi..  
Sila la guna lantai bergerak. Tak perlu nak rajin sangat jalan kaki sebab jauh jugak nak ke train tu. Melainkan korang nak cuci mata and clean-up korang punya poket. Aku direct ke train sebab tak mampu nak tengok barang-barang lawa and harga " murah" sesangat tuh.
Lepas tu, korang akan guna escalator untuk ke bahagian train. Sebelum turun, ada guide yang akan check gates. So make sure, before korang turun pastikan tanya guide tu dulu. Dan masa korang turun pun, ada signboard cam dalam gambar kat atas tu. So In-shaa-Allah tak silap. But, keep in mind sebab aku ada terbaca once korang dah naik train, korang dah tak boleh nak patah balik. So pastikan direction tepat. Reason kenapa tak boleh patah balik, i totally don't know. Maybe because of airport system.kan? 
So sinilah tempatnya nak tunggu train. Aku sanggup terlepas satu train semata-mata nak ambik gambar kat sini.hahahha..Ape de hal, train 5-10 minit sekali. Tiada kesesakan lalu lintas.hahahha..But make sure signboard tu menunjukkan gates korang nak tuju yer. Dalam train jangan berangan nak duduk, sebab takde kerusi. Melainkan korang rasa tak mampu nak berdiri and duduk jelah kat lantai. Tapi, kalau train tu penuh camne pulak korang nak duduk kat lantai???
4) Off from train and search for gates
This is final step untuk sampai kat kat boarding area. Korang kene terun bila semua orang turun sebab train akan berhenti kat satu perhentian jer, pastu dia akan patah balik. Lepas get off dari train, korang akan naik escalator dan boleh ambik troly untuk letak bag-bag korang. If masa ni korang ada banyak masa, korang boleh lenggang-lenggang kangkung/mak jemah sambil window shopping or beli apa-apa yang patut untuk bawa balik Malaysia.
Kalau masa dah suntuk, sila la rush cari gates. Aku jumpa store yang jual jam. Tak silap jam swatch yang Girl Generation jadi duta. Lawa gila serius cam nak beli, tapi tengok harga terus keluar bintang-bintang kat kepala aku...So terus cabut dari kedai tu dan hati terasa cam lara je tak boleh beli jam baru.huhuhu..
So this is gambar bila dah memang berada dia area boarding gate. Kat sini, korang kene cari la gate korang sebab gate dia banyakkkkk..Aku punya gate masa tu serius jauh jugak lar..sebab tu guna lantai bergerak ni.. Kalau tak, penat tau nak menapak. Kat gate 112 ni ada coffee bean. Tapi dah tak selera dah, nak balik jer dalam kepala.* tapi sebenarnya dah takde duit.hahahha
So just tunggu jer lah kat sini sampai masa berlepas. Feeling? Perasaan yang happy sesangat sebab aku dah rindu kat Malaysia. Rindu tomyam, rindu sambal belacan & sambal tempe.nyammm2...
So, korang jelas ke pasal procedure kat Airport Incheon ni? If ada korang rasa keliru, just let me know. If anybody yang dah pernah pergi Korea, ada nak tambah or betulkan info just comment. No problem. hihi..

Random talk adalah seperti dibawah. kihkihkih..
Ada dua story masa aku tunggu abang pilot ni. Masa aku tunggu tu ada group dari Terengganu. Aku borak dengan sorang brader ni. For sure, dia yang ajak borak dulu bukan aku yang ajak. Sebab aku kadang-kadang pemalu and segan sikit.hahahha.. Macam-macam dia tanya. Pastu ada satu soalan aku tak suka" datang sini dengan siapa?". Adoii aku serius tak suka soalan ni bila jumpa orang Malaysia kat Korea. Sebab,  nak tak nak kene la jawab pergi sorang. Tak kan nak tipu pulok..Pastu, satu group tu tahu aku datang melancong sesorang. Adohai..Cam merah muka aku. Tak mahu lah orang fikir aku takde kawan..huhu..
Story no 2, tengah2 lepak* before kejadian soal menyoal oleh group Terengganu tadi. Aku nampak seorang perempuan. Dia pakai something yang macam sama dengan aku. Aku rabun, so aku just ignore. Maybe lain design. Then bila dah masuk dalam flight, aku perasa perempuan tadi kat bahagian depan. Duduk sesorang bahagian seat tengah, sebab aku duduk bahagian seat tingkap. Itu pun lepas beberapa jam berlepas.hahahha.. So confirm!!! 
Tudung dia sama dengan aku.ahahhah..siapa dia ni?hihi...kirim salam kat dia. Kita Sehati sejiwa.hihi..
Itu sahaja cerita tentang Incheon Airport. Till jumpa lagi nanti..tata semua!!
P/S: Type entry sambil layan lagu Sexy Love. Awesome!!!