Trip to Korea : The Incheon Airport & raining day

Entry-enrty ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang Korea, tempat menarik dan segala info berguna bagi korang yang nak prepare untuk pergi Korea dan suka tentang Korea. Kalau korang nak tanya pape, jangan segan silu nak tanya k.
********************************************************************************
Assalamualaikum semua......
Sekarang kita dah sampai kat Incheon World Class Internationa Airport Korea okies..
Waktu jejak kaki kat Korea, aku asyik duk tersengih2 sorang diri. Serius macam tak caya.hahahaha. Angin sejuk menyapa muka. Nyaman gila. Itu belum keluar dari airport. Sangat berbeza sejuk aircord dengan sejuk semula jadi. Sumpah jauh beza. But this time hujan.
Dah sampai airport, mestilah nak keluarkan. So just follow the signboard. SignBoard ada dwi bahasa. So don't worry.
Just follow arrivals sign. Kira jauh gak ar nak jalan..Tapi bukan jalan pun.. ada lantai bergerak..So toksah susah-susah nak jalan.. Simpan energy okies.
Kalau korang tengok, tebal sangat kabus kat luar tu. wooo..confirm sejukkk...
Waktu naik lantai bergerak ni, aku pikir bila nak sampai ni.. Jauh benor..
Kene lalu quarantine area. Dia macam ko lalu depan dia je, takde kene benti ke ape. Kalau dia detect korang ada virus, nanti dia tahan dan masuk lah korang dalam bilik quarantine..*yeke??memandai je aku ni..
Pas korang jalan jauh2, pastu nanti kene turun excalator untuk naik train. Haa...nampak tak gila besar airport ni sampai nak kene naik train ke arrival terminal... Tunggu train kejap je. Dalam 5-10 minit camtu.  So bila train dah sampai,  naik je. Takde jumpa pon yang pakai tudung cam aku..:( Dah sampai tuh, nanti naik escalator lagi untuk pergi dekat kastam.
Sini lah korang kene pergi pas kuar dari train tadi. Tak pun korang ikot jer orang lain. Sebab semua pon tuju tempat yang sama.hahahaha.
So, korang kene pergi kat kaunter Foreign Passport dan kalau takde pape nak kene diclare. Kalau korang warga Korea, toksah ngada nak beratur kt sini. * yang baca sekarang ade warganegara Korea ke?angkat tangan sikit aku nak tengok mata sepet ke tak?hihihi
 So make sure korang dah isi arrival card. But kalau korang lupa nak isi dalam flight or sebab takde pen, kat sini ada meja untuk korang tulis. Siap pen lagi. Jangan malu eh.. Free jer..
Kat sini nanti korang akan di-snap gambar. Tapi aku lupa lah dia ambil cap jari ke tak.huhuhu...sowiiii...Muka aku kat screen tu, Ya Rabbi teruknya..Muka tak mandi sehari semalam.Moral di sini, sila cuci muka kat toilet setelah turun dari flight kalau korang taknak muka cam pecah tanah kat screen..but kalau dah memang jelita tu, jelita jugak lah kan.. huhuhu
Lepas korang sattel kat kastam, jangan korang menonong jer turun eh( Sebenarnya aku yang menonong , pastu melangkah semula ke belakang sebab baru perasan luggage board nih.hahah).. Excited nak ambik luggage nak keluar dari airport katanya. Singgah kat screen ni kejap. Tengok luggage korang kat lane no berapa. Sebab sini banyak gila lane luggage tau. Dan Make sure korang hafal no flight korang eh. Nanti senang.hihi..Bila dah tahu lane nombor berapa, so just follow anak panah tuh. Easy...Memang patut dapat banyak anugerah...Terbaik!!
Lepas ambik bag, nanti dekat exit nak kuar ke arrival hall yang selalu tengok kat TV tuh, akan ada petugas yang collect card yang lagi satu tu. Aku punyer berangan, jejak je lantai arrival hall..Ada orang jerit " Amanda! anyonghaseyo"." Amanda, how your trip to Malaysia?"....Nampak??? nampak camne extrim aku berangan???hahahhaha..gila....hahahha..
Sebab takde macam yang aku berangan tuh, so just tersengih-sengih lagi.. That Time Aku bersyukur sangat selamat sampai kat Korea. Cuma sebelah muka aku rasa sangat menyucuk masa nak mendarat..Tak tahu kenapa..
Memandangkan aku rasa cam panjang sangat enrty nih, so story regarding raining will continue on next entry. TQ for reading.
 
TO BE CONTINUED.....
 


Trip To Korea: Arrival at Incheon Airport, Korea

 Assalamualaikum..
Aku kembali bercerita tantang korea . Semua berkaitan Korea..Kalau tak suka, minta maaflah yer..
********************************************************************.
Dalam kul 4 pagi, kira cam cahaya dah muncul kat ufuk timur gitu. Lampu dibuka sebab masa untuk jamu passanger makan dan isi form ketibaan. Doh mak aku ngantuk gilerr...Duduk kat economi seat memang lah tak bape nak selesa. Nasib baik aku duk tepi tingkap. Leh gak sandar kat situ. Mood nak manggatal takde sebab sebelah aku artis perempuan.hahaha..Kalau artis lelaki???jeng..jeng..jeng.STOP mengarut!!
ladies-ladies jelita Air Asia start bagi kad ketibaan..
WAJIB isi tak kira ko mengantuk or tak, mamai atau tidak dan suka atau tidak. Faham??hihi.. Dan aku sebenarnya malas nak isi.hahaha..Cute tak pen tu? from Hong Kong tau. Ex-boss bagi beberapa tahun yang lalu..hahaha..Ada bau sentimental value uolls.
Dah isi semua, aku tak tahu kenapa aku tak tergerak nak beli makanan dalam flight..kenapa eh?????aku sendiri tak tahu kenapa..Effect nervous ke ape???
dalam around kul 5 pagi cahaya dah makin jelas..
Ya Allah..Cantik nya!!!
Pas di kejutkan kul 4 pagi, langsung takleh nak tidur..jenuh lah paksa mata tidur..Tak jugak mau lelapnya.. Sakit hati disitu...Grrrrrr
Dan masa dah nak sampai tu sebenarnya hari sangat cloudy. Siap macam naik kuda lak bila dia langgar awan. And the end, hanya beberapa meter dari landasan baru boleh nampak landasan tu sahaja..tengok keliling, sangat berkabus...Halamak..That the start why my itenarary tunggang langgang.hahahha..
 Dan setelah 6 jam 15 minit dalam flight.. akhirnya sampaiiii.. Alhamdullilah...
Welcome To Korea!!!!!
Cam tak caya dah jejak kaki kat Korea. The journey begin..nervous lagi.Hahah..Jejak je bumi korea, Air Asia Pilot pasang LAGU NI ...Walaweiii...Up to date punyer Pilot..
This is world class airport ok..I will tell you how to use this airport once you arrive here. But wait for other entry.
TQ for reading :)

TO BE CONTINUED


Trip to korea: Departure from KL ( Spring Season)

Assalamualaikum..
 First naik Air Asia pergi Sabah nak tawan Puncak Gunung Kinabalu...Misi Berjaya ok!...Second trip to Korea... Pun naik Air Asia.. Kalau baca dari atas, macam naik MAS pulak gayanya..Sila jangan tertipu...kihkihkih
Jarak antara Misi Puncak Gunung Kinabalu dengan Misi Trip to Korea almost 9 years. Waaaa.....lama gilos.. Kalau ada anak, dah darjah 3 dah agaknya. So sangat jakun bila nak naik flight.. Dulu naik kat KLIA, sekarang naik kat LCCT.. Peh, cam tua benor lak aku ni..
Trip to Korea spring Season ni is my first time lah kan. Dan sangat bersungguh-sungguh kumpul duit. Biasanya orang ambik cuti one day before take off, aku dengan bangga nya masih lagi bekerja.. Bertungkus lumus dengan ISO punya preparation. So sudahnya aku bersengkang mata nak kemas barang. Moral nya, adalah lebih baik anda ambil cuti sehari sebelum berlepas. Untuk mengelakkan kejadian kelam kabut dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas* walaweii, ayat skema beb
Aku Sampai airport dalam kul 9.30 Malam.. Jalan sesak..sowii takde gambar sebab nervous.hihihi
 Maybe other entry i will tell you camne cara nak dapatkan boarding pass. 
Untuk memudahkan korang, sila print / buat website check in siap-siap. Sebab nanti korang tak payah que panjang-panjang. That Easy kan? Tapi masa aku pergi ni, takde lah ramai sangat orang kat LCCT.
 Nampak?bergaya tak orang yang nak g trip to Korea nih?hihi. itu baju kerja.. with cute Hello Kitty guide.hehehe 
Kalau korang naik Air Asia, boleh tanya kat kaunter check-in luggage kul bape. Time aku check in luggage dalam kul 10 lebih camtu.
Dah lah mata rabun, pastu mulalah nak kecik kan mata nak tengok papan tanda tulis pe kan. Korang Jangan tersalah pergi kat terminal Domestic pulak eh. Kang sia-sia jer ticket korang beli..LCCT ada terminal Domestic & International yang berbeza. So kene perhati betul-betul.  
Dalam nervous tu kan, sempat lagi makan. Nak elak kebuluran kat dalam flight nanti. Rasa kebab nie boleh tahan lah.. Kedai ni depan Marry Brown.
But satu kesilapan bila seorang perempuan nak pergi jalan jauh dengan membawa handbag yang kategori sangat mini!!..
It full... Macam nak melimpah keluar barang-barang semua.Niat aku nak buang dia kat Korea sebab memang dah buruk. Dan memang aku buang kat Korea. Jauh gila dari Malaysia..So moral di sini, sila bawa beg/ handbag  besar untuk memuatkan
1) passport
2) dompet
3) flight ticket & boarding pass
4) wet tissue
5) some sugar
6) lip balm
7) camera
8) ubat-ubatan & atau apa sahaja keperluan korang di dalam kapal terbang..
(I am very skema sometime)
Korang perlu pergi check-in luggage awal tau. Sebab luggage nak ready lebih awal dari passanger. So bila dah check-in luggage, dia akan bagi slip cam gambar ni. Dia akan minta passport korang untuk pengesahan.  Normally, kalau korang terlebih 1KG, In Sha Allah akan lepas. Kalau lebih dari tu, kene bayar extraaaa.....
Boarding time pukul 0020am. So kene awal lagi dari boarding time ni. Untuk selamat, better 20 minit before boarding pass.
Dalam nervous nak naik flight, because i'm alone kene lah pandai bawa diri. Ikut rules yang ditetapkan.
Dan bila dah tahu naik kat  gate mane, so dah boleh pergi kat boarding area.
sorry gambar kelabu :(
yoyo orr jer aku beratur kat sini.. Sampai depan pintu ladies cute baju merah tu koyakkan boarding pass aku dan dia check aku punyer boarding pass code...she said" miss, this is flight for Perth Australia. To Korea not yet".....dalam hati menjerit..What!!!!!!!!... Cuba ko bayangkan, kalau ladies tu tak check? i going to Perth instend of Korea..Ape aku nak buat bila sampai kat Perth??..CRAZYYY moment!!!
After waiting around 1 hour camtuh, time to boarding dalam flight.
 Camne kalau saat dan ketika ini, hari hujan???any ideas???
Dan yang paling penting i olls dalam flight ditemani oleh ARTIS..
 Nama dia Michelle.Oraka From Philippines.. Dia cute, aku serabai...
Dia dapat contract 2tahun kat Korea. Korang leh tengok dia nyanyi kat SINI....
Masuk flight dan Tidur.......ZzzZZZzz

TO BE CONTINUED 


Salam Sayang Dari Bumi Korea

Assalamualaikum...
Wooooo.. finally come home after trip 9 days at Korea . Eceh, padahal dah 2 weeks balik Malaysia.. Nak kecoh kan..If korang baca entry-entry yang tak berapa nak hot sebelum ni, aku punya lah berangan nak pergi banyak tempat kat Korea tu.. But bila dah sampai sane itinerary tunggang langgang dan mula lupa diri disitu...hahahah..
Alhamdulillah,  selamat pergi selamat sampai. 9Days 8 Night far away from home.
Normally kalau orang pergi trip dia akan cakap day 1, day 2 dan seterusnya.. Memandangkan aku punyer jadual dah hancuss, so aku plan just buat entry refer to place of interest je lah yer . Sebab nak mengelakkan korang semua agak kebosanan dan muntah darah dek kegedikan melampaui batas. HAHAHAH* Evil Laugh
Honest sangat bila balik Malaysia sibuk dengan monthly report dan test itu ini..Very buzy.. Tu yang seminggu dah balik baru reti nk update blog.. Ini bukan alasan..Tapi memang KENYATAAN.....T-T
Tu lom cite bab-bab kewajipan sebagai rakyat Malaysia tau.hahaha.
So i will try my best to give info for you olls. Sebab orang tengok blog pon sebab nak cari info. 
 Some review tempat-tempat yang aku tinggalkan tapak kaki...
Tunggu entry-entry yang penuh ber-informasi dalam sikit masa lagi yer uolls...
Salam sayang Amanda Musa dari Bumi Korea ( 2 minggu yang lalu)...Assalamualaikum
 
TO BE CONTINUED