What am I doing???

Assalamualaikum..
Hai uolls semua..Ada tak yang rindu kat i?? sila angguk k..i bukan macam Yuyu Zulaikha, bila dah lama tak update blog ada orang tanya camni " Akak dah tak jadi blogger dah ke??"...No one yang ask me like that.. Yuyu, i jealous tauuu...hihihi..But she really cute..kan?
So bila sedar dek diri, i post lah entry baru. Walaupun takde sesapa yang tanya.hihi.. lately, i very busy..Busy berfikir...You know, i tak tahu kerana apa but my money all finished before end of the month.. OMG!!!!!So i ikat perut..Jujurnya, banyak jugak makan meggi...Dan Kebetulan Aaron Aziz pulak jadi duta meggi.. Diorang iklankan Meggi Big..Aaaa..pantang tengok benda baru. mesti nak test.. but makan meggi tak bagus yer adik-adik...huhuhu..*adakah sekejap lagi ada lawyer datang nak saman aku?????
Well after fikir kan, so i decide nak berniaga..hahahha...Amanda berniaga??macam mimpi di siang hari lak...So i pon beli itu ini, email situ sini. Thanks to Farhan juga...tengok tutorial kat youtube very often..Nasib ada UNIFI kan...So laju je lah loading..hihihi
So finally the product come meet the customer..Jenuh jugak lah yunkkk...But kali ni, i said to my self...NO MATTER WHAT, YOU HAVE TO DO THIS!!..Self motovation sangat tau...
Lets take some tour..
This namanya Zara

Yang nie brooch yang sangat i suka.. Nama dia Fairy..Super duper cute miutt...* masuk bakul angkat sendiri..
Selain brooch,
ada juga bracelet
 
This is Ms. Paris in blue bead
suka tak???
Apa yang seronok ialah bila setiap satu product siap, sibuk cari nama.. Macam bagi nama kat baby...Uolls my baby.hihihi..Dan sebenarnya sedang mencari strategi sesuai untuk melariskan product.hihihi..Any suggestion??
AdRa Art open kalau ada boutique yang sudi jual barang-barang ni..Secara wholesaler and agent.hihi..
Anyways...hope you guys support my business..Dan doakan saya berjaya.... If nak purchase, beautiful sekalian boleh pergi dekat page
 
IG : amandamariammusa
 
Thanks for reading... till then...:)


My favorite Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum
Selamat datang ke Channel Masak me-masak by Amanda Musa..Really long time no see uolls..Nak kata busy, tak jugak.. Tapi Busy jugak ar sebenarnya. Cari sumber pendapatan extra. Kali ni kan, Manda nak share satu resepi yang iolls suka sangat. Cuma kadang malas nak buat..hihi..Resepi ni originally from my mother friend. Since 2007 kot i makan benda ni. Masa i duduk rumah kawan i time practicle.hihi..Almost every day mak dia masak sambal ikan bilis. So kira dan 6 tahun lah resepi ni untuk i..Suka sangat makan, walaupun pedas cam nak tercabut cuping telinga. So cam rugi kan tak share resepi yang awesome ni dengan korang semua.
 
What you need :
sebungkus ikan bilis - digoreng garing
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili padi
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
 
Cara-cara nya :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai lumat ( separuh lumat pon bole).
2. Dengan guna minyak yang goreng ikan bilis tadi ( tambah atau kurangkan ikot keperluan), tumis bahan tumbuk. Dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. 3. Bila bahan agak garing, masukkan ikan bilis. Kacau smpai rata dan tutup api.
Dah Siap!!!!
 
Senang yang amat kan??? tapi kalau korang nak hidang untuk ramai orang, korang boleh blander kering. Sebab iolls pon kadang-kadang malas nak menumbuk.. Nanti naik ketul-ketul kat lengan, kang tak lawa lak.hihihi.. Biasanya, i selalu buat mula-mula blander kering. Pastu bila dah separuh hancur, i olls tumbuk lak pakai lesung batu.hihi.. Orang kata, rasa lesung tu buat makanan lagi sedap.. betol eh????
 
Masa mak kawan i buat benda ni, i boleh menambah nasi 2 3 kali.  Buruk perangai kan.hihihi.. Sambal ni korang boleh makan dengan nasi, cekodok, roti atau " sungguh enak di makan begitu saja"..ape ingat roti gardenia je ke leh makan camtu jer?hihihi. So selamat mencuba..
 
Ok berbalik pada extra income tadi tu kan, i olls ada buat hand made or  Home made flower brooch

Sila singgah di
Kalau anda berminat untuk jadi dealer, boleh contact di email thefunnjoy@gmail.com
Have a nice day semua !!...till see you than..


Riang Ria Raya

Assalamualaikum..
Apa la..dah nak habis raya baru nak cerita bab raya..Tak up to date langsung kan..Aku rasa, setiap tahun raya aku rasa aku akan ada masalah kewangan yang sangat kritikal..Kadang-kadang bila datang time " Aiman Tak Kisah"..satu habuk pon takde beli untuk raya. Sanggup pakai baju raya setahun yang lepas. Tapi Bila datang time " Amanda Kisah!".. top to toe mau bau kedai..Baju, Kasut, handbag dan segala mak nenek...End of the day, rabak poket mak jemah..
Sebelum ni takde pun cerita hal-hal little bit peribadi kan?kali ni saje nak cite..sebab tak tahu topik aper nak blog kat sini.hahahha..nottyy kan?
My Syurga dunia akhirat.hihi..My mom yang tiap-tiap tahun ada je menu yang nak dijual time bulan puasa.. Tahun ni my mom jual cendol.hihi..Aku punya muka iras my mom kan?hihihi
My dad every day kerja kuat.Tak reti duduk diam.hihihi.. My dad tak suka marah, sekali marah semua anak dia menyorok cam tikus.hihhi 
The Five-0.hahahha..kitaorang berlima kalau berkumpul kat dapur..Riuh cam sepuluh orang.. Jadi tradisi family Amanda, raya ke dua mesti tidur rumah nenek. Tak jauh dari rumah pun. Cam sekangkang kera je.. Tahun ni, sister ( Sue-baju biru), adik ( Hamimah-tudung coklat) and i dapat tidur skali. Start baring pukul 11 tapi kul 2 pagi tak tidur lagi. Macam-macam cerita keluar, kalah Astro. Terkekek -kekek tak henti-henti..My mom cakap "Kalau tak nak tidur, bagi bantal kat orang yang nak tidur" sambil ambil baldi yang ada air nak jirus kitaorang.hahahha.. terus masing-masing tarik selimut buat-buat tidur.hahah..tak senonoh gila kan.hahhaa.. Adik lelaki baju gold tu, sejak dia masuk university, giat jadi pencinta K-pop. Dan My Big Bro baju maroon tu, pengumpul handphone. I tengah tunggu bila dia nak kawen. 
Budak kecik ni kitaorang panggil dia " Amar Jolie" sebab bibir dia seksi macam Angelina Jolie.hahahha.. 
Ini pulak Marsya..Tapi Abang dia panggil " Mek Debek" sebab waktu Marsya kecik, pipi dia tembam sangat...Sapa tah letak bunga kertas kat telinga dia ni..hihihi..tapi cute cam baby melayu terakhir..kelass kau Marsya..hihihi..
Sebenarnya kan, i have very big family. kalau semua letak dalam entry ni, sehari semalam tak habis nak cerita satu-satu.hihihi..Nak tahu barapa besar??? ok i ada 9 orang adik beradik. 5 dah berfamily. Anak buah ada 13 orang. hihhi...best tak????. Manda jarang sangat balik kampung, atas sebab kewangan.hahhaha..so bila balik je, paling kurang 4 hari.. Sebab jauh wooo..Setakat balik 3 hari 2 malam, kim salam jer lah..Tak sempat hilang penat naik bus, dah kene balik KL. Dugaan orang perantauan.hihihi..Baru lah ada riang ria nak balik kampung bila duduk jauh..hahhaha..
Tu jelah sebenarnya nak cerita.hahha...so moh la share cerita korang pulak..thanks for reading. :)