Trip to Korea: Everland Team Park

Assalamualaikum semua...
Gojess and hansem sekali...Sorry lah sebab lama sangat tak update hal-hal Korea ni.. I'm ok if uolls nak marah aku..Redha sangat. T-T
Well kali ni continue with Everland Team park. Wokeh ini hari bangun pagi relex jer sebab takde book ticket. Just kene naik subway dan tunggu bus tepi jalan. Today is Sunday. So???
Not expected view cam gini punya panjang beratur..Please give your face ( bagi muka) kat tourist.. I begging you give me ride the bus first.. Please!!*ok lakonan semata2
Kan sini budaya beratur..jangan nak mengada-ngada sedap rasa nak potong line. Ajussi yang  guide kat sini garang tau..Terbukti garang bila ada mamat korea,( hansem? not sure.keh.keh.keh) nak potong line, terus dia suruh pergi beratur..No excuses yer baby!!
But not expected jugak when dia jalan menyusuri deretan manusia yang beratur nih, tetiba dia datang kat aku. Offcourse dia tengok aku sebagai tourist sebab aku sorang je pakai tudung kat situ.hihi.
Then dia bagi isyarat suruh ikot dia pergi depan. OMG, am i so menawan sampai dia nak suruh aku beratur bahagian depan????Ya Allah syukurnya...
So bila sampai depan, dia bagi isyarat snap picture..Dia nak suruh snap maps yang kat atas ni haaa...Halahai..dah Snap picture terus kene pergi beratur semula kat belakang.. So the word "menawan" tu bertukar menjadi "tak-tertawan" dek ajusshi yang garang itewww...But ok aper..Ajusshi ni prihatin kat tourist.hahaha..
So ride the bus for around 1 hour camtuh. Wei jauh tau dari subway nak pergi Everland ni. Aku siap tidur ok?
Most of the rider nak pergi Everland. So once dah sampai bus stop Everland, confirm bus tu almost empty..Dan ada sebut station tu dalam English. Dia akan benti yang tempat berbumbung yang gambar 1 tu. Pastu jalan pergi station shuttle bus. Dekat jer.
So nak naik shuttle bus kene beratur yer adik-adik sekalian. Dan unnie ni bercakap jer kerja dia. Tapi 100% korea. Ape pon tak faham. Shuttle bus tu datang dalam 5-10 minit interval.
So dari tempat Shuttle bus ke tempat Eveland tu, dalam 15 minit. So Jangan berangan nak jalan kaki.. Jauh..Bukit-bukit lak tuh.. Pastu most of the visitor parking kat area shuttle bus nih.
Dah sampai dah..yahoo!!
ok sini korang boleh dapat diskaun tau..Lain kali iolls cite k.
Kat everland banyak bunga tulip time ni.. Sebab ada festival tulip.. So gambar memang penuh dengan tulip
Suka hati dia jer letak tangan kat bahu aku...Anyway, happy arr jugak dapat gambar dengan dia ni. Sini ada orang yang tolong snap gambar untuk korang. That mean, kalau pergi 10 orang pun still semua ada dalam gambar.hihihi.
Moh cuci mata
 
Full of Tulips...Colorfull...Beautiful...Subhanallah
If korang yang tengok ni pon cakap cantik, iolls yang pergi sana rasa cam tak nak balik.. Rasa cam nak melompat kuak dada. *haa..jangan fikir bukan-bukan okies..
Belakang ni full of cherry blossom.. Lawa sangat.
Kereta Kuda Cinderella..i tumpang je kat belakang..nak masuk dalam malu sebab budak-budak kecik bermaharaja lela dalam kereta ni...
Now you become fairy!!!!
Syok sangat dapat duduk bersila dalam taman tulip. Tapi, pastikan kasut anda tidak mempunyai tumit. Please respect the beauty of the garden.hihihi
Aku tak main pun kat sini. Just have fun with tulips. Kalau games outdoor, mostly extream.. Indoor games manja-manja jer. Untuk nak main setiap permainan ni, korang kene tunggu teramat lah panjang melainkan ada express pass.
Contoh outdoor games.. Ada bran????? Aku tak berapa kental nak main benda alah nih....
So after have a great time kat sini, so aku balik dengan perut lapar nak mampos..huhuhu...
So pergi naik bus sama tempat dengan waktu sampai kat Everland. Then, pergi station bus yang sama untuk naik bus balik Seoul. Dan dia akan berhentikan korang kat Seoul tempat yang sama. So dengan kata lain " situ korang naik, kat situ jugak korang turun"...Errrr..faham ke ni?
Then balik guest house rehat, makan, mandi dan ZZzzzZZzza....
Thanks for reading. :)
 
TO BE CONTINUED
 
 Feel Free to follow me
Pages : Amanda Musa :)

Trip To Korea: Nami Island..Winter Sonata in the house

Assalamualaikum semua..
Kembali ke-Blog..Rindu kot. Bukan tak nak post entry, tapi entry nak kene tapis/re-write/re-touch...semua pon ada re-re-re-reeeeee...Susah aku nak tulis entry sebab takut info salah..Nanti kene baling telur..kesian ayam tu sebab tak dapat anak gara-gara telur dia dijadikan senjata buli.... Stop!!Cukup membebel....Sila teruskan cerita Nami Island...Check it out baby...
*******************************************************************************
First day pergi pakai Hanbok. Nami Island dulu kan famous sangat dengan Winter Sonata a.k.a War Cry....War Cry???? Nami Island aku pergi Day 2. Memang follow jadual. Sebab tempat jauh, so better g yang jauh-jauh
di-dahulukan..ketenangan di-utamakan..hihihi..
Pagi tu aku bangun awal gila. Sebab still tak dapat nak biasakan diri dengan masa Korea. Bilik mandi kat luar. Means, setiap kali nak mandi kene redah sejuk.. Dan that morning, sejuk gila-gila punya wa cakap sama luu. Cam gigil kaki aku...Aku rasa aku bangun Pukul 6. Terang cam pukul 7 kat Malaysia. Mandi dan bersiap laju-laju. Takut tertinggal bus kononnya... But lepas bersiap, aku tidur balik.hahahaha.. Mula-mula tidur kat lantai, lepas dalam 10 minit baru aku panjat tangga naik kat tilam. Pe kes?????sebab kepala aku sakit macam kene migrain.Oh Nooooo!!! *please imagine..Dalam sakit kepala tu, duk fikir ala camne nak pergi Nami ni..tapi relax jer tidur lagi.hahahha
So dalam kul 8 aku bangun dengan gigihnya. Tilik muka kat cermin kot ada taik mata...Semua ok, so terus keluar. Lupa nak cakap, tadi tu aku tidur skali dengan tudung.hahaha...tak senonoh tol ko kan???
Aku naik subway pergi tempat nak tunggu bus. Seat aku dah book sebulan sebelum datang Korea.
So nak pergi Jamsil, kene naik subway line 2. So senang ah keje aku sebab aku tak payah tukar line. so duduk dalam train sambil tersengguk, mengantuk..Sila faham aku ni tak cukup tidur.huhuhu
Rupanya senang jer nak cari tempat ni..Ceh berlagak...
Baru pas nagis sebab Nickhun biarkan aku tunggu bus sesorang dan dia pergi jumpa Vintoria sebab nak shoot We Got Married...T-T....
"닉쿤, 당신은 .. 당신이 날 Vintoria로 이동 남겨?? .. ? 함께 남이섬에 갈 약속?"
Maksud???korang cari sendiri eh..baru Challenge..Sape dapat jawapan, masukkan kat comment k...
Masa ni kul 8.30 pagi. Sejuk gila vavi..Sejuk punya pasal, vavi dapat nama..
So tunggu sini sampai kul 9 pagi. Kat sane, kul 10 baru shopping mall buka. So aku memang hampir beku kat situ.grrrrr
Next entry aku cite cara nak pergi sini k.
So, bus sampai jom naik.. patung naked tu memang simbol Nami Island meh??????
Dalam bus minum air ni..Sedap.. Tapi aku rasa macam dah tersalah menu. Air ni masam. Nasib tak sakit perut..
Dalam bus ni tv duk ulang sejarah Nami Island. Time nie tak  nak tidur sebab nak tengok pemandangan all the way pergi Nami Island.hihi..
 
Some Korea view..bukit-bukit, rumah rooftop...sama macam dalam cerita Korea...:)
Aku rasa baru kejap aku tidur * padahal tadi cakap tak nak tidur.... Dah sampai.. Sejam duk dalam bus..turun bus, angin sejuk datang serbu.wooowwww....Awesome sangat! Aku rasa kira memang bernasib baik sebab elok je aku sampai, ferry dah ada.. Sebelum kejar ferry, kene kejar bilik air dulu..Sejuk....Mane leh tahan mau simpan lama-lama.hihi..*hoi ko ni tak senonoh
Pintu Gerbang..Excited!!
Naik ferry..Korang tengok sape?aku? or mak guide pakai topi cowboy tuh???
Itu bendera kebanggaan saya..Nampak tak???
Pulau Nami kecik je pon dan dekat je dengan mainland. Naik ferry dalam 5-10 minit kot.
Sampai ni, apa lagi jimba-jimba Spring Sonata lah beb. Mula-mula kita cari basikal
Da dapat basikal... I Loike..harga nak sewa basikal kat Nami Island single camni 5000Won. Duit Malaysia plus minus RM15. Nak sewa basikal, diorang akan minta kad pengenalan korang/IC yer..So sila bawa IC korang kemana sahaja anda pergi.hihi
Dah dapat basikal, baru leh start berjimba-rama kat Nami ni. Nampak cam basikal biasa, tapi cam susah pulak nak bawak..nasib baik tak terbabas kau.huhuu..
Cherry Blossom Tree.. It just like a dream..duk bawah pokok ni, tak tahu nak cakap camne indahnya perasaan....don't i look like Korean girl with basikal to go to school???*i know uolls sedang angguk..hahahha...
Kat sini aku sebenarnya nak makan bekal aku. Aku makan sikit jer...takde selera kot..tengok Cherry Blossom pon dah kenyang...hihihi
Banyak sebenarnya gambar kat sini, next time aku share k..
So perut lapar* tadi cakap tengok cherry blossom dah kenyang..asal ko tak makan jer cherry blossom tu haa???..waaa..emo lak...hahahha
So kita serbu kedai ni cari nasik goyang kocak..dalam bahasa omputih " shake rice".hahah..suka hati aku je letak nama...
Drama Cafe Yonga-Jiga..Kimchi Lunch Box
 Memang panas sebab dia masak atas api gas, terus bagi kat customer. Waktu tangah ke-laparan, nasi ni nampak cam sikit jer..Ish..tak baik tamak kan?
Bila dah makan, tak habis pon..membazirkan?..Tapi dah cuba habiskan, still tak boleh jugak.huhuhu..
Kat sini, budaya lepas makan, pinggan mangkuk kene hantar sendiri kat kaunter eh..Xde istilah-istilah tinggal atas meja. Tapi aku punyer pinggan mangkuk, ajumma tu yang tolong ambik.hahaha..Mungkin sebab kebetulan dia datang lap meja..hahaha...
Bila dah makan, aku pon decide nak balik ke pangkal jalan. Sebab bus balik ke Seoul pukul 4 petang. So kene cepat lah ,takut terlepas..Kalau terlepas memang cari bala tu beb.huhuhu...
Tengah-tengah beratur, tetiba angin kuat yang amat. Sejuk lak tu.Semua cover kepala masing-masing..Tapi aku tak buat pape pon. Sebab dah biasa dengan angin kencang kat Malaysia.hahahha...Lagi aku suka adalah, sebab sejuk pelusuk badan.keh..keh..keh...
Dan aku rasa aku sampai awal sangat kot. Pak cik bus tu tak nak bagi aku naik..Kene tunggu kul 3.30 baru boleh naik...sedih :(
Aku jumpa seorang perempuan Malaysia yang sangat berlagak...
Perempuan ni lah yang berlagak tuh.. Eksen sangat minum hot chocolate tengah-tengah panas..Kat Malaysia kalau buat camni, ada yang cakap aku gila.kah.kah.kah. Cahaya matahari masa ni macam waktu tenghari kat Malaysia..So Terangggg gilos. So, i got little bit "tan" skin.wawawa..
So bila dah dapat naik bus, aku terus tidur..Ngantuk.. Tidur sampai ke Seoul. Yang naik bus dengan aku tuh tidur sampai merah mata dia. Ngantuk sangat lah tu..
Hari still cerah..So kita pergi jalan-jalan..mane??tunggu k.. tq for reading. :)
 
TO BE CONTINUE


Trip to Korea: Free Wearing Hanbok, Myeongdong

Assalamualaikum,
Sebab aku tak jadi nak pergi On Set Full House tu, so aku just naik bus ke Icos Guest House.
Nak pergi Icos Guest House nak kene naik bus no 6002. Usually kalau korang tempah guest house, dia akan email kat korang cara nak ke sana. Nak ke Icos tu boleh naik subway dan bus. So aku pilih bus sebab senang sikit. Tak payah naik turun tangga dengan bag yang berat  gila tu..hihi..The power of pocket.hihihi. Korang leh bayar guna T-money atau di kaunter. Tempat nak naik bus ni sama level dengan arrival gate yup..
Sini korang leh bayar untuk naik limo bus kalau nak guna cash. Korang kene pastikan tempat yang korang nak pergi tu betul dengan no bus. Kang kelain lak..Harga untuk naik bus 10000 Won. Plus minus RM30. So pandai-pandai lah bajet. Waktu tunggu bus, hujan dah benti. Tapi sejuk rasa cam sampai sum-sum gitu..Asap kepul2 still keluar..i like.hihihi..
Dah naik bus, perut lapar lak kan.
Berehat sebentar bersama Kitkat.hihi.. Nak naik bus nie kene pakai seat belt ye.Driver siap check lagi uolls. Tapi kan, driver bus ada gaya macam pilot .hihihi.. Dalam bus ni rasa lah warm sikit  dan ada oppa hansem..tergugat sesaat..hihi..
Dari airport nak ke Seoul dalam sejam gak ar..sempat aku tidur.Penat kot.
Dan bila sampai kat Sinchon tu, aku rasa cam blur-blur..sebab jalan dia pelik..
Finally after teruja dek kepelikkan jalan kat Sinchon ni, dah pun sampai kat Icos Guest house.*perlu tak bagitau aku sebenarnya sesat???
Nampak bag hijau tuh??hihi..Saya dah sampai..
I olls manager Icos ni yang sambut i tau. She said" Maria"?..me"yes"..Dan-dan je nama ko bertukar jadi Maria bila sampai kat Korea..Eee.gedik sangat ko Maria.,,
Dan aku berehat lah kejap kan. Kalau nak ikot gambar, memang jauh beza. Tapi aku tetap suka sebab leh rasa duduk Hanok stay. Lagipon murah.hihi
* purple shawl by Scarfsweethoney
Santapan "berat" yang pertama before keluar pergi MyongdongIt's better dari ko kebuluran yer Amanda a.k.a Maria...*dalam hati nak makan tomyam!! Jangan banyak songeh!
So nak pergi Myeongdong kira pertama kali naik subway. Nervous lak kak ooiii..
 
 Hambik ko..anak tangga bukan main banyakkkkkkkk lagi..Yang ni jer aku turun naik 2 kali sebab aku tak jumpa line yang nak tukar subway.sabor jer lah.. Menggigil kot lutut aku..
Nak sampai ker Myeongdong naik line no 4.
So aku nak cakap kat hang, masa masa sini sejuk Ya Rabbi...Kuku aku semua sakit ko tahu. Nasib tak berdarah jer baby finger aku nih. So aku cari gerai yang jual sarung tangan, tapi satu pon takde jual. T-T.. kebanyakkan jual stoking yang cute miut..
Back to the story, so kita berjalan mencari tempat nak pakai Hanbok Free.
Cara nak pergi pakai baju Hanbok Free:
1) Station Myeongdong, subway line 4, exit 6
2) lalu depan Mingolia, jalan terus sampai jumpa Myeongdong Teather.
3)Bila nampak Myeongdong Teather, terus belok kanan.
4) Jalan terus sampai jumpa kedai baju Top10 sebelah kanan.
5) lalu lorong sebelah Top10 tu.
6) Jalan terus sampai jumpa watson, dan jalan depan sikit jumpa kedai Babara
7) Pintu masuk berhadapan dengan kedai Babara.
8) Tempat nak pakai Hanbok tingkat 5, naik lift yer
Sini ada jugak restaurant. Tapi tak halal!
Masa aku pergi, bangunan tengah renovate but still boleh masuk. So little bit scary.hahaha..
Seoul Global Culture & Tourism Center
Pandangan dari luar.
So hasilnya ialah
Tadaaaa....Bukan main bergaya sakan i tell you. Syok sendiri bergambar..Ada rupa anak kacukan Melayu Korea kan???*sila muntah jika perlu
Happy moment..Tapi apsal aku senyum camtuh???? baju ni Princess yang pakai. Next time aku nak pakai rambut palsu..Ada gaya cam mak tiri sikit.hohohoho
This cute Korean girl tolong pakaikan Hanbok kat aku dan tolong ambil gambar. Rasa cam princess sangat bila dilayan special.hahaha..Dia pandai speaking English..Unnie, gamsahabnida !!
After, dah pakai hanbok segala. Terus balik guest house. Tak mampu nak pusing-pusing Myeongdong lagi dah, kaki sakit beb. Lagipon hari dah malam. Orang Malaysia*aku lah tu* mane leh nak tahan duk lelama kalau waktu malam. Suhu drop ok!. sejuk gila..First day lah katakan..
So balik rumah, relax, makan dan tidur..ZZzzZzz
Tomorrow will go to ???? TQ for reading ..

TO BE CONTINUED

Trip To Korea : Raining Day & Full House On Set

Assalamualaikum semua..
Kakak, adik, abang sihat ke semua?? Tq pada kome yang tunggu next entry.. Suka sangat nak story-story about Korea. Trip To korea Kita dah termasuk dalam Day 1. Ikut itinerary nak pergi On set Full House. Arrive at airport, terfikir sejenak a.k.a blur sekejap. Sebab tak tahu nak pergi mana. Dan still macam situasi " eh..betul ke ni" " dah sampai ke ni".....Mimpi ke????semua ke?, ke?, ke?.......hahahah
Aku kan single traveler. So takde nak rushing nak kehulu hilir uolls..That the good being single traveler sometime. But kalau korang tak confident, jangan nak cari pasal pergi oversea sesorang..reti???
So aku nak pergi, On Set Full House. Seriuslly aku tak tahu mane nak tunggu bus nak ke jetty. So kita ringan kan mulut tanya kat information kaunter. Diorang boleh speak in English walaupon tak fasih mana.. So don't worry.
Dia bagi maps nie kat aku,
 So pergi naik tingkat 3 untuk naik bus 223. Arrival hall dengan information kaunter tu dengan level 1. Ada lift. so don't worry kalau bag korang berat gila.hihi 
Dan pergi simpan bag kat luggage store. Luggage Store tu dekat check in luggage A dan B Level 3. Sebab tak payah nak cari pasal nak bawak luggage korang pergi naik ferry.
So kira nak naik bus ni kira masa yang ditunggu-tunggu untuk rasa the real Korea weather.
Tadaa!!!!!..Raining...This time sumpah sejuk gila. Semua bawak payung. Ok nak pergi jetty tu kene tunggu bus dekat aku berdiri ni. Bukan kat seberang jalan tu tau. Sini takde tempat duduk..So berdiri jelah jawabnya.
(Perhentian bus pertama)
Cacar marba..hahah..pakai spek mata sebab tak nampak no bus.hahah..buat cam  ni nak rasa hangat lah kononnya.. But time ni asap kuar kot hidung dan mulut dah berkepul-kepul. Tiap kali bernafas, aku punyer spek mata berwap..Huh..Ape pon tak nampak.
Dan Masa ni aku dah berkira-kira nak pergi On set full house ke tidak.. Hujan sederhana lebat. Tapi sejuk nya tak terkira. Nak beli payung, takde lak kedai. Nyampah lak aku.. But duk fikir-fikir, aku pon nak patah balik. Pastu cam nak nagis sebab tak tahu nak patah balik camne.WAA!!!!!! Lebel bus  tu lak bahasa Korea mana haku nak faham....
So kita bertendang bertenang.. Tarik oksigen sejuk dalam-dalam. So aku pon beranikan diri pergi seberang jalan.
Nak patah balik kene tunggu kat bus stop tu. Naik Bus yang sama. Kecewa T-T
Sammok jetty..
So aku takde lah pengalaman pergi On set Full House.  
So..aku pon naik bus yang sama tapi arah bertentangan untuk balik ke pangkal jalan..sedih tau tak dapat nak pergi On Set tuh..
Aku balik airport. Next destination will story soon. Stay tune.... TQ for reading.
 
TO BE CONTINUED