Resepi Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum
 
Hujung minggu nie banyak gila berjalan. Berjalan survey barang for cousin wedding. So untuk balance, Ahad duduk kat rumah. Suri rumahtangga la katakan. So my roomate ajak pergi beli barang dapur. Gila banyak barang yang kitaorang beli untuk bekalan sebulan. Berat kot. So we olls rajin nak masak spagethi. Peh nak cari pahan sikit punyer susah. Satu kedai ke satu kedai semata-mata nak beli sos spagethi dengan oregano ( betul ke tidak lah ejaan ni).
For me, masak spagethi agak penat.Tak tahu lah nape. Mungkin bahan yang nk kene potong tu banyak kot.huhu. So we start the cooking after beli segala mak nenek untuk buat spagethi. Panas kot. Tengahari buta pergi beli barang. Tapi kucing tepi longkang relax jer duk santai bawah rimbunan bunga. Jealous!!

Sedap yer uolls. Kalah yang beli kat kedai.hahah..perasan gila. So kerana makanan ni sedap, so i would like to share the rasepi. Thanks for Teha Zailani ( adik kepada Fiza Zailani) yang share this resepi. Check it out :
 
1 tin kecil tomato puree
1 tin cendawan butang ( kecik/besar)
1 botol sos spagethi ( i guna jenama kimball -tradisional)
1 labu bawang besar ( potong dadu)
3 ulas bawang putih ( cincang halus)
1/2 camca teh oregano(nak lagi sedap-optional)
1/2 botol air ( sukat guna botol spagethi)
3 sudu makan cili kisar ( optional-just nak bagi pedas)
3-5 sudu makan minyak ( untuk menumis)
gula & garam secukup rasa
1 paket Spagethi
Bebola :
1 paket daging/ayam burger ramly (buat bulat-bulat-optional)
 
Cara-caranya :
1) Tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak.
3) Masukkan tomato puree,oregano cendawan dan sos spagethi. Dan masukkan air.Perasakan dengan garam dan gula.
4) Rebus bebola. Kalau timbul tu maknanya dah masak. Terus masukkan dalam periuk kuah tadi.
5) Ambil lebih kurang 3 senduk air rebusan bebola dan masukkan dalam kuah spagethi. Kalau nak pekat boleh kurangkan air.
6) Reneh kuah sampai mendidih. Then kuah pun siap.
7) Rebus mee spagethi dalam periuk, letak air biar banyak. Then masukkan sedikit minyak serta garam( jangan banyak sangat nanti masin). Rebus sampai lembut.
 
Ni boleh makan dalm 3-4 orang. kalau tak nak guna air bebola pun takpe. Just gantikan dengan air biasa.Maaf lah yer, kalau resepi ni macam tak teratur. I olls bukan reti sangat nak susun-susun ayat ni. If uolls tak faham, boleh tanya. jangan malu-malu k. Hope boleh tambah list resepi kamu semua yer. Anyone yang mungkin suka Neelofa mungkin suka tengok INI i think?Till Then. Chow Chin Chii. Assalamualaikum :)
 
Do "LIKE" & "TWEET" if you like it :)



Where to Eat?

Assalamualaikum
 
Yes i know, i kuat selera makan. Selera sentiasa ada dan tak banyak songeh. After shopping tanpa beli pape, perut lapar tak hingat yer uolls. Dan as usual, iolls pergi kampung baru pergi  makan dengan Restaurant Ton Phai. Please pronouse it correctly k. Kuda putih cakap, cara aku sebut nama kedai nie macam orang Thailand. Lembut dan manja.wawawawa...perasan disitu. 
Kedai nie nak kata cantik, for me biasa jer. Tiap kali nak masuk kedai ni, kene naik tangga 2x lagi lebar dari tangga biasa. Then iolls sempot. Tanda nyer NO stamina. Sebenarnya aku pernah boikot kedai ni 2 minggu. Kes bola hari tu. Ada ke patut main kasar dengan Harimau Malaya. Tapi mane boleh tahan mau boikot lame-lame beb. Tengok Gambar bawah ni :
 Skill ambil gambar yang semakin meningkat...terbaik
Kerabu mangga yang memang mavles.Tangkap leleh. Cukup rasa masam, manis dan pedas. Sambil tanda ok kat bibir. Makna nyer sedap yer uolls. Tetiba hilang kesopanan bila cakap pasal makanan.
 my love ketam
Then tomyam nyer yang sedap. Pedas dan manis yang seimbang. Tapi aritu aku makan dia tak letak api pulak kat bawah.huhu..memang tak mengecewakan. Price tak mahal pun. Stil reasonable dan mampu. Makan dua orang untuk RM 18 untuk 2x nasi, air barli,air suam,kailan ikan masin,tomyam campur dan telur dadar. Come with sambal belacan dan ulam. Murah kan?
If korang nak makan jenis ikan contoh siakan 3 rasa pun ada. Rasa dia memang best. I 100% puas hati sebab iolls pergi situ bukan sekali dua. But berpuluh-puluh kali. Melainkan dia tukar tukang masak.huhu.
If uolls nak gathering makan-makan, sini pun boleh. Boleh call untuk pre-order.
So, i hope korang ada tambahan list tempat makan yang best di area KL. Have a great meal here yer uolls dan tengok view KLCC. Till then. Chow Chin Chii. Assalamualaikum :)
 
P/s : pekerja kat sini memang baik dan ramah tamah. Kitaorang selalu ngusik(sila sebut dalam bahasa Terengganu) orang yang tukang ambik order dan casher.hihih

Rooftop 2013

Assalamualaikum
Sape yang celebrate new year kat atas katil layan mimpi? angkat kaki!!..iolls sambut jugak la secoet. Mungkin orang pergi Dataran Merdeka, KLCC or have a gempaq dinner at Menara KL? Untung ler kan. Or mungkin lagi gempaq kalau ada yang dilamar 1 Jan 2013? Tahniah k.I olls duduk atas bumbung. Ulang suara, atas bumbung. Hahaha.Bumbung sape tuh takleh nak cite, takut kene saman. Hahaha.
Agak-agak korang, ini antena company ape????
Actually iolls takde nak plan pergi mane-mane pun. Tetiba undangan datang menjelma pulak. Ingat PM je ker ada undangan celebrate new year? aku pun ada jugak tau.Eceh macam Vip lak.
Anyways, thanks pada yang menjemput hamba yang kerdil ini yer. Actually,mula-mula tak nak pergi pun. Malu-malu koo chin ( kucing). But my friend, Tehah cakap suruh i datang. So dengan hilang segan silu on jer lah. Lagi pun makan free, sape taknak.aha.So iolls ajak lah my friend Ida.
beautiful view..with beautiful model.Siapa dia???
Sebab much better celebrate sesama kan.
We have BBQ and some karaoke. Ada ke kuda putih suruh nyanyi. Malu giler kot. Dah lah suara sumbang. Nasib baik tak hujan uolls. Kalau time i nyanyi tu hujan, mau tak kuar rumah seminggu..Malu tau!
This is my friends. Ida,Tehah, Fatin & me!!Fatin sorry muka awak tak nampak lak.
I think dalam lagi 15 minit nak pukul 12 tengah malam, iolls tengok banyak gila kereta benti tepi jalan. Wahhh....Jakun aku di situ. Sepanjang jalan ada kereta benti nak tengok bunga api.
can you see this??tak pun korang buat-buat nampak jer lah
For your info lah kan, bumbung yang iolls lepak tu, berhadapan dengan KLCC & Menara KL. So we olls leh tengok bunga api dari segenap ruang. Kecuali belakang bangunan ler.
I stay dekat KL almost 3 years. But this is my first time celebrate New Year yang sopan dan tidak bersesak-sesak. lagi 2 tahun tu celebrate kat hometown. I memang tak prefer untuk berada di Dataran Merdeka or KLCC. Not at all. Tak sudi nak berhimpit-himpit. Boleh imagine?
Semoga uolls yang ada azam tuh, harapnya dapat tunaikan lah dan menjadi kenyataan. Tahun 2012, jadikan ia satu kenangan dan panduan untuk terus hidup yang lebih baik dalam 2013. Tak salah untuk pandang ke belakang sejenak untuk kita betulkan diri kita dalam tahun baru.Adakah iolls golongan yang ketinggalan untuk wish Happy New Year 2013? Iolls tak kisah lambat ker, cepat ker, ketinggalan zaman ker. I nak wish jugak. Semoga tahun 2013 beri sinar kehidupan baru untuk kita semua. Kehidupan baru, ahli keluarga baru, status baru dan juga gaji baru. To Mr. Kuda Putih, semoga hajat dan azam tahun nie tercapai k. Till Then, Chow Chin Chii. Assalamualaikum :)